NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

ADUN Melor, meninggal dunia



KOTA BHARU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor, Dr Md Yusnan Yusof meninggal dunia di kediamannya, di sini, awal pagi tadi.

Allahyarham, 53, menghembuskan nafas terakhir jam 2.28 pagi tadi di kediamannya di Melor.

Perkara itu disahkan anak Allahyarham, Mohd Auzaie di Facebook.

"Dukacita dimaklumkan bahawa baba, Dr Yusnan sudah pergi menghadap Ilahi jam 2.28 pagi.

"Mohon doakan arwah ditempatkan di kalangan para solihin.

"Insya-Allah solat jenazah akan diadakan jam 2 petang di Masjid Ketereh. Mohon kepada semua untuk patuh prosedur operasi standard (SOP)," katanya.


Assalamualaikum, Dukacita dimaklumkan bahawa Baba DrYusnan Albadar telah pergi menghadap Ilahi pada pukul 2.28pg 18...

Posted by DrYusnan Albadar on Thursday, 29 April 2021

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo