NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

TH Aset Ummah : Mengapa Dihilangkan?



Saat terbaca berita Tabung Haji Plantations Bhd (THP) bakal kehilangan 14 anak syarikat, hati saya resah. Minda berputar ligat memikir apakah pelepasan kepentingan ekuiti itu bakal untungkan umat Islam khususnya 9.4 juta pendeposit?

Saya mencari-cari perincian lanjut. Dibaca pelbagai sisi, baik dari yang mahu melupus atau mempertahan. Mungkin ada yang belum faham ketidakwajaran penjualan aset THP pada masa ini. Setelah menilai dan merasa sudah berada pada sisi pandang tepat, saya memutuskan untuk berkongsi.

1. THP adalah anak syarikat Tabung Haji. THP juga ada anak syarikat sendiri dan 14 darinya yang telah/sedang dijual.

2. Bumi Suria Ventures (BSV) dan Maju Warisanmas Sdn Bhd (MWS) antara yang telah menerima deposit sebanyak RM50 juta. Telah/sedang dijual kepada Syarikat Tamaco Sdn Bhd (Non Bumiputera).

3. Ladang-ladang ini dulu dibeli dengan harga RM264 juta. Tetapi THP mahu menjual kembali dengan harga RM170 juta. Bermakna Tamaco menikmati hampir 100 juta 'diskaun'.

5. Alasan jual ialah THP sedang alami 'financial distress' dengan momokan liabiliti lebih tinggi dari aset menjadikan THP bakal berdepan masalah pengurusan hutang. [1]

6. Rasional kah beralasan mahu mengukuhkan kewangan tetapi melepaskan aset dengan harga rugi? Walhal penilaian asal adalah jauh lebih besar jumlahnya.

7. Difahamkan, jualan itu dibuat secara terus. Bukankah jika dibuat melalui proses tender, THP boleh memilih pembeli yang membuat bidaan tertinggi justeru meningkatkan perolehan syarikat?

8. Tahun 2006 hingga 2017 THP tidak pernah rugi. 2018 sahaja ia rugi ekoran kejatuhan harga sawit dunia. Titik pulang modal THP RM2200 per tan tetapi ketika itu ia jatuh RM2000 se tan.

9. Terkini harga sawit sedang memulih dan dijangka melonjak dirangsang permintaan India, China, Pakistan. Penerokaan market baru juga menampakkan kejayaan seperti pasaran ke Nigeria. [2]

11. Ladang-ladang tersebut masih berpotensi menuai hasil tetapi pihak berkenaan kelihatan terburu-buru menjual. Jika mahu jual sekalipun, mengapa tidak tawarkan kepada GLC atau GLIC yang berminat?

12. Ini memperlihatkan jualan melibatkan transaksi bernilai RM170 juta kepada Tamaco sungguh meragukan. Ada apa-apa hubungan istimewa kah antara Tamaco dengan pihak terlibat?

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=941246109653306&id=275464012898189

Sharifah T.A
30 Jun 2020

#MAMPUCentre
#RCI4TH
#PNKerajaanSampaiPRU15

.............

Rujukan:

[1] https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2020/01/649670/th-plantations-jual-aset-mantapkan-kewangan

[2] https://www.bharian.com.my/bisnes/pasaran/2020/06/699106/harga-sawit-melonjak-dirangsang-permintaan-india-china-pakistan

Arah Baru Politik Serantau: Dari Popolisme Ke Democratic Backsliding?


MCA berlagak ganti tempat Dap dalam isu mencabar Bahasa Kebangsaan


Sebelum ini ketika negara berada di bawah era pentadbiran Pakatan Harapan atau PH, pemimpin DAP Lim Guan Eng, yang ketika itu Menteri Kewangan dan Teo Nie Ching Timbalan Menteri Pendidikan telah menyalahgunakan urusan rasmi kerajaan dengan menggunakan tulisan Cina dan secara tidak langsung membelakangi tulisan Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu.

2. Hari ini MCA pula cuba tunjuk lagak hero memperjuangkan bahasa Mandarin melalui Timbalan Menteri Pendidikan yang baru di bawah kerajaan PN, Dato’ Dr. Mah Hang Soon, dengan sengaja membuat ucapan sambutan perayaan dengan menggunakan tulisan Mandarin sepenuhnya berlatar belakangkan logo kementerian. Mungkin beliau tidak tahu atau boleh jadi juga beliau sengaja melakukannya untuk melihat kesan dan akibat daripada perbuatannya yang boleh disifatkan sebagai provokasi itu.

Baca berita selanjutnya di;
https://www.editormalaysia.com/15583/

Menghina Jata Negara: Tiada Maaf Bagimu!



Kami membaca kenyataan Pengarah dan pengasas syarikat penerbitan Gerakbudaya, Chong Ton Sin yang dilaporkan Malaysiakini pagi ini bahawa pihaknya tiada niat untuk menghina lambang negara Jata Negara. Kata beliau, “walaupun kami tak sengaja, kalau sudah buat sesiapa rasa kurang senang, ada menyinggung perasaan mereka, itu saya minta maaf”.

Bagi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, ini bukan soal “sesiapa rasa kurang senang”. Malah tidak semudah itu lafaz maaf boleh diterima setelah penghinaan terhadap lambang kedaulatan Negara diperlakukan sebegitu rupa.

Harus dingat martabat dan maruah negara tidak sesekali boleh diperlekehkan sewenang-wenangnya. Bahkan undang-undang jelas memperuntukkan Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Pindaan 2016, yang mengenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun dan denda sehingga RM 20,000 bagi kesalahan penggunaan lambang negara termasuk jata negara secara tidak wajar.

Prinsip Undang-undang ada menyebut ‘Ignorantia Juris Non Excusat’ (Ignorance of the Law is No Excuse) bermaksud kejahilan terhadap undang-undang bukan suatu alasan.

Justeru, Pemuda UMNO Malaysia tetap berpendirian bahawa tindakan tegas harus diambil kepada pihak yang didapati bersalah melakukan penghinaan terhadap lambang kedaulatan Negara termasuklah Jata Negara.

Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

30 Jun 2020

Politikus yang realism di pentas sarkas politik



Oleh : Muhammad Mujahid bin Ir Hj Mohammad Fadzil

✅ Realism adalah satu kerangka berfikir yang mementingkan survival, iaitu kepentingan untuk terus berkuasa. Realism boleh dikira sebagai kotra kepada Idealism, dan masing masing mempunyai penganut yang ramai.

✅ Scott Burchill menyatakan di dalam “Theories of International Relations” [Gambar 1] bahawa Realisme muncul semula disebabkan oleh kelemahan Idealisme yang dilihat tidak berjaya mengelakkan perang daripada berlaku untuk kali kedua selepas Perang Dunia Kedua.

✅ Thomas Hobbes menyatakan di dalam “Leviathan” (1909) [Gambar 2] menyatakan bahawa jika dua orang mempunyai matlamat yang sama tetapi keduanya tidak boleh menikmati atau memilikinya, mereka akan menjadi musuh. Untuk mengakhiri pertikaian tersebut, mereka mencari jalan untuk memusnahkan, atau pun menindas satu sama lain.

Thomas Hobbes juga menyatakan bahawa manusia itu asalnya hidup dalam keadaan adil antara satu sama lain. Tetapi suasana ini telah berubah mengikut perubahan zaman kerana manusia bersifat dengki, cemburu dan ingin mendapat sesuasa yang lebih dari sepatutnya.

✅ Jack Donelly menyatakan di dalam “The Relative Universality of Human Rights” [Gambar 3] bahawa realism berpandangan bahawa kuasa yang dicari bukanlah untuk mencapai nilai moral, tetapi digunakan untuk memudahkan kuasa dicapai

✅ Niccolo Machiavelli antara penganut Realism tegar di dalam karyanya The Prince (1515) menyatakan bahawa seseorang pemimpin negara harus mengekalkan kekuatan dan keselamatan negara yang diperintahnya.

Antara yang dikatakan beliau bahawa pemimpin itu tidak akan sentiasa bertindak dengan betul kerana untuk mengekalkan kuasanya, mereka ada kalanya bertindak tidak jujur, kejam dan tidak berperikemanusiaan. Dalam masa yang sama, mereka itu pasti bersedia mengubah apa jua arahan atau situasi yang menghalangnya.

✅ Hans Joachim Morgenthau (1904-1980) tokoh Realism Moden menyatakan di dalam Politics Among Nations, The Struggle For Power And Peace [Gambar 4] bahawa realism sebagai satu teori yang menekankan konsep kuasa dan kepentingan nasional. Beliau yakin bahawa politik itu umpama masyarakat, kerana ia diperintah oleh undang undang berdasarkan sifat manusia.

✅ Hari ini kita boleh saksikan para politikus yang menganut realism sedang menghiasi pentas sarkas hari ini. Masing masing berusaha untuk meneruskan survival politik masing masing. Demi kepentingan. Moral letak tepi.

- Selasa, 30 Jun 2020

Moratorium Terarah Sebagai Jalan Tengah - Syahir Sulaiman



Menjelang Oktober, pelaksanaan moratorium bayaran pinjaman yang diumumkan dalam Pakej Prihatin akan berakhir.

Sekiranya moratorium dilanjutkan secara menyeluruh, pihak pengguna dan peniaga akan mendapat kelegaan, namun sektor perbankan akan merasa tertekan.

Justeru 'moratorium terarah' adalah jalan tengah untuk meringankan beban kewangan peminjam yang terjejas terus akibat COVID-19, serta melindungi kedudukan kewangan sektor perbankan secara mampan.

Inilah pertimbangan yang perlu diambil oleh penggubal polisi, untuk mencari keseimbangan di antara keperluan dan kepentingan semua pihak secara saksama.

Sebagai contoh, jika kerajaan menaikkan paras gaji minima, segmen pekerja akan mendapat manfaat, namun pihak majikan akan tertekan, sehingga menyebabkan majikan mengurangkan pengambilan pekerja, seterusnya boleh meningkatkan kadar pengangguran.

Berbalik kepada isu moratorium, impak kepada ekonomi adalah amat signifikan dengan memastikan kuasa beli pengguna dan kelangsungan perniagaan dapat diteruskan, seterusnya merangsang permintaan dan pertumbuhan ekonomi negara.

Dalam hal ini, pertimbangan boleh diberikan oleh pihak bank kepada peminjam yang terjejas teruk akibat COVID-19, antaranya pekerja yang diberhentikan kerja, pekerja upah harian yang hilang pendapatan, serta pengusaha PKS dan usahawan yang berdepan dengan peningkatan kos operasi dan risiko penutupan perniagaan.

Selain itu, peminjam perlu jujur dan cermat dalam menilai kedudukan kewangan peribadi dan syarikat. Di sinilah pentingnya 'literasi kewangan' diterapkan dalam masyarakat di semua peringkat umur supaya isu keberhutangan yang tinggi dapat dielakkan, dan diuruskan mengikut keperluan dan kemampuan.

Menjengah ke hadapan, persekitaran ekonomi negara dijangka berdepan dengan tempoh sukar selepas bulan Oktober apabila moratorium pinjaman berakhir, pengangguran mencecah 1 juta, ketidaktentuan ekonomi global, serta kadar hutang dan defisit kerajaan yang terus meningkat.

Dengan pilihanraya mengejut (snap election) sudah mula dibayangkan, semua permasalahan ini akan menjadi pertimbangan kerana ekonomi dan politik tidak dapat dipisahkan.

- Syahir Sulaiman, 30 Jun 2020

500 ahli Warisan Kota Belud sertai STAR


KOTA KINABALU: Parti pembangkang Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) mengetepikan imej Kadazan, Dusun dan Murutnya (KDM) dengan menerima kemasukan 500 ahli Bumiputera Islam dari kawasan petempatan utama orang Bajau di Kota Belud.

Presiden STAR Jeffrey Kitingan berkata, penyertaan kumpulan yang diketuai oleh bekas ketua cawangan Warisan merupakan permulaan baru buat parti itu.

Kitingan berkata, STAR menjangkakan kemasukan lebih ramai ramai ahli baru dari daerah pantai timur dan Kudat yang majoriti penduduknya merupakan kumpulan etnik Bumiputera Islam.

“Kami berbesar hati mereka menyertai STAR, terutama dari kawasan pantai timur seperti Semporna, selain Kudat, Kota Belud dan Penampang,” kataya selepas menerima permohonan 500 ahli Bumiputera Islam yang diketuai oleh Awang Salleh Makmud di ibu pejabat parti itu di Penampang hari ini.

STAR yang ditubuhkan pada 2016 menguasai kerusi DUN Bingkor dan kerusi Parlimen Tambunan dan Keningau yang kebanyakan pengundinya terdiri daripada kumpulan etnik bukan Islam atau lebih dikenali sebagai komuniti KDM.

Parti itu lantang bersuara berhubung isu hak negeri dan penyelesaian masalah pendatang tanpa izin di Sabah.

Kitingan mendakwa kerajaan negeri pimpinan Warisan gagal mengatasi masalah tersebut.

FMT difahamkan bahawa bekas ahli Warisan yang mempunyai kaitan dengan Umno Sabah kini kerap berkunjung ke daerah pantai timur negeri itu untuk memujuk ahli parti supaya keluar dan menyertai Umno atau STAR.

Sumber berkata, beratus-ratus ahli parti dari Kinabatangan, Sukau, Beluran, Tawau, Lahad Datu dan Semporna di pantai timur dijangka keluar Warisan dalam beberapa minggu akan datang.

Lebih 600 ahli dari Sepanggar juga meninggalkan Warisan baru-baru ini, tetapi berkata, mereka akan meneruskan perjuangan membela rakyat melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO).


Pengundian awal PRK DUN Chini hari ini


PEKAN: Pusat pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini di Bilik Maklumat Balai Polis Chini dekat sini dibuka pada 8 pagi ini bagi membolehkan 18 pengundi awal melibatkan anggota polis menunaikan tanggungjawab mereka.

Pusat pengundian awal itu dibuka selama empat jam hingga 12 tengah hari.

Sepanjang proses mengundi awal itu, pematuhan kepada garis panduan pencegahan COVID-19 berkuat kuasa seperti jarakan sosial, amalan pemakaian pelitup muka, penggunaan cecair pembasmi kuman dan sarung tangan serta saringan suhu badan.

Proses itu akan disaksikan ejen calon serta Pemerhati Pilihan Raya yang dilantik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selain turut disiarkan secara langsung atau 'live streaming' menerusi Facebook SPR.

Semua peti undi bagi pengundian awal akan disimpan di lokap balai polis dan pengiraannya akan dibuat pada hari pengundian, Sabtu ini (4 Julai) di pusat pengiraan undi di Bilik Maklumat, Balai Polis Paloh Hinai.

PRK DUN Chini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Calon Barisan Nasional (BN) Mohd Sharim Md Zain, 41, dan dua calon Bebas Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin, 64, dan Mohd Shukri Mohd Ramli, 49.

Daftar pemilih bagi PRK DUN Chini mengandungi 20,990 pengundi yang terdiri daripada 20,972 pengundi biasa dan 18 pengundi awal polis.

Pemilih terdiri daripada 10,269 lelaki dan 10,721 perempuan.

DUN Chini, yang merupakan satu daripada empat DUN di bawah Parlimen Pekan, menyaksikan PRK pertama selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dilaksanakan pada 18 Mac lepas.

-- BERNAMA

KM Pulau Pinang Goyah, Hanya 22 dari 40 adun sokong Chow Kon Yeow


PETALING JAYA: Wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang didahului Adun Air Putih, Lim Guan Eng menyatakan sokongan penuh kepada Ketua Menteri, Chow Kon Yeow untuk menerajui pentadbiran negeri.
Menerusi kenyataan bersama Adun PH Pulai Pinang, mereka juga menolak sebarang cubaan untuk menjatuhkan pentadbiran kerajaan negeri yang diterajui gabungan itu sejak 2008.

“Kami sedar bahawa khabar angin kononnya beberapa orang Adun PH Pulau Pinang akan keluar parti untuk menyokong penubuhan kerajaan PN (Perikatan Nasional) di Pulau Pinang.

“Kami para ‘backbenchers’ PH ingin menegaskan bahawa kami menolak sebarang usaha pintu belakang untuk menjatuhkan kerajaan Pulau Pinang dan menyatakan bahawa kami sesekali tidak akan khianati mandat rakyat yang diperolehi dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Sebarang usaha untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalui mandat PRU14 adalah bertentangan dengan prinsip demokrasi, dan khianat tersebut tidak akan dimaafkan oleh rakyat.

“Kami juga ingin mengingatkan kepada rakan-rakan kami di sebelah sana, yang ingat ‘lompat parti’ adalah perkara biasa, tentang Artikel 14A perlembagaan negeri Pulau Pinang yang akan diguna pakai untuk melucutkan keahlian Dewan yang khianat mandat rakyat, dengan melompat parti,” kata mereka.

Kumpulan wakil rakyat itu juga turut menasihati bekas sekutu mereka yang berada di blok pembangkang supaya tidak “membuat fitnah”.

“Kami menasihatkan rakan kami yang sudah menjadi pembangkang sekarang untuk menunjukkan sifat tanggungjawab dan tidak menyebarkan fitnah yang tidak benar sama sekali ini “ katanya.

Selain Guan Eng, 21 Adun lain yang turut mengisytiharkan sokongan kepada Chow ialah:

Saifuddin Nasution Ismail-Pantai Jerejak
Teh Lai Heng- Komtar
Amar Pritpal Abdullah- Sungai Bakap
Lee Khai Loon- Machang Bubok
Muhammad Faiz Fadzil- Permatang Pasir
Lim Siew Khim-Sungai Pinang
Satees Muniandy- Bagan Dalam
Ong Ah Teong – Batu Lancang
Lee Chun Kit- Pulau Tikus
Daniel Gooi Zi Sen-Pengkalan Kota
Hng Mooi Lye-Jawi
Syerleena Abdul Rashid- Seri Delima
Heng Lee Lee-Berapit
Joseph Ng Soon Siang-Air Itam
Mustafa Kamal Ahmad-Telok Ayer Tawar
Gooi Hsiao-Bukit Tengah
Goh Choon Aik-Bukit Tambun
Ong Khan Lee-Kebun Bunga
Kumaresan Aramugam – Batu Uban
Mohd Tuah Ismail-Pulau Betong, dan
Azrul Mahathir Aziz -Bayan Lepas.
DUN Pulau Pinang mempunyai 40 anggota dengan PH menguasai 33 kerusi.

Daripada 33 kerusi PH, DAP mempunyai 19 kerusi, PKR (12) dan Amanah (2).

Tujuh anggota pembangkang diketuai oleh 3 Adun PPBM, diikuti Umno (2), PAS (1) dan Bebas (1).

Sebelum terbentuknya kerajaan PN pada Mac kepas, terdapat hanya hanya 3 anggota pembangkang, iaitu Umno (2) dan PAS (1).

Terbaru Dr Afif Bahardin dan Zulkifli Ibrahim dipecat daripada PKR. Afif menyuarakan hasrat untuk menyertai PPBM, sementara Zulkifli kekal sebagai ahli Bebas.

Dalam pada itu Adun PPBM Khaliq Mehtab Mohd Ishaq dan Zolkifly Md Lazim berkata mereka mesra PN.

Calon PM dari Sabah, Sarawak bukan suatu jenaka



PN ambil iktibar, lantik mereka dalam Kabinet bukan ultra kiasu

IDEA Tun Mahathir mencalonkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri, meskipun tidak disukai oleh beberapa parti komponen PH Plus seperti PKR, tidak boleh dipandang ringan. Ia juga bukan ‘suatu jenaka di abad ini’ atau ‘fantasi’.

Pada hemat saya, perkara ini perlu dilihat dengan serius oleh kerajaan hari ini yang diterajui oleh Perikatan Nasional (PN), agar memberikan lebih perhatian kepada Bumiputera Sabah dan Sarawak.

Perkara ini, sebelum ini, telah berkali-kali saya ingatkan, hak Bumiputera Sabah dan Sarawak perlu diberikan lebih perhatian berbanding bangsa yang lain. Namun, saranan saya masih tidak dihiraukan.

PN terus berahi dan masih lagi mengangkat ultra kiasu seperti MCA, sebagai rakan karib dengan memberikan pelbagai jawatan dalam Kabinet dan GLC, sedangkan MCA (Gerakan) kerap kali engkar dan menghina UMNO dan PAS (MN). Paling teruk, tindakan MCA, keluar daripada BN setelah BN tewas dalam PRU14. Bila MCA merasakan ada keuntungan, masuk balik BN (PN).

Apakah PN (UMNO PAS) memasangkan harapan tinggi bahawa, pada PRU15 nanti, bertambahlah pengundi Cina mengundi PN. Apakah PN beranggapan bahawa MCA benar-benar mewakili kaum Cina? Sudah lama MCA ditolak.

Jika ada sekelumit pun dalam pemikiran pimpinan PN, inilah baru betul jenaka dan fantasi.

Percayalah, ultra kiasu Cina yang majoritinya dalam DAP, MCA, Gerakan, tidak akan mengundi PN dalam PRU akan datang meskipun PN terus menjulang MCA dengan memberikan jawatan kanan menteri dan timbalan menteri serta jawatan GLC. Lebih teruk sehingga terpaksa melantik ultra kiasu ini menjadi senator bagi mengisi timbalan menteri, sedangkan ada wakil rakyat yag leibh layak.

Melantik mereka yang tidak tahu malu ini, kononnya mewakili kaum Cina, seperti memelihara biawak hidup. Majoriti Cina tidak merasakan mereka diwakili oleh MCA terutamanya.

Daripada memelihara biawak hidup ini, lebih baik PN fokuskan kepada Bumiputera Sabah dan Sarawak. Mereka jauh lebih layak, kerana mereka adalah peribumi. Faham atau tidak maksud peribumi? Saya bukan rasis, kerana saya sendiri adalah orang Cina. Cuma saya mahu PN berlaku adil, iaitu meletakkan sesuatu pada tempatnya. Bukan kemarukkan undi dan kuasa, yang masih daripada pasti.

Bumiputera Sabah dan Sarawak jauh lebih memahami kehidupan bernegara dan patriotik dalam menuju pembinaan negara bangsa.

Teramat jarang kedengaran Bumiputera Sabah dan Sarawak menghina Yang di-Pertuan Agong, raja-raja Melayu, bangsa Melayu dan Islam jika dibandingkan dengan ultra kiasu. Jika ada pun masih wajar.

Malah ketika raja-raja Melayu dihina oleh ultra kiasu, Bumiputera Sabah dan Sarawaklah yang bangun mempertahankan.

Persoalannya, kita tahu semua ini, kenapa tidak raikan Bumiputera Sabah dan Sarawak dengan memberikan lebih banyak jawatan dalam Kabinet, seperti jawatan menteri dan timbalan menteri. Hatta, jawatan Timbalan Perdana Menteri diberikan, saya amat menyokong.

Bumipuera Sabah, Sarawak jauh lebih layak, berbanding dengan jawatan menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri kepada MCA, yang bukan wakil rakyat, tetapi diberikan atas lantikan senator. Senator dilantik jawatan menteri atau timbalan menteri, adalah bukan wakil rakyat sebenar. Lebih memalukan, mereka ini adalah wakil rakyat yang kalah, ditolak rakyat.

Kecualilah jika parti Cina ini bolehkan bukti mereka diterima oleh kaum Cina, mewakili kaum Cina, sehingga nanti kaum Cina mengundi dan menyokong PN.

Saya amat terkilan sama sekali, apabila PN lebih mengutamakan MCA daripada Parti Cinta Malaysia (PCM). PCM adalah parti sebenar mewakili Cina. PCM jauh lebih menghayati sejarah bangsa negara ini dan menghormati segala perkara termaktub dalam perlembagaan. PCM jauh yang lebih mesra Melayu dan Islam, meskipun mereka turut memperjuangkan Cina. Inilah sebenar wakil kaum Cina, bukan MCA.

Kita mahukan Cina yang menghormati sejarah negara ini, Melayu dan Islam, menjunjung Perlembagaan dan menghormati raja-raja Melayu.

Kita tidak mahu Cina ultra kiasu yang saban kali membangkitkan isu-isu sensitif berkaitan Melayu, hak Melayu da Bumiputera, Islam dan raja-raja Melayu.

Kenapa saya katakan Bumiputera lebih layak dan perlu diberikan lebih banyak jawatan menteri dan timbalan menteri, bukannya parti kalah, parti biawak hidup seperti MCA?

Pertama, mereka adalah peribumi, sebab itu digelar Bumiputera, termaktub dalam Perlembagaan. Mereka bukan pendatang. Hak mereka (dan Melayu) termaktub dalam perlembagaan. Mereka lebih berhak.

Justeru, berikanlah hak kepada yang berhak. Tanpa Sabah dan Sarawak, tanah ini, bernama Tanah Melayu. Melayu kekal Tanah Melayu. Sabah Sarawak kekal peribumi.

Saya ulangi jika masih tidak faham bahawa, SABAH, SARAWAK dan PERSEKUTUAN TANAH MELAYU, membentuk MALAYSIA pada tahun 1963. Tidak ada nama bangsa lain selain dua ini iaitu Melayu dan Bumiputera, baharulah membentuk MALAYSIA.

Pembentukan ini telah menjadi bangsa lain terus diraikan. Nama peribumi Sabah, Sarawak dan Melayu di Tanah Melayu telah wujud sebelum negara ini didatangi oleh bangsa lain. Kenapa kita tidak perlu cuba faham perkara ini?

Pembentukan Malaysia, menjadi bangsa lain lebih diraikan dan dihormati, sehingga mereka jauh menjadi lebih kaya raya berbanding Melayu dan peribumi. Peliknya, kenapa bangsa lain tidak merasa bersyukur, malah sanggup perjuangkan dan mempertahankan ‘Malaysian Malaysia’. Ia sama sekali menafikan hak Melayu dan bumiputera.

Kedua, kajilah sejarah Bumiputera Sabah dan Sarawak, selepas pembentukan Malaysia, mereka sangat patriotik dan setia.

Mereka tidak seperti ultra kiasu yang menghasut, menggunakan slogan, Sabah for Sabahan, Sarawak for Sarawakian. Idea ini dicetuskan oleh ultra kiasu, bagi tujuan menggugat keharmonian Malaysia. Walhal ketika pembentukan Malaysia 1963 melalui perjanjian Malaysia (MA63), keadaan begitu aman dan tenteram.

Ketiga, Bumiputera Sabah dan Sarawak sangat menjunjung tinggi Perlembagaan negara, kedudukan bahasa Melayu, meskipun kedudukan bahasa Melayu tidak terpakai sepenuhnya sebagai bahasa utama, melihat kepada Perkara 20 dan 18.

Dalam keadaan begitu sekali pun, mereka begitu fasih berbahasa Melayu. Bahasa Melayu mereka berada pada tahap tinggi dan fasih.

Dalam kata lain, bahasa Melayu turut berperanan besar menyatukan suku-suku etnik di Sabah dan Sarawak. Jika Bumiputera Sabah dan Sarawak dengan pertahankan bahasa etnik masing-masing yang berjumlah hampir 100 etnik, saya tidak boleh bayangkan bagaimana mereka berinteraksi. Tetapi penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan semua suku etnik bumiputera telah menyatukan mereka semua.

Tidak pernah dengar sama sekali Bumiputera Sabah Sarawak meminta atau mendesak kerajaan mendirikan Sekolah Jenis Kebangsaan Iban (SJK Iban atau SJK Kadazan atau sekolah-sekolah berasaskan etnik mereka, berbanding tuntutan dan desakan menambah SJKC dan SJKT yang begitu banyak telah diberikan, walaupun Bumiputera jauh lebih layak untuk menuntut sekolah berasaskan etnik itu.

Sebagai contoh, lebih hebat lagi, Iban (Sarawak) tidak bawa cara Iban. Kadazan (Sabah) tidak bawa cara Kadazan, bila bertemu tetap berinteraksi dalam bahasa Melayu pada tahap atau skala bahasa yang begitu tinggi (baku). Begitu juga Iban (Kadazan) bertemu Iban (kadazan), masih kedengaran bahasa Melayu. Berbanding dengan ultra kiasu Cina (India) bertemu ultra kiasu Cina (India), adakah akan kedengaran bahasa Melayu. Ini baharu satu dua contoh, bayangkan jika saya contoh lebih 50 suku etnik yang lain.

Dalam kata lain, walaupun Sabah dan Sarawak, begitu jauh daripada Semenanjung, bahasa Melayu tetap disanjung dan dijunjung. Saya bertemu begitu ramai Bumiputera Sabah Sarawak yang datang bekerja di Semenanjung, bahasa Melayu mereka tidak pernah canggung,

Berbanding dengan ultra kiasu, sama ada di Semenanjung dan Sabah dan Sarawak. Lihatlah cara percakapan wakil-wakil rakyat mereka di Parlimen. Akan kedengaran bunyi ‘bulung-bulung telebang di angkase…’ Haiya, manyak susah mahu ciakap Melayu loo.

Sebelum menutup tirai, fikir-fikirkan lagi, negeri-negeri Bumiputera ini juga, termasuk negeri majoriti Melayu, Terengganu dan Kelantan dan Kedah juga adalah periuk minyak, tetapi kekayaan minyak disalurkan ke tempat yang lebih majmuk, atas nama Persekutuan.

Malangnya, kemudian, negeri-negeri inilah yang diperlekehkan sebagai negeri terkebelakang. Terengganu dan Kelantan sedikit beruntung, kerana setanah dan tradisi budaya ilmu Islam setempat, maka dari sudut pembangunan sumber manusia mereka tidak sangat ketinggalan. Bumiputera Sabah dan Sarawak bagaimana? Fikirkanlah sayang….

Tinggalkanlah politik ulik mayang, yang laut balik ke laut, yang darat balik ke darat. Wakil rakyat hanya berahi dan fikirkan kawasan sendiri sahaja untuk dibangunkan, bukannya negeri dan negara secara keseluruhan. Pernahkah wakil rakyat Semenanjung memikirkan pembangunan di kawasan Bumiputera Sabah dan Sarawak?

Cukuplah setakat ini dahulu, saya noktahkan untuk difikirkan oleh PN supaya mengambil iktibar daripada isu calon PM daripada kalangan Bumiputera Sabah dan Sarawak, akan betapa perlunya mereka lebih diraikan. Paling penting, apa jua keputusan, dalam menyesuaikan dengan reality, kemajoritian Bumiputera dan Melayu (Islam) jangan sama sekali dipinggirkan, kerana terlalu kemarukkan undi ultra kiasu.

https://ismaweb.net/2020/06/29/calon-pm-dari-sabah-sarawak-bukan-suatu-jenaka/

Mahathir dan calon PM utopia


Oleh Dr Awang Azman Awang Pawi

Selepas ditolak oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) pencalonan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Ke-3, Mahathir cuba menafikan komponen PH apabila mencadangkan Presiden Warisan Sabah sebagai calon perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan (PH) Plus kembali berkuasa.

Mahathir juga menyatakan terdapat persetujuan bahawa anaknya Mukhriz Mahathir yang gugur keahlian Bersatu menurut ROS sebagai calon jawatan timbalan Perdana Menteri bersama-sama Presiden PKR, Anwar Ibrahim yang mempunyai 38 ahli parlimen PKR.

Hal ini menyebabkan banyak perbincangan dalam media sosial mengenai isu ini yang lebih melihat tidak ada logikanya.

Reaksi Sarawak

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri James Jemut Masing menganggap idea Mahathir untuk mencalonkan Ketua Menteri Sabah, Shafie Apdal sebagai ‘suatu jenaka dalam abad ini’.

“(Datuk Seri) Shafie (Apdal) sebagai calon perdana menteri dan (Datuk Seri) AI (Anwar Ibrahim) sebagai timbalan perdana menteri? “

“Adakah ini jenaka Mahathir? Saya harap (Mahathir) bangun dan sedar ketika mengemukakan kenyataan ini, jika tidak, cadangan ini hanya sebagai jenaka dalam abad ini.

“Cadangan ini perlu bergerak melangkaui bermimpi”.

Demikian reaksi James Masing yang juga Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) kepada sebuah akhbar berbahasa Inggeris, New Straits Times.

PRS ialah salah satu komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Abdul Karim Hamzah, iaitu Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pula menganggap cadangan Shafie sebagai calon perdana menteri ialah sekadar fantasi Mahathir dan Karim meragui sama ada DAP dan Amanah akan terikut-ikut akan fantasi tersebut.

Dengan kata lain, ia sekadar utopia, iaitu seronok dicipta, seolah-olah benar tapi tidak berpijak di bumi nyata seolah-olah tergambar dalam utopia ciptaan Thomas More (1516).

Paradoks politik

Ketika ini PKR mempunyai 38 kerusi parlimen, DAP mempunyai 42 kerusi parlimen, manakala Amanah mempunyai 11 kerusi parlimen yang menunjukkan pengaruh dan kekuatan kerusi masing-masing namun Warisan hanya mempunyai 9 kerusi sahaja dan Mahathir cuma ada 5 kerusi parlimen.

Ketika Mahathir cuba melengah-lengahkan peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim, Mahathir berhujah bahawa Anwar sukar menjadi perdana menteri kerana Anwar mewakili parti berbilang kaum dan liberal.

Namun apabila Mahathir sendiri mencalonkan Shafie Apdal sebagai calon perdana menteri, ia agak janggal kerana parti Warisan merupakan parti pelbagai kaum.

Malah parti warisan parti berbilang kaum untuk peribumi di negeri Sabah sahaja sedangkan PKR parti berbilang kaum mewakili seluruh etnik di Malaysia.

Anwar pula dituduh Mahathir liberal apabila mewakili parti pelbagai kaum walaupun Anwar akur terhadap Perlembagaan Negara dan memastikan dasar negara bersifat inklusif tanpa menafikan hak-hak keistimewaan Melayu Islam dan anak negeri Sabah dan Sarawak.

Shafie Apdal sehingga kini dianggap sebagai ahli politik di peringkat negeri Sabah atau lebih sesuai sebagai tokoh politik peringkat Sabah, sedangkan Anwar Ibrahim pula diiiktiraf sebagai tokoh atau ikon politik nasional dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Tentulah sesuatu yang aneh apabila tokoh besar dicadangkan sebagai menjadi nombor dua sahaja.

Kalau pencalonan Mahathir dan Anwar pun dikatakan tidak mendapat sokongan majoriti dewan rakyat, apa pula jaminan Shafie Apdal dapat sokongan besar parlimen, inilah menyebabkan cadangan ini dipandang sepi oleh ahli politik dari Sarawak yang mempunyai kerusi jauh lebih besar daripada Warisan, Sabah.

Manipulasi politik

Cadangan mencalonkan Shafie lebih dilihat sebagai protes Mahathir apabila pencalonannya tidak diterima PKR. Maka, Mahathir setakat ini seolah-olah akan memastikan sesiapa sahaja boleh jadi calon perdana menteri asalkan bukan Anwar Ibrahim.

Perkara ini menyerlahkan sikap Mahathir yang tidak mahu Anwar menjadi perdana menteri kerana beliau tahu Anwar boleh melakukan pemerintahan yang lebih baik daripadanya yang dilihat lebih mengarah kepada neo kapitalisme.

Anwar juga mempunyai jaringan antarabangsa yang luas merentasi sempadan dunia barat dan timur.

Dari satu segi, cadangan dua calon timbalan perdana menteri dari Semenanjung Malaysia juga memperlihatkan kejanggalan. Ia seolah-olah tidak mahu membuka laluan masa depan kepada negeri Sarawak.

Sepatutnya, ia perlu membuka peluang kepada Sarawak sebelum meletakkan dua calon dari Semenanjung Malaysia.

Pencalonan Mukhriz sebagai timbalan perdana menteri selepas kerajaan yang dipimpin Mukhriz tumbang dilihat kurang sesuai berdasarkan kekuatan parti.

Sekiranya, mahu membuka dan memastikan sokongan Melayu Islam lebih luas, calon jawatan timbalan perdana menteri sepatutnya diserahkan kepada parti Amanah.

Hal ini Kerana parti Amanah mempunyai 11 kerusi parlimen, manakala Bersatu Hitam (merujuk kumpulan pro Mahathir) hanya mempunyai 5 kerusi sahaja dan keanggotaan dalam Bersatu sudah tergugur sebagaimana dimuktamadkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Ramai juga melihat kedudukan Shafie sendiri kurang stabil berbanding kedudukan Abang Johari di negeri Sarawak.

Sekiranya Mahathir ikhlas mahu penglibatan Sabah dan Sarawak, ia patut menawarkan Sarawak kerana kepimpinan Abang Johari lebih kukuh, bijaksana dan menunjukkan kepimpinan yang lebih baik dan terarah.

Terdapat 165 ahli parlimen di Semenanjung manakala 57 ahli parlimen terdapat di Sabah dan Sarawak.

Strategi Politik

Namun pencalonan Shafie Apdal sebenarnya dapat membuka dinamika politik khususnya terhadap kedudukan Shafie sendiri. Kerajaan pemerintah Sabah kini mempunyai 45 kerusi Adun termasuk empat Adun dilantik manakala pembangkang pula mempunyai 20 kerusi Adun termasuk 1 kerusi dilantik.

Apabila Musa Aman bebas daripada tuduhan mahkamah, dinamika politik sudah berbeza. Menurut beberapa sumber Musa Aman dikatakan kembali membuat percaturan politik dan dikatakan mampu menguasai 35 Adun.

Sekiranya ini berlaku bermakna Shafie hanya mempunyai 30 kerusi sahaja dan sekiranya ini benar-benar berlaku, ini akan mengakibatkan Shafie perlu berkompromi dengan Perikatan Nasional untuk menyelamatkan kedudukan parti Warisan dan kerajaan negeri Sabah.

Dengan kata lain, Muhyiddin Yassin selaku perdana menteri dapat mengekang tindak tanduk Shafie dengan memastikan Shafie tunduk kepadanya, dan Muhyiddin mempunyai pengaruh yang besar untuk memastikan sama ada kerajaan Warisan di Sabah akan tumbang atau sebaliknya.

Musa Aman pula dilihat akan akur terhadap Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri kerana kuasa perdana menteri dilihat cukup besar dalam menentukan jatuh bangun ahli politik terutamanya Musa Aman yang baru gugur daripada sabitan mahkamah.

Di satu sisi yang lain, Muhyiddin Yassin berjaya mengawal dan membuat percaturan politik di negeri Sabah dan memastikan parti Umno tidak terlalu kuat di Sabah kerana boleh menyebabkan kedudukan Bersatu di negeri Sabah terjejas akibat dominani Umno sekiranya tidak terkawal.

Jalan lain ke Putrajaya

Terdapat juga spekulasi politik kononnya apabila Shafie dicalonkan sebagai PM, maka kedudukan Shafie dapat diperkuatkan di Sabah dan Tun melihat kononnya akan mengharapkan sokongan baru daripada kem Azmin dan Hishammuddin.

Sebelum ini Tun dilihat begitu yakin terhadap sokongan diperoleh dari DAP dan Amanah akan berterusan.

Namun, Mahathir silap untuk bergantung kepada sokongan DAP dan Amanah kerana kedua-dua parti tersebut mempunyai penyokong dan akar umbi mereka yang kebanyakan menolak kerjasama dengan Mahathir, sebaliknya mahu pemimpin mereka bekerjasama dengan Anwar dan PKR.

Yang kedua, DAP dan Amanah sendiri tidak akan mahu bekerjasama dengan kumpulan Azmin dan Hishammuddin jika inilah yang berlaku apabila ini dikaitkan dengan isu pengkhianatan Langkah Sheraton.

Bermakna, Mahathir hanya mampu melengah-lengah masa dan dilihat cuba memecahkan kesatuan dalam Pakatan Harapan.

Namun, sebagaimana tertera dalam Facebook YB Fahmi Fadzil pada majlis makan tengah hari di antara pemimpin utama DAP, PKR dan Amanah tanpa pro Mahathir dan Warisan, terdapat kapsyen yang mempunyai maksud yang dalam tertera, iaitu ‘air dicincang tidak akan putus.’

Ini menunjukkan mesej tersirat ahli gabungan Pakatan Harapan untuk Mahathir.

Pada masa yang sama, cadangan meletakkan Shafie sebagai calon perdana menteri bermula daripada idea Mahathir yang kini tidak mempunyai platform politik selepas terpelanting daripada parti Bersatu.

Mahathir juga belum disahkan penyertaannya dalam PH plus, sebaliknya baru peringkat rundingan membentuk plus tersebut.

Yang pasti Mahathir kini belum ada medium rasmi dan perlu platform rasmi untuk bergerak atau berhadapan risiko tidak relevan lagi dalam politik!

Hal ini menyukarkan Mahathir untuk bergerak dengan mempunyai ahli parlimen amat sedikit dan tidak berparti, apatah lagi untuk mengemukakan idea yang tidak masuk akal.

Sebab itu, ada cadangan nakal daripada Najib Tun Razak agar Mahathir dilantik sebagai pengerusi DAP.

PROFESOR MADYA DR AWANG AZMAN AWANG PAWI ialah penganalisis sosiopolitik dan sosiobudaya di Jabatan Sosiobudaya, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/532188

Maybank Umum Penamatan MaybankPay Pada 20 Julai 2020


Maybank, salah satu bank terkemuka di Malaysia, kini telah mengumumkan mereka akan menamatkan penawaran MaybankPay pada 20 Julai 2020 kelak.

MaybankPay merupakan salah satu perkhidmatan membayar melalui telefon pintar menggunakan ciri NFC yang telah diperkenalkan pada 2016 yang lepas. Ia ditawarkan untuk beberapa telefon pintar Android yang menyokong NFC, sekaligus mengalakkan transaksi secara nirtunai.

Menggunakan MaybankPay, pengguna boleh menambah kad kredit atau debit Visa pada aplikasi berkenaan, dan membuat pembayaran dengan hanya sentuh peranti pada terminal Visa PayWave.

Walaupun terdapatnya MaybankPay, ia boleh dikatakan agak kurang popular jikalau dibandingkan dengan penggunaan seperti Maybank QRPay atau Maybank2U. Terkini, Maybank mengumumkan akan menamatkan penawaran MaybankPay ini pada 20 Julai 2020 kelak.

Selepas tarikh berkenaan, pengguna tidak lagi boleh menggunakan perkhidmatan berkenaan, selain aplikasi tersebut akan dibuang daripada Google Play Store.

Sebagai alternatif, selain penggunaan perkhidmatan Maybank sendiri untuk transaksi nirtunai, pengguna turut boleh menggunakan Samsung Pay untuk tujuan pembayaran lebih kurang sama seumpama MaybankPay.

Sumber: https://amanz.my/2020241161/

Penghinaan Kepada Jata Negara: Kementerian Dalam Negeri Harus Segera Ambil Tindakan



1. Hari ini rata-rata di media sosial pengguna berkongsi satu pautan laman sosial Facebook sebuah syarikat buku, Ilham Books di pautan [https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3961434060565004&id=597490066959437] yang mengiklankan sebuah buku bertajuk "Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia" (ISBN : 9789672165811) disunting oleh penulis, Kean Wong yang mana mempamerkan sebuah logo mirip jata negara yang telah diubah suai sebagai penghias muka hadapan.

2. Lukisan mirip jata negara itu meletakkan seorang kanak-kanak berbogel di atas bulan dan bintang, serta mengubahsuai bentuk dua ekor harimau selain menambahkan bentuk seekor buaya di bahagian bawahnya.

3. Perbuatan ini jelas menggambarkan betapa penulis buku seolah-olah merendah-rendahkan martabat JATA NEGARA dan menghina lambang rasmi kedaulatan negara.

4. Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) (Pindaan) 2016, memperuntukkan penjara sehingga tiga tahun dan denda sehingga RM 20,000.00 bagi kesalahan penggunaan lambang negara termasuk jata negara secara tidak wajar.

5. Nampaknya Akta yang baru dipinda dengan meningkatkan hukuman 20 kali ganda pada tahun 2016 belum cukup menggerunkan sesetengah pihak sehingga sanggup secara terbuka membuat penghinaan terhadap lambang rasmi negara, melalui penerbitan buku sebegini.

6. Justeru Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dengan ini mendesak agar pihak penulis, penyunting dan penerbit buku ini disiasat dan diambil tindakan tegas oleh pihak Berkuasa jika benar terbukti wujud motif untuk berlaku biadab dan menghina lambang rasmi negara.

7. Kementerian Dalam Negeri juga harus segera mengambil langkah menggantung penerbitan dan pengedaran buku ini untuk mengelakkan daripada terlepas ke luar negara, seterusnya menjatuhkan imej negara di mata masyarakat dunia.

Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

28 Jun 2020

Menteri galak kerja diladang, tawar gaji hingga RM3,000


PETALING JAYA: Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Khairuddin Aman Razali menggalakkan rakyat bekerja dalam sektor perladangan, termasuk kelapa sawit yang menawarkan pendapatan sehingga RM3,000 sebulan dan manfaat lain.

Beliau berkata, keutamaan kerajaan ketika ini ialah menarik minat orang tempatan bekerja di sektor perladangan kerana negara kekurangan 30,000 tenaga kerja dalam pelbagai pekerjaan di ladang.

Katanya, ia juga selaras usaha negara mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing selepas penularan Covid-19 yang menyaksikan ramai rakyat hilang pekerjaan.

“Dalam situasi Covid-19 yang menyebabkan ramai pekerja terpaksa diberhentikan dan banyak operasi syarikat ditutup, sektor perladangan komoditi membuka pintu seluas-luasnya kepada rakyat tempatan.

“Kerja sebagai pengait buah sawit di ladang besar memberi peluang pendapatan antara RM2,500 hingga RM3,000 sebulan dengan disediakan kemudahan kediaman keluarga yang baik,” katanya kepada FMT.

Khairuddin berkata, kementeriannya akan mengutamakan pekerja tempatan berbanding warga asing dalam usaha menangani isu buruh paksa yang dijadikan bahan kempen antarabangsa bagi memburukkan sektor sawit negara.

“Isu kontrak melibatkan warga asing antara isu yang dikaitkan dengan terma ‘buruh paksa’ oleh mereka. Justeru, polisi meramaikan pekerja tempatan berbanding pekerja asing adalah polisi terbaik bagi melindungi kepentingan sawit Malaysia.”

Katanya, kerajaan sudah menubuhkan jawatankuasa khas Kabinet untuk membincangkan isu pekerja asing.


“Setakat ini, kita kekal pada dasar baru yang telah diumumkan ke arah mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing di ladang dan meningkatkan penggunaan tenaga kerja tempatan.”

Beliau mengulas gesaan Persatuan Pemilik Ladang Malaysia untuk kerajaan membenarkan pekerja asing kembali kerana industri kelapa sawit akan berdepan kerosakan teruk jika tidak dikecualikan daripada pembekuan pengambilan pekerja.

Kumpulan itu berkata, kerajaan perlu mempertimbangkan kelangsungan hidup dan kelestarian sektor itu dengan membenarkan pemilik ladang yang tidak dapat merekrut orang tempatan supaya mengambil pekerja asing kerana sektor itu berdepan masalah kekurangan buruh kronik yang semakin teruk.

Ia bergantung kepada pekerja asing untuk 70% tenaga kerja ladang dan hampir semua kerja lapangannya, khasnya pekerja dari Indonesia dan Bangladesh.

Ribuan pekerja meninggalkan sektor itu untuk pulang ke kampung ketika sempadan ditutup akibat penularan Covid-19, menyebabkan tekanan dihadapi industri itu bertambah kerana 2 hingga 3% pekerja asing pulang setiap tahun.

Sebelum ini, Menteri Sumber Manusia, M Saravanan dilaporkan berkata, pengambilan pekerja asing baru untuk semua sektor tidak dibenarkan sehingga hujung tahun ini bagi membolehkan warga tempatan mengisi kekosongan itu.

Sungai Nil Sebagai Alat Untuk Melemahkan Pemimpin dan Negara Islam.



Ketika ini, pembinaan empangan oleh Ethiopia di Sungai Nil telah mencetuskan ketegangan antara tiga buah negara iaitu Mesir, Sudan dan Ethiophia. Pembinaan empangan Grand Ethiopian Renaissance Dam ( GERD ) telah membangkitkan ketegangan hingga hampir mencetuskan peperangan antara ketiga - tiga negara terbabit.

Minggu lalu, Mesir telah membawa isu pembinaan empangan tersebut ke Majlis Keselamatan Bangsa - Bangsa Bersatu serta meminta supaya PBB masuk campur dan menjadi pengantara untuk memulakan rundingan antara ketiga - tiga negara dalam pertelingkahan mengenai empangan tersebut.

Ini berikutan kegagalan rundingan antara ketiga - tiga negara tersebut dan keengganan Ethiopia untuk memenuhi permintaan Sudan dan Mesir untuk melambatkan pengisian air di empangan tersebut di mana Ethiopia bertegas untuk mengikut jadual asal mereka untuk mengisi air di empangan tersebut secepat mungkin.

Dengan mempercepatkan pengisian air di empangan tersebut untuk menjana kuasa hidro dan untuk sistem pengairan sektor pertanian di Ethiopia, jumlah pelepasan air ke Sungai Nil akan berkurangan dengan begitu drastik hingga mampu menjejaskan sektor pertanian dan keperluan sumber air bersih kepada kepada negara - negara lain di sepanjang sungai tersebut terutamanya Sudan dan Mesir.

Mesir sejak dari dahulu lagi sememangnya bergantung kepada Sungai Nil untuk bekalan air bersih dan untuk sektor pertaniannya. 90 peratus bekalan air Mesir datangnya daripada Sungai Nil. Telah tercatat dalam sejarah bahawa survival dan kemakmuran negara - negara di sepanjang Sungai Nil adalah bergantung kepada kestabilan aliran air di sungai tersebut.

Begitu juga dengan Sudan, ia turut bergantung kepada Sungai Nil untuk kelangsungan hidup rakyat dan kemakmuran negaranya. Kedua - dua negara ini amat bergantung kepada Sungai Nil. Sejak beberapa abad lalu, Mesir dan Sudan telah membina beberapa buah empangan di Sungai Nil dalam negara mereka.

Selain bertujuan untuk memperolehi sumber air bersih, pembinaan empangan tersebut juga adalah untuk pengairan sektor pertanian kedua - dua negara tersebut dan juga untuk mengelakkan banjir yang kerap berlaku di kedua - dua negara itu ketika air pasang di Sungai Nil.

Sebenarnya peperangan untuk menguasai sumber air di Sungai Nil telah berkurun lamanya berlaku kerana Sungai Nil merupakan tali hayat kepada penduduk dan negara di sepanjang sungai tersebut.
Namun akhir tahun 1800, terdapat beberapa perjanjian yang jelas yang boleh dijadikan rujukan betapa politik mempengaruhi penguasaan sumber air yang cukup berharga ini.

I5 April 1891 Anglo Italian Protocol.
15 Mei 1902 Treaty Between Great Britain and Ethiopia.
9 Mei 1906 Agreement Between Britain and the Government of the Independent State of Congo.
13 Disember 1906 Tripartite Treaty ( British - France - Italy )
7 Mei 1929 The Agreement Between Egypt and Anglo Egyptian Sudan.
1959 Nile Water Agreement

Namun kebanyakkan dari penjanjian ini terutamanya penjanjian pada tahun 1959 memberikan kuasa mutlak kepada Sudan dan Mesir hak dan kuasa untuk menentukan penggunaan sumber air di Sungai Nil dan juga jelas terdapat klausa - klausa dalam perjanjian terdahulu bahawa tidak dibenarkan membina sebarang empangan di Sungai Nil Biru yang berada di Ethiopia.

Jika berpandukan kesemua perjanjian tersebut menurut pakar perundangan dan konflik berkaitan Sungai Nil, jelas Ethiopia tidak mempunyai hak dan kuasa untuk membina empangan tersebut tanpa persetujuan Mesir dan Sudan. Tentunya pembinaan empangan tersebut menyebabkan kemarahan Mesir dan Sudan kerana Ethiopia tidak mempunyai hak dan kuasa membabitkan Sungai Nil.

Di sebalik semua perjanjian dan konflik berkaitan Sungai Nil dan negara - negara yang berkepentingan di sepanjang sungai tersebut, konflik terbaru ini sebenarnya bakal mendedahkan peranan di sebalik tabir negara tertentu yang mempunyai agenda tersembunyi disebalik konflik ini iaitu Israel.

Sasterawan Syauqi Aql menyebut dengan jelas bahawa regim Israel sebenarnya memainkan peranan besar di sebalik pembinaan empangan ini sejak dari awal lagi dengan memberikan sokongan secara terbuka kepada Ethiopia melalui kenyataan Benjamin Netanyahu yang menegaskan akan mempertahankan projek ini.

7 Julai 2016 ketika lawatan Benjamin Netanyahu ke Addis Ababa, Ethiopia, Netanyahu secara jelas menyokong Ethiopia membina empangan tersebut untuk kepentingan Ethiopia namun lawatan itu sebenarnya telah menimbulkan banyak tanda tanya kerana pada masa lawatan tersebut, Netanyahu telah melawat hampir keseluruhan negara di sepanjang lembah Sungai Nil.

Namun menurut Syauqi Aql, tujuan Netanyahu menyokong pembinaan empangan tersebut adalah kerana di sana terdapat ruang yang boleh melemahkan kekuatan Islam dan Mesir itu sendiri. Netanyahu mengetahui bahawa Mesir terlalu bergantung kepada Sungai Nil dan dengan menyokong Ethiopia, regim Israel akan mempunyai sekutu yang mempunyai kekuatan untuk melemahkan Mesir.

Perkara ini sebenarnya telah diberikan amaran oleh beberapa tokoh pemikir Mesir sejak beberapa dekad yang lalu, antaranya Dr. Muhammad Hasanain Haikal yang merupakan seorang tokoh wartawan dan pengkritik politik Timur Tengah yang terkenal dan disegani.

Beliau pernah menyebut dalam satu ulasannya bahawa cubaan untuk melemahkan Mesir dengan menggunakan Sungai Nil telah bermula sejak 800 tahun yang lalu iaitu selepas kekalahan tentera salib di tangan Sultan Salahuddin Al-Ayyubi sebagai langkah untuk membalas dendam dan menghubungkan mereka dengan negara Kristian Ethopia.

Pendapat beliau juga disokong oleh Almarhum Syeikh Abdul Hameed Kisyk yang pernah memberi amaran akan ancaman perancangan musuh-musuh Islam khususnya regim Israel untuk melemah dan menghancurkan Mesir dengan menggunakan Sungai Nil sebagai alat untuk melaksanakannya.

Namun Mesir saat ini di bawah pemerintahan Abdul Fattah Al Sisi lebih ghairah untuk masuk campur soal peperangan di Libya. Isu sebenar yang perlu diberi perhatian oleh Mesir sekarang ini ialah projek pembinaan Empangan Grand Ethiopian Renaissance Dam di Ethopia dan bukannya peperangan di Libya.

Amat mengecewakan apabila Abdul Fattah As-Sisi lebih banyak menghabiskan masa dan tenaga membantu Khalifa Haftar di Libya dengan dibiayai oleh sumber kewangan daripada UAE dan sokongan ‘kuasa besar’ di belakang dengan alasan untuk menyekat campurtangan Turki di Libya.

Sedangkan ancaman paling besar terhadap Mesir adalah isu Empangan Great Ethiopian Renaissance Dam yang sedang dibina oleh Ethopia di mana yang jelas campurtangan regim Israel di belakangnya bagi melaksanakan strategi ‘Menghapuskan Mesir’ iaitu menyekat aliran Sungai Nil yang menjadi nadi kepada Mesir sejak ribuan tahun lamanya.

Apakah Abdul Fattah Al Sisi lebih mementingkan rakyat dan negaranya atau sekutunya seperti UAE yang hanya menggunakan Mesir untuk kepentingan geopolitiknya ? Yang tampak jelas saat ini, Abdul Fattah Al Sisi lebih gemar mencari suaka kekuasaan politik untuk mempertahankan kuasanya dari mementingkan rakyat dan negaranya.

Semoga Allah SWT melindungi Mesir dan rakyatnya serta mengembalikan Islam sebagai tonggak kekuasaan di bumi anbia tersebut.

Islam Memimpin Perpaduan.

***YB Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi ialah Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat merangkap ADUN Batu Buruk.

Ubah Nama George Town Ke Tanjong Penaga


Oleh Dato A Murad Merican

PULAU Pinang memerlukan sejarah baharu. Bagi memenuhi Hasrat tersebut, beberapa nama tempat dan nama tokoh mesti diabadikan dan diabadikan semula setelah sekian lama terabai dan dipadamkan.

Pertama: Nama Pulau Pinang mesti dikekalkan, dan bukan “Penang,” dalam semua urusan;

Kedua: Tanjong Penaga dikembalikan untuk menggantikan nama George Town, sebagai nama tempat dan ibu negeri Pulau Pinang;

Ketiga: Bagan Tuan Kechil dikembalikan untuk menggantikan nama Butterworth di Seberang Perai;

Keempat: Nama-nama peneroka awal Pulau Pinang seperti berikut: Nakhoda nan Intan Tuanku Patis nan Sabatang@Haji Muhammad Salleh; Dato’ Jenaton; Nakhoda Kechil@Ismail dan Dato’ Setia di abadikan pada nama tempat (contoh jalan, dan bangunan).

Kita memerlukan satu sejarah baharu, bukan hanya harapan baharu. Ilmu sejarah Pulau Pinang berlandaskan kepada citra budaya dominan arus perdana Pulau Pinang pada masa itu. Dan ia begitu keras menafikan sejarah Pulau Pinang wujud sebelum 1786. Mungkin hal ini kian akan lentur pada masa depan dengan arus perdana baru Malaysia jika tidak ada suara dan Tindakan sewajarnya kearah itu.

Percaturan kehidupan sehari-hari dan paparan simbol, dan pernyataan tidak menampakan Melayu dan keMelayuan, terutama di Tanjong – ‘George Town’ adalah nama kolonial yang tidak wujud dalam kesedaran seharian orang Pulau Pinang, dan ‘Penang’ adalah pemesongan nama kepada ‘Pulau Pinang.’ Memori kolektif dalam nama “Tanjong” dan “bagan” kekal hingga kini.

Kenapa fakta-fakta tentang sejarah Pulau Pinang tidak diketahui umum dan tidak menjadi sebahagian daripada pengetahuan arus perdana? Keadaan ini berlaku kerana kejahilan sebahagian besar golongan-golongan yang berpengaruh dalam masyarakat. Golongan itu jahil, dan tidak. Mereka maklum tetapi dalam penafian.

Golongan ini bergantung kepada Francis Light bagi meraikan dan meriakkan susurgalur dan budaya dominan, idea asal-usul dan kesahihannya mengenai perkembangan masyarakat majmuk di wilayah yang digelar sebagai ‘Georgetown.’

Terhakisnya nama ‘George Town’ maka akan terhakislah juga ‘riak kecil’ persejarahan arus perdana yang ada sekarang. Kononnya, Francis Light membawa tamadun ke Pulau Pinang. Segala wacana yang merujuk kepada zaman sebelum 1786 disifatkan sebagai ‘pra-sejarah’ Pulau Pinang.

Dengan itu, satu pengikitrafan perlu dalam mengembalikan keaslian ruang asal. Jika nama-nama seperti Nakhoda nan Intan, Dato’ Jenaton, Nakhoda Kecil, dan Dato’ Setia diketahui sebagai peneroka awal Pulau Pinang sebelum tahun 1786, nama-nama itu tidak kelihatan dan diabadikan pada nama jalan atau bangunan. Nama jalan sempena Mufti Pulau Pinang Sheikh Omar Basheer (1860an) pun tidak kelihatan.

Peneroka-peneroka awal tersebut yang membina masyarakat dan tamadun awal di Pulau itu. Masa itu, 1730 dan 40an telah wujud kosmopolitanisme di Batu Uban dan Tanjong.

UNESCO akan patuh kepada sentimen tempatan. Nama tempat dan jalan kolonial perlu dipadamkan. Jika orang putih boleh tukar nama asal tempatan, kenapa kita tidak gantikan kepada nama asal? Siapakah yang menghalang kita selepas lebih 62 tahun merdeka? Lupakan 1786.

https://www.change.org/p/pengerusi-majlis-bandaraya-pulau-pinang-ubah-nama-george-town-ke-tanjong-penaga

* Profesor Dato’ A Murad Merican, Profesor, Institut Pemikiran dan Peradaban Islam (ISTAC), Universiti Islam Antarbangsa, dan Profesor Pelawat, Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa (CenPRIS), Universiti Sains Malaysia, Minden/Bukit Tok Jenaton, Pulau Pinang.

Sumber: https://bebasnews.my/?p=39546

COVID-19: Sembuh rendah, kes baharu tinggi - tanda kembali merebak

COVID-19: Sembuh rendah, kes baharu tinggi - tanda kembali merebak
Perkembangan Wabak COVID-19 di Malaysia pada hari ini (28 Jun 2020), terdapat 18 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 8,634 kes.

Daripada 18 kes baharu yang dilaporkan, empat (4) kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan tiga (3) orang Warganegara Malaysia dan seorang Bukan Warganegara yang merupakan pemastautin atau dibenarkan masuk ke Malaysia di atas urusan kerja.



Sementara itu, daripada 14 kes penularan tempatan (di dalam negara), kesemuanya adalah dalam kalangan bukan warganegara Malaysia dan tiada kes di kalangan warganegara Malaysia.
Kes jangkitan dalam negara dalam kalangan Bukan Warganegara Malaysia (14 kes) adalah seperti berikut: Negeri Sembilan, iaitu sembilan (9) kes adalah kes saringan ulangan bagi Kluster Pedas; Selangor: dua (2) kes saringan Kluster Depot Tahanan Imigresen (DTI) Sepang; Sabah: dua (2) kes saringan iaitu satu (1) kes saringan ke atas banduan sebelum dibebaskan dari penjara dan satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infection (SARI) dari Klinik Kesihatan ke hospital; Kuala Lumpur: satu (1) kes saringan masuk kerja di tapak pembinaan.

Sehingga kini, terdapat 10 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 195 kes. Sebanyak dua (2) kes adalah sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Sementara kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,318 kes (96.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

AlhamdulilLah, hari ini tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 121 kes.

Jika dilihat secara perbandingan di antara jumlah kes sembuh dengan pertambahan kes baharu pada 27 - 28 Jun 2020, didapati kumulatifnya sebanyak 24 kes baharu dan 28 kes pesakit yang berjaya dirawatpulih. Ini bermakna, apabila berlaku kes baharu yang lebih tinggi (10 + 18) berbanding jumlah yang dirawatpulih (10 + 14), maka dianggapkan kes Wabak COVID-19 adalah bertambah bukan berkurangan.


Oleh sebab itu, berdasar kelok garisan di atas, menunjukkan pola mendongak kembali berlaku selepas 25 Jun, iaitu daripada 4 kes (25 Jun), bertambah lagi 6 kes, kemudian 10 kes dan hari ini 18 kes. Maka jumlah yang sedang dirawat pun bertambah daripada 187 kepada 195 orang. Ini adalah petanda Wabak COVID-19 di Negara kita telah kembali merebak.

Kembalilah kita bersama-sama insaf dan beristighfar serta terus memohon pertalongan Allah jua agar mengangkat Wabak COVID-19 dari terus menular di Negara kita. Ins sya Allah.

Wassalam.

Sumber: https://greencrescent-wanibrah.blogspot.com/2020/06/covid-19-sembuh-rendah-kes-baharu.html

Banjir di Johor makin pulih, hanya Muar terjejas


JOHOR BAHRU, 28 JUN: Keadaan banjir di Johor dilihat semakin pulih apabila angka mangsa yang terlibat terus berkurangan setakat tengah hari ini kepada hanya 145 orang merangkumi 40 keluarga, berbanding 177 orang daripada 47 keluarga malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R.Vidyananthan berkata kesemua mangsa banjir di Batu Pahat telah dibenarkan pulang dan pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di daerah itu ditutup pada 10 pagi tadi.

“Di Muar, dua PPS masih beroperasi iaitu PPS SK Seri Menanti yang menempatkan 95 orang daripada 26 keluarga melibatkan penduduk Kampung Sarang Buaya dan PPS SK Orang Kaya dengan 50 mangsa merangkumi 14 keluarga dari Kampung Seri Menanti,” katanya dalam kenyataan.

Bernama

Undi percaya, perlu atau tidak?

oleh:Shamrahayu Aziz
Bagi menjawab soalan yang menjadi tajuk paparan saya pada kali ini, perlu saya nyatakan bahawa Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut secara harfiah tentang kuasa Parlimen untuk membuat undi percaya. Mengenai "kepercayaan" Perlembagaan hanya menyebut tentang kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong yang menentukan seseorang Ahli Dewan Rakyat mungkin mempunyai kepercayaan majoriti Ahli Dewan untuk baginda melantik beliau sebagai Perdana Menteri (Lihat Perkara 40(2) dan 43(2) Perlembagaan Persekutuan).

Namun begitu, undi percaya pernah berlaku dalam amalan Parlimen di Malaysia walaupun tidak disebut atau diwar-warkan dalam kalangan khalayak dengan nama "undi percaya". Ia dibuat apabila seseorang Perdana Menteri baru dilantik tanpa melalui pilihan raya umum. Amalan ini boleh dikatakan sebagai konvensyen, bukan pernyataan dalam bentuk undang-undang. Konvensyen dalam konteks ini bermaksud adat atau amalan. Ia bukan undang-undang. Oleh itu, dari kacamata undang-undang, ia tidak mengikat atau tidak mewajibkan Parlimen untuk menunjukkan kepercayaan atau membuat undi percaya kepada Perdana Menteri.

Respon saya kepada cadangan untuk membawa usul undi percaya kepada Perdana Menteri ada dalam laporan berita di Berita Harian semalam, 28 Jun 2020. Para pembaca boleh merujuk kepada pautan ini untuk ringkasan pandangan saya:
https://www.bharian.com.my/…/usul-undi-percaya-perdana-ment…

Saya juga pernah menulis pada ruang Muka Sepuluh Berita Harian tentang isu undi percaya pada 19 Januari 2020. Pembaca boleh merujuk kepada pautan ini:
https://www.bharian.com.my/…/undi-percaya-kepercayaan-kepad…

Apa pun, kenyataan saya yang dilaporkan itu hanya pandangan saya. Saya tidak pasti apa yang ada dalam minda atau anggapan para wakil rakyat atau para pemain politik. Adakah ia bertujuan meneruskan kesinambungan amalan Parlimen yang dibuat sebelum ini, atau ada apa sebenarnya.

Sebagai rakyat, saya nampak apa yang penting pada ketika ini ialah untuk kerajaan mendapatkan restu Parlimen bagi meluluskan segala macam Akta yang perlu disegerakan, termasuk RUU Covid-19 atau juga tambahan kepada Akta Perbekalan.

Sementara itu, pada ketika ini terdapat kewajaran untuk mempercayai bahawa Perdana Menteri mendapat kepercayaan majoriti kerana tiada laporan tentang mana-mana Ahli Dewan yang menyatakan mereka telah menukar kepercayaan atau telah hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri (atau ramai menggunakan istilah sokongan). Bahkan pembangkang kepada kerajaan juga tidak menunjukkan dengan tegas bahawa mereka mempunyai kepercayaan majoriti.

Oleh itu, kedudukan asal, iaitu Perdana mempunyai kepercayaan adalah kekal dan berterusan (the original presumption remains) sehingga dibuktikan sebaliknya.

Sekiranya dikatakan Perdana Menteri telah hilang kepercayaan, maka pihak yang menyatakan sebegitu (bahawa Perdana Menteri telah hilang kepercayaan) hendaklah membuktikan hilangnya kepercayaan tersebut.

Walaupun begitu, saya tidak nafikan mana-mana pihak, pada bila-bila masa, boleh menyatakan kepercayaan kepada Perdana Menteri. Penyataan kepercayaan ini tidak dihalang oleh mana-mana undang-undang. Ia juga adalah baik untuk dinyatakan kepercayaan kepada Perdana Menteri untuk menunjukkan sokongan dan menunjukkan sikap setia kawan dalam perikatan parti-parti yang membentuk kerajaan.

Namun untuk isu yang dibangkitkan saya belum pasti dalam bentuk bagaimanakah usul kepercayaan kepada Perdana Menteri hendak disuarakan dalam Dewan Parlimen nanti. Adakah ia cuma pernyataan sepintas lalu atau dalam bentuk satu usul yang dimasukkan dalam agenda dan akan diundi.

Walau apa pun, sekiranya ia suatu usul yang diundi, maka kejayaan mendapatkan undi percaya itu adalah suatu yang akan mendatangkan keyakinan dan kekuatan kepada kerajaan. Namun, andai perkara sebaliknya berlaku, maka ia akan mendatangkan persoalan besar kepada kerajaan; bahkan dari segi teori undang-undang (atau boleh dikatakan amalan - kerana tiada peruntukan khusus dalam Perlembagaan Persekutuan), ada kemungkinan ia akan mengesahkan kehilangan kepercayaan kepada Perdana Menteri. Ini kerana antara petanda seorang Perdana Menteri telah hilang kepercayaan majoriti ialah, apabila diminta kepercayaan kepada Perdana Menteri, tetapi kepercayaan tersebut gagal diperolehi, maka kegagalan mendapatkan undi percaya itu membawa maksud undi tidak percaya.

Bagi negara kita, keadaan seperti ini belum pernah berlaku pada peringkat Persekutuan, bahkan seingat saya, keadaan seperti ini juga tidak pernah berlaku di mana-mana negeri. Sukar juga untuk saya menentukan apa yang pasti akan berlaku. Namun yang pasti, sekiranya undi percaya tidak dapat diperoleh, kemungkinan Perdana Menteri akan hilang kepercayaan adalah antara pilihan tafsiran yang ada.

Saya alu-alukan komen dan pandangan para pembaca untuk kita membincangkan perkara ini secara lebih mendalam dengan aturan bicara bertertib dan bijaksana agar ia menjadi panduan kepada masyarakat dan rakyat.šŸ˜Š

Sumber: https://www.facebook.com/112974777079782/posts/137133304663929

Berjuang, tapi ahli neraka



Oleh : Muhammad Mujahid bin Ir Hj Mohammad Fadzil
.
Ų¹َŁ†ْ Ų£َŲØِŁŠ Ł‡ُŲ±َŁŠْŲ±َŲ©َ Ų±َŲ¶ِŁŠَ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُ Ų¹َŁ†ْŁ‡ُ ، Ł‚َŲ§Ł„َ : Ų“َŁ‡ِŲÆْŁ†َŲ§ Ł…َŲ¹َ Ų±َŲ³ُŁˆŁ„ِ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ِ ŲµَŁ„َّŁ‰ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُ Ų¹َŁ„َŁŠْŁ‡ِ ŁˆَŲ³َŁ„َّŁ…َ ، ŁَŁ‚َŲ§Ł„َ Ł„ِŲ±َŲ¬ُŁ„ٍ Ł…ِŁ…َّŁ†ْ ŁŠَŲÆَّŲ¹ِŁŠ Ų§Ł„Ų„ِŲ³ْŁ„Ų§َŁ…َ : Ł‡َŲ°َŲ§ Ł…ِŁ†ْ Ų£َŁ‡ْŁ„ِ Ų§Ł„Ł†َّŲ§Ų±ِ ، ŁَŁ„َŁ…َّŲ§ Ų­َŲ¶َŲ±َ Ų§Ł„Ł‚ِŲŖَŲ§Ł„ُ Ł‚َŲ§ŲŖَŁ„َ Ų§Ł„Ų±َّŲ¬ُŁ„ُ Ł‚ِŲŖَŲ§Ł„ًŲ§ Ų“َŲÆِŁŠŲÆًŲ§ ŁَŲ£َŲµَŲ§ŲØَŲŖْŁ‡ُ Ų¬ِŲ±َŲ§Ų­َŲ©ٌ ، ŁَŁ‚ِŁŠŁ„َ : ŁŠَŲ§ Ų±َŲ³ُŁˆŁ„َ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ِ ، Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠ Ł‚ُŁ„ْŲŖَ Ł„َŁ‡ُ Ų„ِŁ†َّŁ‡ُ Ł…ِŁ†ْ Ų£َŁ‡ْŁ„ِ Ų§Ł„Ł†َّŲ§Ų±ِ ، ŁَŲ„ِŁ†َّŁ‡ُ Ł‚َŲÆْ Ł‚َŲ§ŲŖَŁ„َ Ų§Ł„ŁŠَŁˆْŁ…َ Ł‚ِŲŖَŲ§Ł„ًŲ§ Ų“َŲÆِŁŠŲÆًŲ§ ŁˆَŁ‚َŲÆْ Ł…َŲ§ŲŖَ ، ŁَŁ‚َŲ§Ł„َ Ų§Ł„Ł†َّŲØِŁŠُّ ŲµَŁ„َّŁ‰ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُ Ų¹َŁ„َŁŠْŁ‡ِ ŁˆَŲ³َŁ„َّŁ…َ : Ų„ِŁ„َŁ‰ Ų§Ł„Ł†َّŲ§Ų±ِ ، Ł‚َŲ§Ł„َ : ŁَŁƒَŲ§ŲÆَ ŲØَŲ¹ْŲ¶ُ Ų§Ł„Ł†َّŲ§Ų³ِ Ų£َŁ†ْ ŁŠَŲ±ْŲŖَŲ§ŲØَ ، ŁَŲØَŁŠْŁ†َŁ…َŲ§ Ł‡ُŁ…ْ Ų¹َŁ„َŁ‰ Ų°َŁ„ِŁƒَ ، Ų„ِŲ°ْ Ł‚ِŁŠŁ„َ : Ų„ِŁ†َّŁ‡ُ Ł„َŁ…ْ ŁŠَŁ…ُŲŖْ ، ŁˆَŁ„َŁƒِŁ†َّ ŲØِŁ‡ِ Ų¬ِŲ±َŲ§Ų­ًŲ§ Ų“َŲÆِŁŠŲÆًŲ§ ، ŁَŁ„َŁ…َّŲ§ ŁƒَŲ§Ł†َ Ł…ِŁ†َ Ų§Ł„Ł„َّŁŠْŁ„ِ Ł„َŁ…ْ ŁŠَŲµْŲØِŲ±ْ Ų¹َŁ„َŁ‰ Ų§Ł„Ų¬ِŲ±َŲ§Ų­ِ ŁَŁ‚َŲŖَŁ„َ Ł†َŁْŲ³َŁ‡ُ ، ŁَŲ£ُŲ®ْŲØِŲ±َ Ų§Ł„Ł†َّŲØِŁŠُّ ŲµَŁ„َّŁ‰ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُ Ų¹َŁ„َŁŠْŁ‡ِ ŁˆَŲ³َŁ„َّŁ…َ ŲØِŲ°َŁ„ِŁƒَ ، ŁَŁ‚َŲ§Ł„َ : Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُ Ų£َŁƒْŲØَŲ±ُ ، Ų£َŲ“ْŁ‡َŲÆُ Ų£َŁ†ِّŁŠ Ų¹َŲØْŲÆُ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ِ ŁˆَŲ±َŲ³ُŁˆŁ„ُŁ‡ُ ، Ų«ُŁ…َّ Ų£َŁ…َŲ±َ ŲØِŁ„Ų§َŁ„ًŲ§ ŁَŁ†َŲ§ŲÆَŁ‰ ŲØِŲ§Ł„Ł†َّŲ§Ų³ِ : Ų„ِŁ†َّŁ‡ُ Ł„Ų§َ ŁŠَŲÆْŲ®ُŁ„ُ Ų§Ł„Ų¬َŁ†َّŲ©َ Ų„ِŁ„َّŲ§ Ł†َŁْŲ³ٌ Ł…ُŲ³ْŁ„ِŁ…َŲ©ٌ ، ŁˆَŲ„ِŁ†َّ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡َ Ł„َŁŠُŲ¤َŁŠِّŲÆُ Ł‡َŲ°َŲ§ Ų§Ł„ŲÆِّŁŠŁ†َ ŲØِŲ§Ł„Ų±َّŲ¬ُŁ„ِ Ų§Ł„ŁَŲ§Ų¬ِŲ±ِ

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, katanya : Kami menyaksikan bersama Rasulullah SAW, sabdanya kepada seorang lelaki yang mengaku Islam : Dia ini dari kalangan ahli neraka. Ketika mana orang itu menyertai peperangan, dia berperang dengan sangat hebat sehingga mengalami kecederaan serius. Lalu dikatakan : Wahai Rasulullah, orang yang kamu katakan tadi sebagai ahli neraka hari ini dia berperang dengan bersungguh sungguh itu, dia telah mati. Lalu Rasulullah SAW bersabda : Ke neraka. Abu Hurairah RA berkata : Hampir hampir sebahagian hadirin merasa ragu. Ketika mereka berada dalam keadaan seperti itu, dikatakan bahwa sesungguhnya ia belum mati, sebaliknya mengalami luka yang sangat parah. Ketika malam datang ia tidak bersabar atas luka yang menimpanya, maka ia membunuh dirinya sendiri. Lalu Nabi diberitahukan mengenai hal tersebut, dan Baginda SAW bersabda : “Allah Yang Maha Besar, aku bersaksi bahwa aku adalah hamba Allah dan Rasul-Nya.” Lalu Nabi memerintahkan Bilal untuk menyeru manusia dengan berkata : “Sesungguhnya tidak masuk surga kecuali jiwa yang muslim dan sesungguhnya Allah akan menguatkan agama ini dengan tenaga orang yang jahat” (Shahih Bukhari)

IBRAH

✅ Hadis yang disabdakan Nabi SAW ini ada perselisihan dalam menceritakan asbab wurud (sebab penurunan Hadis). Walaubagaimanapun, kesemuanya mempunyai ibrah yang sama, menggambarkan bahawa antara penyumbang kepada kemenangan Islam ialah ahli neraka.

Bukan sekadar itu, kita juga perlu sedar bahawa buat kerja dalam Islam jangan sampi putus asa. Pancit. Sudah penat berada dalam keadaan susah dan diuji. Meninggalkan perjuangan sambil mendabik dada “ini jasaku sebelum ini”

Walaupun penat dan terluka di medan ini, jangan kita mengambil langkah sepertimana orang orang yang dikategorikan sebagai ahli neraka. Kata berjuang Islam, tapi perangai macam ahli neraka, atau meniru sikap sikap ahli neraka.

Walaupun di mata masyarakat atau rakan rakan dilihat sebagai pejuang tegar, namun hakikatnya Allah SWT lebih mengenali. Maka kita sepatutnya berusaha menjauhkan diri daripada sifat dan sikap yang menjerumuskan kita ke dalam neraka

✅ Ada yang mengatakan bahawa sebab penurunan hadis ini berikutan ahli neraka itu menyertai peperangan kerana menyimpan dendam terhadap kaum yang sedang diperangi Rasulullah SAW.

Justeru, penyertaannya di medan perang bukan kerana Allah SWT, akan tetapi kerana kebencian dan dendam yang tersimpan. Maka kita perlu faham bahawa berjuang bukan berpaksikan kebencian atau dendam akan tetapi untuk menegakkan agama Allah SWT.

Allah SWT berfirman;
.
ŁˆَŁ„َŲ§ ŁŠَŲ¬ْŲ±ِŁ…َŁ†َّŁƒُŁ…ْ Ų“َŁ†َŲ¢Ł†ُ Ł‚َŁˆْŁ…ٍ Ų£َŁ† ŲµَŲÆُّŁˆŁƒُŁ…ْ Ų¹َŁ†ِ Ų§Ł„ْŁ…َŲ³ْŲ¬ِŲÆِ Ų§Ł„ْŲ­َŲ±َŲ§Ł…ِ Ų£َŁ† ŲŖَŲ¹ْŲŖَŲÆُŁˆŲ§
.
Dan jangan sekali-kali kebencian kamu kepada suatu kaum kerana mereka pernah menghalangi kamu dari masjid Al-Haraam itu - mendorong kamu menceroboh (Surah al Maidah 2)

Sebab itulah kita perlu sentiasa membetulkan niat bimbang tersilap matlamat perjuangan. Biasalah, kadang kadang terfikirkan kepentingan yang diperolehi ketika berjuang. Maka, betulkanlah hati.

✅ Hadis ini memberitahu kita bahawa yang membantu memenangkan Islam bukan hanya orang beriman atau orang orang yang baik. Akan tetapi Allah berkuasa memenangkan Islam dengan wujudnya orang orang seperti itu.

Walaupun kesudahannya neraka, kerana mempunyai krisis keimanan, namun kewujudan golongan ini pastinya ada sepanjang zaman. Mungkin kita tidak sedar.

Yang digambarkan di dalam hadis ini ialah orang itu tidak tahan dengan cedera yang dialami, lalu membunuh diri. Menggambarkan bahawa orang ini mengalami konflik aqidah, yang akhirnya menjerumuskan dirinya ke dalam neraka sekalipun berjihad

Dalam hal ini kita perlu sedar, kadangkala kebodohan musuh, perebutan jawatan sesama mereka hakikatnya ia adalah pertolongan Allah SWT untuk memenangkan Islam. Secara tak langsungnya, pertelingkahan mereka itu menyumbang kepada kemenangan Islam

Tujuannya adalah untuk menampakkan kuasa Allah SWT, bukan untuk menjadi modal bagi seseorang yang beroleh kemenangan untuk menjaja dirinya sebagai super hero

- Isnin, 29 Jun 2020

Sumber: https://www.facebook.com/251201991739948/posts/1425119877681481

KPM ubah tarikh peperiksaan, SPM bermula 6 Januari depan

Pemimpin pembangkang menang Pilihan Raya Presiden Malawi


MALAWI: Pemimpin pembangkang Malawi, Lazarus Chakwera menang undian semula bagi pemilihan Presiden negara itu.

Beliau mengalahkan penyandangnya, Peter Mutharika dengan 58.57 peratus undi yang dilakukan pada Selasa.

Pengumuman keputusan itu dibuat suruhanjaya pilihan raya pada Ahad.

Keputusan itu turut disambut dengan sorakan penyokong yang berhimpun bagi meraikan kemenangan Chakwera.

Pada Februari, Mahkamah Perlembagaan Malawi membatalkan kemenangan Mutharika semasa pemilihan Mei 2019 melibatkan isu penipuan undi.

Susulan itu, mahkamah memerintahkan pilihanraya semula bagi memilih presiden yang baharu perlu diadakan.

Malawi adalah negara Afrika kedua yang membatalkan pilihan raya presiden atas sebab penyelewengan, selepas Kenya pada tahun 2017.

Sumber: http://www.astroawani.com/berita-dunia/pemimpin-pembangkang-menang-pilihan-raya-presiden-malawi-248987

Setelah lebih 6 bulan dan 10 juta kes, ini apa yang diketahui tentang COVID-19


COVID-19 kini merekodkan angka jangkitan mencecah 10 juta di seluruh dunia dengan lebih 500,000 menjadi korban akibat pandemik itu.

Dalam tempoh enam bulan sejak COVID-19 mengancam dunia, para doktor dan jururawat telah mempelajari banyak perkara tentang penyakit itu.

Menurut laporan Reuters, berikut adalah beberapa perkara yang diketahui para petugas barisan hadapan ketika memerangi COVID-19.

1) Pesakit mempunyai risiko peningkatan pembekuan darah. Penggunaan agen penipisan darah dapat membantu.

2) Meletakkan pesakit dalam posisi meniarap dapat melegakan tekanan terhadap paru-paru, sekali gus mengurangkan keperluan kepada mesin ventilator.

3) Selain sistem pernafasan dan paru-paru, COVID-19 juga menyerang banyak organ lain termasuk jantung, hati, ginjal dan otak.

4) Rawatan yang paling berkesan setakat ini ialah ubat anti-virus remdesivir, steroid dexamethasone untuk merawat tindak balas keradangan badan terhadap COVID-19, serta plasma yang disumbangkan oleh pesakit yang mempunyai antibodi terhadap penyakit itu.

5) Ujian lebih meluas dan keputusan lebih pantas dapat membantu mengurangkan tekanan di hospital.

6) Perkongsian maklumat dalam kalangan profesional kesihatan seluruh dunia sangat penting.

7) Pencegahan adalah sangat penting kerana petugas kesihatan bergantung kepada orang ramai dalam menjaga kebersihan selain memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan sosial.


Walaupun dunia telah mengharungi pandemik ini lebih enam bulan, namun masih banyak yang belum diketahui tentang virus yang menyebabkan penyakit ini.

PERKARA PENTING YANG TIDAK DIKETAHUI

1) Rawatan paling berkesan untuk merawat COVID-19

2) Kepantasan menyalurkan ubat dan rawatan secara meluas

3) Jangka masa pesakit COVID-19 akan pulih

4) Kesan jangka panjang akibat jangkitan COVID-19


Dunia masih jauh dalam usaha menemukan penawar penyakit COVID-19.

Oleh itu, lakukan peranan anda untuk mencegah dan memastikan diri dan keluarga terpelihara.

Sumber: http://www.astroawani.com/berita-dunia/setelah-lebih-6-bulan-dan-10-juta-kes-ini-apa-yang-diketahui-tentang-covid-19-249050

Siri buku ‘Kenapa Babi Tidak Halal?’: Siri 1: Haiwan-Haiwan Yang Disebut Di Dalam Al-Quran


Samhani Ismail, PhD.

Siri 1: Haiwan-Haiwan Yang Disebut Di Dalam Al-Quran

Terdapat beberapa jenis haiwan yang disebutkan di dalam Al-Quran. Haiwan-haiwan ini adalah ikon yang signifikan dan mewakili, samada daripada segi memberi manfaat, mudarat, ataupun untuk membuat manusia berfikir tentang kehebatan Allah Azza wa Jalla. Di antara haiwan-haiwan tersebut adalah semut, lebah, nyamuk, belalang, serigala, lalat, labah-labah, kera, babi, gajah, lembu betina dan unta.

Allah menyebutkan unta dengan ayat yang cukup menarik di dalam Surah Al-Ghasyiah, ayat 17-21. “Maka apakah mereka tidak memerhatikan unta, bagaimana ia diciptakan? Dan langit bagaimana ia ditinggikan? Dan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan? Dan bumi bagaimana ia dihamparkan? Maka berilah peringatan kerana sesungguhnya kamu hanyalah orang yang memberi peringatan.”

Ayat di atas mengetuk-ngetuk akal kita supaya berfikir bahawa terdapat kehebatan unta yang luar biasa, sehingga Allah menyebut haiwan ini di dalam firmanNya yang mulia. Melalui kajian dan penafsiran, maka terungkailah bahawasanya unta merupakan makhluk Allah yang istimewa. Struktur tubuhnya istimewa berbanding haiwan-haiwan lain yang membolehkan unta bertahan hidup berhari-hari tanpa air dan makanan, serta mampu mengangkat ratusan kilogram beban di atas belakang badannya selama beberapa hari.

Manakala semut pula diambil iktibar sebagai haiwan yang rajin, tersusun, patuh, berstrategi dan bekerjasama. Semut mampu menjadi contoh kepada manusia di dalam urusan kehidupan bermasyarakat bahkan pada urusan berpolitik. Semut hidup di dalam koloni yang besar. Di dalam satu koloni semut yang terdiri daripada satu spesies semut sahaja, semut hidup secara berhierarki. Hierarki semut memiliki ratu, golongan pembantu, golongan askar dan golongan rakyat marhaen.

Lebah pula merupakan sejenis haiwan terbang yang memakan makanan yang baik-baik dan mengeluarkan madu yang baik dan boleh dimanfaatkan oleh manusia sebagai ubatan. Terdapat lima buah surah yang diberi nama dengan nama-nama haiwan, iaitu Surah Al-Baqarah (Lembu Betina), Surah An-Namlu (Semut), Surah Al-Ankabut (Labah-labah), Surah Al-Fil (Gajah) dan Surah An-Nahlu (Lebah).

Di samping itu, Allah turut mengisytiharkan sumbangan haiwan yang telah dilantik menjadi wakil Nabi Sulaiman iaitu burung Hudhud. Burung Hudhud sebagaimana diceritakan di dalam al-Quran telah dilantik menjadi utusan Nabi Sulaiman untuk menemui Ratu Balqis. Kisah ini terkandung di dalam Surah An-Namlu, ayat 27-28 sebagaimana berikut:

“Dia (Sulaiman) berkata, “Akan kami lihat, apakah kamu benar atau termasuk yang berdusta. Pergilah dengan (membawa) suratku ini lalu jatuhkanlah kepada mereka, kemudian berpalinglah daripada mereka, lalu perhatikanlah apa yang mereka bicarakan.”

Tidak ketinggalan, haiwan yang menjadi mangsa fitnah juga ada disebut di dalam Al-Quran. Haiwan tersebut adalah serigala. Serigala telah difitnah oleh saudara-saudara Nabi Yusuf bahawa haiwan itu telah membunuh baginda, sedangkan apa yang berlaku sebenarnya adalah saudara-saudara baginda sendiri telah mencampakkan baginda ke dalam perigi buta. Mereka membawa pulang baju Nabi Yusuf yang berlumuran darah kepada ayahanda mereka iaitu Nabi Yaakub. Kisah sedih kejadian fitnah ini telah Allah ceritakan di dalam Surah Yusuf, ayat 17

“Mereka berkata, “Wahai ayah kami! Sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf berdekatan barang-barang kami, kemudia dia telah dimakan serigala; dan kamu sekali-kali tidak akan percaya kepada kami, sekalipun kami adalah orang yang benar.”

***Penulis merupakan Pensyarah Kanan di Fakulti Perubatan, Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, Terengganu. Penulis boleh dihubungi di alamat samhanismail@gmail.com
© all rights reserved
made with by templateszoo