NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu



DAP mengumumkan Pang Sock Tao sebagai calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu.

Calon diletak DAP bukan seorang anak tempatan yang berasal dari Ampang dan juga merupakan Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Pengumuman calon DAP itu dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke pada Majlis Pengumuman Calon Perpaduan PRK DUN Kuala Kubu Bharu malam tadi.

PRK DUN Kuala Kubu Baharu diadakan susulan kematian penyandangnya, Kee Hiong dari DAP akibat barah, pada 21 Mac lalu.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, mendiang Kee Hiong mengekalkan penguasaan di DUN Kuala Kubu Bharu dengan majoriti 4,119 undi, mengalahkan tiga lagi saingannya daripada Perikatan Nasional, Parti Rakyat Malaysia dan MUDA.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini, dilapor menetapkan hari penamaan calon pada Sabtu ini, diikuti hari pengundian pada 11 Mei.



Sumber | Agenda Daily




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo