NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Politikus yang realism di pentas sarkas politik



Oleh : Muhammad Mujahid bin Ir Hj Mohammad Fadzil

✅ Realism adalah satu kerangka berfikir yang mementingkan survival, iaitu kepentingan untuk terus berkuasa. Realism boleh dikira sebagai kotra kepada Idealism, dan masing masing mempunyai penganut yang ramai.

✅ Scott Burchill menyatakan di dalam “Theories of International Relations” [Gambar 1] bahawa Realisme muncul semula disebabkan oleh kelemahan Idealisme yang dilihat tidak berjaya mengelakkan perang daripada berlaku untuk kali kedua selepas Perang Dunia Kedua.

✅ Thomas Hobbes menyatakan di dalam “Leviathan” (1909) [Gambar 2] menyatakan bahawa jika dua orang mempunyai matlamat yang sama tetapi keduanya tidak boleh menikmati atau memilikinya, mereka akan menjadi musuh. Untuk mengakhiri pertikaian tersebut, mereka mencari jalan untuk memusnahkan, atau pun menindas satu sama lain.

Thomas Hobbes juga menyatakan bahawa manusia itu asalnya hidup dalam keadaan adil antara satu sama lain. Tetapi suasana ini telah berubah mengikut perubahan zaman kerana manusia bersifat dengki, cemburu dan ingin mendapat sesuasa yang lebih dari sepatutnya.

✅ Jack Donelly menyatakan di dalam “The Relative Universality of Human Rights” [Gambar 3] bahawa realism berpandangan bahawa kuasa yang dicari bukanlah untuk mencapai nilai moral, tetapi digunakan untuk memudahkan kuasa dicapai

✅ Niccolo Machiavelli antara penganut Realism tegar di dalam karyanya The Prince (1515) menyatakan bahawa seseorang pemimpin negara harus mengekalkan kekuatan dan keselamatan negara yang diperintahnya.

Antara yang dikatakan beliau bahawa pemimpin itu tidak akan sentiasa bertindak dengan betul kerana untuk mengekalkan kuasanya, mereka ada kalanya bertindak tidak jujur, kejam dan tidak berperikemanusiaan. Dalam masa yang sama, mereka itu pasti bersedia mengubah apa jua arahan atau situasi yang menghalangnya.

✅ Hans Joachim Morgenthau (1904-1980) tokoh Realism Moden menyatakan di dalam Politics Among Nations, The Struggle For Power And Peace [Gambar 4] bahawa realism sebagai satu teori yang menekankan konsep kuasa dan kepentingan nasional. Beliau yakin bahawa politik itu umpama masyarakat, kerana ia diperintah oleh undang undang berdasarkan sifat manusia.

✅ Hari ini kita boleh saksikan para politikus yang menganut realism sedang menghiasi pentas sarkas hari ini. Masing masing berusaha untuk meneruskan survival politik masing masing. Demi kepentingan. Moral letak tepi.

- Selasa, 30 Jun 2020

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo