NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pentingkan diri, kritik kerajaan tapi nak dilayan istimewa, kata Lokman Adam

Ahli Majlis Tertinggi merangkap Ketua Pengarah Media Perpaduan, Datuk Lokman Noor bercakap pada media ketika Majlis Pengumuman Calon PRK Kuala Kubu Baharu di Pusat Khidmat DUN Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor. Foto SYADILA AMARI, 24 APRIL 2024.


HULU SELANGOR – MCA diingatkan kembali sebagai pemain pasukan dan bukan menjadi pengkritik dalam kerajaan selepas membuat keputusan untuk bersama Kerajaan Perpaduan sebelum ini.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam berkata, MCA tidak adil untuk meminta layanan istimewa sedangkan parti komponen Barisan Nasional (BN) itu sering mengkritik kerajaan dan parti komponen Perpaduan.

“Kita dalam politik ini tak boleh mudah koyak, kalau kita selalu mengkritik orang, takkan sekali sekala orang kritik kita tak boleh, jangan fikir pasal diri sendiri sahaja.

“Kita hari ini sudah bersetuju berada dalam satu pasukan sewajarnya kita betul-betul menunjukkan kita adalah pemain pasukan, bukan kerja kita mengkritik kerajaan dan kepimpinan sepanjang masa.

“Kita berharap diberi layanan yang istimewa, saya rasa tak adil,” katanya kepada MalaysiaGazette malam tadi.

Sebelum ini, media melaporkan MCA tidak akan berkempen dalam PRK DUN Kuala Kubu Baharu akan datang sekiranya calon BN tidak diletakkan bertanding di situ.

Keputusan itu dibuat semasa mesyuarat jawatankuasa pembangunan politik parti di ibu pejabat MCA pada 19 April lalu.

Kenyataan MCA dua hari selepas MIC yang juga rakan parti komponen BN memberi bayangan tidak akan turun berkempen pada PRK Kuala Kubu Baharu yang dijadual pada 11 Mei ini.

Lokman juga berkata, jika MCA mahu layanan baik, parti itu harus menunjukkan mereka boleh menyumbang dalam mengukuhkan Kerajaan perpaduan dan bukan mengeluarkan kenyataan yang menggambarkan perpecahan.

“MCA kena buat keputusan sama ada nak bersama dengan kita atau dia boleh bersama dengan sesiapa sahaja,” katanya lagi. – MalaysiaGazette







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo