NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Memelihara Akidah Anak Kita

1. Sebagai seorang Muslim, kita hendaklah berusaha memelihara akidah anak kita. Bimbinglah mereka agar sentiasa kekal atas jalan agama ini, mematuhi syariat Islam serta menjauhi tindakan yang boleh menjejaskan akidah seorang Muslim.

2. Rasulullah ļ·ŗ sangat menekankan keutamaan memelihara akidah anak seorang Muslim. Al-Imam Ibn al-Qayyim menggambarkan bahawa seawal kelahiran anak kecil itu lagi kita telah dianjurkan unutk membisikkan azan ditelinga mereka. Lafaz-lafaz tauhid yang menerobos telinga mereka menggambarkan betapa penerapan nilai akidah perlu diterapkan sejak anak kecil itu lahir ke dunia lagi. (Tuhfah al-Maudud)

3. Baginda Nabi ļ·ŗ juga dilihat mengajar anak-anak kecil tentang perihal akidah sejak mereka kecil. Al-Imam al-Bukhari merekodkan bagaimana Nabi ļ·ŗ menggunakan pendekatan ‘casual’ dalam mendekati Ibn Abbas dengan kefahaman akidah. Rasulullah ļ·ŗ dikatakan mengajar Ibn Abbas tentang perkara akidah ketika Baginda ļ·ŗ menunggang tungangannya bersama Ibn Abbas. Sabda Nabi ļ·ŗ:

ŁŠَŲ§ ŲŗُŁ„َŲ§Ł…ُ, Ų„ِŁ†ِّŁŠ Ų£ُŲ¹َŁ„ِّŁ…ُŁƒَ ŁƒَŁ„ِŁ…َŲ§ŲŖٍ: Ų§Ų­ْŁَŲøْ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡َ ŁŠَŲ­ْŁَŲøْŁƒَ, Ų§Ų­ْŁَŲøْ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡َ ŲŖَŲ¬ِŲÆْŁ‡ُ ŲŖُŲ¬َŲ§Ł‡َŁƒَ, Ų„ِŲ°َŲ§ Ų³َŲ£َŁ„ْŲŖَ ŁَŲ§Ų³ْŲ£َŁ„ْ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡َ, ŁˆَŲ„ِŲ°َŲ§ Ų§Ų³ْŲŖَŲ¹َŁ†ْŲŖَ ŁَŲ§Ų³ْŲŖَŲ¹ِŁ†ْ ŲØِŲ§Ł„Ł„َّŁ‡ِ,

“Wahai anak! Sesungguhnya aku ajarkan kepadamu beberapa perkara. Jagalah Allah, maka Allah akan memelihara engkau. Sekiranya engkau ingin meminta sesuatu, maka mohonlah bantuan dari Allah! Lihatlah, betapa anak kecil ini sudah mula diberikan didikan oleh Nabi ļ·ŗ dengan perkara aqidah.

4. al-Imam al-Bayhaqi merekodkan bahawa Rasulullah ļ·ŗ berpesan kepada Ibn Abbas dan Ibn Amru (riwayat Ibn al-Sunni), bahawa perkataan pertama yang seharusnya diajarkan kepada anak kecilmu adalah kalimah tauhid. Sabda Nabi ļ·ŗ kepada Ibn Abbas:

Ų§ŁŲŖŲ­ŁˆŲ§ Ų¹Ł„Ł‰ ŲµŲØŁŠŲ§Ł†ŁƒŁ… Ų£ŁˆŁ„ ŁƒŁ„Ł…Ų© Ł„Ų§ Ų„Ł„Ł‡ Ų„Ł„Ų§ Ų§Ł„Ł„Ł‡ ŁˆŁ„Ł‚Ł†ŁˆŁ‡Ł… Ų¹Ł†ŲÆ Ų§Ł„Ł…ŁˆŲŖ Ł„Ų§ Ų„Ł„Ł‡ Ų„Ł„Ų§ Ų§Ł„Ł„Ł‡

“Ajarkanlah atau jadikanlah perkataan pertama pertama anak kecilmu perkataan Lailahaillah. Dan ajarilah mereka saat kematian mereka juga perkataan Lailahaillah. (Shuab al-Iman)

5. Begitu juga Nabi Ibrahim berpesan kepada anak-anak baginda agar sentiasa utuh atas jalan agama Islam ini. Firman Allah:

ŁˆَŁˆَŲµَّŁ‰ٰ ŲØِŁ‡َŲ§ Ų„ِŲØْŲ±َŲ§Ł‡ِŁŠŁ…ُ ŲØَŁ†ِŁŠŁ‡ِ ŁˆَŁŠَŲ¹ْŁ‚ُŁˆŲØُ ŁŠَŲ§ ŲØَŁ†ِŁŠَّ Ų„ِŁ†َّ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡َ Ų§ŲµْŲ·َŁَŁ‰ٰ Ł„َŁƒُŁ…ُ Ų§Ł„ŲÆِّŁŠŁ†َ ŁَŁ„َŲ§ ŲŖَŁ…ُŁˆŲŖُŁ†َّ Ų„ِŁ„َّŲ§ ŁˆَŲ£َŁ†ŲŖُŁ… Ł…ُّŲ³ْŁ„ِŁ…ُŁˆŁ†َ

Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: "Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam".

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo