NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pertaruh calon Melayu, PN gagal ambil peluang tidak kerelevanan MCA

Bekas Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming berkata ketiadaan MCA dalam kempen PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan dirasai pengundi Cina.


PETALING JAYA: Seorang bekas Ahli Parlimen berkata Perikatan Nasional (PN) gagal mengambil peluang terhadap keputusan boikot MCA apabila mempertaruhkan calon Melayu daripada Bersatu pada PRK Kuala Kubu Baharu.

Ong Kian Ming berkata, keputusan pembangkang “secara asasnya menyerahkan undi Cina kepada calon kerajaan perpaduan”.

Dalam hantaran di X, Ong berkata langkah PN itu bermakna ketiadaan MCA dalam kempen PRK DUN berkenaan tidak akan dirasai pengundi Cina.

Beliau berkata, pengundi Cina akan memberi sokongan besar kepada calon Pakatan Harapan, menunjukkan MCA tidak relevan untuk berada dalam kempen.

Bekas Ahli Parlimen Bangi itu berkata, justifikasi Presiden MCA Wee Ka Siong untuk tidak turun padang mendapat tempat dalam media berbahasa Cina, ia juga secara tidak langsung mewujudkan lebih banyak publisiti dalam masyarakat Cina terhadap PRK berkenaan.

Ia termasuk pengundi luar yang mungkin tidak berminat pada mulanya.

“Jika strategi MCA untuk menggunakan boikot dilakukannya bagi memberi isyarat kepada pengundi Cina tidak keluar mengundi pada PRK KKB, saya tidak fikir itu akan berlaku.

“Peratus pengundi Cina akan merosot, tetapi bukan disebabkan boikot MCA,” katanya.

Calon PN, Khairul Azhari Saut akan cuba merampas kerusi dimenangi PH dalam saingan empat penjuru melibatkan Pang Sock Tao daripada DAP, Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (bebas).

Sebelum ini, Wee berkata MCA tidak akan membantu kempen kerajaan perpaduan pada PRK Kuala Kubu Baharu 11 Mei, susulan serangan sebelum ini oleh DAP terhadap partinya.

Pilihan raya itu diadakan selepas penyandang tiga penggal, Lee Kee Hiong, meninggal dunia akibat kanser pada 21 Mac.

DUN itu adalah kerusi campuran melibatkan 40,226 pengundi berdaftar, yang hampir sama peratusannya antara pengundi Melayu dan bukan Melayu.


Sumber | FMT Malaysia 








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo