NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

NGO India hantar memorandum kepada PM

Setiausaha Malaysian Tamil Awakening and Consciousness Association, SM Vinthaikumaran berkata, NGO itu memohon pertemuan dengan perdana menteri selepas menyerahkan memorandum pada Oktober lalu.


KUALA LUMPUR: Sebuah NGO India berharap dapat menemui Perdana Menteri, Anwar Ibrahim untuk membincangkan usaha meningkatkan ekonomi komuniti itu.

Malaysian Tamil Awakening and Consciousness Association berkata, ia menghantar memorandum ke Pejabat Perdana Menteri pada Oktober lalu untuk mendapatkan pertemuan dengan Anwar.

“Apa yang kami mahu ialah perdana menteri meneliti memorandum kami dan melihat bagaimana kerajaan dapat membantu kami,” kata Setiausahanya, SM Vinthaikumaran dalam sidang media di sini.

“Kami tidak mengharapkan beliau menerima semua cadangan kami, tetapi mari lihat apa yang boleh dilakukan supaya ekonomi dan ekuiti masyarakat India dapat dinaikkan.”

Vinthaikumaran berkata, NGO itu berhubung dengan PMO dan dimaklumkan mesyuarat itu akan diadakan pada Jun atau Julai ini, walaupun tiada tarikh ditetapkan.

Katanya, agenda yang dicadangkan NGO itu untuk komuniti India akan mengambil masa sehingga 20 tahun untuk dilaksanakan sepenuhnya.

Objektifnya termasuk meningkatkan keupayaan pendapatan dan pengumpulan aset komuniti itu, menyokong perniagaan kecil mereka dan meningkatkan pembabitan mereka dalam perkhidmatan berkaitan pembinaan.

Ia turut mencadangkan peruntukan RM1 bilion setiap tahun selama 10 tahun atau RM750 juta setiap tahun selama 20 tahun untuk projek membantu komuniti itu.

NGO itu juga meminta bantuan kewangan buat pelajar India dan mencadangkan penubuhan bank perdagangan koperasi.

“Kami akan terus mendesak untuk mengadakan pertemuan dengan perdana menteri. Saya tidak fikir Anwar akan menolak (untuk menemui ) kami kerana kami telah berhubung dengan pejabatnya,” kata Vinthaikumaran.


Sumber | FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

( Hide )

© all rights reserved
made with by templateszoo