NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mahathir Terdesak Tuduh Hadi Munafik

0


KUALA TERENGGANU, 3 Mei (Bernama) -- Perbuatan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad melabelkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai munafik adalah melampau, kata Pesuruhjaya PAS Terengganu Datuk Husain Awang.

Beliau berkata tuduhan sedemikian jelas menggambarkan Dr Mahathir dalam keadaan terdesak untuk memenangi hati rakyat.

Bagaimanapun, katanya serangan sedemikian tidak akan menjejaskan dan mempengaruhi sokongan rakyat terhadap PAS pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei ini.

"Beliau (Dr Mahathir) pernah keluar hukum dulu mengatakan PAS parti ajaran sesat, yang itu lagi teruk tetapi tidak menjadi masalah untuk kita. Sokongan rakyat terhadap PAS tidak sesekali dipengaruhi oleh kenyataan beliau," katanya pada sidang media di Pejabat Perhubungan PAS Terengganu, di sini, hari ini.

Husain mengulas  perbuatan Dr Mahathir yang menyelar keperibadian Abdul Hadi sebagai munafik kerana didakwa menjalin kerjasama dengan UMNO pada program pengerusi pakatan pembangkang diketuai DAP itu di Felda Bukit Goh di Kuantan, semalam.

-- BERNAMA

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo