NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

70% hartanah Forest City terjual, kata exco

Kerajaan Johor komited mengatasi masalah hartanah tidak terjual merangkumi Forest City.


KULAI: Sebanyak 70% pembangunan hartanah di Forest City, Iskandar Puteri terjual dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini dan dijangka terus meningkat dalam tiga atau empat tahun lagi.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Mohd Jafni Md Shukor, berkata impak jualan hartanah itu akan membantu merancakkan lagi sektor ekonomi di kawasan berkenaan.

“Kita lihat banyak hartanah yang tidak terjual sejak empat tahun lepas dan kini telah terjual dalam masa dua tahun ini.

“Contohnya di Forest City yang orang katakan ‘ghost town’, sebenarnya ramai orang tidak tahu bahawa 70% pembangunan hartanah di sana telah terjual, begitu juga di Country Garden dan kawasan sekitar Johor Bahru,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Hutan Bandar Kulai.

Beliau berkata, ia menunjukkan antara impak positif hasil usaha berterusan kerajaan negeri yang sentiasa komited dalam mengatasi masalah hartanah tidak terjual.

Sementara itu, Jafni berkata inisiaitif kerajaan negeri meningkatkan kecekapan proses kerja dan tadbir urus bagi mengurangkan birokrasi dalam sistem penyampaian kerajaan, mampu menjadi pemangkin kepada kemajuan di negeri itu.

Beliau berkata, ia boleh dilihat menerusi kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim baru-baru ini yang menjangkakan Johor akan menjadi negeri termaju di Malaysia, susulan pelaksanaan beberapa projek berimpak tinggi.

“Saya sangat setuju dengan kenyataan perdana menteri kerana Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi sendiri banyak ‘engagement’ dengan pelabur-pelabur seperti dari Singapura dan China. Ini semua sedang dilaksanakan,” katanya.

Pada Khamis, Anwar dilapor berkata projek berimpak tinggi seperti Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan Zon Kewangan Khas (SFZ) mampu memacu ekonomi Johor mengatasi negeri-negeri lain dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang.



Sumber | FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo