NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tiada kawal selia penginapan jangka pendek, hotel bajet terpaksa naik harga

Kegagalan pihak berwajib mengawal selia agensi pelancongan dalam talian (OTA), selain tiada tindakan tegas terhadap penyedia penginapan tidak berlesen bawa kesan lebih parah. (Gambar Facebook)


PETALING JAYA: Hotel bajet terpaksa menaikan harga susulan impak ketiadaan kawal selia terhadap penginapan jangka pendek yang “tumbuh bagai cendawan”, kata Presiden Persatuan Hotel Bajet & Bisnes Malaysia (MyBHA) Sri Ganesh Michiel.

Katanya, kegagalan pihak berwajib mengawal selia agensi pelancongan dalam talian (OTA), selain tiada tindakan tegas terhadap penyedia penginapan tidak berlesen, membawa kesan lebih parah.

Ganesh berkata, susulan itu pengusaha hotel bajet berdepan penurunan pendapatan.

“Kami ingin menegaskan kami tidak berniat untuk menaikkan harga jualan hotel bajet sembarangan dan kenaikan ini akan berlaku sekiranya ancaman-ancaman industri perhotelan gagal diselesaikan oleh pihak berwajib,” katanya dalam kenyataan.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Abdul Karim Rahman Hamzah, tidak patut harga bilik dinaikan sewenang-wenangnya, kelmarin.

Katanya, di Sarawak juga wujud terlalu banyak penginapan jangka pendek tidak diselia kerajaan negeri.

“Kami sentiasa menyokong hasrat Sarawak menerima jumlah pelancong yang tinggi, tetapi kerajaan negeri perlu memastikan yang mendapat manfaat daripada kehadiran pelancong perlulah daripada kalangan pengusaha industri pelancongan atau perhotelan yang berdaftar dan berlesen,” katanya.

MyBHA mendesak dilaksanakan kawal selia terhadap unit kediaman atau rumah kedai diubah menjadi unit atau bilik kediaman jangka masa pendek, yang kemudiannya dijual melalui portal agensi pelancongan dalam talian tanpa memerlukan apa-apa lesen perniagaan.



Sumber | FMT Malaysia 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo