NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Gesaan boikot menjelang pilihan raya tak bercanggah perlembagaan, kata peguam

Peguam Andrew Khoo (kiri) berkata pegundi ada hak ‘menghantar mesej’ kepada parti, manakala Bastian Vendargon dan Philip Koh berkata gesaan boikot tidak menyalahi undang-undang selagi tiada paksaan dibuat.


PETALING JAYA: Beberapa peguam menolak dakwaan seorang exco Selangor bahawa tindakan menggalakkan sesuatu komuniti memboikot PRK Kuala Kubu Baharu akan datang sebagai tidak berperlembagaan.

Malaysiakini baru-baru ini melaporkan, V Papparaidu mendakwa terdapat usaha memujuk orang India daripada tidak mengundi dalam pilihan raya itu, tindakan dianggapnya sebagai tidak berperlembagaan.

Seorang peguam Andrew Khoo tidak bersetuju dengan Papparaidu. Katanya, Perlembagaan Persekutuan memberi hak kepada rakyat untuk mengundi, tetapi mereka boleh memilih tidak berbuat demikian jika tidak menyukai calon yang bertanding.

“Mereka juga menyatakan pilihan mereka, dalam kes ini memilih dengan tidak mengundi mana-mana calon. Sudah tentu, cara ketiga menyatakan pilihan, ialah dengan membuat undi rosak. Ini adalah satu bentuk undi protes.

“Pengundi marah atau kecewa dengan parti yang mereka sokong sebelum ini, dan ingin menyampaikan mesej bahawa mereka tidak gembira dan sampai satu tahap, ingin menghukum parti tersebut,” katanya kepada FMT.

Khoo berkata, tidak mengundi secara tidak langsung boleh memberi manfaat kepada parti lawan, terutama apabila tiada alternatif seperti undi “tanpa keutamaan” atau pilihan bertulis, tidak seperti di Amerika Syarikat.

Peguam Bastian Vendargon pula berkata, walaupun membuat gesaan boikot tidak bertentangan dengan perlembagaan, tetapi
memaksa seseorang untuk tidak mengundi adalah salah.

“Perlembagaan memberikan hak untuk pilihan raya yang bebas dan adil. Ini adalah hak dan bukan paksaan.

“Memandangkan tiada undang-undang yang mewajibkan mengundi, dan mengundi adalah hak yang diberikan kepada pengundi, ia tidak boleh dianggap tak berperlembagaan jika seseorang itu digesa untuk memboikot atau menahan diri daripada mengundi,” katanya.

Peguam Philip Koh juga bersetuju, katanya tiada peraturan yang menyatakan gesaan untuk memboikot pilihan raya sebagai tidak berperlembagaan, selagi ia bukan paksaan.

Bagaimanapun, katanya gesaan sedemikian boleh dilihat sebagai bertentangan dengan inti pati perlembagaan demokrasi, di mana pilihan raya adalah satu ciri penting.

Koh berkata, tidak menggalakkan penyertaan dalam pilihan raya mungkin mencerminkan sinisisme global yang lebih luas terhadap proses politik dan berpotensi mungkin membuka pintu kepada pengaruh antidemokratik.

“Jika beliau (Papparaidu) bermaksud bahawa ia melanggar peruntukan perlembagaan, maka beliau dengan hormatnya berlebih-lebihan. Tiada larangan terhadap tindakan tidak menggalakkan orang ramai daripada menyertai pilihan raya.

“Bagaimanapun, dalam demokrasi perlembagaan, penyertaan dalam pilihan raya dengan mengundi dan mempertimbangkan polisi calon adalah sebahagian penting daripada tubuh demokrasi yang sihat,” katanya.

Dalam laporan Malaysiakini, memetik bekas pemimpin DAP  yang tidak dinamakan sebagai berkata, kempen boikot PRK akan datang bertujuan untuk menghantar mesej kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim susulan ketidakpuasan hati komuniti India mengenai pengabaian kerajaan terhadap mereka.

Antaranya termasuk tiada menteri Tamil dalam Jemaah Menteri, peruntukan rendah untuk sekolah Tamil dan kurang tempat bagi pelajar India untuk program matrikulasi.


Sumber | FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo