NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mantap secara terbuka sokong Pas

0


KUANTAN - Majlis Taawun Pusat Pendidikan Islam Pahang (Mantap) tampil menyatakan sokongan terhadap Pas pada PRU14 .

Pengerusinya, Khairul Azmi Ismail Al Muqri’ berkata, sokongan secara terbuka kepada Pas itu atas keyakinan mereka kepada kemampuan dan rekod bersih parti itu yang mana pemimpinnya bebas dari skandal rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

“Sebenarnya bab memilih pemimpin ini merupakan perkara sangat penting di dalam Islam.

“Justeru, berdasarkan senario politik di Malaysia ini, Mantap yang menaungi 35 maahad tahfiz dan pondok akan memberikan sokongan kepada Pas,” katanya.

Menurutnya, rekod bersih Pas dalam memerintah terbukti apabila tiada pemimpin parti itu disabitkan atas kesalahan rasuah selama memerintah di Kelantan dan di beberapa buah negeri yang lain sebelum ini.

“Mantap merakamkan penghargaan khususnya kepada pucuk pimpinan Pas kerana memberi peluang kepada beberapa calon dari kalangan hafiz al-Quran dan pengasas pondok di bawah majlis ini.

“Kita juga ucapkan tahniah kepada Pas dan Gagasan Sejahtera kerana meletakkan calon yang berwibawa dalam PRU14 kali ini lantas membuktikan Pas serius untuk membela rakyat dan menjaga kemaslahatan agama Islam di negara ini,” katanya.

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/politik/mantap-secara-terbuka-sokong-pas-1.829834

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo