NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......
Showing posts with label PRU14. Show all posts
Showing posts with label PRU14. Show all posts

‘Mereka tak mahu calon lain’, Ku Li jangka pertahan Gua Musang

Tengku Razaleigh Hamzah menyerahkan urusan agihan kerusi kepada parti, namun ramai pengundi tidak mahunya bersara selain terus mendapat sokongan masyarakat Orang Asli.

PETALING JAYA: Penyandang Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah tidak menolak jika dicalonkan untuk mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Tengku Razaleigh atau lebih dikenali Ku Li menyerahkan urusan agihan kerusi kepada parti, namun ramai pengundi tidak mahunya bersara selain terus mendapat sokongan masyarakat Orang Asli.


“Di Gua Musang ni setiap tahun tak nak bagi saya bersara terutama sekali Orang Asli, mereka buat keputusan ramai-ramai tak mahu calon lain.

“Setiausaha Umno Gua Musang (Ab Aziz Yusoff) kata selagi saya tak ‘gogek’ (selagi boleh bergerak) saya kena tawar diri saya untuk bekerja lagi,” katanya selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Gua Musang, menurut Berita Harian.


Pada mesyuarat itu ahli sebulat suara menyokong Tengku Razaleigh terus meneraju Parlimen Gua Musang.

Tengku Razaleigh, 85, adalah wakil rakyat paling lama berkhidmat di negara ini iaitu 12 penggal di peringkat Parlimen dan negeri.

Beliau mempertahankan kerusi itu yang kali pertama dimenanginya tanpa bertanding pada 1974. Kerusi itu sebelum ini dikenali sebagai Ulu Kelantan.

Dalam PRU14 pada 2018, Tengku Razaleigh mengekalkan penguasaan di Parlimen itu selepas menang dengan majoriti 3,913 undi dalam saingan tiga penjuru bersama calon PAS dan PKR.


Kayu ukur

Sementara itu, mengulas tindakan PAS menangguhkan kerjasama dengan Umno pada PRU15, Tengku Razaleigh berkata ia akan menjadi kayu ukur penerimaan rakyat terhadap parti berkenaan di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Katanya, tindakan itu tidak salah jika PAS mendapat kerjasama daripada Perikatan Nasional (PN) dan bergantung dengan Bersatu.

“Jadi kita test (uji) lah, rakyat di negeri-negeri ini puas hati (atau) tidak dengan pemerintahan dia (PAS). Tetapi kalaulah dia mendapat kekuatan daripada PN kerana bergabung dengan Bersatu, apa salahnya,” katanya.


Tengku Razaleigh berpendapat sebenarnya PAS mahu terus bekerjasama dengan Umno demi menyelamatkan kedudukan di tiga negeri berkenaan.

“Ramai kawan-kawan saya beritahu pada saya dan saya sependapat dengan mereka juga, PAS nak bekerjasama dengan Umno sekarang. Ini kerana parti itu nak menyelamatkan tiga negeri iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu.

“Jadi kalau Umno bekerjasama dengan PAS, Umno tidak akan usiklah kedudukan di tiga negeri ini,” katanya.


Sumber I FMT Malaysia



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

NGO kesan kebebasan bersuara pasca PRU14 ancam Islam



Tuntutan golongan yang anti-Islam, sekular, liberal dan kufar untuk mencorakkan negara mengikut kehendak ideologi dan hawa nafsu mereka adalah antara tindak-tanduk yang muncul pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Keadaan itu semakin meresahkan apabila ada pihak yang semakin bebas menyuarakan desakan dan tuntutan untuk menafikan kedudukan dan fungsi agama Islam sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, dengan menimbulkan provokasi supaya beberapa institusi Islam ditutup, murtad dibenarkan dan memansuhkan peruntukan kepada pendidikan Islam.

Rentetan daripada itu 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), guru, pendakwah dan ilmuan Islam yang menubuhkan Sekretariat Pembela Islam (SPI) serta menganjurkan satu Persidangan Meja Bulat, tiga hari lalu.

Pada masa sama, kerajaan diminta menggubal akta bagi menghalang dan mengenakan tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melakukan amalan atau perbuatan menghina ajaran serta hukum Islam, kita suci al-Quran, hadis dan keperibadian Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. 
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, SPI berkata, penggubalan undang-undang itu hendaklah dikanunkan sebagai perbuatan yang boleh dihukum mengikut undang-undang sivil dan syariah.

"Ini bagi mengelakkan keadaan menjadi tidak terkawal sehingga menjadi punca kepada perpecahan dan rusuhan kaum dan agama," kata kenyataan itu.

Antara lain resolusi hasil daripada perbincangan meja bulat itu meminta:

● Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri hendaklah memperkukuhkan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dengan menyatakan dengan jelas agenda, dasar dan pelan tindakan kepada masyarakat umum;

● Semua peruntukan undang-undang dan Perlembagaan yang menyentuh kedudukan Islam dan umat Islam yang sedia ada hendaklah dikuatkuasakan dan ditambah baik, termasuk RUU355 yang tertangguh dibawa dan diluluskan dalam sidang Dewan Rakyat akan datang;

● Kedudukan ekonomi umat Islam mesti terus dilestarikan melalui pembentukan agenda dan dasar ekonomi umat yang lebih mantap dan menyeluruh sebagaimana Dasar Ekonomi Baru (DEB) dengan menjadikan Perkara 153 sebagai paksi dan mewajibkan semua kementerian dan agensi menyerahkan laporan pencapaiannya terus kepada Perdana Menteri;

● Membentuk Suruhanjaya Halal Negara;

● Mengangkat kualiti sistem pendidikan negara menjadi sistem yang berupaya melahirkan insan yang sempurna, berpaksikan tauhid bagi melahirkan masyarakat Malaysia baharu yang jauh daripada kebejatan moral dan akhlak;

● Mengarusperdanakan sistem pendidikan tahfiz dan meneruskan sokongan kepada kewujudan sekolah tahfiz swasta, pondok dan Sekolah Agama Rakyat; dan

● Menggubal undang-undang di bawah Perkara 10(4) Perlembagaan bagi mendakwa dan menghukum mana-mana orang yang mempersoalkan kandungan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan mengenai hak istimewa Melayu dan Bumiputera bagi mengelakkan isu itu terus dipermainkan sebagai isu perkauman dan bahan hasutan.

PRU ke14 cipta rekod dunia?



Oleh: DATUK M. PERIASAMY 

PILIHAN RAYA Umum Ke-14 (PRU-14) menyaksikan pertembungan sengit antara tiga parti politik utama negara ini iaitu Barisan Nasional (BN) yang telah memerintah negara ini sejak pilihan raya pertama pada 1959, PAS dan Pakatan Harapan. Ia berkesudahan dengan rakyat negara ini memilih untuk memberikan kemenangan besar kepada gabungan parti pembangkang sekali gus menamatkan era BN menguasai Kerajaan Persekutuan. 



Barisan Nasional (BN) yang dianggap sukar dikalahkan dan mentadbir Malaysia secara berte­­rusan selama 60 tahun akhirnya terpaksa akur dengan kehendak dan pilihan rakyat. Ini bermakna, BN dilihat sebagai sebuah parti politik yang terakhir hilang kuasa memerintah dalam kalangan parti politik seangkatannya seperti Parti Indian National Congress di India dan Parti Golkar di Indonesia yang telah lama hilang monopoli penguasaan politik di negara masing-masing. 


Ini juga sekali gus meletakkan Pakatan Harapan yang diterajui oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, mencipta sejarah dalam arena politik dunia. 

Pada PRU-14, parti-parti yang menganggotai Pakatan Harapan mencipta rekod prestasi cemerlang yang amat di luar jangkaan. Misalnya, PKR memperoleh 49 kerusi parlimen daripada 71 yang bertanding (69 peratus), DAP memenangi 42 daripada 47 (89 peratus), PPBM memenangi 12 daripada 52 (23 peratus), PAN memenangi 11 kerusi daripada 34 kerusi dipertandingkan (32 peratus). Warisan (Sabah) pula memenangi lapan kerusi daripada 17 kerusi parlimen yang dipertan­dingkan manakala, BN memenangi 79 kerusi daripada 222 kerusi yang dipertandingkan (36 peratus) dan PAS pula memenangi 18 kerusi daripada 157 kerusi yang bertanding (11 peratus).

Pakatan Harapan turut berjaya menawan kebanyakan negeri dengan memenangi 257 kerusi DUN daripada 530 kerusi yang ditandingi kecuali, Kelantan, Terengganu yang ditawan oleh PAS dan Pahang dan Sarawak dikekalkan oleh BN. Jumlah undi popular BN pula dikesan merosot daripada 46.7 peratus (PRU-13) kepada 33.9 peratus, manakala Pakatan Harapan mampu mengekalkan undi popularnya (50.1peratus). 

Meskipun setengah pihak menjangka PRU-14 akan menyaksikan 'tsunami Melayu' dalam mencorakkan keputusannya, dari segi realitinya, sentimen 'meng­ubah' kerajaan dalam kalangan rakyat merentasi kaum, agama, dan lokaliti dilihat menyebabkan Pakatan Harapan menang besar. 

Malah kemerosotan sokongan pengundi secara amnya dan peng­undi Cina dan India terhadap MCA dan MIC secara khususnya di Semenanjung dan penolakan pengundi Sabah terhadap BN di Sabah, negeri yang umumnya dianggap sebagai simpanan tetap (fix deposit) BN turut menyumbang kepada BN kehilangan Putrajaya pada 9 Mei lalu. 

Selain itu, kemenangan Pakatan Harapan juga dikatakan oleh faktor sebahagian besar pengundi pelbagai kaum yakin dan tertarik dengan manifesto parti itu yang berjanji bakal menyelesaikan masalah-masalah harian yang melibatkan kos sara hidup golongan pendapatan rendah dan sederhana yang kian meningkat dalam tempoh masa 100 hari. 

Pun begitu, kita semua mengharapkan pemerintahan Kerajaan Persekutuan sekarang ini menghindarkan tindakan-tindakan yang boleh dilihat atau diandaikan sebagai mempunyai dendam kesumat. Sebaliknya, lebih memfokuskan kepada usaha memenuhi janji-janji 100 hari sambil melaksanakan dasar-dasar inklusif yang boleh membantu menangani penularan polarisasi kaum dan politik ekstrem dalam kalangan rakyat. 

Sementara itu, terhakisnya sokongan pengundi-pengundi terhadap UMNO dan kekalahan ketiga-tiga presiden parti komponen BN, iaitu presiden MCA, MIC dan Gerakan turut menimbulkan pelbagai persoalan. Antaranya apakah rakyat sudah sedia mengalih ke arah paradigma baharu, iaitu menolak parti-parti politik yang bersandarkan kaum? Apakah kaum Cina dan India melihat kepimpinan parti-parti yang menganggotai BN, yang mewakili kaum bukan Melayu, gagal membela kepentingan kaum Cina dan India? 


Apa pun, proses transisi kuasa daripada kerajaan lama kepada kerajaan baharu secara lancar tanpa sebarang kesulitan jelas menunjukkan rakyat Malaysia kini bukan sahaja menghormati keputusan PRU-14 dengan hati terbuka, malah lebih matang dalam menjunjung dan mengamalkan prinsip-prinsip demokrasi tulen. 

DATUK M. PERIASAMY ialah penganalisis politik.


© Utusan Melayu (M) Bhd

Pilihan Raya Umum dan kaji selidik bebas



Malaysia boleh dianggap ketinggalan kerana tidak ada agensi berkaitan yang menjalankan kaji selidik secara konsisten untuk mengetahui populariti kerajaan memerintah. Akibat tidak wujud firma yang menjalankan kaji selidik secara berkala ini, parti pemerintah seperti Barisan Nasional (BN) gagal mengesan perubahan sokongan rakyat untuk membolehkan mereka menyusun strategi menghadapi PRU-14

Oleh Norhafzan Jaafar
hafzan@bh.com.my


KEPUTUSAN Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang disifatkan di luar jangka apabila pertama kali dalam sejarah negara menyaksikan kejatuhan parti yang memerintah lebih enam dekad, membuktikan bahawa demokrasi penuh masih wujud di Malaysia.

Paling membanggakan apabila semua pihak menghormati dan menerima suara rakyat itu tanpa ada sebarang tunjuk perasaan mahupun pertumpahan darah seperti yang pernah kita saksikan dalam kebanyakan peralihan kuasa kerajaan di negara luar.

Biarpun kejatuhan dan peralihan sesebuah kerajaan sesuatu yang tidak mustahil dan sering dilihat di luar negara, namun apa yang berlaku di negara kita disifatkan sesuatu yang tidak pernah dijangka.

Malah pemerhati politik berpendapat, tiadanya kaji selidik secara berkala menjadikan sukar untuk meramalkan kecenderungan rakyat dalam menunjukkan sokongan mereka terhadap mana-mana parti menjelang pilihan raya di negara ini.

Pensyarah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sabah, Mohammed Rahezzal Shah Abdul Karim berpendapat, Malaysia boleh dianggap ketinggalan kerana tidak ada agensi berkaitan yang menjalankan kaji selidik secara konsisten untuk mengetahui populariti kerajaan memerintah.

Kaji selidik bukan saja perlu untuk mengetahui sokongan rakyat kepada parti atau kerajaan pemerintah tetapi juga penerimaan mereka terhadap dasar yang diperkenalkan kerajaan.

Dalam pilihan raya presiden di Amerika Syarikat misalnya, ramalan awal dan persaingan sengit antara parti yang bertanding dapat dilihat berdasarkan kaji selidik yang dijalankan oleh badan bebas hampir setiap hari.



Jangkaan awal

"Sebab itu, mereka tidak terkejut selepas keputusan diumumkan kerana pelbagai pihak sudah dapat menjangka lebih awal kemenangan berdasarkan kaji selidik yang dijalankan.

"Berbeza sekali keadaan di negara kita apabila keputusan sukar untuk dibaca kerana sentimen rakyat tidak dapat diramalkan lebih awal," katanya dalam seminar mengenai Pasca PRU-14, anjuran Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi yang diadakan di UiTM, Shah Alam, baru-baru ini.

Ini diakui Pengarah Eksekutif Pusat Ilham, Hisomuddin Bakar yang berpendapat belum ada sebuah firma bebas yang bertanggungjawab menjalankan kaji selidik secara konsisten di negara ini.

Paling penting, tegasnya kaji selidik yang dijalankan mestilah tidak mempunyai agenda tersembunyi atau sekadar mahu mengaut keuntungan, sebaliknya perlu dibiayai pertubuhan atau yayasan besar dan bebas.

"Akibat tidak wujud firma yang menjalankan kaji selidik secara berkala ini, parti pemerintah seperti Barisan Nasional (BN) gagal mengesan perubahan sokongan rakyat untuk membolehkan mereka menyusun strategi menghadapi PRU-14," katanya.

Biarpun pelbagai pihak berpendapat keputusan PRU-14 menepati ramalan 'tsunami Melayu' tetapi ia tidak berlaku sepenuhnya, terutama di Pantai Timur Semenanjung yang masih menyaksikan Kelantan kekal di bawah pemerintahan PAS, selain Terengganu yang kembali dirampas parti itu. 

Pensyarah Kanan Sains Politik, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM Kelantan, Dr Iskandar Hasan Tan Abdullah berkata, apa yang berlaku di kedua-dua negeri berkenaan adalah sokongan dan sentimen berbeza ditunjukkan rakyatnya.

Tsunami politik berbeza di kedua-dua negeri terbabit berlaku kerana bagi masyarakat Kelantan dan Terengganu, mereka meletakkan sokongan terhadap Islam sebagai paling utama, diikuti yang kedua kepada Melayu, manakala yang ketiga ialah Malaysia.

Ketika rakyat negeri lain melihat Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai faktor yang mengalih sokongan pengundi Melayu, pengundi Kelantan bersikap sebaliknya, apabila melihatkan hubungan beliau sebelum ini bermasalah, termasuk hubungan dengan istana Kelantan yang membabitkan penarikan darjah kebesaran.


Proses perbandaran


"Kita juga boleh sifatkan pengundi di Kelantan sebagai pengundi senyap, manakala 40 peratus daripada kalangan mereka yang mengundi ialah pengundi luar," katanya.

Penyokong PAS di Kelantan dan Terengganu kini bukan lagi dalam kalangan masyarakat kampung biasa, sebaliknya turut membabitkan golongan profesional yang memberi sokongan apabila merasakan Islam dan Melayu semakin terancam.

Bagi Pensyarah Sains Politik, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Mohd Azmir Mohd Nizah, perubahan sokongan rakyat dalam PRU-14 yang berbeza di negeri Pantai Timur dan Pantai Barat juga mempunyai kaitan dengan proses perbandaran di kawasan terbabit.

"Urbanisasi bukan saja membezakan pemodenan di kedua-dua kawasan tetapi turut mengubah gaya atau pola berfikir masyarakat yang turut mempengaruhi parti yang menjadi pilihan mereka," katanya.

Namun, Prof Madya Dr Nidzam Sulaiman dari Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melihat perubahan yang berlaku termasuk di Sabah dan Sarawak yang sebelum ini disifatkan sebagai 'simpanan tetap' bagi undi untuk BN disebabkan faktor geografinya.

Jarak yang memisahkan Sabah dan Sarawak menjadikan wujudnya gerakan pemisah akibat rasa tidak puas hati kepada pemerintah yang kehangatannya turun naik bergantung kepada kerajaan dan pimpinan yang ada.

"Isu lama terutama pembangunan di Sabah dan royalti minyak yang dibawa ke tempat lain untuk tujuan pembangunan turut membawa perubahan dalam sokongan rakyat kali ini," katanya.

Pensyarah Kanan Sains Politik, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM Kampus Seremban, Mujibu Abd Muis, berkata kejatuhan kerajaan BN tidak sepatutnya dilihat parti berkenaan secara negatif, sebaliknya mereka perlu segera bangkit untuk menjadi pembangkang yang kuat.

Katanya, perkara itu penting dalam landskap politik sekarang untuk memastikan adanya 'semakan dan imbangan' kepada kerajaan pemerintah pada masa kini.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM Sarawak, Dr Nadrawina Isnin pula berkata, demokrasi yang wujud di negara ini menunjukkan kemenangan yang berpihak kepada rakyat yang sejak sekian lama mahukan sebuah pilihan raya yang telus dan adil.

PAS Gaining greater ground

PAS has emerged as a formidable third force in the aftermath of GE14.

PAS Gaining greater ground

PAS has emerged as a formidable third force in the aftermath of GE14. It swept to victory in Terengganu, tightened its grip on Kelantan, and encroached into Barisan Nasional’s “fixed deposits” in Felda turf.

In fact, the party won enough seats in Kedah (15 against Barisan’s three and Pakatan Harapan’s 18) and Perak (three seats against Barisan’s 27 and Pakatan’s 29) that could potentially alter the balance of power between Barisan and Pakatan. But the Islamist party did not push for unity government to help Barisan retain the two states.

PAS research centre director Dr Zuhdi Marzuki said the election results spoke volumes.

“It reflects a growing support for PAS’ struggle to implement Islamic governance where transparency, welfare and justice prevail,” he said.

PAS accomplished what Pakatan failed to do. The coalition comprising Parti Amanah Negara, DAP, Parti Pribumi Bersatu Malaysia and PKR had zero seats in Kelantan and Terengganu.

PAS secured two-thirds majority in Kelantan (winning 37 out of 45 state seats) and Terengganu (22 out of 32 state seats).

Overall, PAS captured 18 parliamentary and 90 state seats nationwide.

Dr Mohd Zuhdi: “The election results reflect a growing support for PAS’ struggle to implement Islamic governance where transparency, welfare and justice prevail.”
Dr Mohd Zuhdi: “The election results reflect a growing support for PAS’ struggle to implement Islamic governance where transparency, welfare and justice prevail.”
PAS Youth strategy director Syahir Sulaiman said Invoke’s prediction of the Islamist party’s downfall was proven unfounded.

“Its lopsided analysis reflects its own agenda,” Syahir claimed.

He attributed the growing support for PAS in the east coast to rural, Felda and outstation voters.

PAS gained backing from Felda settlers in Kemaman, Dungun, Setiu and Kuala Nerus.

“The Malays in rural areas and Felda have warmed up to PAS. And youngsters working outstation returned in high numbers to help PAS win in Kelantan and Terengganu.

“The youths did not believe in the Umno-PAS unity propaganda,” he said.

Activist Mazlan Aliman, who was instrumental in exposing alleged discrepancies in Felda, noted however that Pakatan had won more Felda seats compared with PAS.

Felda settlers helped Pakatan sweep to victory in Kubang Pasu, Kulim Bandar Baharu, Sungai Siput, Tanjung Malim, Ulu Selangor, Kuala Selangor, Bentong, Raub, Kuala Pilah, Tampin, Alor Gajah, Pagoh, Sekijang, Labis, Segamat, Simpang Renggam, Kulai and Tebrau.

Mazlan, who is also the chairman of Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan, said they had won with the support of young voters.

“People want issues involving FGV (Felda Global Ventures), and missing billions tackled,” he said.

image: https://www.thestar.com.my/~/media/online/2018/05/19/18/50/mainx_anr_2005_popular-votes_ktbsianalisa200518pdf.ashx?h=383&&w=400&la=en



PAS secretary-general Datuk Takiyuddin Hassan said the Islamist party was able to withstand the multi-cornered onslaught because its fort was strengthened.

“We have enough pool of core supporters to help us secure victory in our stronghold. This group of core supporters is not easily swayed by perception games,” he said.

PAS deputy Mursyidul Am Datuk Ahmad Yakob also attributed the party’s victory to young and outstation voters.

“We were able to secure additional seats because of the overwhelming support of youths. And those outstation voters returned with such a commendable resolve to defend the Islamist government,” he said.

PAS Youth chief Khalil Abdul Hadi said popular support for the Islamist party had increased from 1.5 million to more than two million.

“The popular votes increased to 18%. This negates claims that PAS is no longer relevant. We have significant support in rural and suburban constituencies.

“Claims that we would lose the deposits, and that we would lose more seats have been proven unfounded,” said Khalil, who is the son of party president Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Khalil said in the last general election, PAS was accused of being used by DAP.

“This election, we were accused of forging ties with Umno.

“Because of such unwarranted accusations, we wasted too much time countering allegations instead of focusing on our manifesto,” he said, adding they would utilise the social media for campaigning in the next general election.

Khalil said the recent elections had rendered Umno and Barisan irrelevant following allegations of corruption and abuse of power.

“Those in west coast supported Pakatan, and those in east coast supported PAS.

“In the last general election, we could not garner these many seats when we were part of Pakatan Rakyat. This time around, we went in on our own, and gained greater ground,” he said.

Khalil said they must now focus on managing victory.

“We should move forward, showcasing our political maturity,” he said.


Read more at https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/05/20/gaining-greater-ground-pas-has-confounded-critics-and-opinion-polls-that-predicted-a-poor-showing-fo/#8Keqs2Pbf3Ec1KmH.99

100 motorsikal musnah dalam kebakaran di USJ1

Suspek tidak berpuashati dengan penghuni flat yang menegur mereka bising di tingkat bawah flat lalu membalasnya dengan membakar

100 motorsikal musnah dalam kebakaran di USJ1 

SUBANG JAYA: Hampir 100 buah motorsikal musnah dalam kejadian kebakaran di USJ1, Subang Jaya, mengakibatkan ramai tidak dapat bergerak.

Menurut OCPD Subang Jaya, Asst Comm Mohammad Azlin Sadari, pihak polis menerima panggilan kecemasan bencana api pada jam 3 pagi (Mei 16) di Flat Kos Rendah Angsana di USJ1.

"Api memusnahkan hampir 100 buah motorsikal dan merosakkan tingkat bawah flat".

"Dalam tempoh satu jam, Bomba dapat memadamkan api. Tiada kecederaan dilaporkan", beliau berkata.

Pihak bomba menjalankan siasatan forensik, manakala polis berkata mereka dapat menahan suspek.

"Suspek tidak berpuashati dengan penghuni flat yang menegur mereka bising di tingkat bawah flat lalu membalasnya dengan membakar", terang beliau.

Kes disiasat di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, menurut perbincangan pihak Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Tenaga Nasional (TNB), pengurusan flat berkata perkara pertama yang akan dibaiki adalah sistem perpaipan dan elektrik,

Oleh kerana kedua-dua sistem ini rosak, penghuni akan mengalami masalah bekalan air dan elektrik.

Sumber:
Read more at https://www.thestar.com.my/metro/metro-news/2018/05/16/100-motorbikes-destroyed-in-usj-1-arson/#cag7veHturji264g.99

‘Black Maria’, 15 polis pengiring di rumah Najib

‘Black Maria’, 15 polis pengiring di rumah Najib

KUALA LUMPUR: Sebuah kenderaan “Black Maria” polis diiringi 15 kenderaan pengiring polis tiba memasuki kediaman peribadi bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta.

Pasukan itu tiba di kediaman Najib pada 10.15 malam tadi dan sehingga berita ini ditulis mereka masih berada di rumah itu.

Seorang individu yang mendakwa dirinya peguam kepada bekas perdana menteri juga datang ke kediaman itu namun enggan memperkenalkan diri kepada pemberita.

Setiausaha akhbar kepada bekas perdana menteri, Datuk Seri Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad, tiba di kediaman Najib pada 11.27 malam.

Sumber:
http://www.freemalaysiatoday.com/category/highlight/2018/05/16/black-maria-15-polis-pengiring-di-rumah-najib/

Anwar tidak akan segera kembali ke arena politik



KUALA LUMPUR 16 Mei - Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak akan segera kembali ke arena politik, sebaliknya akan memberi sokongan penuh kepada kerajaan baharu pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bakal Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Anwar, yang baru sahaja dibebaskan setelah mendapat pengampunan diraja awal hari ini, berkata beliau akan menghabiskan masa bersama-sama keluarganya, di samping memberi syarahan di beberapa universiti luar negara.



Bercakap pada sidang akhbar pertamanya di kediaman beliau di Segambut di sini hari ini, Anwar berkata beliau telah menzahirkan sokongan penuh terhadap kepimpinan Dr Mahathir bagi membolehkan perdana menteri yang baru dipilih itu melaksanakan agenda dan pembaharuan yang diperlukan dengan berkesan.

"Saya tidak fiikir saya mahu dilihat begitu tergesa-gesa untuk menuntut atau menetapkan sebarang tempoh masa terdekat dan saya telah maklumkan kepada beliau (Dr Mahathir) bahawa saya mendapat undangan daripada universiti terkemuka di seluruh dunia untuk menyampaikan siri syarahan, namun saya tidak akan menetap di sana selama beberapa tahun, jadi, usahlah berasa bimbang. 


"Tapi, yang pasti, ia akan memakan masa beberapa minggu atau bulan...dari Harvard, Stamford dan universiti lain kerana saya rasa, saya perlu beri sedikit sebanyak sumbangan* untuk menunjukkan bahawa suara keilmuan dan kesederhanaan dalam Islam adalah penting dan orang Islam boleh diharapkan untuk memastikan wujudnya kebebasan serta keadilan," katanya.

Ditanya sama ada beliau akan memainkan sebarang peranan dalam menentukan anggota Kabinet Dr Mahathir, Anwar berkata sebagai perdana menteri, Dr Mahathir mempunyai hak mutlak untuk membentuk Kabinet, tetapi beliau diberi jaminan bahawa perdana menteri akan berunding dengan para pemimpin semua parti komponen Pakatan Harapan sebelum membuat keputusan tentang komposisinya.


Ditanya sama ada beliau bersedia menerima sebarang jawatan sekiranya ditawarkan, Anwar berkata: "Saya telah maklumkan kepada Tun Mahathir bahawa adalah lebih baik bagi beliau, Wan Azizah dan pasukan berkenaan untuk meneruskan tugas mereka dan berilah saya peluang untuk menghabiskan masa bersama-sama keluarga, walaupun isteri saya yang akan menjadi timbalan perdana menteri. 


"Saya rasa, Tun Dr Mahathir sudah tentu akan menyambut baik keputusan seperti itu kerana saya beritahu beliau, saya akan sentiasa dimaklumkan tentang semua perkembangan, sudah tentulah saya juga berminat untuk mengambil tahu tentang apa yang berlaku, tapi tak perlulah saya berkhidmat dalam Kabinet untuk sementara waktu ini," katanya.


Anwar menjalani hukuman penjara lima tahun sejak Februari 2015 kerana disabitkan kesalahan meliwat. Sebelum ini, beliau dijadual dibebaskan pada 8 Jun. - BERNAMA

 





Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/politik/anwar-tidak-akan-segera-kembali-ke-arena-politik-1.674043#ixzz5FgOahzkp
© Utusan Melayu (M) Bhd

PAS, ABIM welcome Anwar's release

he party hoped that Anwar's release would also help ease the political situation in the country


PAS, ABIM welcome Anwar's release

KOTA BHARU, May 16 (Bernama) -- PAS welcomed the release of jailed Datuk Seri Anwar Ibrahim and said it hoped that he would be able to contribute to national politics again.

PAS vice-president Datuk Mohd Amar Nik Abdullah said the party hoped that Anwar's release would also help ease the political situation in the country.

In KUALA LUMPUR, Malaysian Islamic Youth Movement (ABIM) president Mohamad Raimi Ab Rahim welcomed Anwar's release and said it was the beginning of a transformation that would bring huge benefits for the country.

Anwar was given a full pardon and released today. He had been serving a five-year jail sentence following his conviction for sodomy.

After his release, Anwar told reporters his appeal for the pardon was on the basis of a 'miscarriage of justice' or 'travesty of justice' and this meant that his convictions and sentences had been erased from the records.

Pas harap Anwar boleh beri sumbangan baik kepada politik negara

rakyat mengharapkan kerajaan Pakatan Harapan ini lebih baik daripada kerajaan terdahulu


Pas harap Anwar boleh beri sumbangan baik kepada politik negara


KOTA BHARU 16 Mei - Paas menyambut baik pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan berharap beliau boleh memberi sumbangan yang baik kepada politik negara.

Naib Presiden Pas Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata melalui pembebasan itu juga PAS berharap Anwar yang juga Ketua Umum PKR dapat meredakan "suasana panas dan agak tegang" pada masa sekarang ini.

"Kita berharap Pakatan Harapan ini tidak menjadi sebuah kerajaan yang membalas dendam. Semua orang harapkan, bukan kami (Pas) sahaja, walaupun kami pembangkang tetapi rakyat mengharapkan kerajaan Pakatan Harapan ini lebih baik daripada kerajaan terdahulu* lupakan cerita lama dan buka lembaran baharu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata sejak dahulu lagi PAS konsisten bahawa Anwar tidak bersalah dan percaya terdapat konspirasi di belakang pertuduhan dan pemenjaraannya.

Mohd Amar diminta mengulas mengenai pembebasan Anwar hari ini.

Anwar, 71, dibebaskan serta-merta setelah rayuan pengampunan penuhnya yang diputuskan Lembaga Pengampunan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V. - BERNAMA

 

 



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pas-harap-anwar-boleh-beri-sumbangan-baik-kepada-politik-negara-1.674027#ixzz5FgGDqRDn
© Utusan Melayu (M) Bhd

PH jangan benci BN, PAS, pesan Rafizi


Naib presiden PKR berkata Barisan Nasional dan PAS ada tanggungjawab sebagai semak dan imbang kepada kuasa Pakatan Harapan.

PH jangan benci BN, PAS, pesan Rafizi

Naib presiden PKR berkata Barisan Nasional dan PAS ada tanggungjawab sebagai semak dan imbang kepada kuasa Pakatan Harapan.

Rafizi juga mengingatkan media supaya berlaku adil dan memberi liputan kepada pembangkang.

PETALING JAYA: Rafizi Ramli mengingatkan Pakatan Harapan (PH) supaya tidak membenci pembangkang, termasuk Barisan Nasional dan PAS.

“Pakatan Harapan ingat kita perlu sayang kepada pembangkang kerana mereka perlu menjaga kita.

“BN dan PAS ada tugas besar sebagai pembangkang memastikan hak dan kepentingan rakyat di angkat,” katanya kepada ribuan penyokong yang berhimpun di Padang Timur, untuk meraikan pencetus reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang baru sahaja dibebaskan dari pemenjaraan.



Rafizi juga mengingatkan media supaya berlaku adil dan memberi liputan kepada pembangkang.

“Saya minta TV3, RTM, Utusan Malaysia dan semua media supaya berlaku adil kepada BN, PAS, PH untuk rakyat.

“Saya minta terakhir sekali supaya sahabat dalam PH bahawa setiap sen yang dibelanjakan ialah milik rakyat. Yang meletak dan mengangkat kita ialah rakyat,” katanya.

Hadir sama pimpinan Pakatan Harapan yang dibarisi PKR, Amanah, DAP dan PPBM.

Anwar dibebaskan pagi tadi dari Hospital Rehabilitasi Cheras di ibu negara, selepas menjalani hukuman penjara selama 1,557 hari, dan bertemu Agong di Istana Negara selepas mendapat pengampunan penuh.

Anwar berkata perjalanan “dari penjara ke istana” hanya boleh berlaku kerana sokongan rakyat.

Pengampunan diraja memansuhkan sekatan 5 tahun ke atas Anwar, bermakna bekas ketua pembangkang itu boleh menyertai poltik serta merta.


Sumber:
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/05/16/ph-jangan-benci-bn-pas-pesan-rafizi/

Rakyat kini berani, tekad tukar kerajaan

ia kewajipan kepada negara dan agama kita sendiri. Yang mewajibkan kita memilih pemimpin terbaik dan bertaqwa kepada ALLAH

Rakyat kini berani, tekad tukar kerajaan

MARANG – Pas menyifatkan rakyat kini lebih berani dan bertekad untuk menukar kerajaan daripada BN kepada sebuah kerajaan baharu dengan harapan dapat memberi khidmat lebih baik kepada rakyat.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, keberanian itu memuncak dalam PRU14 apabila seluruh rakyat berani membuat keputusan untuk menukar kerajaan.


Beliau turut mengucapkan tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia kerana keluar mengundi beramai-ramai malah parti itu sejak awal lagi sudah mengajak agar rakyat untuk keluar mengundi.

"Ini kerana ia kewajipan kepada negara dan agama kita sendiri. Yang mewajibkan kita memilih pemimpin terbaik dan bertaqwa kepada ALLAH,” katanya ditemui Sinar Harian di Masjid Rusila, di sini.

Beliau sebelum itu menyertai mesyuarat bersama pimpinan Pas di Pejabat Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS) di masjid berkenaan.

Beliau berkata, perubahan merupakan saat ditunggu kerana Pas telah melakukannya di Kelantan hampir 30 tahun lepas dan rakyat telah berani serta beristiqamah bagi mempertahankan negeri itu setelah sekian lama.

"Walaupun terpaksa berdepan dengan macam-macam halangan. Hari demi hari akhirnya berjaya membawa satu anjakan baharu bahawa kerajaan yang tertubuh.

"Sama ada di peringkat Pusat ataupun negeri akan lebih bertanggungjawab dan lebih berhati-hati untuk melaksanakan tugas mereka untuk memimpin negeri ataupun peringkat pusat.

“Dimana rakyat lebih berani itu yang kita harapkan daripada rakyat Malaysia menuju sebuah negara lebih maju,” katanya.

Beliau juga mengambil peluang mengucapkan tahniah dan terima kasih kepda seluruh jentera Pas yang telah bekerja keras dengan seikhlas hati walaupun berpenat lelah menumpahkan keringat mereka tanpa diupah.

“InsyaALLAH jentera Pas ini akan sentiasa menjadi contoh terbaik kepada perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas,” katanya.

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/rakyat-kini-berani-tekad-tukar-kerajaan-1.834460

MB Terengganu Mahu Rintis Perubahan

Kita mahu melangkah ke hadapan. Yang telah berlalu, kita ambil pengajaran darinya dan perbaiki diri kita.

MB Terengganu Mahu Rintis Perubahan


KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar telah memulakan tugasnya, seorang profesional bukan dari kalangan ustaz yang pertama menerajui sebuah Kerajaan Negeri di bawah Parti PAS. Pada hari pertamanya, bekas Ketua Jabatan Aeroangkasa Universiti Putra Malaysia itu berkata bahawa pentadbirannya akan mengambil pendekatan berbeza.

"Saya tidak mahu bandingkan pentadbiran hari ini dengan tahun 1999 (kali terakhir PAS memerintah Terengganu) kerana suasananya berbeza".

"Dengan media sosial dan capaian Internet yang luas, kita berada di era berbeza."

"Kita mahu melangkah ke hadapan. Yang telah berlalu, kita ambil pengajaran darinya dan perbaiki diri kita."

"Ada perkara yang perlu ditambah baik, seperti kaedah pendekatan dan penyelesaian masalah semasa" kata beliau kepada wartawan selepas melapor diri untuk bertugas di Wisma Darul Iman di sini.

"Adalah tidak waras untuk mengharapkan hasil yang berbeza apabila melakukan sesuatu dengan cara yang sama", tambah wakil wakyat Rhu Rendang, meminjam kata-kata ahli fizik Albert Einstein.

Sumber:
New Terengganu MB vows to do things differently
https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/05/15/new-tganu-mb-vows-to-do-things-differently/

PAS ucap syabas

mengharapkan kerajaan baharu ini dapat meneruskan perkhidmatan terbaik untuk rakyat sepertimana dijanjikan sebelum pilihan raya lalu

PAS ucap syabas

IPOH – Pas Perak merakamkan ucapan tahniah kepada Harapan dan syabas atas pelantikan Ahmad Faizal Azumu selaku menteri besar baharu bagi memimpin negeri ini.

Pesuruhjayanya, Razman Zakaria berkata, pihaknya mengharapkan kerajaan baharu ini dapat meneruskan perkhidmatan terbaik untuk rakyat sepertimana dijanjikan sebelum pilihan raya lalu.

Menurutnya, dalam memastikan kestabilan kerajaan, setiap wakil rakyat yang dipilih baik di pihak pembangkang mahupun kerajaan wajar dilayan sama rata.

“Setiap isu pembangunan rakyat perlu dibincangkan secara matang dengan menghormati setiap perbezaan pendapat.

"Janganlah sampai wujud situasi mencela sesama sendiri hingga tidak ada fokus untuk membawa masa depan rakyat,” katanya. ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Pada PRU14 ini, Pas Perak menang tiga kerusi Dewan Negeri iaitu Gunung Semanggol yang diwakili Razman sendiri, Selama (Mohd Akmal Kamaruddin) dan Kubu Gajah (Khalil Yahaya).

Mengulas lanjut beliau berharap, kerajaan baharu ini boleh menjadikan kerajaan perpaduan sepertimana ditawarkan Pas sebelum ini sebagai model pemerintahan.

“Semua ahli Dewan Negeri boleh memberikan idea untuk pembangunan, ini pasti memberikan corak politik yang lebih sihat,” katanya.

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/pas-ucap-syabas-1.834445

DAP Kecewa BERSATU Terima Pembelot

kecewa dengan BERSATU Perak yang menerima bekas wakil rakyat yang pernah mencetuskan krisis Kerajaan Perak tahun 2009 dahulu


DAP Kecewa BERSATU Terima Pembelot

Ketua Pemuda DAP Wong Kah Wong kecewa dengan BERSATU Perak yang menerima bekas wakil rakyat yang pernah mencetuskan krisis Kerajaan Perak tahun 2009 dahulu.

Wong mendakwa bekas wakil rakyat Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, yang melompat dari PKR ke BN pada tahun 2009 telah diterima sebagai ahli BERSATU oleh Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu hari ini.

Sumber:
https://www.malaysiakini.com/news/424929

MB Terengganu: Peranan Media Sangat Dihargai

media berhak melaporkan maklumat kepada rakyat tetapi berita mestilah sahih dan tidak diputarbelit


MB Terengganu: Peranan Media Sangat Dihargai

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu menghargai peranan media dalam menyampaikan maklumat dan bekerjasama membangunkan negeri tersebut.

Menteri Besar yang baru, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pandangan PAS konsisten tentang peranan media dan parti itu menyokong Akta Anti Berita Tidak Benar 2018.

"Pendirian kami bahawa media berhak melaporkan maklumat kepada rakyat tetapi berita mestilah sahih dan tidak diputarbelit"

"Sudah tentu setiap agensi berita berpegang kepada prinsip kewartawanan beretika dalam menyampaikan berita yang tepat dan benar", ujar beliau kepada pemberita hari ini.

Terdahulu sebelum itu, Samsuri disambut mesra oleh kakitangan Wisma Darul Iman apabila memulakan hari pertamanya sebagai Menteri Besar pada jam 8.55am.

Sementara itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya berkata bahawa parti itu serius memantau perkembangan politik selepas PRU14 sebaik sahaja kerajaan pusat dan negeri dibentuk.

"Perpaduan dan harmoni di kalangan rakyat mestilah dipelihara sepanjang peralihan ini", kata beliau.

-BERNAMA

Sumber:
http://www.thesundaily.my/news/2018/05/14/terengganu-mb-appreciates-media-role-delivering-information

Shahrir letak jawatan Pengerusi FELDA


Memandangkan saya dilantik sebagai Pengerusi FELDA oleh kerajaan sebelum ini, adalah wajar untuk saya melepaskan jawatan dalam institusi yang diterajui oleh kerajaan baharu.

Shahrir letak jawatan Pengerusi FELDA

KUALA LUMPUR: Tan Sri Shahrir Abdul Samad meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi FELDA, berkuat kuasa hari ini.

Beliau yang mula memegang jawatan itu pada 6 Januari tahun lalu, sudah menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.


"Memandangkan saya dilantik sebagai Pengerusi FELDA oleh kerajaan sebelum ini, adalah wajar untuk saya melepaskan jawatan dalam institusi yang diterajui oleh kerajaan baharu.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga FELDA atas sokongan dan kerjasama sepanjang perkhidmatan saya sebagai Pengerusi FELDA dalam usaha membawa FELDA balik ke asal," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Peletakan jawatan Shahrir itu adalah susulan kekalahan Barisan Nasional (BN) pimpinan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Shahrir berkata, sebanyak tujuh penambahbaikan dalam sistem pentadbiran dan pengurusan FELDA sudah diperkenal sepanjang tempoh beliau memimpin agensi terbabit.

Antaranya adalah meningkatkan tadbir urus dengan melantik pengerusi berbeza untuk anak syarikat FELDA, dengan tiada seorang pun dalam kalangan mereka adalah ahli politik selain berusaha mendapatkan kembali keyakinan peneroka menerusi inisiatif Muafakat FELDA.

Selain itu, katanya, hutang peneroka disusun semula, mewujudkan dana khas RM300 juta bagi menghapuskan hutang peneroka berlebihan, memperkenalkan geran tanam semula serta melupuskan pinjaman pembelian saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV).

"Penambahbaikan lain adalah mendapatkan semula pemilikan semua 16 lot tanah Jalan Semarak yang terlepas kepada pemaju Kuala Lumpur Vertical City (KLVC), yang didaftarkan semula atas nama FELDA pada 8 Mac lalu.

"Jawatankuasa khas turut ditubuhkan bagi merundingkan terma projek KLVC yang lebih baik, hasil perjanjian persefahaman ditandatangani FELDA bersama pemaju pada 15 Januari lalu," katanya.

Tambah Shahrir, di bawah pimpinan singkatnya, pembayaran hasil peneroka lebih tersusun, selain kewangan FELDA disusun semula dengan melupuskan aset tidak berkaitan dengan perniagaan teras FELDA.

Beliau turut memperkenalkan projek Rumah Mesra Rakyat FELDA bagi membina 20,000 unit rumah mampu milik kepada generasi baharu dalam tanah rancangan FELDA, manakala 1,234 unit rumah Projek Generasi Baharu FELDA (PGBF) sudah diserahkan kepada pembeli.

Najib sebelum ini melantik Shahrir sebagai Pengerusi FELDA menggantikan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, yang tamat tempoh perkhidmatan.

Antara perkara terakhir yang dilakukan Shahrir adalah menyelesaikan kemelut tanah FELDA di Jalan Semarak.

Isu tanah Jalan Semarak itu belum selesai dan masih menunggu hasil semakan Jawatankuasa Siasatan Lembaga FELDA terhadap laporan akhir audit forensik ke atas projek KLVC, dengan tempoh tiga bulan diberikan bermula Februari lalu dan dijangka berakhir bulan ini.

Sumber:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/05/425689/shahrir-letak-jawatan-pengerusi-felda

Sebuah parti gabungan akan ditubuh di Sarawak

keempat-empat parti komponen BN Sarawak itu terpaksa mengambil pendekatan sedemikian bagi mengelak kekalahan memalukan pada pilihan raya negeri (PRN) 2021

Sebuah parti gabungan akan ditubuh di Sarawak


KUCHING, 14 Mei (Bernama) -- Seorang penganalisis politik menjangkakan sebuah parti gabungan baharu akan ditubuhkan di Sarawak.

Pensyarah Kanan Jabatan SosioBudaya Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata setelah penubuhan parti gabungan baharu berkenaan barulah empat parti komponen Barisan Nasional di Sarawak, iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Bersatu (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) akan mengisytiharkan keluar BN dan menyertai parti gabungan itu.

Dr Awang Azman menjangkakan bahawa parti gabungan itu akan menjadi sebuah entiti bebas yang mesra kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Beliau berpendapat keempat-empat parti komponen BN Sarawak itu terpaksa mengambil pendekatan sedemikian bagi mengelak kekalahan memalukan pada pilihan raya negeri (PRN) 2021.

"Kalau tidak, pada PRN 2021 BN Sarawak akan hilang banyak kerusi, malah kalah kerana PH berkuasa di Putrajaya," katanya kepada Bernama

Sumber:
http://bernama.com/bm/am/news.php?id=1463876

PPMM: The Malaysian Bar has no locus to name any individual as the next Attorney General

Is the Malaysian Bar attempting to name its own person to be the Attorney General?



PRESS RELEASE
PERSATUAN PEGUAM-PEGUAM MUSLIM MALAYSIA  (PPMM)
DATE: MAY 14th 2018

1. PPMM views with immense concern at the suggestion, as reported in the local media today,  that the Malaysian Bar is proposing Ambiga Sreenevasan as the next Attorney General.

2. If the reports, as carried out in several media are correct, we are of the opinion that, in suggesting the name of a particular individual for the post of Attorney General, is poor judgement on the part of the Malaysian Bar, and would set a bad precedent to be followed. It is even more so when the person named is the former President of the Malaysian Bar.

3. We also believe that Bar Council members were not consulted when the President issued the statement.

4. The unilateral announcement by the President of the Malaysian Bar is uncalled for, and should not restrict the options of the Prime Minister in advising the Yang Di Pertuan Agong to appoint the Attorney General pursuant to Article 145(1) of the Federal Constitution.

5. Article 145(1) of the Federal Constitution states that the Yang Di Pertuan Agong shall, on the advice of the Prime Minister, appoint a person who is qualified to be a judge of the Federal Court to be the Attorney General for the Federation.

6. Is the Malaysian Bar attempting to name its own person to be the Attorney General? This may give the impression that the Attorney General will be beholdened  to the views of the Malaysian Bar. Furthermore, it would be against the principles of neutrality and impartiality which the Bar advocates.

7. Inasmuch as we respect the vast credentials of Ambiga Sreenevasan, we believe that the Malaysian Bar is sending the wrong signals to the public by proposing her as the Attorney General, which we strongly oppose.

8. The Malaysian Bar has no locus to name any individual as the next Attorney General. It would be more acceptable if the Malaysian Bar suggests criteria to be met by the person to be appointed as the Attorney General, without mentioning names.

9. As far as PPMM is concerned, no profesional body or individual should make any stand in proposing names as the  Attorney General. Let the choice be made by the Prime Minister, who will then advise the Yang Di Pertuan Agong in accordance with the provisions stipulated in the Federal Constitution.


Dato' Haji Zainul Rijal Abu Bakar
President
Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia

Awas ‘pelarian’ Umno ke PH, kata veteran PKR

kemungkinan besar mereka akan menyertai PPBM kerana parti itu dekat dengan ideologi Umno

Awas ‘pelarian’ Umno ke PH, kata veteran PKR

PETALING JAYA: Salah seorang pemimpin pelopor PKR memberi amaran kepada Pakatan Harapan (PH) tentang menerima wakil rakyat Umno, mengatakan penghijrahan besar-besaran pemimpinnya boleh berlaku di tengah-tengah spekulasi pendaftaran parti Melayu itu bakal dibatalkan.

Dr Syed Husin Ali, yang menjadi timbalan presiden selepas penggabungan Parti Rakyat Malaysia pimpinannya dengan Parti Keadilan Nasional yang melahirkan PKR, berkata dia khuatir dengan laporan beberapa wakil rakyat Umno diterima masuk dengan “mudah”.

“Saya difahamkan di Johor, seorang wakil rakyat Umno yang mahu menyertai PH berada dalam senarai pemerhatian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya kepada FMT.


Syed Husin yang merupakan sebahagian Biro Politik PKR berkata PH harus “berhati-hati” menapis mereka yang mahu menyertai PH, mengatakan ia mungkin taktik kelangsungan hidup oleh ahli politik Umno di tengah-tengah khabar angin pendaftaran parti mereka akan dibatalkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

Bulan lepas, 16 ahli Umno membuat cabaran terhadap kesahan parti mereka, mengatakan parti itu gagal mengadakan pemilihan sejak 2013.

Syed Husin berkata jika pendaftaran Umno dibatalkan, ia akan mendorong ahli parti dan wakil rakyat mereka mencari tempat berlindung dalam PH.

“Jika ini berlaku, kemungkinan besar mereka akan menyertai PPBM kerana parti itu dekat dengan ideologi Umno. Tetapi PH haruslah hanya menerima mereka yang bersih. Kita tidak mahu mereka yang korup menyertai PH,” katanya.

Syed Husin juga mengingatkan peranan Barisan Nasional (BN) sebagai pembangkang, dan gabungan itu tidak boleh dilemahkan melalui pembelotan.

“Kita mahu pembangkang yang kuat untuk memastikan semak dan imbang. Jika kita terlalu melemahkan pembangkang, kita akan menuju pemerintahan diktator. Saya tidak mahu PH terlampau dominan.”

Syed Husin khuatir ada “satu parti dalam PH” yang akan cuba menguatkan parti dengan wakil-wakil rakyat daripada BN.

Pandangannya seperti yang disuarakan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh, yang menggesa PH menolak wakil rakyat BN dari menyertai gabungan itu, mengatakan reformasi harus mengecualikan mereka yang menyokong bekas rejim.

Sumber:
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/05/14/awas-pelarian-umno-ke-ph-kata-veteran-pkr/
© all rights reserved
made with by templateszoo