NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Gelombang hijau kuasai Terengganu

0

KUALA TERENGGANU - Pas Terengganu melihat sokongan rakyat terhadap parti itu dalam PRU14 amat memberangsangkan dengan wujudnya gelombang hijau di 40 kerusi dalam tempoh lima hari kempen selepas penamaan calon 28 April lalu.

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Husain Awang berkata, 70 peratus gelombang itu datangnya dari golongan muda yang memberi sokongan padu terhadap calon-calon Pas dan mereka bekerja keras di setiap kawasan bagi memenangkan Pas.

Atas faktor itu katanya, Pas yakin dapat memenangi sekurang-kurangnya 20 kerusi dalam PRU14 pada 9 Mei ini dengan mempertahankan 15 kerusi sedia ada dan menambah lima kerusi baharu sekaligus membentuk sebuah kerajaan.

“Terdapat kecenderungan di kalangan pengundi yang mahu membuat perubahan dengan memilih Pas kali ini kerana inginkan parti dan calon yang lebih bertanggungjawab untuk memartabatkan Islam dalam kehidupan bernegara.

“Mereka juga mahukan parti dan calon yang bersih, jujur, berintegriti, tidak terlibat dalam rasuah, tidak mengaut kekayaan untuk diri, keluarga dan kroni serta track rekod cekap dalam urusan pemerintahan.

“Malah, mereka memilih tawaran manifesto lebih baik, bersifat jangka panjang dan lebih menjaga kebajikan mereka,” katanya dalam satu sidang media yang diadakan di Pejabat Pas Negeri Terengganu, di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Pesuruhjaya III Pas negeri, Yahaya Ali dan Bendahari Pas negeri, M. Shukrimun Shamsudin.

Walaupun gelombang kebangkitan sokongan rakyat terhadap Pas semakin jelas di lapan kawasan Parlimen dan 32 kerusi Dun, Husain menjelaskan bahawa keadaan itu sebenarnya tidak meletakkan Pas dalam keadaan selesa serta selamat.

Menurutnya, BN dan Pakatan Harapan sebagai parti lawan tidak akan memberi laluan mudah untuk Pas menang  dan mereka akan menggunakan pelbagai cara untuk memancing undi sebagaimana pengalaman dalam PRU13.

Ditanya mengenai kesukaran pengundi luar pulang pada 9 Mei ini ekoran hari mengundi diadakan pada Rabu, Husain mengakui kira-kira 10 peratus penyokong parti itu tidak boleh balik mengundi dan perkara itu memberi kesan kepada Pas Terengganu.

“Kita akan berusaha memberi keyakinan kepada mereka agar pulang mengundi demi membela nasib mereka sendiri,” katanya.

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/gelombang-hijau-kuasai-terengganu-1.829682

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo