NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hati-hati guna peralatan hotel, anda mungkin terdedah penyakit



Pada zaman ini menginap di hotel atau rumah tumpangan menjadi trend walaupun sekadar pulang ke kampung, terpaksa berbuat demikian bagi menepati kehendak keluarga, khususnya orang muda.

Bagaimanapun, anda kena berhati-hati dan sentiasa menitikberat elemen kebersihan apabila berada di hotel. Walaupun bilik anda kelihatan bersih, anda tetap kena hindari beberapa benda untuk menjamin kesihatan sekeluarga.
Alat kawalan jauh television

Tahukah anda alat kawalan jauh television sudah disentuh oleh ramai orang. Di hotel misalnya, ia digunakan oleh ramai dan tidak dibersihkan. Ini akan menyebakan masalah penyakit seperti masalah pernafasan.

Pekerja pembersihan bilik kadang kala bergerak cepat ke pelbagai ruang dan terlupa untuk membersihkan alat kawalan jauh dan mungkin memiliki jumlah bakteria yang sama dengan tandas anda.


Karpet

Semasa anda bercuti ingat, karpet di dalam hotel sangatlah kotor kerana ia sering dipijak oleh orang semasa memasuki bilik tanpa membuka kasut.

Fikir-fikirkanlah sebelum mencapakkan tuala dan pakaian di atas lantai bilik hotel.

Cadar dan selimut

Walaupun anda sering melihat krew hotel menukar cadar dan selimut setiap pelanggan hotel, namun menurut laporan CNN, ia hanya ditukar 4 kali dalam tahun.

Jadi, demi menjaga keselamatan, anda mungkin boleh usahakan membawa selimut sendiri, atau periksa dengan cara melibas selimut jikalau ada serangga terperangkap atau habuk.
Letakkan barangan di atas rak tandas

Kajian Travallers mendapati rak pada bahagian tandas adalah tempat paling kotor dan paling banyak bakteria. Jadi berus gigi dan berus alat solek yang digunakan amat kotor jika diletakkan begitu sahaja.
Telefon

Sebelum anda mendail telefon untuk menggunakan perkhidmatan hotel, baca dahulu kajian yag didedahkan oleh portal pelancongan, Travelmath. Ia mendapati telefon di hotel, termasuk hotel 5 bintang boleh menjadi pusat bakteria yang menyebabkan jangkitan pernafasan, jangkitan kulit dan pneumonia.

Para tetamu sering menggunakannya,malah bernafas secara langsung ke gagang telefon yang mana boleh menyebarkan bakteria dengan mudah. Kadang-kala petugas hotel terlepas pandang dengan tidak membersihkannya. Jadi anda boleh bersihkan sendiri telefon tersebut sebelum digunakan.
Cawan dan gelas

Cawan dan gelas yang digunakan di hotel perlu dibasuh dengan air yang bersih. Tetapi menurut laporan cawan dan gelas yang digunakan hanya akan dilap dengan pembersih.

Mungkin ini hanya spekulasi tetapi untuk pastikan kebersihan terjamin, bersihkan sendiri dengan sabun pencuci.

Ini tidak bermakna semua hotel tidak bersih, cuma kita harus lebih teliti dan berhati-hati apabila berdepan situasi yang mungkin memudaratkan.


PAS perlu sokong PBB di Sarawak

Oleh: Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah

TIDAK lama lagi Sarawak akan berdepan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN), diikuti Sabah selepas itu. Sudah tentu pertandingan pada kali ini akan menjadi lebih sengit. Lebih-lebih dengan melebarnya sayap dan pengaruh PPBM (Bersatu) di kedua-dua negeri itu.

Memandangkan senario politik yang agak berbeza dengan masa lalu, saya amat mengharapkan PAS tidak bertanding dalam PRN kali ini seperti sebelumnya, sebalik memberi sokongan padu kepada Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak (PBB) yang ditubuhkan pada 30 April 1973.

PAS perlu kembali kepada matlamat asal penubuhan di Sabah dan Sarawak untuk menjadi parti dakwah bukan parti politik.

Jika PAS bertanding juga, sekali lagi ia akan memecahkan undi dan tidak mustahil memberikan kemenangan kepada ultra kiasu untuk menambah kerusi dan mungkin menguasai PRN kali ini.

Keputusan PRU14 yang lalu, perlu dijadikan suatu muhasabah untuk semua pihak, terutama PAS dan UMNO. Petandingan tiga penjuru dan lebih dalam kalangan parti-parti berpengaruh Islam, tidak menguntungkan Islam, tetapi ultra kiasu. Jadi, perlu ada perancangan strategik untuk memenangkan Islam.

PAS perlu memikirkan masa depan Islam yang lebih penting di Sabah dan Sarawak. Lagipun, melihat kepada keputusan setiap PRU dan PRN, PAS tidak menampakkan pengaruh yang memberansangkan, sama ada peringkat Dewan Undangan Negeri mahupun Parlimen.

Jika PAS hendaklah bertanding juga, buatlah kajian mendalam, sama ada boleh menang atau tidak, atau tunggulah sehingga pengaruhnya merebak dan kuat, baharulah mengambil keputusan untuk bertanding.

Atau lebih baik lagi, jika PAS berbincang dengan parti dominan Islam di Sarawak dan Sabah seperti PBB dan UMNO (USNO). Perkara ini penting demi survival Islam di sana.

Saya masih ingat kata-kata Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Che Abdullah Mat Nawi, PAS adalah parti berpegang pada prinsip dan dasar Islam yang sentiasa mahu menyebarkan dakwah. Berpegang kepada prinsip itu, jika PAS melihat ada ruang untuk menyebarkan dakwah menerusi PRN Sabah, parti itu tidak menolak untuk turut bertanding. Namun, sekiranya merugikan (tidak ada ruang untuk berdakwah), kita tidak masuk (Berita Harian, 27.1.17).

PAS mula bertapak di Sarawak pada 1996. Menyertai PRU pada 1999 dan PRN Sarawak pada 2001. Sehingga saat ini, PAS masih belum menyerlah di kedua negeri ini. Dalam PRU14 PAS hanya mendapat keputusan terbaik di Kerusi Parlimen Batang Lupar, kerusi DUN tradisi PAS iaitu Beting Maro.

Justeru, saya memohon kepada PAS menumpu beberapa perkara berikut menjelang PRN Sarawak dan Sabah.

Pertama, berikan kefahaman Islam melalui dakwah ‘bil hal’ secara berterusan kepada Bumiputera Sabah dan Sarawak, tidak ketinggalan kepada ultra kiasu. Lupakan buat sementara cita-cita untuk bertanding dalam PRN dan PRU, kecuali di kawasan yang benar-benar kuat. Kalau sekadar memecahkan undi, lebih baik jangan bertanding. Apa yang penting sekat kemaraan ultra kiasu dengan memberi sokongan kepada PBB.

Kedua, landskap politik Sarawak, Sabah berbeza dengan Semenanjung. Taburan agama dan etnik Sarawak dan Sabah, tidak sama seperti di Semenanjung. Mengikut bancian 2010, 42.06 peratus penduduk Sarawak beragama Kristian. Islam pula adalah agama kedua terbesar di Sarawak iaitu 32.02 peratus, diikuti dengan Buddha, Taoism dan agama-agama Cina dengan 19.6 peratus serta minoriti Hindu, Sikh, Baha’i dan lain-lain agama tradisi.

Dalam mencari pengaruh, PAS perlu menjadi pejuang kebajikan kepada Bumiputera Sabah dan Sarawak. Dakwah ‘bil hal’ ini amat besar ertinya.

Mengaku sahajalah, sebelum ini kerajaan kurang memberikan tumpuan kepada kedua negeri ini apabila membentuk Malaysia 1963. Sudahlah kita dipisahkan dengan Laut China Selatan.

Saiz Sarawak sahaja sebenar Semenanjung. Parlimen Hulu Rajang sahaja hampir sebesar sebuah negeri Pahang. Bayangkan betapa besarnya Parlimen Rajang berbanding dengan bersamaan14 Parlimen dalam negeri Pahang.

Sudah tentu Sarawak perlukan lebih tumpuan, kerana saiznya yang begitu besar. Begitu juga Sabah. Membangunkan negeri berskala besar sudah tentu berbeza dengan yang kecil. Kita tidak boleh tersalah pandang Sabah dan Sarawak dalam soal pembangunan.

Ketiga, kita perlu mengeluarkan Sarawak da Sabah daripada kemelut kemiskinan. Kemiskinan ini adalah isu yang sangat fundamental. Miskin boleh menjadi manusia bertukar agama atau menjual akidah mereka.

Jika PAS dapat lakukan, ini adalah kejayaan PAS yang paling besar dan sangat bernilai di akhirat. Ingatlah, kefahaman Islam dalam kalangan Bumiputera Sarawak Sabah masih belum kukuh. Justeru, perhebatkan dakwah. Ingatlah, selagi rakyat Sabah Sarawak masih tidak memahami Islam, selagi itu mereka tidak akan memangkah PAS.

Mengimbau kembali penyertaan PAS dalam PRN Sarawak, dalam PRN11, PAS bertanding 11 kerusi dan belum berjaya menenangi sebarang kerusi. Dalam PRU14, PAS bertanding lima kerusi, namun tidak menang kesemuanya.

Pada pilihan raya 1999, PAS bersama PKR dan ultra kiasu menyertai pilihan raya atas nama Barisan Alternatif (BA). Kemudian, ultra kiasu keluar daripada BA pada tahun 2001. Kemudian, selepas pilihan raya 2008, BA dan ultra kiasu kembali berpakat dan bersama dalam gabungan yang dinamakan Pakatan Rakyat (PR). PAS masih tidak memenangi satu kerusi pun.

Pada Mac 2015, ultra kiasu telah memutuskan hubungan dengan PKR dan PAS di Sarawak, diikuti Sabah pada April 2015. Ini menjadikan PR berkubur di Sarawak dan Sabah. Seterusnya terkubur di Semenanjung pada Julai 2015. Ultra kiasu terus menambah kerusi, manakala PAS masih belum mendapat walaupun satu kerusi.

Pada akhir 2015, Pakatan Harapan (PH) dibentuk dengan gabungan DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (PAN), diikuti Bersatu. PRN kali ini sudah pasti akan menjadi lebih rancak dengan penyertaan PAN dan Bersatu. Sudah pasti sukar untuk PBB memberi laluan kepada PAS. Jika keadaan ini berlaku, pasti akan berlaku pertandingan tiga penjuru.

Melihat kepada senario politik sebegini, jelas menunjukkan bahawa harapan PAS untuk memenangi satu kerusi di Sabah dan Sarawak agak tipis.

Pada hemat saya, suara Islam sebenarnya bergantung kepada PBB. PBB adalah sandaran masyarakat Islam untuk memastikan agenda Islam tidak dikesampingkan. Bayangkan jika ultra kiasu mengambil alih Sarawak. Saya tidak boleh bayangkan apa akan berlaku dengan mengambil contoh yang berlaku di Semenanjung. Ternyata Islam dan Melayu semakin terpinggir. Apa akan jadi dengan nasib Bumiputera Sabah dan Sarawak

Jika ultra kiasu menang akan berkumandanglah suara-suara Sarawak For Sarawakians (S4S) dan sentimen parti Semenanjung, begitu juga dengan Sabah.

Keempat, tidak dinafikan kehadiran PAS sebenarnya di Sarawak telah memberikan signifikan besar kepada perkembangan dakwah Islamiyah, tetapi masih belum memuaskan berbanding Sabah.

Perkembangan Islam di Sabah suatu ketika dahulu begitu memberansangkan. Ini disebabkan oleh kehebatan pemimpin mereka ketika itu, Tun Datu Mustapha yang merupakan Ketua Menteri (1967-1975), yang juga Yang DiPertua USIA, begitu giat menyebarkan syiar Islam. Dakwah ‘bil hal’ almarhum sangat berkesan.

Pada tahun 2010, daripada keseluruhan penduduk Sabah, seramai lebih tiga juta orang, lebih dua juta adalah Islam. Lebih 853,000 Kristian, Buddha lebih 194,000. Dan lain-lain sekitar 9,000 orang. Sebelum itu, umat Islam masih lagi minoriti di sana, sekitar 30 peratus seperti Sarawak hari ini.

Kehadiran PAS ke Sabah lebih awal (1986) daripada UMNO (1990). PAS telah menyertai plihan raya sejak tahun 1986 sehingga 2013. Sama keadaannya seperti Sarawak, PAS tidak pernah memenangi sebarang kerusi. Justeru, sama-sama kita fikirkan, apakah jalan terbaik untuk memenangi Islam di Sarawak dan Sabah,

Akhirnya, PAS mesti meletakkan misi menjadi parti dakwah untuk mengIslamkan Bumiputera Sarawak dan Sabah seramai mungkin. Jika berjaya misi ini, bertandinglah PAS dalam PRN nanti. Buat masa ini berikan sokongan kerjasama kepada PBB. Mudah-mudahan Islam dapat dimartabatkan dan menjadi majoriti seperti di Sabah.

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah ialah Profesor Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL) di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

PRK Semenyih platform rakyat suarakan kemarahan terhadap PH - Asyraf Wajdi



HULU LANGAT: Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih perlu dijadikan platform terbaik bagi menyuarakan rasa tidak puas hati rakyat terhadap prestasi Kerajaan Persekutuan pimpinan Pakatan Harapan, kata Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau, yang juga Ketua Pemuda UMNO berkata, pilihan raya kecil itu juga akan dijadikan sebagai penanda aras untuk melihat sejauh mana keyakinan rakyat terhadap jalinan kerjasama UMNO dan Pas gabungan pembangkang yang efektif.

Mengulas lanjut, bekas Senator itu menjelaskan, barisan pembangkang tidak begitu mensasarkan kemenangan kerana kalau mereka berjaya merampas kerusi itu, ia tidak memberi kedudukan kepada Kerajaan Negeri mahupun Persekutuan dari segi jumlah kerusi.

“Ini peluang kepada rakyat... kalau BN menang sekali pun dia tidak akan beri apa-apa kesan kepada kerajaan, sebaliknya ia wajar dijadikan referendum rakyat terhadap segala 'track record' PH yang walaupun hanya sembilan bulan, tetapi sembilan bulan penuh seksa, rakyat tak dapat apa yang dijanjikan, kos sara hidup makin meningkat, minyak naik, rakyat nanti (harga minyak) RM1.50 tak turun, subsidi pelbagai perkara.

“Isu tol yang paling hebat, sebab rakyat di Semenyih ada tol. Jadi, ini saat paling baik untuk mengingat kembali janji kerajaan PH untuk memansuhkan tol,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat penyelarasan antara UMNO, Pas, Berjasa dan Ikatan, di sini hari ini.

Dalam mesyuarat itu, delegasi Pemuda Pas Pusat diwakili ketuanya, Muhammad Khalil Abdul Hadi, dan ia turut dihadiri Ketua Pemuda Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (Berjasa), Iqbal Hakim Abdul Razak, dan ketua Pemuda Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) Shahir Adnan.

Dalam sidang media berkenaan, Muhammad Khalil berkata, pihaknya akan memberi sokongan sepenuhnya kepada calon Barisan Nasional untuk PRK itu.

Beliau berkata, kerjasama strategik politik ini memberikan gambaran bahawa bukan sahaja tak akan ada pertandingan tiga penjuru bagi PRK ini, malah ia akan berterusan sehingga pilihan raya umum seterusnya.

“Kerjasama ini telah kami tunjukkan di Cameron Highlands, dan kami jelmakan di Semenyih. Apa yang penting, ia akan menjadi satu lagi isyarat kepada PH bahawa rakyat sudah hilang keyakinan pada kerajaan PH yang khianati janji dalam manifesto PRU yang lepas,” katanya lagi.

Sumber: http://www.astroawani.com/berita-politik/prk-semenyih-platform-rakyat-suarakan-kemarahan-terhadap-ph-asyraf-wajdi-198144

PAS bagi kerjasama kepada SPRM, sila siasat juga dana pembiayaan politik lain

Impian Dap Kuasai Negeri-Negeri Dalam PRU 14 Sudah Tercapai?



IMPIAN DAP KUASAI NEGERI-NEGERI DALAM PRU 14 SUDAH TERCAPAI

Bila diteliti kembali keputusan PRU 14 maka dapatlah disimpulkan bahawa DAP sudah berjaya mencapai impiannya untuk menguasai negeri-negeri dalam PRU 14.

Kejayaan besar pertama DAP adalah mengetuai Pakatan Harapan mengekalkan penguasaannya dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Ini tercapai melalui kejayaan DAP menjadi parti komponen Pakatan Harapan yang memegang kerusi terbanyak dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bila ia memiliki lebih separuh daripada 37 kerusi Pakatan Harapan, iaitu 19 kerusi, berbanding hanya 14 kerusi milik PKR, 2 kerusi milik AMANAH dan 2 kerusi milik BERSATU.

19 Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dari DAP ini adalah:
1. Phee Boon Poh dari N7 Sungai Puyu
2. Soon Lip Chee dari N8 Bagan Jermal
3. Satees Muniandy dari N9 Bagan Dalam
4. Heng Lee Lee dari N13 Berapit
5. Chong Eng dari N15 Padang Lalang
6. Ramasamy Palanisamy dari N16 Perai
7. H'ng Mooi Lye dari N19 Jawi
8. Zairil Khir Johari dari N22 Tanjong Bunga
9. Lim Guan Eng dari N23 Air Putih
10. Chris Lee Chun Kit dari N25 Pulau Tikus
11. Chow Kon Yeow dari N26 Padang Kota
12. Daniel Gooi Zi Sen dari N27 Pengkalan Kota
13. Teh Lai Heng dari N28 Komtar
14. Jagdeep Singh Deo dari N29 Datok Keramat
15. Lim Siew Khim dari N30 Sungai Pinang
16. Ong Ah Teong dari N31 Batu Lancang
17. Syerleena Abdul Rashid dari N32 Seri Delima
18. Joseph Ng Soon Siang dari N33 Air Itam
19. Yeoh Soon Hin dari N34 Paya Terubong

Lanjutan daripada kejayaan DAP di Pulau Pinang ini, Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dari DAP, iaitu Chow Kon Yeow, telah dilantik sebagai Ketua Menteri.

Kejayaan besar kedua DAP adalah mengetuai Pakatan Harapan merampas penguasaan dalam Dewan Undangan Negeri Perak. Ini tercapai melalui kejayaan DAP menjadi parti komponen Pakatan Harapan yang memegang kerusi terbanyak dalam Dewan Undangan Negeri Perak bila ia memiliki lebih separuh daripada 29 kerusi Pakatan Harapan, iaitu 18 kerusi, berbanding hanya 6 kerusi milik AMANAH, 4 kerusi milik PKR dan 1 kerusi milik BERSATU.

18 Ahli Dewan Undangan Negeri Perak dari DAP ini adalah:
1. Leow Thye Yih dari N17 Pokok Assam
2. Nga Kor Ming dari N18 Aulong
3. Loh Sze Yee dari N22 Jalong
4. Jenny Choy Tsi Jen dari N25 Canning
5. Dr Abdul Aziz Bari dari N26 Tebing Tinggi
6. Howard Lee Chuan How dari N27 Pasir Pinji
7. Ong Boon Piow dari N28 Bercham
8. Dr Ko Chung Sen dari N29 Kepayang
9. Sivasubramaniam Athinarayanan dari N30 Buntong
10. Cheah Pou Hian dari N31 Jelapang
11. Chaw Kam Foon dari N32 Menglembu
12. Paul Yong Choo Kiong dari N33 Tronoh
13. Wong May Ing dari N37 Pantai Remis
14. Teoh Yee Chern dari N38 Astaka
15. Leong Cheok Keng dari N41 Malim Nawar
16. Chong Zhemin dari N42 Keranji
17. Terence Naidu Raja @ Raja Naidu dari N55 Pasir Bedamar
18. Sivanesan Achalingam dari N57 Sungkai

Soal mengapa Ahli Dewan Undangan Negeri Perak dari BERSATU, iaitu Ahmad Faizal Dato’ Azumu, dan bukannya Ahli Dewan Undangan Negeri Perak dari DAP, telah dilantik sebagai Menteri Besar adalah satu soal yang lain.

Kejayaan besar ketiga DAP adalah mengetuai Pakatan Harapan merampas penguasaan dalam Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan. Ini tercapai melalui kejayaan DAP menjadi parti komponen Pakatan Harapan yang memegang kerusi terbanyak dalam Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan bila ia memiliki lebih separuh daripada 20 kerusi Pakatan Harapan, iaitu 11 kerusi, berbanding hanya 6 kerusi milik PKR dan 3 kerusi milik AMANAH.

11 Ahli Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan dari DAP ini adalah:
1. Anthony Loke Siew Fook dari N1 Chennah
2. Teo Kok Seong dari N8 Bahau
3. Arul Kumar Jambunathan dari N10 Nilai
4. Chew Seh  Yong dari N11 Lobak
5. Ng Chin Tsai dari N12 Temiang
6. Nicole Tan Lee Koon dari N21 Bukit Kepayang
7. Mary Josephine Prittam Singh dari N22 Rahang
8. Yap Yew Weng dari N23 Mambau
9. Gunasekaren Palasamy dari N24 Seremban Jaya
10. Choo Ken Hwa dari N30 Lukut
11. Veerapan Superamaniam dari N36 Repah

Soal mengapa Ahli Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan dari PKR, iaitu Aminuddin Harun, dan bukannya Ahli Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan dari DAP, telah dilantik sebagai Menteri Besar adalah satu soal yang lain.

Kejayaan besar keempat DAP adalah mengetuai Pakatan Harapan merampas penguasaan dalam Dewan Undangan Negeri Melaka. Ini tercapai melalui kejayaan DAP menjadi parti komponen Pakatan Harapan yang memegang kerusi terbanyak dalam Dewan Undangan Negeri Melaka bila ia memiliki lebih separuh daripada 15 kerusi Pakatan Harapan, iaitu 8 kerusi, berbanding hanya 3 kerusi milik PKR, 2 kerusi milik AMANAH dan 2 kerusi milik BERSATU.

8 Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka dari DAP ini adalah:
1. Saminathan Ganesan dari N7 Gadek
2. Norhizam Hassan Baktee dari N15 Pengkalan Batu
3. Kerk Chee Yee dari N16 Ayer Keroh
4. Seah Shoo Chin dari N19 Kesidang
5. Low Chee Leong dari N20 Kota Laksamana
6. Damian Yeo Shen Li  dari N21 Duyong
7. Tey Kok Kiew dari N22 Bandar Hilir
8. Dr Wong Fort Pin dari N24 Bemban

Soal mengapa Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka dari AMANAH, iaitu Haji Adly Zahari, dan bukannya Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka dari DAP, telah dilantik sebagai Ketua Menteri adalah satu soal yang lain.

Kejayaan besar kelima DAP adalah mengetuai Pakatan Harapan merampas penguasaan dalam Dewan Undangan Negeri Johor. Ini tercapai melalui kejayaan DAP menjadi parti komponen Pakatan Harapan yang memegang kerusi terbanyak dalam Dewan Undangan Negeri Johor bila ia memiliki lebih satu per tiga daripada 36 kerusi Pakatan Harapan, iaitu 14 kerusi, berbanding hanya 9 kerusi milik AMANAH, 8 kerusi milik BERSATU dan 5 kerusi milik PKR.

14 Ahli Dewan Undangan Negeri Johor dari DAP ini adalah:
1. Tan Chen Choon dari N2 Jementah
2. Dr Ramakrishnan Suppiah dari N6 Bekok
3. Ee Chin Li dari N10 Tangkak
4. Ng Yak Howe dari N12 Bentayan
5. Chew Peck Choo dari N19 Yong Peng
6. Gan Peck Cheng dari N23 Penggaram
7. Chew Chong Sin dari N28 Mengkibol
8. Sheikh 'Umar Bagharib Ali dari N30 Paloh
9. Liow Cai Tung dari N42 Johor Jaya
10. Andrew Chen Kah Eng dari N45 Stulang
11. Cheo Yee How dari N46 Perling
12. Tan Hong Pin dari N48 Skudai
13. Tee Boon Tsong dari N52 Senai
14. Yeo Tung Siong dari N55 Pekan Nanas

Soal mengapa Ahli Dewan Undangan Negeri Johor dari BERSATU, iaitu Osman Sapian, dan bukannya Ahli Dewan Undangan Negeri Johor dari DAP, telah dilantik sebagai Menteri Besar adalah satu soal yang lain.

Kejayaan besar keenam DAP adalah membantu Pakatan Harapan merampas penguasaan dalam Dewan Undangan Negeri Kedah. Ini tercapai melalui kejayaan DAP menggenapkan bilangan kerusi Pakatan Harapan dalam Dewan Undangan Negeri Kedah menjadi 18 melalui 2 kerusi miliknya selain 8 kerusi milik PKR, 5 kerusi milik BERSATU dan 3 kerusi milik AMANAH.

2 Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah dari DAP ini adalah:
1. Tan Kok Yew dari N11 Derga
2. Teh Swee Leong dari N13 Kota Darul Aman

Kejayaan besar ketujuh DAP adalah membantu Pakatan Harapan mengekalkan penguasaan dalam Dewan Undangan Negeri Selangor. Ini tercapai melalui kejayaan DAP menjadi parti komponen Pakatan Harapan yang memegang kerusi kedua terbanyak dalam Dewan Undangan Negeri Selangor bila ia memiliki hampir satu per tiga daripada 51 kerusi Pakatan Harapan, iaitu 14 kerusi, berbanding 28 kerusi milik PKR serta hanya 5 kerusi milik AMANAH dan 4 kerusi milik BERSATU.

14 Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor dari DAP ini adalah:
1. Ng Suee Lim dari N4 Sekinchan
2. Lee Kee Hiong dari N6 Kuala Kubu Baharu
3. Lai Wai Chong dari N22 Teratai
4. Edry Faizal Eddy Yusof dari N23 Dusun Tua
5. Eddie Ng Tien Chee dari N27 Balakong
6. Ean Yong Hian Wah dari N28 Seri Kembangan
7. Michelle Ng Mei Sze dari N31 Subang Jaya
8. Rajiv Rishyakaran dari N34 Bukit Gasing
9. Lim Yi Wei dari N35 Kampung Tunku
10. Jamaliah Jamaluddin dari N36 Bandar Utama
11. Teng Chang Khim dari N45 Bandar Baru Klang
12. Leong Tuck Chee dari N47 Pandamaran
13. Ganabatirau Veraman dari N50 Kota Kemuning
14. Lau Weng San dari N52 Banting

Kejayaan besar kelapan DAP adalah menjadi parti komponen Pakatan Harapan yang memegang kerusi terbanyak dalam Dewan Undangan Negeri Pahang, walaupun gagal merampas penguasaan dalam Dewan Undangan Negeri Pahang, bila ia memiliki lebih dua per tiga daripada 9 kerusi Pakatan Harapan, iaitu 7 kerusi, berbanding hanya 2 kerusi milik PKR.

7 Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang dari DAP ini adalah:
1. Chiong Yoke Kong dari N1 Tanah Rata
2. Chow Yu Hui dari N7 Tras
3. Woo Chee Wan dari N30 Mentakab
4. Lee Chin Chen dari N33 Bilut
5. Young Syefura Othman dari N34 Ketari
6. Kamache Doray Rajoo dari N35 Sabai
7. Leong Yu Man dari N38 Triang

Jika DAP keluar atau terkeluar dari Pakatan Harapan maka Kerajaan Negeri Pakatan Harapan di Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Kedah akan tumbang, begitulah besarnya kuasa yang dimiliki oleh DAP kini.

Dr Kamarul Yusoff

PKR Johor gesa MB jelaskan dakwaan sijil akademik palsu


KULAI: Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian perlu memperjelaskan perkara yang sebenar kepada masyarakat berhubung dakwaan dirinya memiliki sijil akademik palsu. 

Gesaan dibuat Pengerusi PKR Johor Hassan Karim berikutan isu itu menjejaskan imej Pakatan Harapan yang dahulunya menjanjikan reformasi dalam kepimpinan kerajaan. 

“Dari segi undang-undang, memang pihak yang menuduh kena buktikan tuduhan mereka benar, bukannya pihak yang kena tuduh perlu beritahu bahawa dia adalah di pihak yang benar. 

“Tetapi sebaiknya jelaskanlah apa yang sebenar kerana masyarakat hendak tahu,” kata beliau kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka dan Penyerahan Sumbangan Tahun Baru Cina di Dewan Serbaguna Taman Putri hari ini.

Hassan berkata demikian sebagai mengulas kontroversi yang melanda beberapa pemimpin PH termasuk Osman yang dikatakan memalsukan sijil akademik mereka. 

Menurut Hassan, penjelasan juga mustahak kerana dapat mencerminkan tahap integriti seseorang yang dipanggil sebagai tokoh masyarakat. 

“Pendedahan ini ada hikmahnya kerana kita mahu masyarakat, pemimpin dari peringkat rendah hingga tertinggi termasuklah diri saya agar sentiasa bercakap benar sekalipun kalau hanya ada sijil tingkatan 3 iaitu SRP, PMR, LCE. 

“Jangan cakap yang tidak benar. Tidak baik sebab kita dipanggil tokoh masyarakat dan bila kita sudah jadi tokoh masyarakat, tidak ada benda yang ‘private’. Rakyat berhak untuk tahu,” katanya. 

Osman sebelum ini dilaporkan mempunyai ijazah dan diploma perakaunan dari Universiti Pertanian Malaysia yang kini dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia (UPM). 

Namun pemeriksaan warganet mendapati UPM hanya mula menawarkan ijazah sarjana muda perakaunan pada 1985 manakala diploma perakaunan tidak ditawarkan di universiti tersebut.

Osman merupakan pemimpin ke-3 daripada PH yang terpalit dengan kontroversi itu selepas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya.

PRK Semenyih: Ada akar umbi mahu calon dari PKR



SHAH ALAM - Pengerusi PH Selangor, Amirudin Shari mendedahkan bahawa terdapat suara di peringkat akar umbi yang mahukan kepimpinan parti untuk memilih calon dari PKR bagi bertanding dalam PRK Dun Semenyih pada 2 Mac depan.

Menurut beliau, buat masa ini, PH Selangor memutuskan untuk mengekalkan status quo di mana kerusi tersebut diperuntukkan buat Parti Bersatu untuk meletakkan calon mereka.

Namun begitu, beliau berkata pihaknya menyerahkan urusan mengenai pemilihan calon tersebut kepada kepimpinan di peringkat pusat melalui Mesyuarat Majlis Presiden PH yang akan bersidang selepas ini.

"Bagi saya apa yang penting bukan soal parti mana yang bertanding namun apa yang mustahak semua kena bekerja untuk memastikan kemenangan PH di kerusi tersebut,"katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri Selangor hari ini.

Sebelum ini, Bersatu Selangor memaklumkan pihaknya sudah mengenal pasti senarai calon untuk bertanding pada PRK Dun Semenyih nanti untuk diserahkan kepada kepimpinan pusat bagi dimuktamadkan dalam tempoh terdekat.

Mengulas lanjut, Amirudin yang juga merupakan Menteri Besar Selangor memaklumkan pihaknya juga akan mengadakan taklimat dalam masa terdekat dengan menggabungkan semua parti kompenan PH bagi membuat persiapan jentera parti.

"Kita sentiasa bersiap-sedia jika berlaku perubahan dasar di peringkat pusat melibatkan parti yang bertanding dan sebagainya.

"Namun apa pun, kita sebelum ini telah setuju untuk bergerak di atas nama PH bagi memastikan kemenangan di sana,"katanya.

Terengganu FC Terus Bergelut Raih Kemenangan Sulung



KUALA TERENGGANU, 10 Februari - Terengganu Football Club (TFC) terus bergelut untuk mencari kemenangan sulung apabila tewas 0-3 kepada seteru pantai timur, Pahang FA di Stadium Darul Makmur semalam.

Ketua Jurulatih TFC, Irfan Bakti Abu Salim terpaksa menerima kenyataan pasukannya terus gagal membawa pulang tiga mata dalam perlawanan kedua Liga Super musim ini setelah seri menentang Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) FC minggu lalu.

Bercakap kepada media selepas perlawanan itu, Irfan menerima secara terbuka kekalahan tersebut kepada skuad Tok Gajah yang kembali mendapatkan khidmat 'orang besi' iaitu Dickson Nwakaeme dalam saingan liga kali ini.

Bagaimanapun, beliau memuji kebangkitan semula anak buahnya pada aksi babak kedua perlawanan walaupun tidak berjaya menjaringkan sebarang gol.

Perlawanan yang dihadiri sekitar 28,000 penyokong itu bermula agresif apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan seawal pemainan.



Tok Gajah nyata lebih mendominasi separuh masa pertama apabila sering melancarkan serangan berbahaya bertali arus ke kubu lawan dan berjaya mendahului pada minit ke-13 hasil jaringan Nwakaeme yang menerima hantaran lintang Mohamadou Sumareh.

Sebaliknya, TFC yang kembali dibarisi pemain tengah, Lee Andrew Tuck pula tampak mencari-cari rentak perlawanan tanpa serangan tepat ke arah penjaga gawang tuan rumah, Mohd Remezey Che Ros.

Bersambung babak kedua, skuad Penyu menunjukkan kebangkitan semula dengan gerakan-gerakan menarik daripada Sanjar Shaakhmedov dan Lee Tuck untuk mengancam kubu lawan namun tidak mampu menembusi keampuhan benteng Tok Gajah sepanjang perlawanan.

Pahang berjaya mengukuhkan kedudukan apabila memperoleh gol melalui Herold Goulon (51') dan penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha (91') sekali gus kembali ke persada liga.

Selepas dua perlawanan, TFC kini berada di kedudukan ke-10 liga dengan satu mata di hadapan PKNP FC dan Kuala Lumpur.

TFC akan berdepan juara bertahan, Johor Darul Takzim (JDT) pada aksi ketiga Liga Super 2019 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS), Jumaat ini.   



Sumber: https://www.teganukita.net/2019/02/terengganu-fc-terus-bergelut-raih.html

Pemimpin PH jangan ulang kesilapan di Cameron - Pemuda Amanah


Pemimpin PH jangan ulang kesilapan di Cameron - Sany

PRK SEMENYIH | Pemimpin PH yang memegang jawatan kerajaan dinasihatkan supaya tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan pada pilihan raya kecil di Cameron Highlands baru-baru ini, seperti dakwaan menggunakan jentera milik kerajaan bagi tujuan berkempen.

Menjelaskan hal ini, Ketua Pemuda Amanah, Mohd Sany Hamzah berkata pilihan raya bukan pertembungan antara kerajaan dan parti politik yang bertanding.

"Saya berharap semua parti yang bertanding di Semenyih nanti dapat jaga integriti dan jangan gunakan sentimen agama dan perkauman.

"Kita juga nasihatkan pemimpin kerajaan baik perdana menteri, timbalan perdana menteri, menteri supaya tidak gunakan jentera kerajaan, kakitangan awam dan kenderaan kerajaan bagi berkempen.

"Kalau nak turun juga bawa kenderaan sendiri, jangan bawa program kerajaan, ini pertembungan antara parti politik dengan parti politik, bukan kerajaan dengan parti politik.

"Media juga perlu saksama beri liputan pada parti kerajaan dan pihak pembangkang," katanya

GERAKAN belum putuskan untuk bertanding PRK Semenyih




GEORGETOWN: GERAKAN belum memuktamadkan keputusan sama ada akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Selangor atau sebaliknya.

Presidennya, Datuk Dominic Lau, berkata GERAKAN sebaliknya akan bermesyuarat terlebih dahulu bagi meneliti peluang dan kesediaan parti itu untuk bertanding pada PRK DUN Semenyih.

"GERAKAN bukan lagi parti komponen Barisan Nasional (BN) dan kita boleh buat keputusan bila-bila masa, termasuk untuk mengumumkan calon yang bertanding pada PRK DUN Semenyih pada saat akhir.

"Bagaimanapun, kita akan umumkan (keputusan untuk bertanding atau tidak pada PRK DUN Semenyih) sebelum tarikh penamaan calon yang dijadualkan pada 16 Februari ini," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Isnin lalu, Dominic memberi bayangan bahawa GERAKAN mungkin bertanding pada PRK DUN Semenyih, selain sudah menubuhkan jentera parti untuk meneliti maklum balas pengundi di kawasan berkenaan.

PRK DUN Semenyih akan diadakan pada 2 Mac depan susulan penyandangnya daripada Pakatan Harapan (PH), Bakhtiar Mohd Nor, 57, meninggal dunia di Hospital Kajang, Selangor akibat serangan jantung, 11 Januari lalu.

Dalam pada itu, Dominic berkata, kriteria calon yang akan diletakkan bagi mewakili GERAKAN di kawasan berkenaan bukan isu utama dalam menentukan keputusan sama ada parti itu bertanding pada PRK DUN Semenyih.

"Sebaliknya, isu utama yang perlu dipertimbangkan sama ada GERAKAN sudah bersedia untuk menghadapi PRK ini. Ia kerana fokus utama kita adalah untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

"Kita juga menumpukan usaha untuk menyatupadukan semula ahli parti. Malah, jentera dan calon perlu kuat dan semuanya memerlukan persiapan rapi. Bagaimanapun, kita akan dengar pandangan akar umbi, sebelum memuktamadkan keputusan," katanya.

Terlerainya dominasi UMNO ke atas Utusan


PADA 8 Februari lepas, sejarah tercipta dalam industri akhbar negara dengan terlerainya dominasi UMNO dalam Utusan Melayu (M) Berhad setelah 31.6 pera­tus ekuiti diambil alih oleh Datuk Abd. Aziz Sheikh Fadzir.

Pembelian 35 juta unit saham pada harga RM6.65 juta menerusi syarikat Opulance Asia Sdn. Bhd. milik Abd. Aziz itu, menjadikan beliau sebagai pemegang saham terbesar syarikat.

Data Bursa Malaysia menun­jukkan Abd. Aziz membeli seca­ra blok saham pada harga 19 sen seunit, atau 7.5 sen lebih tinggi (65.2 peratus) berbanding harga saham Utusan ditutup 11.5 sen sesaham.

Sebelum pengambilalihan, UMNO merupakan pemegang saham terbesar di Utusan iaitu 49.77 peratus atau 55.11 juta saham. Kini UMNO memegang kira-kira 18.17 peratus ekuiti menjadikannya pemegang saham kedua terbesar, disusuli Nilam Setar (M) Sdn. Bhd. sebanyak 14.76 peratus atau 16.34 juta saham milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Perubahan pegangan saham Jumaat lalu, melakar sejarah tersendiri kerana Utusan yang diasaskan oleh Yusof Ishak pada 1938 dengan penerbitan akhbar pertama pada 1939, telah diambil alih oleh UMNO pada 1959 dan kini pada 2019, Aziz muncul sebagai pemegang saham terbesar.

Berdasarkan reaksi pembaca dan pertanyaan langsung daripada rakan-taulan di WhatsApp dan Facebook, berikut dihuraikan beberapa persoalan yang dibentangkan mengikut kaedah Merrepak:

1 Apakah maknanya kepada UMNO?

Ada yang meneka dalam kesamaran bahawa Utusan akan menjadi seteru kepada UMNO selepas ini. Ada juga yang main hentam buta tuli kaitkan dengan Pakatan Harapan menguasai akhbar ini.

Secara teknikalnya, UMNO masih ada 18.17 peratus saham bermakna parti akan ada wakil dalam Lembaga Pengarah. Bezanya sekarang, daripada segi pemberitaan Jabatan Pengarang akan memiliki lebih banyak suara menentukan apa yang hendak disiarkan, berdasarkan prinsip berita itu hendaklah ada nilai berita, memiliki kepentingan dan kehendak semasa, bukan kepartian semata-mata.
Ahli UMNO tidak perlu gusar. Jika parti dipimpin dengan teratur, tidak bongkak seperti dinyatakan oleh Datuk Seri Mohamad Hasan, insya-Allah macam biasa.

2 Apa pandangan penganalisis?
Penganalisis politik, Abdul Jalil Backer yang juga sahabat lama pada asasnya mempersoalkan kewajaran 'penjualan saham secara blok' UMNO kepada Abd. Aziz. Jawapannya ada di atas. Abd. Aziz membayar premium 65.2 peratus lebih tinggi daripada harga pasaran.

Diskusi hingga larut malam kami yang agak meletihkan jari (menerusi WhatsApp), akhirnya dapat mengurangkan skeptikal Abdul Jalil.

Tidak tahulah apa yang beliau hendak tulis lepas ini tetapi kepada saya dia menulis: "Ini akan menjadikan Utusan bebas daripada persepsi ia dikuasai ideologi politik parti. Sekarang Utusan boleh fokus menjadi suara hati rakyat, terutama orang Melayu dan Islam. Semoga penjualan ini bukan sekadar menyelesaikan masalah kewangan Utusan tetapi juga memulihkan imej akhbar yang penuh sejarah perjuangan ini."

3 Apa pendirian Jabatan Pengarang?
Sejak kejatuhan Barisan Nasional (BN) pada 9 Mei 2018, memang benar Utusan bertarung nyawa, malah sehing­ga sekarang. Apatah lagi pelaksanaan skim pemisa­han sukarela (VSS) pada 30 November 2018, Utusan kehila­ngan 50 peratus rakan sekerja dan kini, ada yang menjadi pesaing di media lain. Ini se­suatu yang rumit dihadapi tetapi hidup mesti dite­ruskan dan syarikat memerlukan seorang pemim­pin untuk mengeluarkan Utusan daripada keme­lut. Pemim­pin itu sudah ditemui dan warga Utusan akan bersama-samanya men­capai matla­mat yang disasarkan dalam pelan pemulihan syarikat.

4 Siapa Abd. Aziz?
Ramai tahu latar bela­kang Abd. Aziz. Beliau adalah ahli politik UMNO. Pernah men­jadi Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu. Ramai juga tahu bahawa beliau adalah seorang ahli korporat, satu kualiti yang memberi markah tambahan keyakinan kepada warga Utusan.

Beliau dilantik sebagai Penge­rusi Eksekutif selepas jatuhnya BN pada Jun 2018, dan berhenti 'sekejap' pada Disember lalu, dalam insiden yang kini ramai lihat sebagai 'campur tangan terlampau' parti dalam urusan Utusan. Semoga gangguan sebegitu, tidak lagi berulang kerana kesannya begi­tu perit bukan sahaja kepada warga Utusan tetapi juga sahabat yang mengambil VSS.

Keyakinan warga Utusan terhadap Abd. Aziz terbentuk daripada keupayaannya mem­buat keputusan, melaksanakan perancangan dan faham selok-belok korporat. Abd. Aziz memberi kebebasan kepada Jabatan Pengarang, sementara beliau fokus kepada urusan korporat Utusan.

5 Pertama sahut seruan kerajaan PH
Transaksi Jumaat lalu, mengesahkan Utusan sebagai akhbar pertama yang menyahut seruan kerajaan Pakatan Harapan agar akhbar tidak dikuasai oleh parti politik.

Dan langkah ini, bukan suatu propaganda politik. Seluruh warga Jabatan Penga­rang berazam menggu­nakan sepenuhnya peleraian kuasa ini, agar akhbar ini kembali menjadi suara keramat rakyat dan pengantara kepada kera­jaan yang lantang, berani dan disegani sebagaimana Utusan dibina oleh bapa-bapa pengasas Utusan kira-kira 80 tahun dahulu.

Dap Hanya Suka Islam Yang Mengikut Telunjuknya?

DAP HANYA SUKA ISLAM YANG MENGIKUT TELUNJUKNYA.

oleh: Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Saya tertarik untuk mengulas kenyataan Lim Kit Siang yang menyebut DAP mesra Islam moderate. Sebenarnya tiada takrifan Islam itu di bahagikan kepada moderate, konservatif, ortodoks atau apa jua kelas sekalipun.

Pembahagian takrifan sebegitu hanya untuk mengelirukan serta memecah - belahkan umat Islam. Ajaran Islam yang sebenar ialah seperti apa yang tertulis di dalam Al – Quran dan Hadis, Qias, Ijtihad & Ijmak para ulama yang di sepakati. Tidak pernah tertulis di dalam Al-Quran mahupun Hadis atau dalam mana-mana kitab ulama agung seperti Imam Syafie, Hambali, Maliki dan Hanafi bahawa Islam itu di bahagikan kepada moderate, konservatif atau mana-mana bahagian seperti yang di gambarkan oleh Lim Kit Siang.

Pandangan sebegitu adalah karut dan menyalahi ajaran Islam itu sendiri. Maka jelas sebenarnya apa yang di perkatakan oleh Lim Kit Siang adalah orang Islam yang boleh mengikut telunjuk DAP serta agendanya. PAS berpengalaman dalam berkerjasama dengan DAP, setiap kali berkerjasama maka akhirnya DAP akan keluar dari kerjasama tersebut. Daripada pengalaman tersebut, apa yang PAS dapati ialah DAP adalah rakan yang tidak boleh di percayai sama sekali.

Bermula dengan Barisan Alternatif di zaman Almarhum Ustaz Dato’ Fadhil Noor, akhirnya DAP yang keluar dari Barisan Alternatif pada 21hb September 2001. Di tubuhkan pula Pakatan Rakyat pada 1hb April 2008, akhirnya pada 16 Jun 2015, Lim Guang Eng sendiri mengisytiharkan Pakatan Rakyat di bubarkan dan keluar dari Pakatan Rakyat. Mengapa terjadi begitu ? Kerana PAS tidak mampu di tundukkan DAP dan bersetuju dengan agendanya seperti DAP memaksa PAS melupakan agenda negara Islam dan hudud yang di perjuangkan PAS sejak penubuhannya.

Dengan parti mana sekalipun PAS berkerjasama, PAS tetap berpegang teguh kepada prinsip dan dasar parti. Islam tetap menjadi agenda utama serta dasar parti di samping memperkasakan Perlembagaan dan Undang – Undang, menjaga kedudukan serta kedaulatan Raja-Raja Melayu, memelihara hak dan keistimewaan Orang Melayu dan Bumiputra di samping menjaga hak kaum, bangsa dan agama lain seperti yang termaktub dalam Perlembagaan dan Undang – Undang.

Oleh kerana PAS tidak mampu di tundukkan DAP serta cukup mustahil untuk DAP berkerjasama dengan UMNO, DAP terpaksa mencari jalan lain untuk mendapat sokongan orang Melayu beragama Islam. Maka setelah keluar beberapa pimpinan PAS yang kalah pemilihan ketika Muktamar PAS ke 61 lalu menubuhkan PAN, DAP berjaya menjadikan PAN parti yang membawa agenda Islam yang mengikut acuan DAP.

PAN boleh berkerjasama dengan DAP di dalam Pakatan Harapan kerana hakikatnya PAN mengikut telunjuk DAP. Isu Sarawak Report sebagai contoh, PAN lebih kuat teriaknya dari DAP walau Husam sendiri belum tampil ke SPRM bersama salinan bukti akaun Affin Bank PAS yang di dakwanya dahulu. PAN juga senada dengan DAP dalam isu ICERD, Pilihanraya Tempatan/PBT dan lantikan ahli DAP sebagai ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM adalah contoh jelas Islam moderate acuan DAP.

Seperti kata Almarhum Tuan Guru Dato’ Bentara Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 9hb Ogos 2014 ketika temuramah bersama Astro Awani, walaupun Pakatan Rakyat “ KO “, PAS tetap utuh. Jelasnya Almarhum Tuan Guru Dato’ Bentara Nik Abdul Aziz kekal istiqamah bersama PAS hingga ke akhir hayat. Begitu juga Almarhum Ustaz Dato’ Fadhil Noor, kekal istiqamah bersama PAS hingga ke akhir hayat walau DAP keluar daripada Barisan Alternatif.

Yang Istiqamah Itu Indah, Moga Allah Pelihara Kita Hingga Ke Akhir Hayat.


Kelayakan Akademik, PAS Paling Serius



[image_0]

KELAYAKAN AKADEMIK: PAS PALING SERIUS

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Walaupun PAS kalah teruk bagi keseluruhan parlimen Malaysia, tapi PRU14 lepas menunjukkan PAS komited meletakkan calon-calon yang berpendidikan tinggi, professional dan betul-betul qualified.

2) Boleh dikatakan PAS parti paling serius untuk membawa perubahan mensejahterakan negara. Bukan memberi harapan palsu dengan menawarkan calon dengan ijazah palsu. Bukan sorang dua bersijil dan ijazah palsu. Ramai lagi, tunggu tentera bawang kantoikan saja.

3) Lebih baik korang padam bahagian kelayakan akademik korang kalau dah fake. Lebih baik orang tak tahu bodoh atau pandai daripada terkantoi sebagai penipu. Bukan saja malu family dan parti, tapi malu nama negara kita jugak lah wei. Yang ni kut contoh 'Melayu pemalas' seperti Tun cakap tu?

4) Kekalahan PAS sebenarnya menepati pepatah 'kebenaran yang tidak tersusun akan dikalahkan oleh kebatilan yang tersusun rapi'.

Sekian.

Saman SR: Ahli PAS jangan masuk perangkap musuh


Kenyataan Media PAS Pusat

KES SARAWAK REPORT - PENYELESAIAN LUAR MAHKAMAH

1. Saya merujuk kepada perkembangan terkini kes saman Sarawak Report yang telah difailkan oleh YB. Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang terhadap Editornya, Clare Rewcastle Brown di Mahkamah Tinggi London (The High Court of Justice, Queen’s Bench Division) pada 21 April 2017.

2. Setelah mendapat penjelasan lanjut dan terperinci serta meneliti kronologi perjalanan kes ini, PAS menghormati dan menyambut baik serta menyokong penuh langkah penyelesaian di luar mahkamah yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak, iaitu YB. Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, sebagai plaintif, dan Clare Rewcastle Brown, sebagai defendan, pada 1 Februari 2019.

Persetujuan melibatkan kedua-dua pihak plaintif dan defendan itu adalah di mana plaintif bersetuju tidak meneruskan (discontinue) tuntutannya (claim) terhadap defendan dan defendan bersetuju tidak meneruskan (discontinue) tuntutan balasnya  (counterclaim) terhadap plaintif. Di samping itu tidak ada perintah mengenai kos (no order as to costs).

3. PAS percaya serta yakin langkah yang diambil oleh YB. Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS dalam hal ini adalah setelah mengambil kira kepentingan PAS serta ahli-ahli PAS secara keseluruhannya dari semua aspek.

4. PAS juga percaya persetujuan penyelesaian di luar mahkamah secara tidak meneruskan tindakan ini sedikit pun tidak tergolong kepada pengakuan (admission) terhadap isu dan perkara yang berbangkit dalam kes ini mahupun tohmahan-tohmahan (accusations) lain yang berkaitan yang dibangkitkan dari semasa ke semasa.

Justeru itu PAS menyeru kepada ahli-ahlinya supaya terus istiqamah dengan memberikan sepenuh wala’ dan ketaatan yang tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan serta sentiasa berfikir dan bertindak secara berhati-hati agar tidak terjebak ke dalam ‘perangkap musuh’ yang sentiasa menanti.

PAS menyerahkan kepada Allah s.w.t. di atas segala perkara dengan keyakinan bahawa Dia akan membantu serta memberi pertunjuk kepada hamba-Nya yang beriman, bersabar dan dizalimi di samping membantu mereka yang berjuang di jalan yang lurus.

DATO’ TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung PAS
Bertarikh: 09 Februari 2019

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/9661-saman-sr-ahli-pas-jangan-masuk-perangkap-musuh

Dap Dapat Dana Asing Untuk Hadapi Pilihan Raya: Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman


Pada 18 November 2015, bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya yang kini merupakan salah seorang Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, telah mendedahkan dalam satu majlis syarahan beliau bahawa DAP mendapat bantuan dana asing untuk menghadapi pilihan raya.

Kata Tan Sri Abdul Rashid: "Kamu boleh tanya DAP tu mengapa mereka tidak bersetuju dengan (akta pendanaan pilihan raya) ini, kerana banyak dana segera masuk dari negara-negara luar. Melucukan, Singapuralah, Hong Konglah masuk, Taiwanlah. Banyak duit masuk, dia ada orang tengah untuk melakukannya, masuk, untuk membiayai pilihan raya." (“You can ask the DAP tu why are they not agreeing with this (electoral funding act), because a lot of splash fund they called it came from foreign countries. Funny, Singaporelah Hong Konglah masuk, Taiwanlah. A lot of money coming in, dia ada couriers to do it, masuk, to fund elections.”)

Perlu diingat bahawa yang membuat pendedahan ini bukanlah orang biasa tetapi adalah bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, iaitu Tan Sri Abdul Rashid.


Pemimpin biarlah di kalangan Muslim



oleh: Dr Ahmad Sanusi Azmi

1. DALAM Islam, pemimpin kaum muslimin hendaklah dilantik di kalangan muslim juga. Ini adalah kerana, pengurusan pentadbiran dalam Islam, bukan sekadar mentadbir negara tetapi memelihara Islam itu sendiri. Dengan sebab itu al-Imam al-Mawardi menyebutkan:

ال؄مامة Ł…ŁˆŲ¶ŁˆŲ¹Ų©ٌ Ł„ِخلافة النُّبوة في Ų­Ų±Ų§Ų³Ų© الدِّŁŠŁ† وسياسة الدُّŁ†ŁŠŲ§

"Kepimpinan itu adalah kesinambungan peninggalan kenabian dalam menjaga agama dan mentadbir urusan dunia" (al-Ahmad al-Sultaniyyah, 5)

2. Bahkan Allah menegaskan di dalam al-Quran bahawa kepimpinan kaum muslimin seharusnya diberikan kepada muslim. Tidak seharusnya muslim melantik bukan Islam menjadi pemimpin. Firman Allah:

وَŁ„َنْ يَŲ¬ْŲ¹َŁ„َ اللَّهُ Ł„ِŁ„ْكَافِŲ±ِŁŠŁ†َ Ų¹َŁ„َى Ų§Ł„ْŁ…ُŲ¤ْŁ…ِنِŁŠŁ†َ Ų³َŲØِŁŠŁ„ًŲ§

"Dan Allah tidak menjadikan jalan buat orang-orang kafir (untuk menjadi pemimpin) ke atas orang-orang mukmin." (Surah al-Nisa: 141)

Ketika menghuraikan ayat ini, al-Imam Ibn al-Arabi menjelaskan bahawa muslim yang melantik bukan Islam sebagai pemimpin mereka dilihat sebagai telah melakukan perkara yang bertentangan dengan syarak. (al-Qurtubi, Jami li Ahkam al-Quran)

3. Malah Allah sentiasa mengingatkan orang beriman akan risiko yang dihadapi oleh kaum muslimin sekiranya pemimpin mereka dilantik dikalangan kafir. Firman Allah:

يَŲ§ Ų£َيُّهَŲ§ Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ آمَنُوا Ł„َŲ§ ŲŖَŲŖَّŲ®ِŲ°ُوا ŲØِŲ·َانَŲ©ً Ł…ِنْ ŲÆُŁˆŁ†ِكُŁ…ْ Ł„َŲ§ يَŲ£ْŁ„ُŁˆŁ†َكُŁ…ْ Ų®َŲØَŲ§Ł„ًŲ§ وَŲÆُّوا Ł…َŲ§ Ų¹َنِŲŖُّŁ…ْ Ł‚َŲÆْ ŲØَŲÆَŲŖِ Ų§Ł„ْŲØَŲŗْŲ¶َŲ§Ų”ُ Ł…ِنْ Ų£َفْوَاهِهِŁ…ْ وَŁ…َŲ§ ŲŖُŲ®ْفِي ŲµُŲÆُورُهُŁ…ْ Ų£َكْŲØَŲ±ُ Ł‚َŲÆْ ŲØَيَّنَّŲ§ Ł„َكُŁ…ُ Ų§Ł„ْآيَŲ§ŲŖِ Ų„ِنْ كُنْŲŖُŁ…ْ ŲŖَŲ¹ْŁ‚ِŁ„ُŁˆŁ†َ

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (pemimpin). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya." (Surah Ali Imran: 118)

4. Atas dasar itu para fuqaha sependapat bahawa pemimpin kaum muslimin itu hendaklah dilantik dikalangan orang muslim sendiri. Kata Qadhi Iyad:

أجمع العلماُؔ على أنَّ ال؄مامة لا تنعقد Ł„ŁƒŲ§ŁŲ±

"Para ulama telah bersepakat bahawa dalam perihal kepimpinan, orang kafir itu tidak boleh dilantik sebagai pemimpin" (Shrah Sahih Muslim)

5. al-Imam al-Baihaqi dan Ibn Abi Hatim pernah menukilkan kisah bagaimana Saidina Umar memarahi Abu Musa al-Ash'ari kerana melantik penulis (atau setiausaha) beliau dari kalangan orang Kristian. (al-Bayhaqi, al-Sunan al-Kubra, no. 20196)

6. al-Imam Ibn al-Qayyim juga menyebutkan pandangan yang sama. Dalam bab urus tadbir tanah (al-Kharraj), beliau menegaskan tidak sepatutnya kita melantik bukan Islam untuk menguruskan bidang kerja yang boleh dilakukan oleh muslim. (Ibn al-Qayyim, Ahkam Ahl al-Zimmah, 448).

7. Benar, dalam beberapa perkara, Rasulullah ļ·ŗ memberikan kelonggaran dalam memberikan ruang kerjasama pengurusan dengan bukan Islam. Rasulullah ļ·ŗ pernah memanfaatkan kepakaran seorang pengembara dari Bani al-Dil yang mahir dalam selok belok perjalanan. Nabi SAW juga pernah menggunakan perkhidmatan pertanian yang ditawarkan oleh Yahudi Bani Khaybar ketika di Madinah.

8. Namun dalam urusan lantikan pemimpin, seeloknya muslim yang menjadi pemimpin buat muslim. Sekiranya bukan Islam dilantik bekerjasama dengan muslim, pastikan Islam dominan dan si bukan Islam tadi membantu ke arah merealisasikan matlamat kepimpinan Islam.

Moga Allah membimbing kita semua.

Nik Abduh: Mereka salah orang, saya tiada maklumat dana RM90 juta

KOTA BHARU: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, beliau tidak mempunyai sebarang maklumat berhubung dakwaan beberapa ahli parti itu, termasuk dirinya menerima dana RM90 juta daripada 1MDB.

Beliau turut mendakwa beberapa individu yang membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini "tersalah orang".

"Saya dipanggil (SPRM Kelantan) kerana ada beberapa laporan (kepada SPRM) pasal dana RM90 juta tu lah. Saya fikir mereka yang buat laporan terhadap saya tu salah orang kot. Saya tak ada maklumat pasal dana RM90 juta.

"Saya juga ada sentuh sedikit mengenai rakaman audio (didakwa membabitkan dirinya) dan saya jawab pendek, tak ada kaitan dengan saya, dan sebelum ini, saya dah jawab benda itu adalah karut dan fitnah," katanya selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Kelantan hari ini.

Terdahulu, Nik Abduh yang juga ahli Parlimen Bachok tiba di Ibu Pejabat SPRM Kelantan seorang diri tanpa ditemani peguam pada 10.20 pagi dan keluar kira-kira 12.30 tengah hari.

Ditanya adakah beliau akan memberi kerjasama kepada SPRM jika dipanggil memberi keterangan selepas ini, beliau berkata: "Mana-manalah…SPRM tu kawan saya, kawan kepada PAS."

Portal berita semalam melaporkan 3 ahli politik dijangka hadir ke pejabat SPRM untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penerimaan RM90 juta disyaki daripada 1MDB yang dikatakan dimasukkan ke akaun beberapa pemimpin PAS.

Difahamkan, ketiga-tiga ahli politik itu daripada pelbagai parti politik, termasuk PAS dan Amanah.

Dua daripada mereka akan memberi keterangan di Ibu pejabat SPRM Putrajaya, manakala seorang lagi di pejabat SPRM Kelantan.

Semua ahli politik tersebut dipercayai pernah berkhidmat di sebuah negeri di pantai timur.

Kerjasama bekas komponen BN di Sabah, Sarawak baik untuk MA63, kata bekas menteri



Pemimpin Sarawak sewaktu pelancaran Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Kuching 19 Jan lepas. (Gambar Bernama) 
KUCHING: Seorang wakil rakyat Sarawak mengalu-alukan kemungkinan kerjasama antara blok pembangkang Gabungan Bersatu Sabah (GBS) dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) – gabungan kerajaan yang dibentuk bagi menggantikan Barisan Nasional (BN) selepas pilihan raya umum tahun lepas.

Bekas menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ia adalah langkah positif di pihak anggota kedua-dua blok yang sebelum ini merupakan sebahagian daripada BN.

Bagaimanapun kata ahli Parlimen Batang Sadong itu, beliau tidak maklum mengenai apa-apa pertemuan yang dirancang antara pemimpin kedua-dua gabungan itu.

"Sarawak dan Sabah adalah 2 pihak yang menanda tangani Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bersama-sama Singapura dan Persekutuann Negeri-negeri Melayu.


"Sarawak dan Sabah mempunyai kepentingan bersama dalam menuntut dan mempertahankan hak kami di bawah MA63," katanya.

Baru-baru ini, presiden Parti Bersatu Sabah, Datuk Seri Maximus Ongkili berkata, satu mesyuarat rasmi dirancang diadakan dengan pemimpin GPS bagi membincangkan bagaimana mereka boleh bekerjasama untuk melindungi hak dalam persekutuan Malaysia.

Nancy berkata, walaupun aspirasi rakyat tempatan disebut dengan jelas dalam MA63 dan laporan Jawatankauasa Antara-Kerajaan, namun kedua-dua negeri itu belum merasai semua manfaat daripada persekutuan Malaysia.

"Apabila manifesto kerajaan baru tidak menjadi kenyataan, Borneo mahu kerajaan persekutuan benar-benar komited kepada janji mereka," katanya.

Nancy berkata, Putrajaya hendaklah memenuhi janjinya kepada 2 negeri itu, terutamanya berhubung kajian semula geran khas di bawah Perkara 112D perlembagaan persekutuan.

"Di bawah kerajaan BN, rundingan sudah pun bermula antara kerajaan pusat, Sabah dan Sarawak," tambah beliau.


Ketua Menteri Sarawak, Datuk Abang Johari Openg tidak dapat dihubungi untuk komen.

Dalam pada itu, kumpulan pendesak Sarawak, Solidariti Anak Sarawak (SAS) berkata, adalah baik sekiranya 2 negeri di Malaysia Timur itu bekerjasama untuk melindungi hak mereka.

Pengasas SAS, Peter John Jaban berkata, Sabah lebih terkedepan berbanding Sarawak dalam perjuangan memulihkan hak mereka di bawah MA63.

Beliau memuji usaha presiden parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Jeffrey Kitingan kerana memulakan gerakan tersebut.

Katanya, ia baru bermula di Sarawak beberapa tahun lepas.

"Rakyat Sabah lebih tahu tentang MA63, tetapi mereka tidak bersatu" katanya.

"Mereka (pemimpin Sabah dan Sarawak) juga harus berhenti daripada menuding jari menyalahkan satu sama lain, sebaliknya harus bekerjasama bagi melindungi hak mereka," katanya.

Harga petrol naik 4 sen, diesel kekal


BANGI, 3 Jamadilakhir 1440H, Jumaat – Harga runcit petroleum bagi RON97 dan RON95 naik empat sen seliter, manakala diesel kekal RM2.18 seliter berkuat kuasa tengah malam ini hingga 15 Februari.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, harga runcit RON97 naik kepada RM2.27 seliter berbanding RM2.23 sebelum ini, manakala RON95 naik kepada RM1.97 seliter daripada RM1.93.

"Harga produk petroleum yang diproses di pasaran dunia telah meningkat berbanding minggu sebelumnya iaitu daripada AS$60 setong kepada AS$62 setong bagi petrol RON95 dan daripada AS$72 setong kepada AS$73 setong bagi diesel.

"Peningkatan harga pasaran global ini telah menyebabkan kenaikan harga runcit bagi produk petrol dan diesel. Namun, harga runcit petrol RON95 masih lagi di bawah paras penstabilan harga yang dijanjikan oleh kerajaan iaitu RM2.20 seliter," katanya.

Dalam pada itu, Kementerian Kewangan berkata, bagi produk diesel, peningkatan harga pasaran itu sepatutnya menyebabkan harga runcit diesel di bawah formula Mekanisme Harga Automatik (APM) dinaikkan sebanyak satu sen seliter iaitu daripada RM2.18 seliter kepada RM2.19 seliter.

"Bagaimanapun, selaras dengan janji Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan untuk menstabilkan harga runcit diesel pada paras RM2.18 seliter sekiranya harganya melebihi paras itu, harga runcit diesel bagi tempoh 9 Februari sehingga 15 Februari adalah dikekalkan tanpa berubah pada paras RM2.18 seliter," katanya.

SE kekal Presiden NGO JITP

Dalam Mesyuarat Agong yang diadakan pemilihan pada kali ini, Shuhaimi Embong telah sekali lagi dipilih sebagai Presiden untuk menerajui NGO berkenaan untuk tempoh 2 tahun lagi.

Mesyuarat Agong NGO Jaringan IT Prihatin (JITP) Malaysia kali ke -3 diadakan pada 4hb Februari, 2019 di Darul Iman Training Centre (DITC) Telok Kalong Kemaman

Dua usul penting telah diluluskan sebulat suara dalam Mesyuarat Agong pd kali ini adalah membuka cawangan JITP disetiap negeri dan juga mewujudkan koperasi bagi menjaga kebajikan ahli dan prnggerak IT seluruh negara.

Turut hadir pada perasmian tersebut adalah Prof Dr Anuar Ahmad, Rektor TATI University College (TATIUC).

Mesyuarat Agong ini dirasmikan oleh Ariffin Deraman, Pengerusi jawatankuaa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri Terengganu.

Acara Ponggal di sekolah cabul akidah pelajar Islam



Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 27 Jamadilawal 1440H, Sabtu – Penganjuran pesta yang bertentangan dengan syarak, membabitkan pelajar Islam perlu dipertegaskan larangannya supaya tidak terus dianjurkan di sekolah-sekolah lain.

Mengulas mengenai acara memasak nasi susu atau sakkarai ponggal di sebuah sekolah baru-baru ini, Ketua Biro Islamiyat Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Omar Kassim mengakui aktiviti berkenaan boleh dianggap sebagai pencabulan terhadap akidah mereka.

Katanya, fatwa telah lama menjelaskan larangan umat Islam menyambut pesta Ponggal.

'Apa sahaja urusan keagamaan, umat Islam mesti merujuk pihak berautoriti, jangan buat sesuka hati. Ini soal hukum," katanya.

Kelmarin, tular di media sosial gambar pelajar, termasuk pelajar beragama Islam, di sebuah sekolah di Cyberjaya, menjalani program memasak nasi susu, hingga mencetuskan kebimbangan kerana perbuatan itu adalah upacara bagi penganut Hindu berterima kasih kepada dewa.

Susulan itu, ada ibu bapa menghubungi Ismaweb.net meluahkan rasa tidak puas hati apabila pihak sekolah anaknya membenarkan penganjuran berkenaan, tanpa sebarang makluman.

Difahamkan, program berkenaan mendapat kelulusan, apabila pengetua sekolah yang juga seorang mualaf telah merujuk kepada ustaz dan ustazah di sekolah itu.

Mengulas perkara itu, Ustaz Omar berkata, aktiviti berkaitan hukum dan akidah sepatutnya dirujuk dengan mereka yang lebih pakar.

"Anak-anak mungkin pergi dalam keadaan jahil, tapi ustaz dan ustazah patut tahu aktiviti seumpama itu dilarang. Sekali pun tidak tahu, tanyalah mereka yang berautoriti.

"Semua pihak mesti sensitif, lebih-lebih lagi membabitkan perkara akidah. Izzah dan berbanggalah dengan Islam. Ingatlah kata-kata Saidina Umar, kita adalah satu umat yang telah dimuliakan Allah dengan Islam. Jika kamu cari selain Islam, nescaya kamu kelak akan dihinakan oleh Allah," katanya.

Ponggal adalah perayaan sempena berakhirnya musim menuai, di mana hasil tuaian ditujukan kepada Suriabhagawan atau Dewa Matahari. Ia bukan amalan budaya sebaliknya adalah berunsur keagamaan Hindu.

'Al-Afkar #39: Muslim menyertai pesta Ponggal' terbitan Mufti Wilayah Persekutuan, menjelaskan bahawa secara asasnya umat Islam adalah dilarang menghadiri dan menyertai pesta Ponggal yang disambut dalam kalangan masyarakat beragama Hindu kerana ia adalah perayaan keagamaan.

Al-Afkar turut menjelaskan bahawa orang Islam dilarang untuk terbabit dalam program memasak nasi susu kerana ia masih dalam ruang lingkup upacara keagamaan, kerana asalnya, ia adalah makanan yang dipersembahkan untuk Dewa Surya.

Isu Perintah Persetujuan Sarawak Report



Oleh: Ummu Marwa

2 Februari 2019

1. Hari ini hampir semua ahli PAS tergamam menerima berita kes Sarawak Report telah diselesaikan di luar Mahkamah melalui Perintah Persetujuan. Di saat ada ahli yang menjual barangan peribadi untuk menyumbang kos guaman kes ini, keputusan TGHH ini adalah sesuatu yang mengejutkan akal manusia rasional.

2. Sebagai orang yang mempunyai latar belakang undang-undang dan mengikuti dengan dekat kes ini, saya  juga pernah terdetik bahawa PAS patut menyelesaikan kes ini di luar mahkamah. Namun sebagai ahli PAS yang memahami keputusan Presiden pastinya akan melalui syura dan mendapat nasihat yang sewajarnya daripada orang yang lebih berkelayakan, saya diamkan sahaja.

3. Apabila mendapat tahu keputusan TGHH hari ini, walaupun tertanya-tanya, tetap terselit perasaan gembira. Setakat pengetahuan saya mengenai perjalanan kes ini, terdapat beberapa sebab saya rasakan keputusan ini bukan sahaja mengambil kira kalah menang kes tetapi kepentingan PAS dan ahlinya untuk masa panjang.

4. Pada pendapat saya, PAS sudah pun mencapai matlamat dengan kemenangan interlokutori April tahun lepas. PAS mendapat keputusan cemerlang dengan memenangi 4 permohonan dan menolak 1 permohonan Clare. Permohonan-permohonan tersebut bukan sahaja membabitkan persoalan  teknikal tapi turut memberi kesan terhadap isu-isu subsantif. Sekalipun kes ini diteruskan, ianya tidak lagi mempunyai kesan yang diperlukan kepada Plaintiff melainkan lebih  kepada perbincangan akademik.

5. Sekiranya PAS menang, kuantum ganti rugi juga akan menjadi sangat sikit. Hal ini kerana kemenangan PAS dalam PRU lepas sehingga menguasai 2 negeri memberi gambaran kepada Mahkamah seolah-olah artikel itu tidak menjejaskan reputasi atau memberi kesan kepada PAS.

6. Dari sudut implikasi kewangan, semua  orang maklum PAS tidak mampu membayar sendiri dan bergelut untuk menjelaskan kos guaman. Kos yang berjuta-juta sebelum ini hanya melibatkan perbicaraan interlokutori dan persediaan perbicaraan penuh, kos yang berganda besar sudah pasti diperlukan untuk perbicaraan yang akan melibatkan ramai saksi dan memakan banyak hari.

7. Tambahan pula, semua ahli maklum TGHH tidak berada dalam kondisi kesihatan yang baik untuk diletakkan ke dalam kandang saksi dan melalui pemeriksaan balas yang intensif dan mungkin memakan masa banyak hari.

8. Atas semua kemungkinan pertimbangan apa yang kita sudah dapat, apa yang kita akan tanggung dan apa yang kita akan dapat, saya rasa memang tidak berbaloi untuk kes ini diteruskan sehingga ke perbicaraan. Hakikatnya, PAS sudahpun dapat apa yang  diperlukan ketika menang perbicaraan interlokutori.


Presiden PAS, Hadi Awang tarik balik tuntutan saman terhadap Rewcastle Brown


KUALA LUMPUR : Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memutuskan untuk menarik balik tuntutan saman terhadap editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.

Langkah itu dibuat selepas Hadi memutuskan untuk menyelesaikan kes saman terbabit di luar mahkamah, dalam kes yang difailkan di London, United Kingdom itu.

Abdul Hadi memfailkan saman fitnah terhadap Rewcastle Brown di Mahkamah Tinggi London pada 21 April 2017 berhubung laporan Sarawak Report pada 6 Ogos 2016.

Laporan itu antara lain mendakwa Presiden PAS itu menerima dana RM90 juta sebagai usaha menarik sokongan parti itu menyokong Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

Bagaimanapun Brown memfailkan permohonan untuk membatalkan saman fitnah berkenaan pada April 2018, antara lain atas alasan intimidasi saksi.

Dakwa Brown dalam permohonannya, mengadu Hadi memutarbelitkan maksud kata-katanya untuk tujuan tersembunyi partinya dan bukan untuk mempertahankan reputasi diri.

Dalam satu kenyataan pada Sabtu, Setiausaha Politik kepada Presiden PAS, Syahir Sulaiman berkata penyelesaian luar mahkamah itu turut melibatkan tindakan Rewcastle Brown untuk menarik balik tuntutan balas terhadap Abdul Hadi.

“Tiada perintah berkenaan kos (no order as to costs); dan kedua-dua pihak adalah tertakluk kepada persetujuan kerahsiaan mengenai terma-terma berkaitan penyelesaian ini,” kata kenyataan itu.


Kes Presiden PAS, editor Sarawak Report selesai luar mahkamah




BANGI, 27 Jamadilawal 1440H, Sabtu – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memutuskan untuk menyelesaikan kes saman terhadap editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown di luar Mahkamah Tinggi London.

Setiausaha Politiknya, Syahir Sulaiman berkata, keputusan itu dibuat Abdul Hadi setelah meneliti keseluruhan tindakan mahkamah yang telah difailkan terhadap Clare Rewcastle Brown dari semua aspek, dan juga setelah mempertimbangkan pandangan serta nasihat peguam.

"Adalah dimaklumkan bahawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat ketetapan untuk memuktamadkan penyelesaian di luar mahkamah, melalui Perintah Persetujuan bertarikh 1 Februari 2019, di Mahkamah Tinggi London," katanya.

Dalam kenyataan sama, Syahir berkata, penyelesaian luar mahkamah kes itu diputuskan dengan syarat, termasuk Abdul Hadi menarik balik tuntutan terhadap defendan, dan defendan juga menarik balik tuntutan balas terhadap Presiden PAS itu.

Katanya, penyelesaian itu juga membabitkan tiada perintah berkenaan kos dan kedua-dua pihak tertakluk kepada persetujuan kerahsiaan mengenai terma-terma berkaitan penyelesaian itu.

Syahir berkata, Presiden PAS mengucapkan terima kasih dan merakamkan setinggi penghargaan kepada barisan peguam, ahli-ahli PAS dan semua pihak yang telah memberikan sumbangan dan sokongan sepanjang perjalanan kes ini.

Abdul Hadi memfailkan saman fitnah terhadap Rewcastle-Brown di Mahkamah Tinggi London pada 21 April 2017 berkaitan laporan Sarawak Report pada 6 Ogos 2016 yang mendakwa Presiden PAS itu menerima dana RM90 juta sebagai usaha menarik sokongan parti itu menyokong Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

Susulan itu, Rewcastle Brown memfailkan permohonan untuk membatalkan saman fitnah Abdul Hadi, antara lain atas alasan intimidasi saksi.

Dalam permohonannya, dia mengadu Hadi memutarbelitkan makna kata-katanya untuk tujuan politik tersembunyi parti PAS, bukan untuk mempertahankan reputasi diri.

Sumber: https://www.ismaweb.net/2019/02/02/kes-presiden-pas-editor-sarawak-report-selesai-luar-mahkamah/

© all rights reserved
made with by templateszoo