NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......
Showing posts with label AMANAH. Show all posts
Showing posts with label AMANAH. Show all posts

Lantikan Zahid tak jejas perjalanan kes mahkamah, gambaran lemahnya bacaan Amanah

Amanah berpendapat pelantikan Ahmad Zahid Hamidi sebagai sebahagian daripada anggota kabinet tidak akan menjejaskan perjalanan kes mahkamah yang membabitkan presiden Umno dan pengerusi BN terbabit.

Naib Presiden Amanah Mujahid Yusof berkata, Perdana Menteri Anwar Ibrahim 'terikat' dengan kenyataan bahawa Ahmad Zahid masih memimpin sebuah parti yang memberikan sokongan kepada kerajaan sekarang.

Katanya dalam PRU yang lalu BN memenangi 30 kerusi dan gabungan itu kemudian menyokong PH untuk membentuk kerajaan pusat.

"Pada asasnya tiada apa-apa kaitan prasyarat kes mahkamah dan kedudukannya dalam kabinet sebagai timbalan perdana menteri.

"Kes mahkamah Ahmad Zahid tetap berjalan seperti biasa dan apa sahaja keputusan yang dibuat mahkamah adalah bebas dan tidak akan terikat dengan kedudukan dia dalam kabinet.

"Segala pematuhan undang-undang terpakai ke atas Ahmad Zahid sebagai implikasi apa yang akan berlaku ke atas dirinya di mahkamah nanti," katanya dalam kenyataan hari ini.

Malam tadi Anwar mengumumkan barisan kabinet baru yang dipimpinnya selepas kira-kira seminggu mengangkat sumpah sebagai perdana menteri.

Imej probangsawan, elit

Antara pelantikan yang menarik perhatian - dan memang dijangkakan - ialah Ahmad Zahid selaku timbalan perdana menteri, serta menteri kemajuan desa dan wilayah.

Ia mengundang reaksi pelbagai kerana Ahmad Zahid kini dibicarakan atas puluhan pertuduhan jenayah termasuk rasuah. Dia kini di peringkat membela diri.

Ahli parlimen Bagan Datuk itu merupakan salah seorang pemimpin berprofil tinggi dari BN dibicarakan di mahkamah selepas PH berjaya menjadi kerajaan kali pertama pada 2018.

Presiden Umno sebelum Amad Zahid, Najib Razak, sudah disabitkan bersalah oleh mahkamah dan sedang menjalani hukuman penjara di Kajang.

Mujahid berkata satu lagi pelantikan menteri yang kontroversi ialah melibatkan Tengku Zafrul Abdul Aziz yang sebelum ini kalah dalam cubaannya merampas kerusi parlimen Kuala Selangor.

Tokoh perbankan itu terpaksa tunduk kepada penyandang kerusi berkenaan, Dzulkefly Ahmad.
Kata Mujahid, Tengku Zafrul memiliki imej elit bangsawan dan ia bercanggah dengan tema prorakyat yang diperjuangkan PH.

"Bezanya kali ini Tengku Zafrul memegang jawatan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan dijangka tugasnya ialah membawa pelaburan luar ke dalam negara.

"Mungkinkah imej elitis properniagaannya akan membantu? Kita akan tunggu dan lihat," katanya.

Mujahid juga menegaskan orang ramai perlu memahami cabaran yang dihadapi Anwar untuk membentuk kerajaan berdasarkan rancangan mengecilkan saiz kabinet dan pada masa sama memenuhi taburan komponen parti dalam kerajaan.

Pun begitu, kata bekas menteri agama terbabit, Anwar sudah menjelaskan pembentukan kabinet tersebut dibuat berdasakan keperluan, objektif dan merit, bukannya demi membalas kesetiaan.

Amanah mengharap simpati ada dalam kabinet baharu


SHAH ALAM:
Pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) mengakui wakil ahli Parlimen parti itu bakal mengisi komposisi kabinet, namun menyerahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menentukan portfolio berkaitan.

Jelas Naib Presidennya, Datuk Seri Mujahid Yusof, (yang kalah dalam PRU15) jawatan bagi menteri kabinet untuk Amanah pasti ada kerana parti itu sebahagian daripada kerajaan dan pihaknya akan mencadangkan nama yang layak sebagai menteri.

"Pastinya (ada wakil) kerana kita sebahagian kerajaan, ada perbincangan dan formula yang telah ditetapkan akan mencadangkan nama yang layak dan sesuai diketengahkan.

"Saya yakin dengan mengambil kira representasi daripada kesemua parti dalam kerajaan perpaduan termasuk kepentingan wilayah, Sabah dan Sarawak serta melihat kepada serata masyarakat, dalam masa seminggu dua ini, keputusan Anwar akan ada untuk kabinet bayangannya.

"Justeru, tidak sukar untuk Anwar membentuk satu kabinet kerajaan perpaduan," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Tambah Mujahid, berkaitan isu jumlah kabinet dikecilkan pula, perkara itu merupakan manifesto Pakatan Harapan (PH) maka Perdana Menteri mesti melaksanakan janji tersebut.

"Itu memang janji kita, manifesto yang dah disebutkan sebelum ini, bukanlah kabinet yang bersaiz besar tetapi yang lebih menetapkan keperluan dan efektif.

"Kita tak mahu kabinet dulu yang memberi jawatan untuk mengekalkan kuasa, (kabinet) ini tidak timbul isu tersebut, Anwar telah menyebut dengan jelas bahawa ia atas nasihat Agong, memastikan kabinet yang ditubuhkan mewakili semua kaum, wilayah dan sifat keterangkuman dalam melihat isu-isu yang perlu disegerakan," ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pihaknya menyerahkan keputusan bagi menentukan jawatan menteri atau mengecilkan kabinet kepada Perdana Menteri.

"Kabinet ini dibentuk oleh Perdana Menteri, itu hak beliau.

"Bagi saya terpulang sepenuhnya kepada Anwar. (Soal kecilkan kabinet), beliau ada sebut dalam ucapan ketika kempen termasuk manifesto," ujarnya.

Dalam pada itu, Mujahid dan Salahuddin menyambut baik penyertaan Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam kerajaan perpaduan yang disifatkan demi kepentingan dan kestabilan rakyat dan negara. - Sinar Harian







........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

Adly, Dr. Yadzil dijangka bertembung di Jasin


SELAIN
spekulasi pimpinan UMNO di Melaka bertukar kerusi demi untuk menguatkan parti dan kerajaan negeri, perkara sama turut tempias kepada kepimpinan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) di negeri itu.

Terbaharu, khabar angin bertiup kencang mengaitkan dua nama besar dalam PH dan PN negeri itu, yang dikatakan akan berentap di kerusi Parlimen Jasin.

Jasin antara kerusi yang menjadi rebutan Bersatu yang akan meletakkan Ketua Badan Pimpinan negeri, Dr. Mohd Yadzil Yaakub manakala PH dari Amanah pula akan mempertaruhkan Pengerusi negerinya, Adly Zahari.

Dr
Dr. Mohd Yadzil Yaakub

Ketika ini, penyandang Parlimen Jasin adalah Datuk Ahmad Hamzah dari UMNO yang ketika di bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin tahun 2020 dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan.

Namun, pada Disember 2020, Ahmad, 74, mengumumkan tidak akan bertanding bagi mempertahankan kerusi itu yang disandangnya sejak 2008 pada PRU-15 kali ini.

Hasrat itu dinyatakannya sendiri kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusof.

Dalam dua PRU sebelum ini iaitu tahun 2008 dan 2013, beliau mendapat majoriti yang besar melebihi 10,000 undi, cuma pada PRU14 hanya mendapat majoriti tipis, 219 undi.

Sungguh pun tipis, Ahmad yang diberi gelaran gergasi Jasin tetap menang mengalah Khairuddin Abu Hassan dari Amanah dan Abdul Alim Shapie dari Pas.

Kini, selepas Ahmad tidak lagi mempertahankan kerusi itu, ia mula menjadi rebutan di kalangan PN dan PH untuk meletakkan panglima mereka masing-masing.

Pemerhati politik melihat, setakat ini hanya Exco Kerajaan Negeri itu yang juga Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Melaka, Dr. Muhamad Akmal Saleh yang mampu mencabar Dr. Mohd Yadzil dan Adly di kerusi berkenaan berdasarkan sokongan penduduk setempat.

Dr
Dr. Muhamad Akmal Saleh

Kubu UMNO itu dilihat semakin goyah susulan pengumuman Pas semalam untuk terus kekal bersama PN dalam PRU-15 manakala BN pula akan bergerak solo berdepan dengan empat penjuru.

Persoalan sama ada UMNO berani mengemukakan calon baharu seperti yang dilakukan pada PRN Melaka hanya akan terbukti selepas pengumuman calon sedikit masa lagi.

Melaka yang terletak dalam Zon Selatan bersama Negeri Sembilan dan Johor mempunyai enam kerusi Parlimen dan 28 kerusi DUN.

Bagaimanapun, DUN Melaka telah mengadakan Pilihan Raya Negeri awal pada November lalu, menyaksikan UMNO, BN menyapu bersih 21 daripada 28 kerusi, sekali meletakkan parti itu menang selesa.

Parlimen Melaka pula ketika ini dikuasai oleh PH yang menang di empat kerusi iaitu Alor Gajah, Tangga Batu, Hang Tuah Jaya dan Kota Melaka, manakala BN dan PN masing-masing satu kerusi iaitu Masjid Tanah (lompat parti dari BN ke PN) dan Jasin. – MalaysiaGazette







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

Ku Li jumpa Amanah Kelantan di luar pengetahuan UMNO


KUALA NERANG
- Tindakan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengadakan perbincangan bersama pimpinan Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan baru-baru ini adalah di luar pengetahuan parti.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, tindakan pemimpin veteran tersebut yang mengadakan pertemuan dengan parti pembangkang itu hanya diketahui melalui media massa.

"Kita tidak mendapat maklumat tentang pertemuan Ku Li dari parti. Ku Li mungkin bertindak seorang diri sahaja. Kita daripada parti (kepimpinan UMNO), kita tidak tahu apa beliau buat.

"Cuma kita dapat tahu (pertemuan Tengku Razaleigh dan Amanah Kelantan) dalam media sahaja apa yang beliau buat," katanya pada sidang akhbar di Kuala Nerang pada Jumaat mengulas laporan sebuah portal berhubung perbincangan awal pemimpin veteran UMNO tersebut bersama Amanah Kelantan.

Beliau berkata demikian selepas Program Bubur lambuk Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) di hadapan Masjid Tengku Sarafudin Badlishah, dekat sini.
Mahdzir (dua dari kiri) menyerahkan bubur lambuk kepada pengguna jalan raya sempena Program Bubur lambuk Kementerian Pembangunan Luar Bandar di Kuala Nerang pada Jumaat.
Mahdzir (dua dari kiri) menyerahkan bubur lambuk kepada pengguna jalan raya sempena Program Bubur lambuk Kementerian Pembangunan Luar Bandar di Kuala Nerang pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Mahdzir menjelaskan, buat masa ini beliau melihat pertemuan tersebut tidak akan memberi kesan kepada UMNO.

"Saya tak fikir akan menjejaskan apa-apa (kepada parti) sebab kita tidak tahu apa (tujuan) yang dia mahu buat.

"Saya kira (UMNO) kena ambil tangunggungjawab kalau benar apa yang dilakukan (Tengku Razaleigh) itu salah di sisi parti," ujarnya.

Media sebelum ini melaporkan Tengku Razaleigh Hamzah mengadakan pertemuan dengan pimpinan Amanah yang diketuai Pengerusi Amanah Kelantan, Muhammad Hussin di Kota Bharu.

Hadir sama bekas Pengerusi Amanah Kelantan, Wan Abd Rahim Wan Abdullah; Ketua Pemuda Amanah negeri, Hazmi Hassan dan barisan anggota jawatankuasa Amanah negeri.

Timbalan Pengerusi Amanah Kelantan, Che Ibrahim Mohamed dalam satu tulisan di Facebooknya memberi gambaran satu usaha sedang digerakkan untuk menggabungkan pelbagai parti, pertubuhan bukan kerajaan dan anak-anak Kelantan yang berkebolehan untuk menawarkan satu kerajaan alternatif kepada rakyat Kelantan selain kerajaan Pas.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

'Parti saya pun tak buat apa...'


Bekas pengerusi PH Kelantan Husam Musa melihat proses semak dan imbang dalam kerajaan Kelantan selepas pilihan raya umum (PRU) lalu tidak berlaku, lebih-lebih lagi ketika PAS dan Umno saling bekerjasama.

Pada masa sama, kata Husam, partinya - Amanah - juga tidak berbuat apa-apa untuk menangani keadaan itu, selain tiada individu yang berpengalaman dalam selok-belok pentadbiran kerajaan negeri.

Diminta mengulas anggapan sesetengah pihak yang menyatakan dia kini lantang bersuara kerana PRU ke-15 semakin hampir, Husam berkata 'kehilangannya' buat seketika sebelum ini adalah bagi memberi ruang kepada kerajaan negeri melaksanakan peranan mereka.

"Kerajaan Kelantan atau mana-mana pihak juga kena ada masa untuk diberi ruang kepada mereka melaksanakan tugas. Kalau awal-awal kita lagi kacau daun mereka pun terganggu, mereka pun tahu peranan mereka.

"Kemudian kita ada pembangkang, kita ada parti-parti politik yang lain dalam Kelantan, kemudian apabila Umno berpakat dengan PAS dan tak jadi pembangkang kelihatan semak dan imbang itu tidak wujud," katanya.

Ketua Amanah Kota Bharu itu memang mengakui secara umum ada juga pemimpin Umno yang menegur kerajaan negeri yang diketuai PAS itu namun ia berlangsung secara agak mesra.

"Kemudian ada parti-parti politik, termasuk parti saya sendiri, Amanah.

"Parti saya pun memang tak buat apa. Tetapi saya (kini) duduk hanya peringkat bawah, sebagai ketua kawasan saya tidak ada dalam peringkat negeri," katanya pada sesi dialog Save Kelantan bersama media di Kota Bharu, semalam.

NGO melangkaui parti politik

Bekas exco Kelantan pada zaman Almarhum Nik Abdul Aziz Nik Mat itu berkata, setakat pemerhatiannya banyak amalan dalam kerajaan negeri sebenarnya tidak difahami oleh orang yang tidak pernah berada dalam kerajaan.

"Misalnya masalah laporan audit mengenai perjalanan syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) ramai orang tak tahu.

"Orang ini dia tidak tahu perjalanan kerajaan, bila dah hampir tiga tahun lebih tidak ada satu suara yang berkesan, maka yang betul-betul concern kepada saya adalah kehilangan khazanah hutan yang ramai orang tak faham," katanya.

Menurut Husam dia tetap membangkitkan isu pembalakan dan hutan ketika orang menganggap ia jauh daripada perhatian rakyat namun ia perlu dilakukan kerana tiada pihak yang cekap memperkatakannya.

"Jadi tanggungjawab itu berbalik kepada saya. Kalau saya tidak dedahkan mungkin sampai bila-bila pun tiada orang dedahkan dan perkara ini tak boleh dihentikan," kata Husam yang kini menjadi pengerusi Save Kelantan.

Sementara itu mengulas mengenai objektif Save Kelantan, Husam berkata pertubuhan itu merupakan platform yang tidak berkaitan dengan parti politik tetapi bermatlamat untuk memperjuangkan isu-isu kritikal di Kelantan.

Save Kelantan katanya kini mempunyai 20 biro yang akan memberi fokus mendedahkan pelbagai isu setempat seperti pembalakan tebang habis, penyelewengan projek bekalan air, tuntutan royalti petroleum, kegagalan syarikat berkait kerajaan negeri (GLC) dan pengurusan sampah.

"Save Kelantan merupakan satu gerakan rentas parti politik. Ia tidak terikat dengan batasan politik dan kami juga bukan ada ikatan politik dengan mana-mana parti.

"Kami tertumpu kepada pendedahan masalah-masalah rakyat supaya ditangani dengan baik oleh kerajaan dan memberi cadangan penyelesaian. Save Kelantan bergerak secara profesional dan konstruktif," jelasnya.

Difahamkan antara individu yang terlibat dengan Save Kelantan ialah aktivis pertanian negeri, Hishamuddin Ghazali, Ketua Amanah Rantau Panjang Shahjihan, dan bekas Pengerusi Yayasan Dakwah dan Islamiah Malaysia (Yadim) Nik Omar Nik Abdul Aziz.

............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

Dr Dzul gagal urus isu Doktor kontrak, kini berlagak umpama hero

DR DZUL, SEMASA JADI MENTERI DAHULU PUN TAK MAMPU URUS MASALAH DR KONTRAK?

Dzulkefly semasa memegang jawatan Menteri Kesihatan: Tiada jaminan pegawai perubatan siswazah ditawar lantikan tetap

Kenyataan Dr Dzulkifli semasa menjawat jawatan sebagai Menteri Kesihatan
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan tidak lagi dapat menyerap sepenuhnya keseluruhan pegawai perubatan siswazah (PPS) dalam kalangan pelajar tajaan kerajaan dan bukan tajaan yang menamatkan latihan kerana tertakluk kepada kekosongan jawatan.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/11/08/dzulkefly-tiada-jaminan-pegawai-perubatan-siswazah-ditawar-lantikan-tetap/

Berbeza pula kenyataannya semasa menjadi pembangkang, kelihatan agak matang dan begitu menjaga kebajikan para doktor kontrak.

Kenyataan Dr Dzul semalam penuh nada Kebajikan dan perlu disambut baik oleh kerajaan Malaysia

Jangan layan doktor kontrak seperti PPE pakai buang, Dzulkefly beritahu Putrajaya

Bekas Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad hari ini menggesa kerajaan supaya tidak melayan doktor kontrak yang menyertai mogok semalam seperti pakaian perlindungan diri (PPE) pakai buang dan segera memenuhi tuntutan mereka.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/27/jangan-layan-doktor-kontrak-seperti-ppe-pakai-buang-dzulkefly-beritahu-putrajaya/

Muslimat Sabah kesal kenyatan diputarbelitkan


JANGAN MEMUTARBELIT KENYATAAN MUSLIMAT PAS

Saya terpanggil untuk menegur sebuah portal Pan iaitu Negara Merdeka berkenaan dengan kenyataan Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Malaysia, Dr Najihatussalehah Ahmad.

Dalam kenyataan tersebut beliau jelas-jelas menempelak pihak yang gila politiking kerana lebih memikirkan kepentingan politik masing-masing berbanding fokus pemulihan Covid19 di negara ini.

Kenyataan Dr Najihah selanjutnya pula menyeru rakyat bekerjasama dengan kerajaan untuk membendung Covid19 dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Portal Pan sengaja memutarbelitkan mesej yang ingin disampaikan Dr Najihah dan sengaja menutup pencapaian baik yang telah diusahakan kerajaan.
Usahlah Pan menjadi sumber berita-berita palsu dan memutarbelit kenyataan yang memberikan susasana penik kepada rakyat Malaysia. Fokus fasa pemulihan bukan mengambil kesempatan dalam kesempitan.

Fadilah Nordin,
Ketua Penerangan,
Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah

https://m.facebook.com/story.php?


Sejak bila PAS beranakkan PAN?


oleh: MOHD FADLI GHANI

DALAM mencari undi tanpa batasan moral, pemimpin WARISAN mendakwa PAN adalah anak kepada PAS. Tujuannya hanya satu, untuk mengelirukan pengundi supaya penyokong PAS mengundi mereka. Dakwaan ini amat janggal, bahkan bertentangan dengan dakwaan Lim Kit Siang bahawa merekalah yang mengusahakan penubuhan PAN. Hatta, warna oren itu pun adalah pilihan DAP untuk mewarnai perjuangan PAN.

Semua khalayak politik tahu, bahawa PAN bermula dengan penubuhan PASMA (Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia) dalam September 2014. Apabila sebahagian mereka tewas dalam pemilihan PAS 2015, mereka membentuk G18 (Kumpulan 18), sebelum bertukar menjadi GHB (Gerakan Harapan Baru), dan akhirnya menjadi PAN setelah beberapa proses ‘membeli’ parti KITA (Kesejahteraan Insan Tanah Air) dan Parti Pekerja-pekerja Malaysia (MWP). Inilah ‘origin of PAN.’

Ada juga pengkaji yang mengatakan PAN adalah parti yang disusun penubuhannya oleh IRC. Sejak 1998, terdapat segolongan ahli IRC menyusup masuk (infiltrate) ke dalam PAS, tetapi ia berlaku secara besar-besaran selepas 2004. Mereka cuba menguasai pos-pos strategik dalam PAS dan akhirnya berusaha menguasai kepemimpinan PAS. Pergerakan IRC telah diwakili oleh IKRAM di dalam parti-parti pembangkang ketika itu. Kerana itu berlaku pertembungan besar dalam kepemimpinan PAS sebelum 2015. Mereka adalah pemimpin PAS yang menyokong Anwar Ibrahim, tidak mendukung Presiden PAS. Mereka juga membawa agenda Liberal dalam PAS. Apabila mereka gagal menguasai PAS pada 2015, mereka menubuhkan PAN.

Mungkin ada orang yang berpendapat bahawa secara teknikal PAN memang anak PAS kerana ia ditubuhkan oleh bekas-bekas pimpinan dan ahli PAS. Tetapi saya bertegas, bahawa PAN bukan ditubuhkan oleh bekas pimpinan PAS, tetapi ia ditubuhkan oleh pimpinan dan ahli PAN yang berada dan menyusup dalam PAS. Dasar, fikrah dan agenda mereka sudah lama dibiakkan dalam PAS, tetapi mereka gagal memperdayakan pimpinan dan ahli PAS. Mereka cuba mengubah dasar dan perjuangan PAS tetapi gagal. Mereka cuba menjadikan PAS parti Islam yang Liberal tetapi mereka juga gagal. Lalu seluruh pimpinan dan ahli PAN yang berada di dalam PAS terpaksa menjelmakan diri dan wajah sebenar mereka pada 2015. Maka lahirlah PAN.

Hakikatnya, PAN adalah parti yang ditubuhkan oleh pemimpin dan ahli PAN yang berada di dalam PAS. Mereka sekali-kali bukan PAS!

Jangan Angkuh, Jangan Sombong


Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Masa kita menang PRU14 hari tu, kita pakat sindir PAS - kata dulu masa BN jadi kerajaan PAS jadi pembangkang, masa BN jadi pembangkang pun PAS still jadi pembangkang.

2) Bilamana Bang Mat kita jadi Menteri Pertahanan, kita sindir orang PAS kata hati orang PAS bernanah tengok Bang Mat memeriksa barisan tentera. Siap pakat buat gambar memek Presiden PAS periksa perbarisan Unit Amal. Berlagak giler kita masa tu.

3) YB Khalid Samad, YB Hanipa, YB Salahuddin dan ramai lagi pemimpin kita dapat jadi Menteri dan Timbalan Menteri, kita tertawakan pemimpin PAS. Berlagak gila-gila kita masa tu. Seronok benau kita ketawakan orang PAS. Seboleh-bolehnya kita komen kasi ayat-ayat menghiris dan melapah hati orang PAS. Rasakan orang PAS!

4) Semakin hari semakin berlagak, sombong dan angkuh kita mendabik dada dengan kemenangan PRU14 dan kejayaan menjadi kerajaan. PAS apa ada? Jadi pembangkang selama-lamanya kita kata. Kita boleh sumbat ramai-ramai orang kita masuk dalam GLC dan agensi kerajaan. Sekandang pun sekandang lah peduli apa.

5) Booom! Tiba-tiba takdir Tuhan meruntuhkan kesombongan dan keangkuhan kita. Gila bhaiii tak sempat nak ready apa-apa, tumbang melingkup sekelip mata. Yang pergi Hanoi balik berputih mata. Yang duk tengah sembang dengan nelayan, ternganga. Kerajaan kita tumbang tak terjangka. 

6) Pemimpin kita tengah duk syiook jadi menteri dan timbalan menteri, tiba-tiba hilang segala. Mau tak marah. Orang sombong dan angkuh, akan tersentak gila-gila. Kita lah tu, jangan tak mengaku. Slogan kerajaan pintu belakang tu hanya nak sedapkan hati penyokong saja.

7) Nah, hari ini Tuhan bayar cash juga. Tengok orang PAS berkoyan-koyan masuk GLC. Hati siapa bernanah pula? Arrrghh... panas gila. Hasad tak terkata. Layak atau tak layak, peduli apa. Kita serang saja!

8 ) Pengajarannya, jangan angkuh dan sombong. Nak sindir orang, nak kitai orang silakan. Tapi jangan ada unsur sombong dan membongkak. Tuhan sangat tidak suka kepada orang angkuh dan sombong.

Sekian

Amanah Labuan bubar selepas seluruh jentera parti letak jawatan


LABUAN: Seluruh jentera Parti Amanah Negara (Amanah) Bahagian Labuan hari ini mengumumkan meletak jawatan berkuat kuasa serta merta, menyatakan kerenah birokrasi dan layanan tidak adil oleh pemimpin parti pusat sebagai alasan utama mereka mengambil keputusan itu.

Peletakan jawatan secara mengejut itu turut melibatkan sayap Wanita dan Pemuda dan 33 pemimpin cawangan bersama-sama ahli jawatankuasa mereka, yang membawa kepada pembubaran Amanah Bahagian Labuan.

Amanah melebarkan sayapnya di Labuan pada 2018 dan mengadakan pemilihan pertama pada Februari 2019.

Chemat Mustapha, yang sebelum ini mengetuai bahagian itu berkata, peletakan jawatan itu disebabkan pemimpin parti pusat kurang memberi tumpuan pada Amanah Bahagian Labuan.

"Kami telah hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan Amanah dalam mengendalikan isu-isu dalaman parti dan juga disebabkan perebutan dalam kalangan pemimpin Pakatan Harapan (PH) ketika ini berhubung jawatan perdana menteri ...kami sudah tidak yakin dengan masa depan Amanah dan perjuangannya untuk membela rakyat," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

-- BERNAMA

Mantau SU PKR dan PAN Kluang sertai PAS


KLUANG: PAS Kawasan Kluang menerima permohonan daripada dua orang mantan Setiausaha daripada PAN dan PKR pada 26 Mac serta 2 Mei.

Abdul Halim Sailan, mantan Setiausaha PAN Kawasan Kluang manakala pada 2 Mei 2020 pula Fauzi Toed mantan Setiausaha PKR Cabang Kluang telah menyerahkan borang permohonan menyertai PAS.

Kedua-dua borang diserahkan kepada Yang Di-Pertua PAS kawasan Kluang, Khairul Faizi Ahmad Kamil.

Penyertaan kedua-dua mantan Setiausaha ini disambut baik oleh Khairul Faizi yang menyifatkan bahawa ia adalah petanda baik untuk masa hadapan PAS.

“Setiausaha adalah orang penting dalam organisasi, mereka adalah ‘enjin’ kepada perancangan dan pentadbiran parti. Kehadiran mereka diharap dapat membantu gerakerja PAS khususnya di Kluang” katanya dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily hari ini.

Khairul Faizi memaklumkan juga bahawa beliau telah menerima puluhan borang permohonan menyertai PAS daripada ahli komponen PH khususnya daripada PAN.

Kesemua permohonan ini akan di bawa ke dalam mesyuarat PAS Kawasan Kluang sebelum diserahkan kepada PAS Negeri Johor untuk proses selanjutnya. – HARAKAHDAILY 2/5/2020

Sumber: https://harakahdaily.net/index.php/2020/05/02/penyertaan-mantan-su-pkr-dan-pan-disambut-baik/

Nik Omar gagal dapat tempat di Pengkalan Chepa



Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Nik Omar Nik Abdul Aziz gagal mendapat tempat dalam kepemimpinan Amanah Pengkalan Chepa.

Asalnya Nik Omar bertanding dalam pemilihan Amanah kawasan tersebut pada 24 Julai - dan tidak mendapat undi mencukupi - namun beliau sepatutnya mendapat peluang sekali lagi dalam pemilihan kedua.

Sumber memberitahu dalam mesyuarat agung tahunan kali kedua Amanah Pengkalan Chepa yang diadakan diadakan di sebuah warung di Sabak, Kota Bharu itu, majoriti perwakilan memilih untuk mengesahkan saja senarai ahli jawatankuasa yang menang pada pemilihan awal.

Dalam mesyuarat kali kedua pada 27 Okt lalu itu, kata sumber, pihak yang mencadangkan agar pemilihan diadakan sekali lagi gagal mendapat sokongan mencukupi.

Justeru, katanya, Nik Omar dan calon lain yang mahu bertanding sekali lagi gagal mendapat peluang kedua.

Mengikut peraturan, sesebuah kawasan memang dibenarkan untuk mengadakan semula pemilihan atau sekadar mengesahkan keputusan pemilihan yang dibatalkan sebelum ini.

"Jadi pemilihan semula dijalankan pada 27 Oktober lalu, nama Nik Omar antara pimpiman yang sekali lagi dicalonkan.

"Namun, pada pemilihan kedua itu undi belah-bahagi dilaksanakan dan majoriti perwakilan memutuskan untuk mengekalkan barisan kepimpinan yang dipilih pada pemilihan pertama.

"Tiada pengundian semula dilakukan," kata sumber yang enggan didedahkan namanya kepada Malaysiakini, hari ini.

Baca 'Wakil rakyat kalah bukti demokrasi subur dalam Amanah'

Untuk rekod, Nik Omar ialah bekas calon PH bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Chempaka pada PRU14 lalu. Bagaimanapun anak lelaki sulung Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat kalah dan kini dilantik mengetui Yadim.

Pemilihan kedua itu juga menyaksikan Ketua Pemuda Amanah Kelantan, Hazmi Hassan, tidak mendapat tempat untuk berada dalam saf kepimpinan Pengkalan Chepa.

Keputusan itu menyaksikan kepemimpinan Amanah Pengkalan Chepa kekal diterajui penyandangnya, Mohamad Ibrahim, manakala Wan Kamaruddin Zakaria dipilih sebagai timbalan dan Mohd Fadzil Ghani dilantik sebagai naib ketua.

Sementara itu difahamkan pemilihan semula itu dibantah oleh sesetengah perwakilan yang tidak bersetuju dengan kaedah pelaksanaan yang didakwa melanggar perlembagaan parti.

Menurut sumber, bantahan tersebut sudah dikemukakan kepada Amanah Nasional agar tindakan dan pemilihan yang lebih adil dijalankan semula.

Bagaimanapun sumber tersebut enggan mendedahkan alasan terperinci mengenainya.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Amanah Kelantan, Mohd Alawi Abdul Rashid, ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan berlakunya bantahan bagi pemilihan Amanah kawasan Pengkalan Chepa itu.

"Memang ada bantahan dan keputusannya akan ditentukan oleh Amanah Nasional," katanya.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/498667

PAN ancam Bumiputera, Islam dengan bantuan DAP - Khalid


KUALA LUMPUR: Parti Amanah Malaysia (PAN) disifatkan sebagai duri dalam daging yang berbahaya kerana mengamalkan sekularisme, menyerang dan mengancam Bumiputera-Islam dengan bantuan DAP.

Tindakan PAN dipercayai dendam lama kepada golongan konservatif dan ulama PAS yang 'membengkak' sudah sekian lama namun terpaksa berselindung di bawah usaha perjuangan meningkatkan syariat Islam.

Hakikatnya, golongan ini ketika 'berada' bersama PAS percaya parti itu perlu mendapatkan kuasa atau mandat untuk menang baru boleh membuat perubahan namun kumpulan konservatif / ulama berpendapat matlamat menguasai politik negara tidak boleh menghalalkan cara dengan bersekongkol.

Krisis pertembungan ideologi dan amalan antara dua puak dalam satu kapal itu 'meletus' selepas DAP mula campur tangan ketika berlaku pergolakan antara pemimpin kerajaan campuran Selangor pada 2014.

Ketika itu, golongan profesional PAS mula bersikap 'keras kepala' dan menunjukkan kecenderungan mereka untuk menyokong pihak yang didakwa boleh membantu merealisasikan hasrat dan cita-cita peribadi mereka.

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, mengakui DAP cuba mempengaruhi PAS supaya selari dan menyokong kehendak parti cauvinis itu yang jelas tidak menyokong perlembagaan dan agama Islam.

Katanya, DAP secara terbuka menawarkan bantuan sokongan dan dana kepada mereka yang menyokong dasar serta perjuangan kepemimpinan DAP.

"DAP janji akan beri belanja berkempen kepada mereka (kumpulan progresif) yang menyokongnya untuk berjumpa (dapatkan sokongan) semua ahli PAS memilih mereka dan kuasai pucuk pimpinan.

"Hampir 18 ke 19 orang daripada mereka, yang orang PAS pun tahu mereka tidak dipilih, mereka inilah yang tubuhkan PAN," katanya katanya ketika ditemui NSTP di kediamannya, di sini.

Bagaimanapun, Abdul Khalid mengakui tidak mempunyai bukti nyata yang boleh mengheret DAP mengakui 'penajaannya' kepada kumpulan progresif PAS.

Abdul Khalid turut mendedahkan ketika menjadi Pengarah Pilihan Raya Pakatan Rakyat (PR) di Selangor, DAP membangkang ideologi PAS untuk meningkatkan kepentingan umat Islam melalui pemerkasaan pengurusan pentadbiran, kuasa undang-undang kehakiman berlandaskan Islam dan lebih kuasa di Mahkamah Syariah serta pelaksanaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah ( Bidang Kuasa Jenayah) 2016 (RUU 355) menaikkan kemarahan DAP.

Katanya, perselisihan besar menyebabkan DAP menarik diri daripada PR dan membubarkan kerjasama.

"PAS beranggapan mereka tidak boleh abaikan Islam dan berkawan dengan sesiapa (parti) untuk menang pilihan raya. PAS merasakan mereka tidak jujur kepada rakyat hingga sanggup bersekongkol dengan DAP untuk kepentingan politik.

"Tetapi PAN (belas kumpulan progresif PAS) mereka setuju menggunakan atau digunakan orang bukan Islam demi untuk capai kemenangan.

"Orang PAS 'they didnt forgive' (mereka tidak memaafkan) kerana PAN tidak menunaikan janjinya, tidak menunaikan baiah mereka. Janji bukan kepada PAS tetapi Allah SWT dan mungkir janji adalah satu daripada perkara yang PAS tidak dapat terima.

"PAS merasakan PAN lebih menghalang cita-cita PAS (tingkatkan syiar Islam) daripada DAP kerana PAN 'serupa' mereka. Tetapi PAN bersengkokol dengan DAP untuk menghalang PAS," katanya.

Abdul Khalid turut memberi contoh krisis kepemimpinan Islam berlaku di Turki dan Mesir iaitu kumpulan ulama akan menentukan hala tuju dakwah Islamiah yang mesti berlandaskan syariah Islam.

Ketika ditanya sokongan rakyat akar umbi Selangor, Abdul Khalid berkata, kajian fizikal mendedahkan sambutan rakyat kepada pakatan yang berselindung di bawah PKR tidak besar di Selangor.

"Rakyat Selangor menolak pakatan terutama PAN. Putar belit berita yang membuatkan mereka tampak lebih hebat daripada Barisan Nasional (BN) dan PAS.

"Sedangkan PAS, parti konservatif yang daripada dulu tidak tertarik untuk berkelahi dalam media, sebaliknya fokus kepada usaha menegakkan syiar islam. PAS tidak kisah sama ada mendapat kuasa atau tidak pada pilihan raya tetapi mereka berhasrat meningkatkan sokongan rakyat kepada Islam," katanya.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/05/422647/pan-ancam-bumiputera-islam-dengan-bantuan-dap-khalid?

Pemimpin PH jangan ulang kesilapan di Cameron - Pemuda Amanah


Pemimpin PH jangan ulang kesilapan di Cameron - Sany

PRK SEMENYIH | Pemimpin PH yang memegang jawatan kerajaan dinasihatkan supaya tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan pada pilihan raya kecil di Cameron Highlands baru-baru ini, seperti dakwaan menggunakan jentera milik kerajaan bagi tujuan berkempen.

Menjelaskan hal ini, Ketua Pemuda Amanah, Mohd Sany Hamzah berkata pilihan raya bukan pertembungan antara kerajaan dan parti politik yang bertanding.

"Saya berharap semua parti yang bertanding di Semenyih nanti dapat jaga integriti dan jangan gunakan sentimen agama dan perkauman.

"Kita juga nasihatkan pemimpin kerajaan baik perdana menteri, timbalan perdana menteri, menteri supaya tidak gunakan jentera kerajaan, kakitangan awam dan kenderaan kerajaan bagi berkempen.

"Kalau nak turun juga bawa kenderaan sendiri, jangan bawa program kerajaan, ini pertembungan antara parti politik dengan parti politik, bukan kerajaan dengan parti politik.

"Media juga perlu saksama beri liputan pada parti kerajaan dan pihak pembangkang," katanya

PAN dapat kuota GLC



BANGI, 18 Syawal 1439H, Isnin – Parti Amanah Negara (PAN) berpuas hati selepas Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow memberikan kuota untuk parti itu menerajui beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Perkara itu diputuskan selepas lantikan Exco kerajaan Pulau Pinang baru-baru ini tidak menamakan mana-mana wakil rakyat PAN untuk menerajui negeri itu.

Pengerusi PAN Pulau Pinang, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, menerusi hasil rundingan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, pihaknya telah diberi beberapa GLC untuk diisi.

"Pertamanya Penang International Halal Hub (PIHH), Penang Invest, PBA Holdings, Zakat Pulau Pinang dan Kolej Islam Teknologi Berhad.

"Sebelum ini kita hanya ada dua kuota di Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Itu pun kita ambil alih kuota yang diberikan kepada PAS sebelum ini," katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Justeru, Mujahid mengingatkan semua pihak agar tidak lagi melihat PAN sebagai parti kecil lagi kerana mereka sudah mempunyai dua ADUN di Pulau Pinang.

"Saya yakin pada PRU15 kuota kerusi yang ada pada Amanah akan dapat 100 peratus dengan sokongan rakyat," katanya.
© all rights reserved
made with by templateszoo