NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......
Showing posts with label WARISAN. Show all posts
Showing posts with label WARISAN. Show all posts

Shafie ulangi pendirian Hajiji perlu ikut Perlembagaan tentukan kedudukan Ketua Menteri

PENAMPANG – Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal mengulangi pendiriannya bahawa Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor harus mengikut Perlembagaan dalam menentukan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah.

“Sepatutnya jika diikutkan Perlembagaan, parti yang mendapat majoriti masa pilihan raya adalah Warisan.

“Kita ada 32 kerusi yang mana Warisan sendiri mempunyai 29 kerusi bertanding.

“Bagaimanapun, jumlah itu semakin berkurang kepada 19,” katanya ketika ditemui media selepas menerima kunjungan hormat dari Duta Besar Jepun ke Malaysia, Takahashi Katsuhiko di kediamannya, hari ini.

Dalam pada itu, diminta mengulas mengenai dakwaan Hajiji yang menyatakan mempunyai sebanyak 44 sokongan ahli dewan undangan negeri (ADUN) Sabah, Mohd Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna menyatakan bilangan sokongan bukanlah persoalan utama untuk menentukan kedudukannya.

“Nombor ini bukan persoalan. Sekiranya dia (Hajiji) mengatakan mempunyai nombor, kita juga ada nombor.

“Tidak payah cerita pasal nombor kerana bilangan yang dia dapat adalah nombor orang Warisan,” katanya. – KOSMO! ONLINE


Komen: Hajiji terlupa bagaimana kerajaan campuran PH-BN dibentuk

ADUN Bongawan Dr Daud Yusof taruhan Warisan di Kimanis


KOTA KINABALU:
Parti Warisan (Warisan), mengumumkan seorang lagi calon yang bakal bertanding kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan Dr Daud Yusof, 61,yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bongawan bakal bertanding mewakili Warisan bagi kerusi Parlimen Kimanis.

"Hari ini selaku Presiden Parti Warisan saya umumkan Dr Daud sebagai calon Kimanis.

"Insya Allah kita doakan mudah-mudahan kita menang dalam pilihan raya kali ini," katanya pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Parti Warisan Bahagian Kimanis di Bongawan pada Sabtu.

Pada Jumaat, Warisan mengumumkan Datuk Adnan Puteh, 64, seorang peguam kanan sebagai calon Warisan bagi kerusi Parlimen Sipitang.







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

Warisan akan bertanding lima kerusi Parlimen di Kedah


ALOR SETAR:
Parti Warisan muktamad akan bertanding di lima kerusi Parlimen di Kedah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Pengerusi Warisan Kedah, Datuk Fadzil Hanafi berkata, kawasan Parlimen yang dikenal pasti ialah Alor Setar, Pokok Sena, Sungai Petani, Merbok, dan Padang Serai.

“Warisan negeri telah menghantar semua senarai nama individu yang dirasakan layak untuk bertanding di kawasan tersebut kepada Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk dinilai.

“Hanya satu nama dihantar bagi setiap kawasan Parlimen manakala selebihnya terpulang kepada penilaian Presiden sama ada calon tersebut layak atau perlu digantikan dengan individu lain,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Fadzil berkata, calon-calon berkenaan bukan hanya terdiri daripada golongan profesional, bergelar atau berpangkat semata-mata, sebaliknya Warisan Kedah mengutamakan calon yang mudah diterima rakyat serta rajin turun padang.

Menurut beliau, pemilihan untuk bertanding di kelima-lima kawasan Parlimen itu dibuat bersandarkan kepada aktiviti serta kemampuan Ketua Bahagian masing-masing untuk mengadakan program mendekati pengundi.







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

800 individu termasuk bekas ahli DAP sertai Warisan

Calvin Chong Kiet Kiun (tengah) berkata, ahli-ahli baharu itu berminat menyertai Warisan secara sukarela.

SANDAKAN: Seramai 800 individu termasuk sebahagian bekas ahli DAP menyertai Parti Warisan (Warisan) di Elopura, Sandakan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura, Calvin Chong Kiet Kiun berkata, ahli-ahli baharu itu berminat menyertai Warisan secara sukarela.

Menurutnya, dengan kehadiran ahli baharu itu, Warisan mereka berjaya membuka sebanyak 12 cawangan baharu di Sandakan.

“Jumlah ini tidak termasuk dengan beberapa cawangan yang masih lagi tidak lengkap dan saya kena tangguhkan dahulu pendafatran sebab masih tidak mencukupi syarat.
“Tetapi, dengan 12 cawangan yang ada sekarang ini sudah memadai kerana sudah melebihi sasaran kami.
“Saya tidak menyangka mampu mengumpul lebih 800 orang untuk menyertai parti Warisan dan dapat membuka sebanyak 12 cawangan dalam masa yang begitu singkat,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Isnin.
Calvin berkata, semua ahli baharu itu juga sangat bersetuju dan menyokong keputusan beliau untuk menyertai Warisan sebelum ini.
“Mereka memberikan sokongan selepas melihat kesungguhan dan usaha Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang berjuang untuk rakyat,” katanya.
Menurutnya, borang borang keahlian dan cawangan baharu itu sudahpun diserahkan kepada Setiausaha Agung Parti Warisan, Datuk Loretto Padua semasa Perhimpunan Agung Tahunan Parti Warisan (2021) di Dewan KDCA, Penampang, baru-baru ini.
Terdahulu, pada Januari lalu, Calvin yang juga bekas ADUN DAP mengumumkan keluar daripada parti berkenaan.
Beliau mengambil keputusan itu selepas mendakwa DAP Sabah hilang arah dan sering disisihkan.
Dua bulan selepas meninggalkan DAP, beliau mengumumkan menyertai Warisan.

Sumber | Astro Awani





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

FILIPINA ATAU WARIS SULTAN SULU TIADA HAK MEMBUAT SEBARANG TUNTUTAN KE ATAS SABAH


KOTA KINABALU: Isu tuntutan yang didakwa datangnya dari Kesultanan Sulu seharusnya diberikan keutamaan dan diselesaikan kerajaan Persekutuan dan Wisma Putra, tegas Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. 

Menurut Presiden Parti Warisan itu, Filipina atau pihak yang mendakwa menjadi waris diraja tersebut tidak mempunyai sebarang hak untuk membuat sebarang tuntutan. 

Ini kerana, tegasnya, Sabah adalah sebuah negeri merdeka dan langkah proaktif perlu dilaksanakan kerajaan.

 “Kami berpendirian bahawa Filipina mahupun mana-mana pewaris yang mendakwa diri mereka adalah dari Kesultanan Sulu tidak mempunyai hak undang-undang untuk menuntut atau membuat tuntutan ke atas Sabah.

 “Apa sahaja tuntutan oleh Manila atau waris secara langsung atau tidak, tidak boleh dilayan kerana Sabah adalah negeri merdeka yang menjadi sebahagian daripada Persekutuan Malaysia.

 “Ingin saya tegaskan di sini bahawa pertikaian harus diselesaikan oleh Putrajaya dan Wisma Putra serta langkah proaktif perlu diambil untuk menyelesaikannya dan bukan hanya membiarkannya,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.

 Kenyataan tersebut dibuat Mohd Shafie susulan keputusan Mahkamah Timbang Tara Paris untuk menganugerahkan RM62 bilion kepada pewaris Kesultanan Sulu.

 Menurut beliau, Wisma Putra dan Jabatan Peguam Negara (AGC) sebelum ini telah memberi penjelasan bahawa Malaysia telah menghentikan percubaan oleh waris yang dipanggil untuk mendapatkan penghakiman di Sepanyol. “Anehnya kes itu dipindahkan ke Perancis oleh penimbang tara yang sama di Sepanyol dan penghakiman telah diperoleh di mahkamah Paris pada Feb 2022,” kata beliau lagi. 

Penjelasan Mohd Shafie ini juga dibuat berikutan akhir-akhir ini, bekas Menteri Luar, Datuk Anifah Aman dan Presiden SAPP Datuk Seri Yong Teck Lee menyindir dan mengatakan wujud penglibatan antara beliau dengan waris kesultanan terbabit. 

Bahkan, tegas Mohd Shafie, beliau turut didakwa berada di Sepanyol ketika kes itu mula diutarakan pada 2019. “Saya tidak pernah berada di Sepanyol dan sepanjang pengetahuan saya tiada pegawai Sabah pergi ke Sepanyol berhubung kes itu.

 “Saya percaya Wisma Putra dan Jabatan Peguam Negara mengendalikan perkara itu dan berusaha menghentikan permohonan waris tersebut untuk mendapatkan penghakiman di Madrid. 

“Mereka harus membaca penjelasan yang panjang lebar oleh Wisma Putra dan AGC pada 2 Mac 2022 dan apa yang dijelaskan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada 10 Mac 2022. 

“Laporan tersebut jelas menunjukkan perkara itu dikendalikan oleh kerajaan Persekutuan dan bukan Sabah mahupun saya,” tegas Mohd Shafie. Sehubungan itu, Mohd Shafie membidas Anifah dan Yong dengan menyifatkan kedua-dua personaliti itu tidak layak untuk memberi pandangan mengenai ‘tuntuan Sulu’.

 “Anifah tahu kerajaan Filipina tidak mengiktiraf apa yang dipanggil ‘Kesultanan Sulu’ dan melabelkan mereka ‘pengganas’ dan ‘penjenayah’ semasa pencerobohan pada 2013 di Lahad Datu. “Tiada sesiapa atau mana-mana kerajaan akan mengiktiraf mereka dan dakwaan mereka ke atas Sabah tidak masuk akal sama sekali,” tambah Mohd Shafie lagi.

Sumber | Facebook Dessa Warisan Sabah


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

WARISAN terbuka kerjasama dengan semua pihak menjelang PRU-15


KOTA KINABALU: Parti Warisan (Warisan) terbuka untuk untuk bekerjasama dengan mana-mana parti atau gabungan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Presidennya, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, Warisan mengambil pendekatan terbuka untuk membentuk kerjasama dengan mana-mana parti yang boleh berkongsi perjuangan yang sama.

“Kita terbuka dan akan meneliti perkara ini secara mendalam. Kita sedia melihat (kerjasama) mana-mana pihak, tidak semestinya Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mahupun UMNO.

“Pada masa ini, kita tidak amalkan dasar tutup pintu, kita tidak boleh menolak semua pihak. Namun, keutamaan kita adalah memperkukuhkan parti terlebih dahulu.

“Kita akan perkuatkan dan perkukuhkan kawasan yang mempunyai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ahli Parlimen kita serta kawasan yang mahu diambil alih semula,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) di Ibu Pejabat Warisan hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemungkinan Warisan bekerjasama dengan GRS dan BN-UMNO menjelang PRU-15.

Katanya, bukan mudah untuk Warisan berjuang bersendirian jadi, kerjasama seperti yang dilakukan di Sarawak iaitu semua parti saling bekerjasama dengan kerajaan yang memerintah di peringkat Pusat merupakan pendekatan terbaik.

Mengulas lanjut katanya, ketika ini Warisan mempunyai lapan ahli Parlimen maka, beliau mahu memperkuatkan kawasan-kawasan itu terlebih dahulu.

Jelas beliau, tiada maknanya jika Warisan membentuk kerjasama dengan mana-mana pihak namun, ia hanya akan melemahkan dan mematikan Warisan.

“Kita tidak mahu disebabkan kerjasama yang dibentuk dengan parti mahupun gabungan lain, ia melemahkan kita (Warisan),” ujarnya.

Menurutnya, kini Warisan memberi fokus mempersiapkan diri untuk berhadapan PRU-15.

Ahli Parlimen Semporna itu berkata, jika melihat apa yang disuarakan oleh pimpinan UMNO bahawa pemilihan parti akan diadakan selepas PRU iaitu pada Disember maka, PRU-15 boleh diadakan pada bila-bila masa sebelum Disember, boleh jadi September.

“Kita tidak pasti bila namun, kita tidak boleh menunggu sehingga butang ditekan. Kita kena bersedia daripada sekarang,” ujarnya.

Mengenai keperluan pensturkturan semula kepimpinan Warisan, Mohd Shafie berkata, tiada keperluan untuk berbuat sedemikian kerana perlembagaan parti cukup jelas bahawa Warisan boleh bertanding di Semenanjung Malaysia.

Apa yang penting adalah penggunaan logo Warisan pada PRU-15 kerana sudah sampai masanya untuk menyatukan rakyat di negara ini dan itu merupakan perkara pokok yang perlu dilakukan agar perpaduan sedia ada dapat dikekalkan.

Sumber | Borneo Today 




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

Sabah: seorang ADUN tinggalkan WARISAN


KOTA KINABALU: Naib Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Peter Anthony hari ini mengumumkan keluar dari parti itu bagi menubuhkan sebuah parti baharu tempatan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap itu berkata, parti baharu yang bakal ditubuhkan itu adalah sebuah parti mesra Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang akan menyokong kerajaan negeri.

Mengulas lanjut mengenai keputusan itu, Anthony berpendapat membentuk satu gabungan bersama kepemimpinan kerajaan negeri adalah jalan terbaik bagi menyelesaikan segala permasalahan yang dihadapi di Sabah.

Beliau mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang berlangsung baru-baru ini yang mana kemenangan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bawah pimpinan Tan Sri Abang Johari Abang Openg memperlihatkan rakyat negeri itu cenderung memilih parti tempatan.

"Saya berasakan sudah tiba masa bagi kita pemimpin di Sabah ini untuk melupakan persengketaan politik dan membangunkan Sabah.

"Kita lihat bahawa kedudukan Malaysia ini terlalu besar. Biarlah Sarawak ditadbir pemimpin Sarawak, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur atau Pulau Pinang ditadbir pemimpin di sana.

"Kita di Sabah tumpu keseluruhan usaha kita untuk membangunkan Sabah. Tidak ada guna kita berbalah dari segi politik dan ramai penduduk Sabah tertindas serta ketinggalan dari segi pembangunan dan sebagainya," katanya ketika ditemui pemberita di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Anthony ketika mengulas mengenai parti baharu yang bakal diumumkan dalam tempoh terdekat berkata, parti itu kelak adalah parti tempatan Sabah dengan pelbagai kaum.

"Kita akan membentuk parti baharu sebagai parti pelbagai kaum. Rakyat Sabah memerlukan sebuah parti yang benar-benar memperjuangkan hak orang Sabah dan itu yang paling penting untuk kita.

"Parti WARISAN sudah tersasar daripada perjuangan asal. Prinsip 'Sabah untuk Sabahan' ini telah tersasar apabila mereka melebarkan sayap ke Semenanjung Malaysia.

"Rata-rata rakyat Sabah ini mahukan satu platform parti yang menjurus kepada kepemimpinan negeri Sabah. Itu yang penting selain kebersatuan di antara kita semua," katanya.

Sementara itu, Anthony ketika ditanya pemberita menafikan keputusan beliau untuk keluar dari WARISAN tidak ada kena mengena dengan kes mahkamah berkaitan pertuduhan menggunakan dokumen palsu berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan Sistem Mekanikal dan Elektrikal (M&E) di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Beliau sebaliknya menyerahkan kepada mahkamah untuk memutuskan (berkenaan kes) dan menjelaskan keputusannya adalah berdasarkan suara akar umbi mahukan parti tempatan yang memperjuangkan hak Sabah.

Selain itu, ketika ditanya pemberita sekiranya beliau telah berbincang dengan Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhubung perkara terbabit, Peter berkata semuanya baik sahaja.

"It should be okay (sepatutnya tidak ada masalah)," katanya ringkas.

Anthony turut tidak menafikan akan ada beberapa ADUN termasuk dari parti pembangkang lain yang akan menyertai beliau dalam parti baharu.

"Mungkin nanti tetapi bukan sekarang. Saya akan buat pengumuman dalam masa terdekat dan kalau ada yang berminat, kemungkinan kita sedia memberi peluang kepada mereka untuk bersama-sama saya dalam parti baharu ini.

Anthony turut memberitahu pemberita bahawa beliau akan menghantar surat berhubung perkara terbabit kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Kadzim M Yahya.

Anthony adalah ADUN keempat WARISAN yang keluar parti selepas ADUN Sebatik, Hassan A Gani Pg Amir, ADUN Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob dan ADUN Segama, Datuk Mohamaddin Ketapi.




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

Peter Anthony bakal tubuh parti tempatan baharu, Sah tinggalkan Warisan,


KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri Melalap, Datuk Peter Anthony mengumumkan keluar Parti Warisan Sabah (Warisan) selepas hilang kepercayaan kepada parti itu.
Turut sama mengumumkan keluar parti adalah Adun Limbahau, Datuk Juil Nuatim.
Peter turut menjelaskan akan menubuhkan parti baharu dan akan mengumumkan perkara tersebut dalam tempoh terdekat.
"Saya dan juga Adun Limbahau, Datuk Juil Nuatim mengumumkan keluar dari Parti Warisan demi kebaikan negeri Sabah. Ini kerana perjuangan ini bukanlah perjuangan perseorangan, ini adalah perjuangan untuk rakyat, menjadi wakil rakyat ini adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membela rakyat.
"Tetapi kalau kita berseorangan dan tidak bersama-sama pemimpin-pemimpin yang ada di negeri Sabah ini bagaimana kita mahu membantu rakyat?
"Rakyat perlu pembelaan dan rakyat tidak hanya berdepan masalah pandemik Covid-19 malah rakyat berada dalam kesusahan dan sebab itu kami mengumumkan keluar parti pada hari ini," katanya dalam sidang media khas yang diadakan di Kota Kinabalu pada Selasa.
Ditanya mengenai parti baharu itu, beliau berkata ia merupakan parti tempatan dan melibatkan pelbagai suku kaum di negeri tersebut.
Terdahulu, tiga termasuk dua pemimpin kanan Warisan bertindak meninggalkan parti itu.
Pada 25 Februari lalu, ADUN Sebatik, Hassan A Gani Pg Amir mengumumkan keluar parti atas alasan Warisan masih mengutamakan politik berbanding kesejahteraan rakyat.
Awal Oktober lalu, ADUN Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob mengumumkan keluar daripada Warisan untuk menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong kerajaan dan diikuti Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohamaddin ketapi pada 30 Oktober.

--ASTRO AWANI



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

Keluar Warisan: 'Saya tak dibeli' - Mohamaddin Ketapi



KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohamaddin Ketapi mengesahkan tidak wujud sebarang unsur 'beli' wakil rakyat yang membawa kepada pengumumam keluar Parti Warisan (Warisan) yang dibuat beliau pada Sabtu.

Malah, jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama itu, keputusan tersebut tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak dan ia dibuat atas dasar kepentingan rakyat dan pengundi di kawasan yang diwakilinya.

"Tidak ada sebarang unsur pembelian yang membawa kepada keputusan (keluar parti) yang saya buat pada hari ini.

"Pengumuman yang saya buat ini adalah demi memastikan pembangunan dan kemajuan di DUN Segama dapat dilaksanakan segera," katanya yang ditemui pada sidang media yang diadakan di Kota Kinabalu pada Sabtu.

Tambah Mohamaddin beliau akan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Kerajaan Persekutuan kerana perkara tersebut tidak dapat dilakukannya sebelum ini kerana masih bersama Parti Warisan.

"Saya akan menandatangani memorandum dengan kerajaan demi memastikan kemajuan dan pembangunan akan dapat disalurkan di kawasan yang diwakili saya di DUN Segama dan Parlimen Lahad Datu," jelasnya.

Pada Sabtu, Mohamaddin mengadakan sidang media mengenai keputusannya meninggalkan Parti Warisan yang dipimpin Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Pada 8 Oktober lalu, bekas Ketua Penerangan Warisan, Datuk Yusof Yacob bertindak meninggalkan parti itu dan menjadi ADUN Bebas yang menyokong kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

https://www.astroawani.com/berita-politik/keluar-warisan-saya-tak-dibeli-mohamaddin-ketapi-328158



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.


Warisan has lost a respected leader, says party sec-gen




KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (Warisan) has extended its heartfelt condolences to the bereaved family of Datuk Liew Vui Keong.

In a statement, party secretary-general Datuk Loretto Padua Jr said Warisan is deeply saddened by the untimely passing of its permanent chairman.

He said funeral arrangements would be made known in due course.

"Party president Datuk Seri Mohd Shafie Apdal has been informed of the sad news and extends his deepest condolences to Datin Lindai Lee and her four children.

"The party has lost a well respected leader who had contributed to the country and the state through his hard work and dedication," he said.

Loretto added that Liew's family had requested their privacy be respected as they grieve during this difficult time.

Liew, who is former minister in the prime minister's department (law), had not been seen in public since the announcement of Warisan's party's candidates in the state election.

However, prior to that, Liew had been actively involved in preparing for the election after the dissolution of the state assembly in July.

In KUALA LUMPUR, Parti Keadilan Rakyat (PKR) has also expressed its condolences to Liew's family.

PKR secretary-general, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, conveyed the party's condolences through a media statement released today.

"Liew was a former minister in the Pakatan Harapan (PH) government who was dedicated and committed to reforming the country's legal system, including reforms on our prison system and death penalty.

"His demise is a great loss for the Dewan Rakyat and our nation's politics," he said.

Saifuddin said, PKR hopes that Liew's family would be strong in their moment of grief.

According to sources from Warisan, Liew who was hospitalised at the Gleaneagles Hospital in Sabah, passed away at 11.50am today.

Liew, from Kota Belud, was elected as Batu Sapi Member of Parliament in the 14th General Election and had served as a Minister in the Prime Minister's Department and Warisan Permanent Chairman.


Kempen PRN Sabah Yang Menghina Bahasa Melayu


Adakah ini poster Pilihanraya di negara China? 

Kalau di Malaysia, tindakan ini sangat tidak Demokratik dan seolah-olah memperkecilkan bahasa Melayu bahasa Kebangsaan. 

PRN Sabah : Warisan Plus Umum Bertanding 66 Kerusi (Senarai Penuh Calon)


Berikut maklumat ringkas berkaitan pengumuman daripada Parti Warisan

#PRNSabah: Warisan Plus umum 66 calon bertanding di PRN Sabah.

#PRNSabah: Bekas menteri, Darell dan Mohamaddin Ketapi antara calon Warisan Plus di PRN Sabah.

#PRNSabah: Warisan Plus guna tiga logo di PRN Sabah.

#PRNSabah: PKR akan membuat pengumuman berasingan dalam masa yang terdekat

#PRNSabah Presiden Warisan Datuk seri Mohd Shafie Apdal akan pertahan kerusi Senallang

#PRNSabah Bekas menteri Persekutuan, Darell, Mohamaddin antara calon Warisan Plus: 

Bilangan kerusi Warisan Plus mengikut Parti Politik

- Warisan 46 Kerusi
- DAP 7 Kerusi
- Amanah 1 Kerusi
- UPKO 12 Kerusi

#TERKINI

Senarai calon WARISAN Plus pilihan raya negeri (PRN) Sabah ke-16:

N.01 Banggi: Mohammad Mohamarin (WARISAN)
N.02 Bengkoka: Junsim Rumunzing (UPKO)
N.03 Pitas: Sharif Azman Sharif Along (WARISAN)
N.04 Tanjung Kapor: Chong Chen Bin (WARISAN)
N.05 Matunggong: (PKR)
N.06 Bandau: Majamis Timbong (WARISAN)
N.07 Tandek: Padis Majingkin (UPKO)
N.08 Pintasan: Mohd Safian Saludin (WARISAN)
N.09 Tempasuk: (PKR)
N.10 Usukan: Abdul Bakhrin Mohd Yusof (WARISAN)
N.11 Kadamaian: Datuk Ewon Benedick (UPKO)
N.12 Sulaman: Datuk Aliasgar Basir (WARISAN)
N.13 Pantai Dalit: Utoh @ Rakam Sijim (WARISAN)
N.14 Tamparuli: (PKR)
N.15 Kiulu: Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (UPKO)
N.16 Karambunai: Ahmad Jais Otong (WARISAN)
N.17 Darau: Azhar Matusin (WARISAN)
N.18 Inanam: (PKR)
N.19 Likas: Tan Lee Fatt (DAP)
N.20 Api-Api: (PKR)
N.21 Luyang: Phoong Jin Zhe (DAP)
N.22 Tanjung Aru: Datuk Junz Wong (WARISAN)
N.23 Petagas: Awang Ahmad Shah (WARISAN)
N.24 Tanjung Keramat: Rosday @ Rosdy Wasli (AMANAH)
N.25 Kapayan: Jannie Lasimbang (DAP)
N.26 Moyog: Datuk Darrel Leiking (WARISAN)
N.27 Limbahau: Datuk Juil Nuatim (WARISAN)
N.28 Kawang: Musli Sapan (WARISAN)
N.29 Pantai Manis: Datuk Yahiya Awang Kahar (WARISAN)
N.30 Bongawan: Dr. Daud Yusof (WARISAN)
N.31 Membakut: Prof. Dr. Mohd. Kamarudin And Hamid (WARISAN)
N.32 Klias: (PKR)
N.33 Kuala Penyu: Nelson W Angang (UPKO)
N.34 Lumadan: Awangku Zaidi Pg Wahab (WARISAN)
N.35 Sindumin: Datuk Dr Yusof Yacob (WARISAN)
N.36 Kundasang: Siriman @ Mohd Fazid Basir (WARISAN)
N.37 Karanaan: Awasi Ganie @ Yasin Abdul Ghani (WARISAN)
N.38 Paginatan: Georgina L. George (UPKO)
N.39 Tambunan: Datuk Dr. Nayan Yambu @ Laurentius (UPKO)
N.40 Bingkor: Odom @ Peter Dhoms Saili (DAP)
N.41 Liawan: Rasinin Koutis (WARISAN)
N.42 Melalap: Datuk Peter Anthony (WARISAN)
N.43 Kemabong: Datuk Dr. Lucas Umbul (UPKO)
N.44 Tulid: Mudi Dubing (WARISAN)
N.45 Sook: (PKR)
N.46 Nabawan: Albert Aguir (UPKO)
N.47 Telupid: Felix Joseph Sitin (UPKO)
N.48 Sugut: Norsabrina Japar (WARISAN)
N.49 Labuk: Dennis Tweening Rantau (UPKO)
N.50 Gum-Gum: Arunarnsin Taib (WARISAN)
N.51 Sungai Manila: Prof. Dr. Mahmud Sudin (WARISAN)
N.52 Sungai Sibuga: Datuk Armani Mahiruddin (WARISAN)
N.53 Sekong: Alias Sani (WARISAN)
N.54 Karamunting: George Hiew (WARISAN)
N.55 Elopura: Chong Ket Kiun (DAP)
N.56 Tanjong Papat: Datuk Frankie Poon (DAP)
N.57 Kuamut: Benson Inggam (UPKO)
N.58 Lamag: Mohd Ismail Ayub (WARISAN)
N.59 Sukau: Amrah Liwangsa (WARISAN)
N.60 Tungku: Assaffal Alian (WARISAN)
N.61 Segama: Datuk Mohamaddin Ketapi (WARISAN)
N.62 Silam: Datu Dumi Masdal (WARISAN)
N.63 Kunak: Norazlina Arif (WARISAN)
N.64 Sulabayan: Datuk Jaujan Sambakong (WARISAN)
N.65 Senallang: Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal (WARISAN)
N.66 Bugaya: Manis Muka Mohd Darah (WARISAN)
N.67 Balung: Rus Diana Andi Paladjareng (WARISAN)
N.68 Apas: Datuk Amrullah Kamal (WARISAN)
N.69 Sri Tanjong: Justin Wong Yung Bin (DAP)
N.70 Kukusan: Rina Jainal (WARISAN)
N.71 Tanjung Batu: Mohd Afsar Abdul Latif (WARISAN)
N.72 Merotai: Sarifudin Hata (WARISAN)
N.73 Sebatik: Hassan A Gani Pg Amir (WARISAN)


-- Shafie Apdal

Pengumuman Calon Warisan Plus Tanpa Kehadiran Pemimpin Dan Penyokong PKR



KOTA KINABALU: Majlis pengumuman calon pakatan politik diterajui Parti Warisan Sabah (Warisan) iaitu Warisan Plus, sedikit suram apabila salah satu daripada parti gabungannya tidak dapat hadir bersama.

Ketidakhadiran penyokong PKR pada majlis itu menguatkan lagi andaian bahawa parti tersebut mahu bertanding secara berasingan.

Bagaimanapun, terdapat ahli parti tersebut yang hadir tanpa mengenakan pakaian korporat PKR, antaranya bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api Datuk Christina Liew dan Ahli Parlimen Putatan Awang Husaini Sahari.

Semalam, PKR mengumumkan akan bertanding di 14 kerusi DUN pada pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-16 yang akan berlangsung 26 September ini.

Ketua penerangan majlis pimpinan negeri MPN PKR Sabah Simsudin Sidek berkata, peningkatan daripada lapan kerusi ditandingi sebelum ini munasabah seiring penambahan kerusi DUN di Sabah. - AstroAwani

1,357 lagi ahli Warisan Libaran umum keluar parti


SANDAKAN: Seramai 1,357 ahli Parti Warisan Sabah (Warisan) menjadi kumpulan ketiga di kawasan Parlimen Libaran mengumumkan keluar parti itu berkuat kuasa serta-merta.

Bekas ketua cawangan Warisan Batu 15, Satar Wahab, yang mengetuai kumpulan itu, berkata ahli-ahli dari lapan cawangan di kawasan DUN Gum-Gum, mengambil keputusan untuk keluar parti itu kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti.

"Tiada seorang pemimpin parti pernah menjenguk dan mengambil peduli masalah kami di peringkat cawangan sejak menang pilihan raya umum (ke-14) yang lalu,” katanya, menambah mereka hanya dapat mengadu kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung jika terdapat isu seperti rumah usang dan keperluan lain.

"Kami juga keluar tanpa dipengaruhi dan paksaan daripada mana-mana pihak," tambahnya.
“ingin menyatakan sokongan kami terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri," katanya pada sidang media di Kampung Gum-Gum, Batu 16, di sini, Ahad lepas.

Pada 26 Jun lepas, lebih 1,000 ahli daripada 11 cawangan di Parlimen Libaran mengumumkan keluar parti atas sebab yang sama iaitu hilang kepercayaan pada kepimpinan parti.

Empat hari kemudian (30 Jun), seramai 1,320 ahli parti itu daripada 12 cawangan di kawasan Parlimen sama juga mengumumkan keluar parti.

Warisan semakin hilang kepercayaan rakyat: Hiew


KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (Warisan) semakin hilang kepercayaan daripada rakyat Sabah dan sekarang menerima padah sebagai kerajaan pintu belakang, kata Timbalan Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Datuk Hiew King Cheu.

Beliau mendakwa, prestasi Warisan dalam mentadbir negeri dinilai sebagai lemah dalam kad laporan rakyat.

“Rakyat malah mempersoalkan jika Warisan layak menjadi kerajaan. Sejak dua tahun lepas, ekonomi Sabah menurun yang memberikan impak ke atas rakyat.

“Sebabnya jelas dan rakyat sekarang sangat bimbang mengenai apa yang akan berlaku ke atas ekonomi, pembangunan, hubungan dengan Kuala Lumpur dan paling penting kestabilan politik, di kedua-dua peringkat persekutuan dan negeri,” kata Hiew dalam satu kenyataan pada Ahad, di sini.
Katanya, terdapat juga pertelingkahan dalaman dalam Warisan yang memburukkan lagi kecekapannya untuk mentadbir negeri.

“Prestasi kerajaan negeri pimpinan Warisan, iaitu sebuah kerajaan pintu belakang, dibebankan lagi dengan masalah percanggahan dalaman dan ketidakcekapan.

“Dua tahun selepas memegang tampuk kuasa daripada Barisan Nasional (BN), nyata tidak konsisten dalam memberikan bantuan kepada rakyat Sabah, apatah lagi ekonomi yang stabil,” katanya.

Menurut Hiew, Warisan mampu mengambil alih dan membentu kerajaan adalah susulan tindakan wakil rakyat lain yang bergabung dengan mereka untuk mencukupkan jumlah majoriti.

“Ada yang mengatakan mereka sudah lupa bagaimana mereka membentu kerajaan pintu belakang ini,” katanya.

Sebaliknya, Hiew berkata anggota Warisan menggunakan sentiment menentang semenanjung mengenai hak-hak dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), tetapi lupa rakan mereka di Sabah adalah dari DAP dan PKR.

“Sepanjang dua tahun kerajaan terdahulu Pakatan Harapan (PH) memerintah tidak banyak bantuan yang dicapai oleh dua parti Malaysia Barat ini. Sekarang, ada cakap-cakap yang tersebar kononnnya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mensasarkan untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri,” katanya.
“Malah Adun Sri Tanjung dari DAP Datuk Jimmy Wong telah berulang kali menyebut bahawa pilihan raya kilat perlu diadakan, namun dimalukan oleh kenyataan Shafie yang mengatakan ia tidak perlu.

“Wong bertindak sembarangan atau membuat kenyataan tanpa berunding dengan bos beliau, dan kenyataan beliau pantas dibantah oleh Shafie yang mengatakan tidak ada keperluan untuk mengadakan pilihan raya kilat,” katanya.

Hiew berkata ini hanya menunjukkan ahli-ahli dalam kerajaan Sabah menuju ke landasan berbeza.
Katanya, kenyataan Jimmy bahawa beliau akan meletakkan jawatannya sebagai pembantu menteri dalam jabatan Ketua Menteri untuk menjadi penyokong baru bunganya sahaja dan dua lagi YB yang meninggalkan Upko boleh menyebabkan lebih ramai lagi meninggalkan kerajaan pintu belakang Warisan ini.

Warisan tetap bersama Tun Mahathir


KUALA LUMPUR: Parti Warisan Sabah menyatakan ketetapannya untuk menyokong kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Dalam satu kenyataan ringkas, parti itu menyatakan bahawa Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata pemimpin Sabah akan sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat negeri itu terutamanya dalam suasana politik negara sekarang.

Untuk rekod, Warisan mempunyai sembilan kerusi di Dewan Rakyat.

Meskipun Warisan hanya mempunyai sembilan kerusi, peranannya bersama Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang mempunyai 18 kerusi tetap penting dalam menentukan pembentukan Kerajaan Persekutuan sekarang.

Sumber: http://www.astroawani.com/berita-politik/warisan-tetap-bersama-tun-mahathir-231577

Warisan mahu Bersatu hormati persetujuan tidak lebar sayap ke Sabah - Mohd Shafie


KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (Warisan) mahu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terus berpegang pada janji untuk tidak melebarkan sayap ke Sabah seperti dipersetujui sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ketika menegaskan pendirian itu berkata Warisan mampu mengurus serta mentadbir Kerajaan Negeri Sabah meskipun tanpa Bersatu melebarkan sayap ke negeri ini.

"Saya telah menyatakan perkara itu termasuk pendirian kami (Warisan mentadbir Kerajaan Negeri Sabah dan Bersatu tidak melebarkan sayap ke Sabah) sebelum pilihan raya.

"Pada PRU14, Bersatu mendengar (pendirian) Warisan itu, dan sekarang selepas PRU14, saya berharap mereka akan terus mendengarkannya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Krismas anjuran parti itu, pada Ahad.

Mohd Shafie berkata Kerajaan Negeri diterajui Warisan adalah mesra dengan Pakatan Harapan di Sabah, dan perkara itu lebih penting, selain kerjasama serta hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan.

Warisan juga akan terus memberi sokongan terhadap apa sahaja dilakukan Kerajaan Persekutuan sekali gus bersama-sama menyatupadukan rakyat, katanya.

-- BERNAMA

© all rights reserved
made with by templateszoo