NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Warisan akan bertanding lima kerusi Parlimen di Kedah


ALOR SETAR:
Parti Warisan muktamad akan bertanding di lima kerusi Parlimen di Kedah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Pengerusi Warisan Kedah, Datuk Fadzil Hanafi berkata, kawasan Parlimen yang dikenal pasti ialah Alor Setar, Pokok Sena, Sungai Petani, Merbok, dan Padang Serai.

“Warisan negeri telah menghantar semua senarai nama individu yang dirasakan layak untuk bertanding di kawasan tersebut kepada Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk dinilai.

“Hanya satu nama dihantar bagi setiap kawasan Parlimen manakala selebihnya terpulang kepada penilaian Presiden sama ada calon tersebut layak atau perlu digantikan dengan individu lain,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Fadzil berkata, calon-calon berkenaan bukan hanya terdiri daripada golongan profesional, bergelar atau berpangkat semata-mata, sebaliknya Warisan Kedah mengutamakan calon yang mudah diterima rakyat serta rajin turun padang.

Menurut beliau, pemilihan untuk bertanding di kelima-lima kawasan Parlimen itu dibuat bersandarkan kepada aktiviti serta kemampuan Ketua Bahagian masing-masing untuk mengadakan program mendekati pengundi.







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo