NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pengumuman Calon Warisan Plus Tanpa Kehadiran Pemimpin Dan Penyokong PKR



KOTA KINABALU: Majlis pengumuman calon pakatan politik diterajui Parti Warisan Sabah (Warisan) iaitu Warisan Plus, sedikit suram apabila salah satu daripada parti gabungannya tidak dapat hadir bersama.

Ketidakhadiran penyokong PKR pada majlis itu menguatkan lagi andaian bahawa parti tersebut mahu bertanding secara berasingan.

Bagaimanapun, terdapat ahli parti tersebut yang hadir tanpa mengenakan pakaian korporat PKR, antaranya bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api Datuk Christina Liew dan Ahli Parlimen Putatan Awang Husaini Sahari.

Semalam, PKR mengumumkan akan bertanding di 14 kerusi DUN pada pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-16 yang akan berlangsung 26 September ini.

Ketua penerangan majlis pimpinan negeri MPN PKR Sabah Simsudin Sidek berkata, peningkatan daripada lapan kerusi ditandingi sebelum ini munasabah seiring penambahan kerusi DUN di Sabah. - AstroAwani
( Hide )
  1. Aik, tajuk bilang tanpa pimpinan PKR, tapi dalam artikel sama bilang Christina Liew n Ag Husaini hadir. Apa ba pening penulis ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Datang tanpa baju parti itu macam mau intai-intai sahaja. Khabarnya sebelum pengumuman calon sudah keluar.

      Delete

© all rights reserved
made with by templateszoo