NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Majlis Pengumuman Calon BN, BERSATU Jadi Majlis Ramah Mesra

KOTA KINABALU: Majlis Pengumuman Calon bagi Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) sedikit tergendala pada pagi ini.
Bukan itu sahaja, acara yang sepatutnya Majlis Pengumuman Calon-Calon BN dan PN itu ditukar kepada Majlis Ramah Mesra Pemimpin kedua-dua parti.
Hari ini dijadual berlangsung tiga majlis pengumuman calon untuk PRN Sabah.
Dua majlis berlangsung hampir serentak pagi ini, iaitu oleh Warisan Plus di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah, Kota Kinabalu, dan Barisan Nasional serta Bersatu di Magellan Sutera Harbour, Kota Kinabalu.
Pada petang ini, Parti Cinta Sabah pula dijadual mengumumkan calonnya di Le Meridien, Kota Kinabalu.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo