PRN Sabah : BN Bertanding 31 Kerusi



KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) pmengumumkan akan bertanding 31 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada pilihan raya negeri (PRN) yang dijadualkan 26 September ini.

Perkara itu diumumkan Pengerusi BN Sabah yang juga Pengerusi UMNO, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Majlis Pengumuman Calon BN di sebuah hotel di sini, hari ini.

Sebanyak 73 kerusi DUN Sabah akan dipertandingkan pada PRN Sabah dengan penamaan calon ditetapkan Sabtu ini, manakala hari mengundi awal pada 22 September.

Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman setakat ini tidak tersenarai sebagai calon.

BN akan bertanding di kerusi DUN Banggi, Bengkoka, Pitas, Tempasuk, Usukan, Pantai Dalit, Karambunai, Darau, Tanjung Aru, Tanjung Keramat, Pantai Manis.Selebihnya ialah Bongawan, Lumadan, Sindumin, Kemabong, Telupid, Sugut, Gum-Gum, Sungai Manila, Sungai Sibuga, Sekong, Kuamut, Lamag, Sukau, Tungku, Kunak, Sulabayan, Balung, Kukusan, Tanjung Batu dan Paginatan.

Bung Moktar pula bertanding di Lamag manakala Timbalannya, Datuk Yakub Khan di Darau.

Sementara itu, Bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Salleh Said Keruak tanding DUN Usukan bawah BN. - Metro
Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post