NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

6 Sebab Kenapa Ahli Politik Percaya Mereka Boleh Berbohong

KENAPA AHLI POLITIK BERANI BERBOHONG? 

Oleh : Wan Mohd Faizul Wan Abas
(Presiden Gerakan Anak Terengganu Insaf/Pengerusi Gerakan Pembela Ummah Terengganu) 

Dr Jim Taylor ada menulis tajuk "6 Sebab Kenapa Ahli Politik Percaya Mereka Boleh Berbohong".

Katanya, "Saya tertarik dan tertanya-tanya banyak mana ahli politik berbohong dan kemudian, sudah tentu mereka tak nak mengaku bahawa mereka berbohong."

Mungkin bukan semua ahli politik di dunia suka berbohong. Mungkin ada yang tidak berniat untuk berbohong tetapi kenyataan mereka diputarbelit oleh media. Disalahfaham, disalahtafsir, disalahpetik, diambil sebahagian sahaja dan seumpamanya.

Tapi itulah persepsi umum yang ada sekarang. Orang awam umumnya percaya bahawa golongan paling tidak dipercayai ialah orang politik.

Jadi, kenapa ahli politik percaya mereka boleh berbohong walaupun pembohongan mereka sangat mudah untuk terbongkar? Lebih-lebih lagi di zaman media sosial sekarang.

6 sebab tersebut ialah:

1. Ramai ahli politik merupakan 'narcissists'. Narcissists orang yang angkuh. Sangat mementingkan diri, melihat diri mereka istimewa, menuntut pujian berlebihan, memiliki rasa berkelayakan dan bersifat eksploitatif.

Ciri narcissisme ini membuatkan mereka percaya bahawa mereka sentiasa betul. Jika mereka tak betul pun, mereka terlalu bijak untuk tertangkap atau merana akibat perbuatan mereka. 

John Edwards, mantan senator dan calon Timbalan Presiden AS pernah berkata, "[Pengalaman saya] memberikan saya self focus, egotism, seorang narcissism yang membawa anda percaya bahawa anda mampu buat apa sahaja yang anda mahu."

2. Ahli politik tahu bahawa pengikut mereka akan percaya mereka, walaupun dalam situasi bukti sebaliknya tak dapat disangkal lagi.

Ahli politik dan pengikut hidup dalam suasana menerima maklumat dari sumber yang sama. Siaran berita yang sama, radio yang sama, akhbar yang sama, laman sesawang yang sama, dan lepak dengan golongan yang berfikiran sama.

3. Orang ramai tak nak dengar kebenaran. Kebenaran dalam banyak perkara adalah menyakitkan. Tiada orang yang mahu dengar perkara yang mengancam kewujudan mereka, kepercayaan mereka, atau yang membuatkan mereka rasa tak selesa.

Adalah lebih baik ahli politik bercakap tentang perkara yang menyebabkan rakyat rasa selesa. Tiada sebab ahli politik nak bercerita tentang berita buruk sedangkan rakyat mahu dengar 'fair tales with happy endings', yang akhirnya menjaga undi mereka. 

4. Satu contoh daripada keburukan internet ialah berita palsu yang dipercayai orang ramai. Internet tak pernah lupa. Kisah benar atau tidak, itu tidak penting. Apa yang penting di internet ialah, ia akan terus menerus dipercayai selagi mana wujud di alam maya. Kajian mendapati bahawa orang akan cenderung khabar angin yang berlegar tentang calon politik yang mereka lawan apabila dibaca di media sosial.

5. Cognitive biases. Banyak kajian menunjukkan bahawa otak manusia cenderung untuk percaya apabila maklumat yang dihidangkan itu selari dengan apa yang telah bermain di fikiran. Selari dengan apa yang nak mereka percaya(preconceived notions). Sebaliknya, mereka tak akan percaya dengan apa-apa maklumat yang mencabar pandangan mereka yang terbina kukuh(Established views).

6. Jika satu pembohongan diulang-ulang banyak kali, orang akan anggap ia betul. Ini kerana dalam pemikiran orang awam, kalau tak betul, takkan berita masih ada. Takkan tak dinafikan. Takkan tak disaman. Bak kata 'hadis melayu' kalau tiada angin, takkan pokok bergoyang. Jadi, orang akan fikir ni pasti betul sungguh.

KESIMPULAN

Ahli politik berbohong kerana enam sebab di atas. 'Cost/benefit ratio' kerana berbohong menyebelahi mereka. Mereka sudah buat perkiraan matematik undian apabila mereka cipta satu naratif yang bersifat merosakkan imej pihak lawan atau menjawab kepada dakwaan lawan terhadap mereka. Oleh kerana itu, ahli politik berbohong kerana mereka tahu "dishonesty is the best policy for getting elected." 

Inilah jadinya apabila politik tidak dikawal dengan syariat. Tiada dosa pahala. Sudah pasti politik Islam tidak begitu. Ada dosa pahala pada apa yang diucapkan. Firman Allah SWT,

Ł…Ų§ ŁŠŁ„ŁŲø Ł…Ł† Ł‚ŁˆŁ„ Ų„Ł„Ų§ Ł„ŲÆŁŠŁ‡ Ų±Ł‚ŁŠŲØ Ų¹ŲŖŁŠŲÆ

"Tiada yang diucapkan melainkan ada di sisinya raqib atid yang mencatat ucapan itu."

1 September 2021


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo