NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bicara kes Ahmad Zahid ditangguh, masih dalam cuti sakit

KUALA LUMPUR: Prosiding kes 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN) membabitkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dijadualkan pada Rabu dan Khamis, dilapangkan kerana bekas Timbalan Perdana Menteri masih dalam cuti sakit.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa di Mahkamah Tinggi di sini menetapkan perkara itu selepas membenarkan permohonan yang dikemukakan oleh pihak pembelaan.

Menurutnya, mahkamah menerima permohonan untuk menangguhkan perbicaraan daripada pihak pembelaan pada 23 Ogos lalu berserta sijil cuti sakit.

Beliau berkata, ia turut disertakan dengan pengesahan daripada doktor pakar dari Avisena Specialist Hospital, Shah Alam, Dr Mohd Shahir Anuar, ketika prosiding kes di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, minggu lalu.

“Isu sama ada klinik swasta atau kerajaan, terjawab apabila doktor pakar itu hadir di mahkamah dan mahkamah dapati bahawa isu kesihatan yang dikemukakan disahkan doktor itu sendiri,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, berasaskan kandungan sijil kesihatan secara prima fasie, menunjukkan bahawa tertuduh tidak layak untuk hadir prosiding sehingga 4 September.

Mahkamah kemudian menetapkan perbicaraan diteruskan pada 28 September, 22 Oktober, 18 dan 19 November serta 20 hingga 24 Disember depan.

Dalam pada itu, Mohd Yazid mengingatkan bahawa, tarikh yang telah dikemukakan adalah tarikh yang dipersetujui oleh kesemua pihak.

- Sharian

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo