NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Paralimpik: Wei Lun menang perak buat Malaysia



KONTINJEN Malaysia menambah koleksi pingat pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 selepas atlet boccia, Chew Wei Lun memenangi pingat perak pada aksi final acara individu BC1 di Pusat Gimnastik Ariake sebentar tadi.

Pada aksi itu, Wei Lun terpaksa akur dengan kehebatan pemain No.1 dunia dari Britain, David Smith apabila tewas 2-4.

Meskipun bermula dengan cemerlang apabila mendahului 2-0 pada pusingan pertama, namun Smith menunjukkan kebangkitan pada pusingan seterusnya apabila mengutip empat mata berturut-turut.

Walaupun tewas, namun aksi yang ditampilkan atlet berusia 26 tahun itu pada Paralimpik Tokyo wajar diberikan pujian kerana dia tidak diletakkan harapan untuk memenangi pingat.

Pada masa sama, lawan yang ditemui pada perlawanan akhir hari ini bukanlah calang-calang memandangkan Smith merupakan pemenang dua kali pingat emas Paralimpik. K Online


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo