NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Perutusan Khas Perdana Menteri: Bantuan PKP 3.0

 


#TabungPerdana

1. Bantuan isi rumah keluarga <RM2500 akan dapat bantuan RM500.

2. Pendapatan isi rumah <RM2501- RM5000 akan dapat bantuan RM300.

3. Orang bujang pendapatan <RM2500 dapat bantuan RM100.

Moratorium Automatik

4. B40 dan yang terjejas dapat kelulusan moratorium automatik selama 3 bulan atau bayaran 50% selama 6 bulan.

Hubungi bank masing masing ya kawan 

5. Subsidi upah dilanjutkan selama 1 bulan. 

6. Geran Khas Prihatin

7. Pemandu pelancong, kereta sewa dan teksi dapat bantuan RM500 one off.

8. Penalti cukai ditangguhkan

9. Sektor terjejas dapat diskaun bill elektrik 10%

10. Potongan sewa pemilik bangunan dan ruang niaga penyewa bangunan kerajaan 

11. Pengecualian Duti setem HOC dilanjutkan hingga 31 dec 2021

12. Gaji menteri ditangguhkan selama 3 bulan.

Kejayaan lockdown ini bergantung kepada kita semua.

Penghargaan buat semua frontliner yang telah setahun berjuang tanpa penat dan lelah

Moga kita semua diramati

Sumber: https://www.facebook.com/1335008716/posts/10220217032559405/

Ziarah raya, solat jemaah di surau punca kes naik di Kelantan


Kota Bharu: Ziarah raya dan solat jemaah di surau dikenal pasti antara punca kes jangkitan Covid-19 meningkat secara mendadak di Kelantan sehingga melebihi 900 kes sehari.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dr Izani Husin berkata, pada masa sama, berlaku rentas negeri yang turut menyumbang kepada peningkatan kes.

Katanya, kenaikan kes di Kelantan adalah di luar jangkaan kerana terlalu tinggi selain kewujudan kluster yang banyak.

"Pada masa sama, kematian di Kelantan disebabkan Covid-19 juga meningkat secara mendadak iaitu 37 kematian pada April dan 117 kematian pada Mei lalu.

"Kita menjangkakan kes di Kelantan terus meningkat melebihi 1,000 kes sehari pada Jun ini memandangkan kes sudah berada dalam komuniti. Ini yang kita bimbangkan.

"Inilah kesan disebabkan kegagalan kita (rakyat) mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Malah, yang terbaru kita kesan masih ada penduduk melakukan solat jemaah di surau di Pasir Mas sehingga menyebabkan 37 positif di Kampung Chetok," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri (JKKN) yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zaini Hussin.

Dr Izani berkata, sebanyak 12 lokasi dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kelantan dan dijangka akan disambung sekiranya jumlah kes masih tinggi.

"Sebanyak 14 Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) sudah dibuka dan dijangka bertambah dengan peningkatan kes," katanya.

200,000 defied travel ban to 'balik kampung' for Hari Raya



KUALA LUMPUR: Some 200,000 people defied the interstate travel ban to return to their hometown during the Hari Raya Aidilfitri festive period.

Senior Minister (Security Cluster) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob said some of the 'balik kampung' returnees had abused their work permission letters or used emergency as an excuse to obtain police permission letters to bypass roadblocks.

"When the government announced that interstate travel was banned during Hari Raya, many people were angry that they cannot balik kampung, and we were informed that 200,000 managed to pass the roadblocks.

"You can lie to the police but we can't lie to Covid-19 which is everywhere. As a result, there were many clusters linked to Hari Raya following the festivities with cases of deaths," he said in a press conference today.

He said that Malaysia would have ended up with 13,000 to 15,000 daily cases if the government had allowed interstate travel during Aidilfitri.

"Why the interstate travel was banned because the Health Ministry had forecasted such a situation.

"Tan Sri DG (Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah) informed that cases would be from 13,000 to 15,000 if interstate travel and visitations were allowed during Hari Raya."

The dismayed Senior Minister also urged Malaysians to be honest when applying for permission letters from the police.

"Work permission letters issued by the International Trade and Industry Ministry will only be valid till May 31, starting June 1, the letter will be issued by the respective ministries based on the nature of work.

"After this, only those with the letters from relevant ministries and police would be allowed to make interstate travel.

"Please be honest when you apply for the interstate travel letter, there were instances where police had to reject genuine applications due to the dishonest applications, because of that some were not able to return home to visit their sick parents," said Ismail Sabri.

https://www.nst.com.my/news/nation/2021/05/694428/200000-defied-travel-ban-balik-kampung-hari-raya

Tahukah anda? Di sebalik abjad A B C D .....



Subhanallah ..!!!

Bijak sekali yg merangkai arti abjad  A s/d Z 

Cuba baca yaa ..

A llah

B eri kita hidup

C uma sekali

D i dunia ini...

E sok kita muhasabah

F ikir akan akhir hayat

G erbang akhirat pun

H ampir tiba

I nilah hakikat hidup

J anji Allah itu pasti

K alimat syahadat

L ailaha Illallah

M uhammaddur Rasulullah

N ikmat dunia hanya sementara

O rang muda atau tua

P asti merasakan mati

Q ualiti Iman jaminannya syurga

R asulullah s.a.w bersabda :

S iapa boleh mengucap syahadat jaminannya syurga

T api..jika gagal...

U ntuk mereka adalah neraka

V isi kita adalah akhirat

W alaupun dunia didepan kita

Y ang pasti semua akan ditinggal...

Z alimnya kita jika tak ada Iman dan Amal.


Pengasas kosmetik didakwa persenda Islam

Vaksin : Mitos vs fakta



MITOS VAKSIN

1. Vaksin tidak diuji ke atas manusia, cuma diuji ke atas haiwan sahaja.

2. Wabak covid-19 dibuat oleh -Yahudi supaya dapat berniaga vaksin.

3. Lambang WHO melambangkan dalam penawar/ubat ada racun.

4. Vaksin Covid-19 Sebabkan Kemandulan

5. Banyak Korban Meninggal Dunia karena Vaksin Covid-19

6. Vaksin Covid-19 Berbahaya Bagi Ibu Menyusu

7. Vaksin Covid-19 Mengubah DNA

8. Audio MakTeh : https://www.facebook.com/yazeedhairi/posts/10165557498380232

9. Video Aqila Yusri: https://twitter.com/tengkunurlissa/status/1396091444733964288

10. Pembuatan vaksin ini adalah hasil daripada konspirasi kuasa Barat dengan mencipta virus Covid-19

11. Vaksin Covid-19 ini dituduh sebagai berkomplot untuk memasukkan nanochip semata-mata ingin mengawal manusia dan akhirnya membunuh manusia melalui nanochip dan gelombang 5G.

12. Saya bukan antivax, tapi saya ada hak untuk tidak benarkan bahan luar masuk ke dalam badan.

13. Ambil AstraZeneca menyebabkan darah beku.



























Ringkasan SOP PKP MKN (tidak dibenarkan) 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021

Covid 19: Kes harian dah turun sedikit berbanding semalam



Pada 30 Mei 2021; Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,999 kes.

Pecahan setiap negeri:


Selangor : 2,477 kes

Sabah : 190 kes

WPKL : 616 kes

Johor : 433 kes

Sarawak : 513 kes

Pulau Pinang : 248 kes

Kelantan : 612 kes

Negeri Sembilan : 468 kes

Perak : 212 kes

Kedah : 422 kes

Melaka : 202 kes

Pahang : 239 kes

Terengganu : 214 kes

WP Labuan : 133 kes

WP Putrajaya : 13 kes

Perlis : 7 kes




Arakan Rohingya Somaj turut menghulurkan bantuan kecemasan untuk saudara di Gaza, Palestin

Komuniti Arakan Rohingya Somaj turut tidak ketinggalan untuk menghulurkan bantuan kepada saudara kita di Gaza, Palestin yang memerlukan bantuan & sumbangan kecemasan. 

Wakil komuniti tersebut telah menyerahkan sumbangan pertama berjumlah RM5100 melalui wakil NGO The Palestinian Association For Development & Benevolent Works, PAFDBW

(Initiative of youth of Gaza cooperate with Malaysian)

Majlis ringkas tersebut telah diadakan pada 29 Mei 2021 di Pandan Jaya, Selangor. Pihak kami, PAFDBW akan terus menyalurkan sumbangan tersebut pada hari ini juga untuk disampaikan terus kepada mangsa-mangsa perang di Gaza. 

Pihak kami difahamkan bahawa akan ada lagi beberapa siri penyerahan wang sumbangan dari komuniti tersebut bergantung kepada sumbangan yang diterima.

Pihak PAFDBW mengucapkan terima kasih di atas sumbangan yang telah diberikan. Mereka amat perihatin dengan nasib saudara kita di Gaza yang telah dizalimi oleh pengganas Zionis dlm perang selama 11 hari yang bermula penghujung Ramadhan lalu. 

Pihak kami sebelum ini ada menerima sumbangan dr beberapa pihak spt alumni sekolah, alumni IPT, badan Korporat, NGO & Yayasan yang mengadakan pungutan di kalangan mereka atau sumbangan dari organisasi terbabit.

Sekiranya ada pihak-pihak lain yang mengadakan pungutan derma untuk Palestin, pihak kami bersedia untuk menyampaikannya terus kepada mangsa-mangsa perang di Gaza. InsyaAllah dalam masa tidak sampai 1 hari sumbangan tersebut berjaya disampaikan oleh pihak kami.

Sila hubungi pihak kami... 

MEREKA LEBIH MEMERLUKAN

Hj Nazri Deraman
Wakil Malaysia
The Palestinian Association For Development & Benevolent Works, PAFDBW
(Initiative of youth of Gaza cooperate with Malaysian)
Tel 0139811605
29 Mei 2021

Fahami sejarah Vaksinasi


1. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) yang menganjurkan program Jom Vaksin. Saya mewakili YB Dr Nik Zawawi Salleh, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat telah diberi ruang untuk berucap dalam program pelancaran yang telah diadakan pada 29 Mei 2021. Program seumpama ini mesti digerakkan oleh semua pihak samada agensi Kerajaan, swasta, syarikat-syarikat, NGO dan seluruh lapisan masyarakat.

2. Islam adalah agama yang membawa ajaran serta cara hidup sempurna meliputi seluruh aspek kehidupan manusia baik daripada sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara termasuklah vaksinasi. Vaksinasi dalam bahasa Arab disebut tat'im atau talqiih. Saya cuba mengajar seluruh umat Islam merasa kagum dan bangga dengan sejarah ketamadunan Islam. Sikap ini akan mengubah mentaliti segelintir yang sentiasa melihat sesuatu pembaharuan dalam perkembangan ilmu dan teknologi merupakan agenda yahudi atau Barat. Kesedaran tentang sejarah kegemilangan ilmu dan ketamadunan Islam adalah pencetus minda ummah untuk mengambil peluang untuk memperteguhkan kesuburan ilmu Islam dalam pelbagai bidang.




3. Idea atau fikrah vaksinasi tidak pelik dan bukan sesuatu ilmu khurafat dalam sejarah Islam. Pemerolehan kekuatan imuniti oleh tubuh akibat jangkitan sebelumnya, kenyataan daripada Abu al-Tayyib al-Mutanabi (wafat 354 Hijrah / 965 M) yang hampir meramalkan prinsip di mana vaksinasi perubatan moden didasarkan.

لعلّ Ų¹َŲŖŲØَك Ł…Ų­Ł…ŁˆŲÆٌ Ų¹ŁˆŲ§Ł‚ŲØُه * فرُŲØّŁ…Ų§ ŲµŲ­ّŲŖ الأجسادُ بالعِŁ„َŁ„!!

“Mudah-mudahan celaan ke atas kamu mendatangkan natijah yang terpuji * Berkemungkinan sihatnya jasad dengan asbab penyakit yang dihidapi”

4. Ungkapan ini bukan menjadi dalil hukum atau prinsip syarei ( Ų§Ł„ŲŖŲ§ŲµŁŠŁ„ Ų§Ł„Ų“Ų±Ų¹ŁŠ) tentang pengharusan vaksinasi tetapi gambaran tentang idea vaksinasi bukan sesuatu yang baru dalam sejarah Empayar Islam. Masyarakat Islam dahulu telah berbicara tentang idea vaksinasi yang menjadi konsep vaksinasi dalam perubatan moden sekarang.

5. Ibnu Sina telah menyebut dalam kitabnya 'Qanun fi at-tibb' bahawa penggunaan imuniti tubuh badan dengan sesuatu penyakit atau kesakitan. Beliau memberikan contoh kemampuan tubuh untuk memperoleh kekebalan dari toksin sekiranya digunakan secara beransur-ansur.

“Beberapa wanita tua pada awalnya mengambil sedikit akonit (bahan toksik), dan kemudian tidak terus menemani sehingga alam semula jadi mendapatkannya (sifat tubuhnya) dan berani padanya, dan tidak ada yang menyakitinya! "

6. Jika Barat baru mengenali vaksinasi pada kurun ke 18, umat Islam lebih awal mengenali vaksinasi dalam bentuk idealisme dan pengamalan, khususnya di zaman khilafah Islam Uthamaniyyah.

7. Saya mewakili Dewan Ulamak PAS Pusat, menyeru semua pihak berganding bahu dan berusaha menyedarkan masyarakat mendaftar dan menerima suntikan Vaksin. Semoga negara kita berjaya mencapai sasaran 80% atau 26.5 juta penduduk mengambil vaksin dan berjaya mencapai sasaran Herd Immunity/imuniti kelompok. Akhirnya, insyaAllah kita semua akan menang dan dapat mengawal penularan #COVID19.


JOM VAKSIN !!!

Ulamak Perteguh Muafakat
Islam Memperkukuh Perpaduan


YB USTAZ MOHD NOR HAMZAH ialah Ketua Penerangan, Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP)

Kes COVID-19 di UK menurun bukti kejayaan awal vaksin



LAPORAN awal Program Imunisasi COVID-19 di United Kingdom (UK) bermula Disember lalu, kini masuk bulan keenam. Antara tujuan utamanya, mengurangkan kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital dan menurunkan kes kematian akibat jangkitan virus ini.

Sehingga 23 Mei lalu, di England sahaja seramai 51.3 peratus rakyatnya menerima dos pertama dan 31.4 peratus pula melengkapkan kedua-dua dos. Golongan tua menerima vaksin teramai berbanding golongan lain.

Ini juga strategi mengambil kira faktor risiko jangkitan dan kematian sejak awal Mac tahun lalu lagi. Laporan Public Health England COVID-19 Vaccine Surveillance Report Week 21 pada 27 Mei lalu menyatakan berdasarkan ujian antibodi terhadap penderma darah mendapati 73.6 peratus orang dewasa di England mempunyai antibodi terhadap COVID-19 sama ada berasal dari infeksi COVID-19 atau hasil vaksin diterima. Hanya 15.6 peratus dalam kalangan mereka mempunyai antibodi hasil daripada infeksi.

Maklumat status peratusan antibodi ini sangat memberangsangkan kerana memberi petunjuk semakin ramai rakyat di England terbentuk antibodi bersifat pencegahan ke atas COVID-19 dalam sistem imun badan.

Antara 'kejayaan' awal program imunisasi ini juga ialah jumlah kes positif COVID-19 menurun, termasuk jumlah kemasukan ke wad dan kematian, terutama golongan berusia lebih 60 tahun.

Ini bertepatan hasil kajian COVID-19 mendapati lebih 98 peratus dalam kalangan dewasa berusia lebih 60 tahun mempunyai antibodi terhadap COVID-19 sama ada akibat infeksi terbuka atau hasil vaksinasi.


Data statistik keberkesanan program ini menunjukkan pengurangan kemasukan wad lebih 39,000 pesakit dan penurunan jumlah kematian lebih 13,000 pesakit dewasa.

Apa boleh kita pelajari daripada maklumat awal program imunisasi UK? Kaedah kawalan penularan jangkitan mesti berdasarkan program vaksin secara komprehensif ke atas semua penduduk atau sekurang-kurangnya mereka berisiko tinggi.

Program vaksin secara massa boleh memberi impak cepat dan memutuskan penularan jangkitan seperti COVID-19. Sekadar bergantung pematuhan prosedur operasi standard (SOP), Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan mengamalkan penjarakan fizikal tidak memadai.

Justeru, semua rakyat tanpa mengira latar belakang dan kedudukan wajar memahami konsep kawalan pencegahan penyakit serta memberi komitmen sepenuhnya.

Setakat hari ini pendaftaran menggunakan aplikasi MySejahtera untuk penerima vaksin di bawah Program Imunisasi COVID19 Kebangsaan (PICK) ialah 11,564,724 atau 36 peratus daripada 32.75 juta rakyat Malaysia hingga suku pertama tahun ini atau 45 peratus daripada sasaran 80 peratus penduduk menerimanya hingga Februari tahun depan.

Daripada jumlah itu, hanya 1.8 juta menerima vaksin atau tujuh peratus daripada sasaran. Jika kita rujuk jumlah penerima vaksin berbanding perancangan Jawatan Kuasa Jaminan Akses Vaksin (JKJAV), didapati peratusan masih kurang selepas fasa satu tamat akhir April lalu.

Sesuatu drastik wajar dilakukan kerajaan dan JKJAV supaya Malaysia boleh menerima lebih banyak bekalan vaksin bagi membolehkan fasa dua yang baru bermula mencapai objektif lebih tinggi.

Pada waktu pandemik ini, tanggungjawab semua pihak wajar digerakkan, bukan lagi hanya bergantung kepada Kementerian Kesihatan (KKM).

Tidak dinafikan masih ramai mempermainkan isu status tidak halal vaksin, teori konspirasi dan pelbagai teori menakutkan orang ramai untuk tampil sukarela menerima vaksin.

Sebahagiannya, individu profesional, berlatar belakang agama, guru agama, ketua kawasan dan mereka berpengaruh dalam komuniti. Mereka sering menyampaikan fakta tidak tepat.

Perlu ditekankan ilmu sains perubatan sangat luas dan ilmu vaksin ini perlu dipelajari daripada pakar mahir dan terlatih. Jika kita kaji semula asal ilmu dan kemahiran vaksin, ia bermula lebih 300 ratus tahun lalu.

Pada zaman kegemilangan Islam Uthmaniyah di Turki, saintis Islam membangunkan vaksin 60 tahun lebih awal daripada penemuan vaksin cacar oleh Edward Jenner pada 1796.

Dengan fakta sejarah ini, golongan antivaksin atau penolak vaksin wajar mengkaji semula kenapakah ilmu ini dibawa balik ke Eropah yang hingga kini terus dibangunkan saintis merata dunia.

Berdasarkan perkembangan semasa jumlah kes positif COVID-19 harian, kita tiada pilihan dan tidak boleh lagi diganggu perkara sampingan menjejaskan kesejahteraan, kesihatan dan kehidupan sosial.

Ayuh, sama-sama kita fokus dan mencari penyelesaian serta ringan tulang dalam memastikan rantaian penularan ini dapat diputuskan, jumlah kes serta kematian akibat COVID-19 terus berkurangan.

**Penulis adalah Timbalan Pengarah, Institut Kajian, Pembangunan dan Inovasi (IRDI), International Medical University (IMU) dan Presiden Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-MEDIK)






Ucapan Presiden PAS Majlis Pelancaran Kempen "Jom Vaksin"

Ebit Liew gagal masuk ke Gaza - Nadir Al Nuri


Soalan yang paling ramai orang tanya saya hari ini : Dah jumpa Ustaz Ebit Liew atau belum?
Untuk makluman UEL belum boleh masuk ke sini dan sebagaimana saya sebut sebelum ni, sangat susah untuk dapat masuk.

Begitu dikhabarkan Kementerian Luar Mesir dan begitu juga Kementerian Luar Palpower di sini.
Media tolong lebih amanah dan tepat dalam menyalurkan berita.

Iswardy Morni lebih daripada menghina Yang Di-Pertuan Agong



Saya telah berpeluang menonton dan mencatitkan sebiji-sebiji ucapan dalam video yang menyebabkan Iswardy Morni ditahan oleh pihak polis.

Tidak dinafikan bahawa perkara utama yang menimbulkan kemarahan rakyat adalah tindakan beliau menghina Yang di-Pertuan Agong.

Kata-kata beliau berbunyi:
Oh, Tuanku? Tuanku? Tuanku? Tuanku? Tuanku, bangun tak? Tuanku, bangun tak? Ha, bangun tak bangun ni? Tahu tak apa yang berlaku kat sekeliling kita ni? Tahu tak sekarang ni angka lapan ribu, Tuanku? Yalah, kita tahulah istana tu sedaplah, makan minum tidur apa semua kat situ, sedaplah, tahu, ya, kita tahu.
Tidak lain cuba memberikan gambaran seolah-olah Yang di-Pertuan Agong tidak tahu dan tidak kisah dengan apa yang menimpa rakyat.

Kata-kata beliau berbunyi:

Tuanku? Tuanku? Tuanku tak nak cakap apa-apakah, Tuanku? Sultan Johor dah cakap, Tuanku, tak kisahlah dia kata nak apa nama lockdown bersasarkah apa, at least dia bagi cadangan, Tuanku, bagus tu, bagi saya ok. Saya respect Sultan Johor, Tuanku. Tuanku tak nak bagi kenyataankah? Janganlah bagi kenyataan, “Dengan ini Beta merasakan bahawa kita hendaklah duduk di rumah”. Jangan cakap macam tu, Tuanku. Itu hari-hari Muhyiddin cakap, Tuanku. Itu kita tahu. Tak, kita sekarang ni kena buat macam mana, Tuanku?

Tidak lain cuba memberikan gambaran seolah-olah Yang di-Pertuan Agong langsung tidak peka dan tidak bersuara mengenai nasib rakyat.

Kata-kata beliau berbunyi:
Nampak gayanya kerajaan yang ada sekarang tak tahu apa nak buat, Tuanku, dia orang ni clueless. Dia macam monyet dapat bunga, dia macam kera dapat bunga, dia tak tau nilai kera tu. Dia macam kera dapat Mercedes Benz, Tuanku. Ha, kera Mat Yeh dekat Kelantan tu dapat Mercedes S Class, Tuanku, tapi haram tak reti yang tu Mercedes, dia pergi lenjan naik atas tercabut dia punya side mirror, pergi gegar-gegar, scratchkan, ambil batu hantuk dia punya cermin, Tuanku. Ini kerajaan ada sekaranglah, beruk dapat Mercedes Benz S Class, Tuanku. So Tuanku nak buat apa, Tuanku? Kalau tahun lepas 2008 saya ingat lagi Tuanku ya, Tuanku cepat, cepat bertindak, oish, cepat sungguh bertindak, Tuanku. Sekarang macam mana, Tuanku? Bila nak bertindak? Tak apalah, Tuanku, tak apalah, biarlah ramai rakyat Tuanku matilah.
Tidak lain cuba memberikan gambaran seolah-olah Yang di-Pertuan Agong tidak berbuat apa-apa dan akan membiarkan sahaja ramai rakyat mati.

Tetapi lebih daripada itu, kata-kata Iswardy Morni ini juga cuba menanamkan ketidakyakinan rakyat terhadap usaha kerajaan menangani Covid-19.

Kata-kata beliau berbunyi:

Vaksin sekarang ini, program imunisasi negara dikendalikan oleh satu agensi, satu kementerian yang tak pernah, tengok vaksin pun tak pernah, let alone handle pasal benda ni semua. Kita serahkan semua kepada orang yang bukan ahlinya. Rasulullah dah sebut dalam hadith, Apabila kita meletakkan urusan itu kepada mereka yang bukan ahlinya, maka tunggulah kebinasaan, Apabila kita bagi urusan itu kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah kebinasaan.

Tidak lain cuba memberikan gambaran seolah-olah program vaksinasi negara akan menemui kegagalan dan negara akan mengalami kebinasaan.

Kata-kata beliau berbunyi:
“Ingat tak apa yang berlaku tahun lepas masa PKP, masa lockdown? Kenapa berlaku lockdown? Selepas kejatuhan kerajaan kan? So tak mustahil lockdown ini sebenarnya sebab takut kerajaan jatuh lagi, tak mustahil.”
Tidak lain cuba memberikan gambaran seolah-olah total lockdown yang diumumkan oleh kerajaan bertujuan politik dan bukan untuk menangani Covid-19.

Kata-kata beliau berbunyi:

Siapa yang menyebabkan PRN Sabah? Siapa yang bawa duit nak beli YB-YB itu semua? Siapa? Siapa yang sibuk pergi ke Sabah muka dia terpampang kat Sabah? Siapa yang lepaskan Musa Aman? Dan aset dia beratus juta tu? Untuk tujuan apa? Nak beli YB-YB tu kan? Katak-katak melompat tu kan?

Tidak lain cuba memberikan gambaran seolah-olah institusi negara, khususnya institusi kehakiman, dengan mudah boleh dipergunakan untuk tujuan politik.

Malah, kata-kata beliau berbunyi:

Tuan-tuan, ini karma. Orang yang percaya karma dia percaya karma. Orang yang tak percaya karma, ini pembalasan. Ini azab kepada kerajaan pengkhianat yang mengkhianati, yang menggunakan segala bentuk kebobrokan dan kejahatan untuk terus kekal berkuasa dan dihalalkan dicophalalkan oleh penunggang-penunggang agama di dalam PAS, dicophalalkan oleh penunggang-penunggang agama di dalam PAS. Tidak ada kemurkaan yang paling besar daripada Allah SWT daripada mereka yang bercakap, keluar di bibir, lidah, mulut, suaranya, “agama”, “agama”, “agama”, tetapi jiwa, naluri, perbuatannya tidak lain daripada perbuatan syaitan yang direjam, syaitan bertopengkan manusia, berserban lilit, berjubah, tetapi syaitan belaka.

Tidak lain cuba memberikan gambaran seolah-olah kerajaan yang ada membuat pelbagai kebobrokan dan kejahatan serta seolah-olah PAS adalah syaitan.

Lalu soalan saya adalah: Wajarkah orang begini dan semua kata-kata begini dipertahankan?

Salam takziah: Mufti Perak meninggal dunia






1Media.My mengucapkan Takziah di atas Kembali KeRahmatullah, Mufti Perak Tan Sri Dato' Seri Dr. Hj. Harussani bin Hj. Zakaria. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT.

Sesungguhnya beliau menyumbang jasa yang besar kepada negeri Perak dan negara Malaysia selama berkhidmat sebagai Mufti Kerajaan Negeri Perak dan pemergiannya sukar dicari ganti .

Akibat sejarah yang telah dipadam.

Gambar sekadar hiasan. Sumber: https://www.thevocket.com/belajar-sendiri-perisian-kini-dapat-bangunkan-kota-melaka-3-dimensi-yang-menarik/

Kali pertama saya melihat replika Istana Kesultanan Melaka pada tahun 1986 saya amat kagum dengan kehebatannya. Istana tersebut dibina berdasarkan catatan Sejarah Melayu tentang senibina Melayu di zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah, Sultan Melaka ke 6 yang memerintah dari 1456 hingga 1477. Sebagai seorang pelajar yang mengikuti jurusan senibina ketika itu saya menyedari kewujudan bangunan-bangunan bersejarah yang berskala besar di negara kita tetapi kebanyakannya dibina setelah Tanah Melayu dijajah. Malah kebanyakan bangunan-bangunan tersebut direkabentuk dan dibina oleh orang-orang Eropah.

Contohnya Bangunan Sultan Abdul Samad di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur yang menjadi tumpuan pelancong direkabentuk oleh arkitek British A.C. Norman. Di Kuala Kangsar di mana saya bersekolah menengah terdapat Masjid Ubudiah yang begitu indah tetapi ia juga hasil rekabentuk arkitek Inggeris, A.B. Hubback, yang juga arkitek untuk Stesyen Keretapi Kuala Lumpur.

Tetapi tidakkah terdapat bangunan-bangunan yang lain? Mustahil tidak ada kerana telah wujud kerajaan-kerajaan Melayu yang hebat bukan sahaja di Tanah Melayu tetapi di seluruh Nusantara sebelum tibanya penjajah Eropah. Kesultanan Melaka yang menguasai wilayah yang luas merangkumi negara-negara Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura sudah tentu memiliki sistem pentadbiran yang kompleks dan tersusun. Ianya sudah tentu disokong oleh tenaga kerja yang ramai dan mereka sudah pasti tidak ditempatkan di bawah pokok atau di tempat yang lapang.

Tetapi di manakah bangunan-bangunan mereka? Di manakah Istana Sultan, pejabat Bendahara, pejabat Laksamana atau pejabat Syahbandar? Kita tidak nampak semua itu di Melaka hari ini kecuali replika Istana tersebut. Yang ada hanya bangunan peninggalan penjajah seperti kota A'Famosa, bangunan Stadhuys yang dibina penjajah Belanda dan gereja-gereja.

Negara kita telah menjadi mangsa kepada penjajah-penjajah yang datang dengan dendam Perang Salib untuk merompak negara kita dan memusnahkan sistem kenegaraan dan kemasyarakatan Pribumi tempatan. Mereka tidak datang sekadar didorong oleh 3G ( Gold, gospel and glory ) atau kekayaan, agama dan nama tetapi datang dengan dendam sejak Zaman Pertengahan ( Middle Ages ) akibat pertentangan di antara dunia Barat dan dunia Islam.

Menurut kajian Dr Kamarul Afizi Kosman dan Dr Noor Aisyah Mokhtar ( 2019 ), Tome Pires ( 1465 - 1540 ) seorang pengembara dan Duta Raja Portugis ke negara China di abad ke 15 telah membandingkan Bandaraya Melayu Melaka dengan pusat perdagangan penting Eropah, Venice di Itali. Menurut penelitian Pires, Melaka setanding dengan Venice dari segi kemakmuran dan pembangunan di mana ia boleh mengancam kedudukan Venice sebagai pusat perdagangan utama dunia. Justeru itu Melaka merupakan bandaraya yang dipenuhi dengan bangunan-bangunan batu bata dan bukan kayu semata-mata seperti yang kebanyakan kita sangkakan hari ini.

Lukisan pengintip-pengintip ( spies ) Portugis dan Belanda juga telah merekodkan keadaan sebenar bentuk fizikal bandaraya tersebut. Lukisan-lukisan itu adalah tepat kerana ia bertujuan untuk memberi maklumat yang terperinci sebelum sebarang tindakan ketenteraan. Mereka menggambarkan sebuah bandaraya di mana terdapat Istana, Masjid Agung, bangunan-bangunan pentadbiran dan rumah-rumah yang hebat dibina daripada batu bata atau batu. Seorang ahli sejarah Portugis, Gaspar Coreira yang hidup pada akhir abad ke 15 dan awal abad ke 16 melaporkan terdapat sebuah masjid besar yang dibina dengan bongkah batu dan bangunan-bangunan batu yang lain. Tetapi semua itu telah tiada.

Ke mana semuanya bangunan-bangunan itu? Sudah tentu untuk memberi laluan kepada kota dan bangunan-bangunan baru penjajah. Kajian Dr Kamarul dan Dr Noor Aisyah juga menjumpai maklumat di dalam dokumen-dokumen Portugis bahawa kota A'Famosa turut dibina dengan batu granit dan batu-batu dari runtuhan masjid, batu-batu nisan dan bangunan-bangunan lain. Tidak hairan bangunan-bangunan asal Bandaraya Melayu Melaka telah hilang untuk selama-lamanya. Penjajah tidak akan membiarkan warisan anak negeri kekal.

Apakah kesan hilangnya warisan ini? Akhirnya terdapat mereka yang menganggap hanya penjajah yang telah membawa tamaddun ke Tanah Melayu. Sebelum kedatangan orang asing ke Nusantara seolah-olah tidak ada apa-apa yang boleh dibanggakan di negara ini. Mereka menolak segala pencapaian Pribumi sebelum kedatangan penjajah. Segala warisan, peninggalan dan sejarah telah dipadam atau ditulis semula oleh penjajah.

Adakah kejahilan yang menyebabkan ada yang menolak penggunaan tulisan Jawi? Adakah kejahilan juga yang menyebabkan ada yang menolak usaha untuk memperkasakan peranan Mahkamah Syariah? Mungkin ada yang lupa atau sengaja lupa terdapat bukti akan penggunaan undang-undang Islam dan peranan tulisan Jawi di negeri-negeri Melayu. Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702 Hijrah atau 1303 Masehi yang diiktiraf oleh UNESCO sebagai Warisan Dunia menerangkan tentang Islam sebagai agama rasmi dan hukum-hukum Islam adalah buktinya. Batu bersurat itu bertarikh lebih 200 tahun sebelum penjajah mula bertapak di Tanah Melayu.

Generasi hari ini perlu mengetahui dan memahami sejarah negara kita. Kita semua perlu menghargai warisan kita. Tanpa pengetahuan dan kefahaman kita amat mudah untuk kita dipermainkan oleh mereka yang mempunyai agenda tersendiri. Walaupun kita dijajah selama 446 namun kita mempunyai sejarah yang boleh dibanggakan. Perjuangan untuk membebaskan tanah air yang mengorbankan begitu ramai nyawa anak negeri telah berjalan berterusan tanpa henti sejak 1511 hingga 1957. Jangan kita lupa akan kenyataan ini.


Dato' Iskandar Abdul Samad
Ketua Penyelaras
Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat Dan Perumahan
28 Mei 2021

Kluster raya


KLUSTER RAYA telah kita jangka dan masa yang ditunggu telah tiba. Ianya telah membuahkan hasil di daerah Hulu Terengganu (HT). Daerah yang sebelum ini berstatus HIJAU  yang agak lama sebelum bertukar ke status merah dalam sekelip mata.  

Gara gara masih ada yang melanggar SOP hanya kerana ingin beraya. Rentas negeri masa raya dan ziarah raya. Akhirnya seluruh mukim Kuala Berang dilaksanakan PKPD bagi membendung penularan yang besar. 

Sekelip mata terdapat 124 kes aktif yang disumbangkan oleh 5 kluster aktif di HT.

Antaranya  Kluster LH. Ada sejarah balik dari Johor 2 hari sebelum raya. Ada pula ziarah raya antara ahli keluarga terdekat. Akhirnya seramai 24 orang disahkan positif. Merebak ke pasar pula di mana 4 pekerja am di pasar itu  telah disahkan positif. Bagaimana risiko peniaga dan pembeli di situ. Semuanya terdedah dan ditakuti jangkitan telah meluas tanpa sedar...

Kluster sebuah taman perumahan. Balik beraya di Bentong dan tergamak balik beraya pulak dengan jiran jiran. Akhirnya 6 disahkan positif dan kontak rapat juga menjangkau ratusan orang. 

Sama lah kisah seorang balik dari Johor untuk berkawin. Tapi masih melakukan ziarah raya dengan famili terdekat. Akhirnya 5 dikesan positif. Kontak rapat masih dikesan.

Kluster terbaru di Mukim Hulu Telemong pula, ada sejarah balik beraya dari Melaka dan sudah kembali semula  ke Melaka. Balik dalam keadaan bergejala. Sudah menular ke sebuah pejabat pula. Akhirnya 10 pekerja pejabat disahkan positif. Kontak rapat sedang dikesan. 

Kenapa begini sikap kalian?. Nak kata tak tahu rasanya bersepah nasihat melalui media masa diberikan bersabit SOP raya. Tu namanya memperlekehkan SOP. 

Jawaban skema majoriti kes "Ingat kan tak ada apa2". Habis selama ini mereka ingat Covid 19 tu rekaan sahaja ke? 

Sebuah kisah di Mukim Tanggol. Seramai 14 orang ziarah ahli keluarga yang meninggal di daerah Marang. Rupanya di sana ada kes positif. Kesemua 14 orang disahkan positif. Kalau 14 orang ini DUDUK RUMAH boleh tahan lagi. JIKA  gerak sana sini kita agak 140 orang lagi akan terdedah. 

Kalau betul ada keperluan untuk ziarah kematian, memadai seorang atau dua orang sahaja  pergi dan PATUH SOP sepenuhnya. Ini tidak....


Akhirnya menular ke masjid pula bila mana seorang bilal dan jemaah disahkan positif. Berapa ramai  jemaah dan ahli keluarga jemaah terdedah. Bayangkan... 


Kita terang terang bagi nasihat tangguh rentas negeri tangguh  semua majlis raya atau ziarah raya. Nak elak perkara ini tapi kalian berterusan melanggar SOP. Mungkin kalian fikir kalian kebal dengan jangkitan Covid 19. 

Sekarang musibah telah berlaku angkara tangan sendiri bukan tangan orang lain. Tak perlu tuding jari kepada sesiapa. Hakikatnya kita yang salah. Akhirnya kita nangis sama2 melihat angka kematian meningkat setiap hari  merentas sempadan umur. Jangan sampai katil ICU di Terengganu sudah tidak berbaki.

Masih tak berbekas ke hati nurani kita? 

Daerah Hulu Terengganu tidak boleh lagi dianggap daerah selamat. Sekarang ini bukan Mukim Kuala Berang jer yang ada kluster. Mukim Hulu Telemong dan Mukim Tanggol juga sudah dilanda badai Covid 19. Jika perlanggaran SOP berterusan maka bersedia rakyat Hulu Terengganu menghadapi kluster yang lebih besar.

Kalau kita nak kawal dan putus rantaian cepat DUDUK RUMAH belaka seme. Keluar bila perlu sahaja. Tak ada sapa sanggup berlama2 begini hampir 2 tahun. Nak royat guana lagi. Cuba gok fikir sikit.

Tiada siapa yang selamat kecuali semua orang selamat.

Pengumuman lockdown bermula 1hb Jun sungguh melegakan. Diharap tindakan ini berserta KAWALAN KENDIRI mampu memutuskan jangkitan dengan cepat. 

Namun impak Kluster Raya sedang aktif maka kes dijangka terus meningkat. 

Pesanan #PKNTrg 

Dr Nor Azimi binti Yunus
Pengarah Kesihatan Terengganu

🌹Semua penulisan adalah hakcipta saya🌹

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10215041889920461&id=1826641927

Assad menang pilihan raya Syria


BEIRUT: Presiden Syria, Bashar al-Assad, memenangi pilihan raya sekali gus terus kekal di tampuk pemerintahan negara untuk penggal keempat.

Assad, 55, menerusi slogan kempen ‘Harapan Melalui Kerja’ berjaya menonjolkan diri sebagai satu-satunya calon untuk fasa pembinaan semula negara yang dilanda antara konflik paling berdarah dalam abad ini.

Semalam, Speaker Parlimen Syria mengumumkan Assad berjaya meraih 95 peratus undi walaupun negara Barat mendakwa pilihan raya itu adalah ‘tidak adil mahupun bebas.’


ASSAD ketika membuang undi dalam pilihan raya di Douma, Syria semalam.

Dari segi penampilan di khalayak atau potret, beliau lebih selesa tidak berpakaian tentera malah memilih sut perniagaan yang kemas, elegen dan bertali leher.

Dalam mesyuarat rasmi dan wawancara, malah ketika berada di barisan hadapan, Assad sering dilihat tenang tetapi tegas apabila berbicara.

Tatkala Syria dicengkam kemuncak krisis peperangan, Assad tetap percaya akan menumpaskan pemberontakan yang menurutnya adalah angkara ‘pengganas’ untuk menggulingkan beliau dengan bantuan negara Barat dan Teluk Arab.

Seorang wartawan yang pernah bertemu Assad beberapa kali sebelum dan selepas peperangan tercetus pada 2011, memberitahu AFP bahawa Presiden itu adalah ‘figura yang unik dan kompleks’.

“Setiap kali saya berjumpa dengannya, beliau kelihatan tenang…walaupun ketika tempoh paling sukar dalam peperangan,” katanya yang enggan dikenali.

http://www.pnbbcportal.com/2021/05/28/assad-menang-pilihan-raya-syria/

Guna 2 pelitup muka lebih baik – Dr. Noor Hisham

28 MEI: Penggunaan pelitup muka dua lapis, iaitu jenis perubatan yang dipakai bersama jenis kain sebagai lapisan tambahan, mampu membantu menyaring lebih banyak partikel halus.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata penggunaan pelitup muka dua lapis juga lebih baik, berbanding pemakaian pelitup muka jenis kain semata-mata.

“Pemakaian pelindung muka (face shield) bukan satu yang wajib.

“Namun pemakaian pelindung muka mampu membantu memberikan perlindungan maksimum,” katanya menerusi muat naik di Facebook rasminya, hari ini.
GAMBAR RAJAH menunjukkan cara-cara memakai dua pelapis muka dengan betul.

Beliau turut menyertakan di hantaran itu, grafik berkaitan kajian Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) mengenai pemakaian pelitup muka dua lapis.

Kajian itu mendapati pemakaian pelitup muka jenis kain yang digunakan bersama pelitup muka jenis perubatan dapat mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.

Walaupun pemakaian dua pelitup muka akan menjadikan pernafasan sedikit sukar, secara umumnya penggunaan pelitup muka perubatan (tiga lapis atau 3 ply) bersama pelitup muka kain dapat digunakan dengan baik kebanyakan pengguna, selain tidak mengurangkan pembekalan oksigen kepada pemakai.

Dalam kajian sama, dinyatakan pemakaian satu lapisan pelitup muka yang tidak diikat mampu menyekat 56.1 peratus partikel halus, manakala pelitup muka jenis kain menghalang 51.4 peratus.

Pemakaian pelitup muka jenis perubatan diikat ketat pula, mampu menyekat 77 peratus partikel halus dan pemakaian dua pelitup muka jenis perubatan dan kain menghalang 85.4 peratus.

Menerusi grafik itu, turut dinyatakan panduan pemakaian dua lapisan pelitup muka yang betul, iaitu menggabungkan pemakaian pelitup muka jenis perubatan dan kain.

Gunakan pelitup muka perubatan dengan pelitup muka kain dan sebaik-baiknya, elak mengenakan dua pelitup muka perubatan atau dua pelitup muka kain sebagai pelitup muka berganda.

http://www.pnbbcportal.com/2021/05/28/guna-2-pelitup-muka-lebih-baik-dr-noor-hisham/

Pengambilan vaksin seumpama pakai tali pinggang keledar


28 MEI: Walaupun vaksin bukan ubat tetapi ia penting untuk diambil kerana akan bertindak sebagai perlindungan terbaik bagi meningkatkan imunisasi badan dengan mengurangkan risiko dijangkiti wabak COVID-19.

Pakar Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Madya Dr Mohd Dzulkhairi Mohd Rani menyifatkan pengambilan suntikan vaksin adalah seperti penggunaan tali pinggang keledar di dalam kenderaan ketika berada di jalan raya.

Menurut beliau, penggunaan tali pinggang keledar tidak menghalang kita daripada mendapat kemalangan jalan raya namun mengurangkan risiko berdepan dengan kecederaan parah khususnya maut.

“Vaksin ini menghalang kita daripada terkena jangkitan dan komplikasi yang teruk, sama juga dengan tali pinggang keledar. Kemalangan jalan raya boleh berlaku disebabkan kecuaian individu ataupun persekitaran atau kecuaian orang lain tetapi tetap juga mendapat kemalangan.

“Tetapi mereka yang memakai tali pinggang keledar, memandu dalam kelajuan yang sama, berlanggar dengan kenderaan yang sama, kaedah kecederaan yang sama didapati bahawa mereka yang tidak memakai tali pinggang keledar mendapat kecederaan yang lebih teruk daripada mereka yang memakainya.

“Jadi, vaksin melindungi seperti mana tali pinggang keledar walaupun tidak ada polis, kita telah terbiasa memakainya. Kita tidak tahu sama ada kita akan berjumpa dengan polis, atau terlibat dengan kemalangan kita tidak tahu tetapi InsyaAllah tali pinggang keledar melindungi diri kita, begitu juga dengan vaksin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel pada Webinar Intelektual Negara 6 bertajuk Vaksin: Sejauh Manakah Ia Mampu Menjadi Penyelamat yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Pertubuhan Intelektual Negara, hari ini.

Justeru itu, Mohd Dzulkhairi menjelaskan vaksin berfungsi untuk melawan jangkitan atau dapat mengurangkan risiko komplikasi, bergantung kepada tahap kesihatan tubuh seseorang.

Beliau juga tidak menolak sebarang kemungkinan jika peratusan sasaran yang menerima suntikan vaksin tinggi, kadar kematian serta kadar penggunaan unit rawatan rapi (ICU) di seluruh negara dapat diturunkan.

“Apabila suntikan diberikan kepada badan, respons badan manusia berbeza-beza, ada yang menghasilkan tahap imuniti yang tinggi, ada pula yang berupaya menghasilkan antibodi tapi dalam keadaan yang agak rendah, ia bergantung kepada tubuh badan masing-masing.

“Ada dalam kalangan frontliners yang telah mendapatkan vaksin tetapi mendapat jangkitan COVID-19 dan didapati jangkitan dalam kalangan mereka yang telah mendapat vaksin ini, komplikasinya rendah yang mana tidak mengalami komplikasi yang teruk sehingga mendapat COVID-19 dalam kategori tiga, empat ataupun lima.

“Badan kita mengambil masa untuk membina imunisasi tersebut, dalam jangka masa dua hingga tiga minggu, mungkin ada antara yang telah terkena jangkitan (tanpa gejala) sebelum menerima suntikan vaksin ataupun sebaik sahaja diberikan vaksin iaitu sebelum badan mereka membina kekuatan bagi melawan jangkitan,” katanya.

Sementara itu, menjelaskan berkenaan prosedur operasi standard (SOP) katanya, selagi negara tidak mencapai peratusan tertentu dalam soal pematuhan peraturan tersebut, kerajaan tidak mampu isytihar negara bebas wabak berkenaan.

“Kalau sudah berjaya dicapai angka tersebut, kerajaan boleh isytihar untuk kita buka pelitup muka, kemungkinan pada waktu itu mereka yang telah mendapat dua dos vaksin pun tidak perlu memakai pelitup muka dan boleh berkumpul ramai-ramai.

“Kita tunggu dan kita harap harinya akan sampai, kita doa agar harinya akan sampai, mungkin Syawal atau Ramadan tahun hadapan kita dapat sambut dengan lebih meriah lagi daripada tahun ini,” katanya.

http://www.pnbbcportal.com/2021/05/28/pengambilan-vaksin-seumpama-pakai-tali-pinggang-keledar/

Wanita lengkap dua dos vaksin cetus kluster baharu di Sabah



KOTA KINABALU - Seorang wanita berumur 53 tahun yang telah lengkap menerima dua dos vaksin pada Mac lepas dikesan menjadi kes indeks dalam kluster baharu di Sabah, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Masidi Manjun.

Beliau yang juga jurucakap kerajaan negeri berkaitan Covid-19 berkata, Kluster Desa Ranggu di Tawau itu tercetus ketika perayaan Aidilfitri dan berdasarkan saringan kontak rapat serta kontak sosial mendapati, 17 lagi kes positif menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 18 kes.

“Wanita berkenaan mempunyai gejala sejak 15 Mei, kemudiannya disahkan positif di Klinik Kesihatan Tawau pada 20 Mei, hasil saringan bergejala. Berdasarkan siasatan awal, kes indeks dipercayai mendapat jangkitan daripada satu kontak sosial yang berhari raya ke rumahnya pada 13 Mei

“Kontak sosial terbabit mempunyai rekod pergerakan ke tiga rumah di Taman Desa Ranggu serta rumah mertua di Kampung Jawa Tawau, sebelum dikesan positif pada 22 Mei. Siasatan lanjut untuk pengesanan kontak rapat sedang giat dijalankan,” katanya dalam kenyataan malam Khamis.

Sementara itu Masidi berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah pada Khamis melaporkan sebanyak 217 kes baharu positif Covid-19, menjadikan jumlah kumulatif wabak berkenaan di negeri ini 61,274 kes dengan terdapat satu kematian direkodkan di Kunak.

Masidi berkata, terdapat peningkatan kes untuk 11 daerah di Sabah, namun catatan peningkatan kes bagi setiap daerah itu masih dalam satu angka, selain turut berlaku penurunan kes di sembilan daerah dalam julat satu angka, kecuali Tawau yang mencatatkan penurunan dalam julat dua angka.

Beliau berkata, setakat Khamis tujuh daerah mencatatkan sifar kes iaitu Ranau, Tambunan, Nabawan, Kota Marudu, Beluran, Telupid dan Tongod.

“Keberkesanan penurunan kes dalam membendung penularan Covid-19 ini sangat bergantung kepada sejauh mana kesungguhan komuniti dalam pematuhan prosedur operasi standard (SOP) kendiri dan SOP yang ditetapkan kerajaan negeri,” katanya. - Bernama

‘Total lockdown’ bermula 1 hingga 14 Jun


PUTRAJAYA: Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Mengenai Pengurusan Covid-19 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddn Yassin petang tadi telah memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun total lockdown fasa pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan sepanjang tempoh ini, semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economic and service sector) yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara.

“Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira situasi terkini penularan Covid-19 di Malaysia dengan jumlah kes harian telah melebihi 8,000 kes dan kes aktif melebihi 70,000 kes,” ujar kenyataan yang dikeluarkan, di sini malam ini.

Berikut kenyataan penuh Pejabat Perdana Menteri.

Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Mengenai Pengurusan COVID-19 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri petang tadi telah memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun total lockdown Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021.

Sepanjang tempoh ini, semua sektor TIDAK DIBEARKAN untuk beroperasi KECUALI sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economic and service sector) yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara.

Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira situasi terkini penularan COVID-19 di Malaysia dengan jumlah kes harian telah melebihi 8,000 kes dan kes aktif melebihi 70,000 kes. Setakat hari ini, seramai 2,552 orang telah meninggal dunia akibat wabak ini dan jumlah kematian semakin meningkat. Kewujudan varian-varian baharu yang lebih ganas dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi dan pantas juga turut mempengaruhi keputusan hari ini.

Dengan peningkatan kes-kes harian yang menunjukkan trend kenaikan secara lebih mendadak sejak mutakhir ini, kapasiti hospital di seluruh negara untuk merawat pesakit COVID-19 juga semakin terhad.

Sekiranya lockdown Fasa Pertama ini berjaya mengurangkan kes-kes harian COVID-19, Kerajaan akan melaksanakan lockdown Fasa Kedua, iaitu dengan membenarkan pembukaan semula beberapa sektor ekonomi yang tidak melibatkan perhimpunan yang besar serta boleh mematuhi penjarakan fizikal. Lockdown Fasa Kedua ini akan dilaksanakan untuk tempoh empat minggu selepas Fasa Pertama berakhir.

Setelah berakhirnya lockdown Fasa Kedua, langkah seterusnya ialah memasuki Fasa Ketiga, iaitu melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan seperti yang berkuat kuasa pada masa ini di mana aktiviti sosial tidak dibenarkan dan hampir semua sektor ekonomi dibenarkan beroperasi tertakluk kepada SOP yang ketat serta kehadiran secara fizikal di tempat kerja yang dihadkan.

Walau bagaimanapun, keputusan untuk beralih dari satu fasa ke fasa yang berikutnya akan tertakluk kepada penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Penilaian akan dibuat berdasarkan perkembangan kes-kes harian semasa dan kapasiti hospital di seluruh negara untuk merawat pesakit COVID-19.

Kerajaan akan memastikan sistem kesihatan awam di negara kita tidak akan runtuh dan pelbagai sokongan dan bantuan akan diberikan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk meningkatkan kapasiti hospital di seluruh negara. Kerajaan juga akan meningkatkan jumlah pemberian vaksin dalam tempoh beberapa minggu akan datang dalam usaha untuk menghasilkan imuniti kelompok di negara ini.

Susulan keputusan kerajaan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor ekonomi dan sosial, Kementerian Kewangan akan memperincikan pakej bantuan kepada rakyat dan sektor ekonomi yang terkesan.

Pengumuman mengenai pakej bantuan ini akan dibuat dalam masa terdekat. Semua rakyat Malaysia dinasihatkan untuk terus berdisiplin dan sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19. Yang terbaik ialah duduk di rumah atau STAY AT HOME untuk bersama-sama melandaikan lengkuk jangkitan COVID-19.

PEJABAT PERDANA MENTERI
PUTRAJAYA
28 Mei 2021

FragAttacks: Penggodam Boleh Menyerang WiFi Anda!



Terdapat kerentanan WiFi yang bukan sahaja memberi kesan terhadap telefon pintar, bahkan juga tablet, laptop, dan apa juga jenis peranti yang menggunakan teknologi sambungan wayarles untuk masuk ke internet.

Pengkaji keselamatan siber Mathy Vanhoef di blognya menamakan kerentanan ini sebagai ‘FragAttacks‘ iaitu singkatan dari ‘fragmentation and aggregation attacks‘.

Sekiranya kerentanan ini dieksploitasi, ia dapat membenarkan penyerang untuk mencuri maklumat pengguna menerusi rangkaian yang dilindungi, boleh menyuntik paket data ke dalam strim data, dan boleh membuat serangan Denial of Service atau DDoS.

Sebelum mendedahkan maklumat ini kepada orang ramai, Vanhoef bekerjasama dengan Wi-Fi Alliance untuk mengatasi isu tersebut. Hasil dari kerjasama itu, banyak syarikat termasuk Lenovo, Samsung, Cisco, Intel, Microsoft, Synology, dan Netgear telah mengeluarkan tampalan untuk beberapa produk mereka.

Akan tetapi, disebabkan beberapa kelemahan/kerentanan sudah berada pada peranti sejak tahun 1997, maka proses pengemaskinian kesemua peranti barangkali menjadi amat sukar, apatah lagi sesetengah syarikat sudah tidak wujud sama sekali.

Anda boleh dapatkan informasi lanjut mengenai FragAttacks di laman rasmi Vanhoef:


Nasihat Vanhoef, beliau menyarankan agar anda mengamalkan langkah keselamatan umum, seperti sentiasa memastikan peranti anda telah dikemaskini, jangan menggunakan kata laluan yang sama berulang kali, selalu memastikan anda mempunyai salinan sandaran, dan jangan melawati laman web yang ‘diyakini was-was’.

Kita masih lagi berada dalam mode PKP dan akan sentiasa terhubung ke internet. Oleh itu, sentiasalah awasi peranti anda.

Sumber: https://omghackers.com/fragattacks-penggodam-boleh-menyerang-wifi-anda/

Bekalan darah di Kedah kritikal, mampu bertahan tiga hari sahaja

 

ALOR SETAR: Bekalan darah untuk kegunaan hospital di Kedah berada pada tahap kritikal apabila stok semasa di pusat darah di negeri itu hanya mampu bertahan untuk tempoh tiga hari sahaja lagi.

Ketua Perkhidmatan Transfusi Kedah Dr Siti Nadiah Abdul Kadir berkata berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, berlaku penurunan drastik bekalan darah di negeri ini iaitu sehingga 50 peratus, sedangkan dalam masa sama keperluan darah terus meningkat.

Katanya Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Alor Setar (JPTHAS) yang bertindak sebagai pusat darah bagi Kedah dan Perlis secara purata memerlukan 150 beg darah setiap hari untuk menampung keperluan para pesakit.

Tanggungjawab utama UMNO, PAS dan BERSATU kepada bangsa Melayu adalah menghalang PH menang dalam PRU 15

Oleh: Tun Abdul Hamid Mohamad


Saya menyebut UMNO, Pas dan Bersatu dan tidak menggunakan kata-kata “parti-parti Melayu” kerana saya menujukan rencana ini kepada tiga buah parti Melayu/Islam itu. Saya tidak memasukkan PKR, Amanah dan Pejuang kerana mereka bergantung kepada DAP dan tidak akan melakukan sesuatu, walaupun mempertahankan hak-hak orang Melayu dan kedudukan agama Islam tanpa persetujuan DAP. Saya tidak mengharapkan sesuatu daripada ketiga-tiga buah parti itu untuk mempertahankan hak-hak orang Melayu dan kedudukan agama Islam. Malah, jika DS Ahmad Zahid (mungkin bersama-sama DS Najib) dan penyokong-penyokong mereka berjaya membawa UMNO menyertai PKR, Amanah, Pejuang dan DAP, baik apa nama pun gabungan itu diberi, saya tetap mengeluarkan UMNO daripada kumpulan parti Melayu yang saya tujukan dalam rencana ini.

Saya juga menggunakan kata-kata “orang Melayu, bangsa Melayu dan parti Melayu” kerana itu adalah deskripsi yang tepat dalam rencana ini. Kita bukan seperti orang Yahudi (Jew) yang tidak mahu orang memanggilnya Yahudi (Jew), tetapi sifat rasisnya melebihi mana-mana bangsa di dunia ini. Di Malaysia ini pun, kerap kali perkataan “Malaysian” digunakan untuk melindungi deskripsi nama kaum-kaum bukan Melayu apabila mereka mencabar hak-hak orang Melayu dan kedudukan agama Islam.


Saya tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku di dalam dan di antara ketiga-tiga parti itu. Saya cuma boleh mengagak berdasarkan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin parti-parti itu dan apa yang saya baca di media massa dan menghujahkan sebab, implikasi dan kesannya.

Tujuan rencana ini adalah untuk menyedarkan pemimpin-pemimpin Melayu supaya tidak mengulangi kesilapan mereka dalam PRU 14 demi mempertahankan hak-hak orang Melayu dan kedudukan agama Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, tidak lebih dari itu.

Rencana ini ditumpukan kepada kedudukan politik Melayu di Semenanjung Tanah Melayu kerana kedudukan di Sabah dan Sarawak berbeza. Tetapi, kepentingan anak-anak negeri Sabah dan Sarawak adalah lebih rapat dengan kepentingan orang Melayu kerana di mana hak-hak orang Melayu disebut dalam Perlembagaan, ia termasuk hak-hak anak-anak negeri Sabah dan Sarawak. Maka sesuatu keadaan yang menguntungkan atau merugikan orang Melayu juga melibatkan anak-anak negeri Sabah dan Sarawak. Itu mereka patut sedar supaya mereka tidak terikut dengan politik Pakatan Harapan, terutama sekali DAP, semata-mata kerana isu penggunaan nama Allah yang dijadikan isu untuk memecahbelahkan orang Melayu dan anak-anak negeri Sabah dan Sarawak.

Saya tidak kisah walaupun saya dikatakan rasis kerana saya melihat isu ini dari sudut kepentingan Melayu/Islam kerana itulah tujuan rencana ini. Siapa kata kaum-kaum lain tidak melihat sesuatu isu, termasuklah yang paling kecil seperti pengajaran dan penggunaan huruf Jawi itu, dari sudut kepentingan kaumnya?

Tanggungjawab utama UMNO, Pas dan Bersatu dari sekarang hingga dan termasuk dalam PRU 15 adalah untuk menghalang Pakatan Harapan berkuasa semula. Yang lainnya adalah sampingan. Pemimpin-pemimpin ketiga-tiga buah parti itu perlu peka kepada hakikat ini dan mengenepikan semua kepentingan diri (yang disebut “kepentingan parti”) lain jika mereka tidak mahu akibat PRU 14 berulang yang memberi kemenangan kepada Pakatan Harapan.

Adakah kedudukan hubungan ketiga-tiga parti itu pada masa ini memungkinkan hal itu berulang? Jawapan saya ialah “besar kemungkinan” jika tidak dibaiki. Jika itu berlaku, ia bukanlah kerana Pakatan Harapan popular, tetapi kerana perpecahan orang Melayu sekali lagi yang disebabkan oleh sifat angkuh, tamak, mementingkan diri, tidak berfikir jauh dan mengutamakan kepentingan bangsa Melayu dan umat Islam di Malaysia, yang ada pada pemimpin-pemimpin Melayu itu.

Bagi saya, kedudukan sekarang amatlah merisaukan. UMNO nampaknya tidak bersetuju untuk bersama-sama Bersatu dan Pas dalam menentang Pakatan Harapan. Saya tidak tahu sebab yang sebenarnya. Saya cuma boleh mengagaknya.

Pertama, UMNO masih merasakan bahawa ia masih parti Melayu terbesar sama seperti dalam dekad-dekad 1960 hingga ke 2010 dan, oleh itu, ia boleh bertanding sebagai Barisan Nasional di dekad-dekad tersebut dan menang.

Kedua, UMNO tidak sanggup menyerahkan kawasan-kawasan pilihan raya yang ditandinginya kepada Bersatu yang tidak mempunyai penyokong akar umbi mahupun jentera pilihan raya, apatah lagi kawasan-kawasan yang dimenangi oleh calon-calon UMNO yang kemudiannya melompat kepada Bersatu

Ketiga, DS Ahmad Zahid (mungkin juga DS Najib) marahkan TS Muhyiddin kerana tidak menarik balik pertuduhan-pertuduhan jenayah terhadap mereka di mahkamah.

Keempat, pemimpin-pemimpin UMNO yang tidak mendapat tempat dalam kabinet kerajaan Perikatan Nasional atau GLC tidak puas hati dan hendak menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional.

Kelima, UMNO mungkin tidak senang dengan sikap Pas yang membelakangkan UMNO setelah pemimpin-pemimpin Pas menganggotai kabinet kerajaan Perikatan Nasional.

Sebaliknya, pemimpin-pemimpin UMNO yang mendapat jawatan dalam kabinet kerajaan Perikatan Nasional atau GLC nampak selesa dengan kedudukan mereka dalam kerajaan Perikatan Harapan dan tidak mahu menjatuhkan TS Muhyiddin.

Kita bincang dahulu alasan-alasan ini. Mengenai alasan pertama, atas kertas, UMNO mungkin masih parti terbesar Melayu, tetapi ia tidak lagi berpengaruh seperti dalam dekad-dekad yang disebut itu. Kedudukannya sekarang lemah disebabkan pemimpin-pemimpinnya yang tidak disenangi. Saya telah mengatakan dan saya ulangi bahawa UMNO tidak akan dapat dipulihkan selagi DS Najib, DS Zahid dan pemimpin-pemimpin yang terpalit dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa tidak berundur sepenuhnya.

Maka adalah diharapkan bahawa mereka akan mengenepikan kepentingan diri demi kepentingan UMNO, Melayu dan Islam di Malaysia pada masa ini. Kita tidak mengatakan mereka tidak berbuat sesuatu untuk orang Melayu dan agama Islam. Kita cuma mengatakan jika DS Zahid masih menerajui UMNO dan jika DS Najib masih terlibat dalam UMNO dalam PRU 15 ini, pengundi akan menolak UMNO/Barisan Nasional yang memungkinkan kemenangan kepada Pakatan Harapan seperti dalam PRU 14, terutama sekali di Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu.

Jika mereka enggan berbuat demikian, pemimpin-pemimpin UMNO hendaklah bertindak menyingkir mereka daripada memegang jawatan dalam UMNO sehingga mereka membersihkan diri mereka daripada pertuduhan-pertuduhan terhadap mereka itu. Mengatakan ia “selective prosecution” tidak membantu. Soalnya ialah sama ada mahkamah mendapati mereka bersalah atas pertuduhan-pertuduhan itu atau tidak, bukan sama ada orang lain juga melakukannya atau tidak. Ini soal integriti parti yang akan mempengaruhi pengundi menolak calon-calon UMNO.

Saya difahamkan bahawa kebanyakan Ketua Bahagian adalah orang-orang yang diletak oleh Presiden parti dan terhutang budi kepadanya dan akan terus menyokongnya demi kepentingan diri masing-masing. Jika apa yang dikatakan itu betul, maka akan hancurlah UMNO dan bangsa Melayu bersama-samanya. Kita sudah melihatnya mula berlaku sekarang.

Saya juga difahamkan bahawa Presiden parti mempunyai kuasa penentu siapa yang akan bertanding sebagai calon Dewan Undangan Negeri atau Ahli Parlimen. Tanpa tandatangan Presiden, seseorang itu tidak boleh bertanding sebagai calon parti. Maka, tidak hairanlah jika mereka seperti tikus jika ada Presiden berdekatan. Saya pernah duduk di sebelah seorang Menteri (Agama) manakala Perdana Menteri duduk di sebelah lagi dalam suatu majlis jamuan. Tidak pernah terbayang di fikiran saya bahawa sampai begitu sekali takutnya Menteri kepada Perdana Menteri dan sampai begitu sekali Menteri membodek Perdana Menteri.

Pemberian kuasa seperti itu kepada Presiden parti tidak semestinya tidak baik jika ia digunakan untuk mendapat orang yang paling berkelayakan, sesuai dan popular menjadi calon. Tetapi, adalah suatu penyalahgunaan kuasa jika ia digunakan untuk memastikan seseorang calon itu adalah orang yang setia kepadanya, tidak kira apa yang dilakukannya. Daripada apa yang dilihat dan didengar, nampaknya kuasa itu digunakan untuk tujuan kedua. Maka, akan jahanamlah parti dan bangsa Melayu bersamanya. 

Jika pemimpin-pemimpin UMNO tidak berani bertindak demikian kerana terhutang budi, kepentingan diri atau lain-lainnya, maka ahli-ahli UMNO hendaklah bersatu untuk menolak pemimpin-peminpin mereka dan menggantikan mereka dengan pemimpin-pemimpin baharu. 

Jika itu pun tidak berlaku, maka pengundi-pengundi di kawasan mereka bertanding, jika mereka masih boleh dan bertanding, hendaklah menolak mereka dalam PRU 15. Sama ada apa yang disebut ini akan berlaku atau tidak, saya tidak tahu. Saya cuma menyebut apa yang patut dilakukan dan mengharapkan masih ada pemimpin dan ahli UMNO yang masih berani memecah belenggu budaya ini. UMNO tidak ada pilihan lain melainkan mengenepikan DS Zahid dan DS Najib dan pemimpin-pemimpin yang akan merosakkan imej UMNO, dalam PRU 15.

Alasan kedua adalah wajar. UMNO mempunyai hujah yang mantap. Bersatu hanya mempunyai seorang Perdana Menteri, itu pun atas sokongan ahli-ahli Parlimen UMNO termasuk yang melompat daripada UMNO kepadanya di era Tun Dr. Mahathir. Bersatu tidak mempunyai sokongan akar umbi, jentera pilihan raya. Ia juga tidak lagi mempunyai dua faktor yang memberi kemenangan kepadanya dalam PRU 15, iaitu undi orang Melayu yang marah kepada DS Najib dan undi orang bukan Melayu terutama sekali orang Cina yang memberi sokongan sebulat suara kepada DAP dan Pakatan Harapan.

Maka, mengapa UMNO perlu menyerahkan kawasan yang dimenangi oleh Bersatu kepadanya, apatah lagi kawasan-kawasan yang dimenangi oleh calon-calon UMNO yang kemudiannya melompat kepada Bersatu dan Pakatan Harapan?

Mengenai alasan ketiga, saya percaya itu adalah satu daripada sebabnya. Saya hormat TS Muhyiddin jika beliau mengambil pendirian tidak campur tangan dalam prosiding kes-kes itu, dalam pertimbangan Pendakwa Raya untuk menuduh seseorang atau tidak dan untuk tidak meneruskan pendakwaan atau sebaliknya. Itu adalah pendirian yang sepatutnya diambil oleh seorang Perdana Menteri.

Jika DS Najib dan DS Zahid mengharapkan beliau berbuat demikian, ia amatlah mendukacitakan. Itu menunjukan bahawa kedua-dua bekas Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri itu langsung tidak faham atau tidak menghormati pembahagian kuasa di antara Eksekutif dan Kehakiman. Sama seperti pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan, mereka seolah-olah berpendirian bahawa kuasa itu mengatasi segala-galanya. Mereka juga mahu TS Muhyidddin mengikuti Tun Dr Mahathir, Perdana Menteri kerajaan Pakatan Harapan yang, apabila sahaja Pakatan Harapan menang, terus menghadap DYMM SPB Yang di-Pertuan Agong untuk meminta pengampunan kepada DS Anwar Ibrahim. 

Ia juga bererti mereka mahu TS Idrus Harun, Peguam Negara / Pendakwa Raya, sama ada atas tekanan atau tidak, melakukan apa yang dilakukan oleh TS Tommy Thomas dalam kes Lim Guan Eng dan lain-lain penyokong Pakatan Harapan. Semua itu bukankanlah contoh yang patut diikuti. 

Saya percaya alasan keempat juga benar. Ia menunjukkan bahawa penyertaan dalam politik adalah untuk mencari makan, bukan untuk mencapai sesuatu idealisma atau menyelesaikan masalah-masalah negara lagi. Yang penting ialah mendapat jawatan dan habuan yang boleh diperolehi daripadanya: politik untuk mengisi perut dan melepaskan tengkuk. Itu sahaja pertimbangannya. Bangsa, agama, keadilan, persamaan, demokrasi, rule of law, negara Islam, hak asasi manusia dan lain-lain hanyalah retorik untuk mencapainya.

Mengenai alasan kelima, semasa hendak mengadakan Muafakat Nasional, Pas nampak bersungguh-sungguh hendak menjayakannya. Secara peribadi, saya menyambut peristiwa itu dengan gembira kerana selama berdekad saya menunggunya kerana kewujudan dan persaingan kedua parti itu hanya merugikan orang Melayu sedangkan tidak ada apa-apa perbezaan ideologi dan tujuan di antara keduanya. Tetapi, tidak lama selepas itu, Pas telah mendekati Bersatu (yang masih berada dalam Pakatan Harapan) dengan memberi pengakuan bahawa ia akan menyokong Tun Dr. Mahathir sehingga PRU 15. Besar kemungkinan mereka bermesra dengan Tun Dr. Mahathir yang menjadi Perdana Menteri pada masa itu untuk mendapat wang ihsan petroleum bagi Kelantan dan Terengganu.

Apabila timbul cadangan mengadakan Kongres Maruah Melayu (23 10 2013) yang dianjurkan oleh DS Hamzah Zainuddin, Ahli Parlimen UMNO yang melompat masuk Bersatu, yang pada masa itu masih dalam Pakatan Harapan, Pas awal-awal lagi menyatakan penyertaannya, menyebabkan UMNO serba salah. Akhirnya UMNO menghantar Setiausaha Agungnya, TS Anuar Musa. DS Zahid, Presiden UMNO, tidak tahu mengapa, tidak hadir manakala Pengerusi Bersatu dan Presiden Pas hadir. 

Sekarang telah nyata bahawa UMNO yang dipengaruhi DS Zahid telah memutuskan untuk tidak bersama Perikatan Nasional (Bersatu-Pas) dalam PRU 15. Anehnya, walaupun keputusan UMNO ini mewajarkan ahli-ahlinya yang menjadi Menteri dan Timbalan Menteri meletak jawatan, mereka masih enggan berbuat demikian. Adakah DS Zahid sudah kehilangan pengaruhnya? Walau seorang dua Ahli Parlimen menyatakan mereka tidak lagi menyokong kerajaan Perikatan Nasional, yang lainnya tidak turut berbuat demikian. Mungkin mereka mahu mengekalkan TS Muhyiddin sebagai Perdana Menteri sehingga PRU 15. Saya pun menyokong pendirian seperti itu.

Logik kenyataan UMNO-Zahid bahawa UMNO tidak menyokong kerajaan Perikatan Harapan dan sokongan hanya diberi oleh Ahli-Ahli Parlimen UMNO secara individu, adalah meleset. Apabila tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan dan kerajaan Perikatan Nasional hendak ditubuhkan dengan TS Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, bukankah UMNO yang menghantar nama-nama pemimpinnya untuk dipilih dan dilantik menjadi Menteri dan Timbalan Menteri? Hanya selepas DS Zahid dan beberapa pemimpin UMNO lain tidak terpilih dan bilangan jawatan kabinet yang diberi kepada UMNO tidak seperti yang diharapkan, barulah mula timbul rungutan yang membawa kepada pendirian UMNO sekarang. Jika Ahli-Ahli Parlimen UMNO itu menyokong TS Muhyiddin secara individu sedangkan UMNO tidak menyokong beliau dan kerajaannya, mengapa UMNO tidak mengambil tindakan tatatertib terhadap mereka?

Kita lihat pula gelagat Pas dalam tempoh yang sama. Pada masa menandatangani Muafakat Nasional, Pas bersungguh-sungguh hendak bekerjasama dengan UMNO. Ia mula merenggangkan diri daripada UMNO selepas itu sehingga menyertai Bersatu untuk mendaftarkan Perikatan Nasional sebagai sebuah parti politik, dengan itu membelakangkan muafakatnya dengan UMNO. Dalam hal ini saya fikir UMNO wajar merasa terkilan dan mempersoalkan kejujuran Bersatu dan Pas.

Bahawa Pas sanggup berbuat demikian tidak sukar difahami. Tujuannya samalah dengan mengisytiharkan sokongan kepada Tun Dr. Mahathir yang disebut lebih awal: untuk mendapat wang ihsan petroleum. Pada masa itu Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri, sekarang TS Muhyiddin adalah Perdana Menteri, tidak kiralah kerajaan Pakatan Harapan atau Perikatan Nasional. Sebaliknya UMNO tidak ada seorang Perdana Menteri untuk memberi apa yang dikehendakinya. Adakah itu politik Islam?

PAS lupa bahawa sepanjang pemerintahannya di Kelantan, Kerajaan Persekutuan yang diterajui UMNO dan diperintah oleh “Taghut” dan “Maha Firaun” itu tidak pernah menganaktirikan Kelantan atau anak Kelantan. Pembangunan di Kelantan dilakukan sama seperti di negeri-negeri lain. Anak-anak Kelantan tidak didiskriminasikan dalam pemberian biasiswa dan peluang mendapat pekerjaan dalam kementerian, jabatan dan agensi kerajaan Persekutuan. Pergilah ke universiti, kementerian, jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan, kita akan temui anak-anak Kelantan dengan banyaknya dan memegang jawatan-jawatan tertinggi dan utama. Pergilah ke hospital, kita akan dapati berapa banyak jururawat yang berasal dari Kelantan. Saya difahamkan, pada suatu masa, keutamaan diberikan kepada pemohon daripada Kelantan dan Terengganu walaupun kelayakan mereka lebih rendah, semata-mata untuk memberi pekerjaan kepada mereka, hingga mengakibatkan penurunan standard kejururawatan. Semua itu dilakukan oleh Kerajaan BN yang diterajui UMNO. Tanpa disedari, UMNO-lah yang mempertahankan kerajaan Pas di Kelantan begitu lama. Pas patut berterima kasih kepada UMNO.

Sampai kepada Bersatu-Muhyiddin. Saya ulangi apa yang saya sebut di atas, modalnya hanyalah seorang Perdana Menteri, itu pun kerana sokongan UMNO.

Apabila kerajaan Pakatan Harapan tumbang, kita berpendapat bahawa itu adalah satu peluang untuk menubuhkan sebuah kerajaan perpaduan Melayu termasuk ahli-ahli parti-parti anak-anak negeri Sabah dan Sarawak dan parti-parti bukan Melayu yang menyokong kerajaan baru itu. Malangnya itu tidak berlaku atau dilakukan oleh TS Muhyiddin. Beliau lebih mengutamakan usaha menguatkan kedudukan beliau sebagai Perdan Menteri dan parti beliau. Maka berlakulah apa yang telah berlaku dan akibatnya yang kita lihat sekarang.

Dari sini kita juga dapat melihat bahawa sifat pemimpin-pemimpin ketiga-tiga buah parti itu adalah sama iaitu mereka mementingkan diri dan parti tanpa mengira kepentingan Melayu/Islam daripada akibat perbuatan mereka. Itulah satu keistimewaan orang Melayu dalam menjahanamkan bangsanya sendiri.

Maka, kita mesti menerima hakikat keadaan sekarang dan mengesyorkan tindakan terbaik yang patut diambil demi untuk kepentingan orang Melayu dan Islam di Malaysia.


Dalam keadaan sekarang, mahu tidak mahu, suka tidak suka, adalah lebih baik ketiga-tiga parti itu bekerjasama. Dalam PRU 15, mereka perlu mengenepikan keangkuhan, tamak, kepentingan diri dan parti dan mengutamakan tujuan asas pada masa ini iaitu menghalang Pakatan Harapan berkuasa semula. Saya percaya, gabungan ketiga-tiga parti itu akan dapat memenangi sejumlah kerusi terbanyak yang akan menarik parti-parti dari Sabah dan Sarawak untuk menyertainya.

 Setelah berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan baru yang lebih kuat, dan hak-hak orang Melayu dan kedudukan agama Islam lebih selamat, pergeseran antara mereka dalam pembahagian jawatan dalam kabinet, diharapkan boleh dilakukan dengan lebih adil dan dalam suasana muafakat dan bertolak ansur. Pemimpin-pemimpin politik Melayu perlu ingat cerita dalam buku darjah tiga di sekolah Melayu sebelum Merdeka dahulu: kerana tamakkan bayang-bayang tulang yang digonggong oleh seekor anjing lain, tulang yang digonggongnya jatuh ke dalam sungai. Dalam kes ini, yang mungkin terlepas bukan sahaja hak pemimpin-pemimpin itu sendiri tetapi hak keseluruhan bangsa Melayu dan umat Islam di Malaysia. Kita telah melihatnya selama 22 bulan Kerajaan Pakatan Harapan memerintah. Mahukah kita ia berulang?

Jika ketiga-tiga parti itu tidak dapat bekerjasama, pilihan yang lebih baik adalah bagi UMNO dan Pas kembali semula kepada Muafakat Nasional. Kerjasama dan muafakat antara keduanya akan membolehkan keduanya memenangi bilangan kerusi Parlimen yang cukup untuk menghalang kemenangan Pakatan Harapan. Bersatu, bertanding sendiri, mungkin akan terpinggir, jika tidak terkubur pun. Calon-calonnya yang berjaya eloklah menyertai gabungan UMNO-Pas.

Tetapi, saya tidak fikir kerjasama UMNO-Pas itu akan berlaku, disebabkan keangkuhan UMNO-Zahid dan pandangan Pas bahawa menyertai Bersatu lebih menguntungkannya. Maka, kemungkinan berulangnya keputusan PRU 14 tidak boleh ditolak dan bersama-samanya nasib bangsa Melayu dan agama Islam di Malaysia.

Bagaimana jika UMNO, bertanding sebagai Barisan Nasional, berjaya memenangi lebih banyak kerusi dapada Perikatan Nasional (Bersatu-Pas) dan, pada masa yang sama, dapat menghalang Pakatan Harapan daripada berkuasa? Itu membuktikan bahawa kepercayaan UMNO bahawa ia adalah masih merupakan parti Melayu terbesar di Malaysia dan Barisan Nasional adalah pakatan terbesar di Malaysia, adalah berasas. Ia bererti keadaan seperti sebelum PRU 14 masih kekal. Jika itu berlaku, Pas dan Bersatu eloklah menyertai kerajaan yang dibentuk oleh UMNO/Barisan Nasional itu dan Perikatan Nasional hendaklah dibubarkan.  

Kita hanya boleh menunggu dan melihat apakah yang akan dilakukan oleh pemimpin-pemimpin politik Melayu itu. Bolehkah mereka memandang lebih jauh daripada kepentingan diri dan melakukan sesuatu yang akan menyelamatkan kepentingan orang Melayu dan agama Islam di Malaysia, atau sebaliknya. Nasib dan masa depan orang Melayu terletak kepada keputusan yang mereka ambil dalam PRU 15. Jika mereka sanggup mengutamakan kepentingan orang Melayu lebih daripada kepentingan diri, saya percaya, Pakatan Harapan akan dapat dikalahkan dan hak dan kepentingan orang Melayu   seperti yang termaktub dalam Perlembagaan dapat dipertahankan manakala hak dan kepentingan orang bukan Melayu yang dijamin oleh Perlembagaan itu akan terpelihara.

Saya tidak mengatakan kerajaan yang diterajui UMNO, Pas dan Bersatu atau UMNO dan Pas atau Barisan Nasional itu semestinya sebuah kerajaan yang bersih, berintegriti, adil dan akan membawa pembangunan kepada negara. Sekurang-kurangnya, bagi orang Melayu, sebaik sahaja memerintah, ia tidak menumpukan usahanya untuk menghakis segala-gala yang memberi faedah kepada orang Melayu seperti yang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Harapan dahulu. Kita harap, pemimpin-pemimpin baru dalam kerajaan ini akan mengambil pengajaran daripada kesilapan pemimpin UMNO sebelum PRU 14 dan bertekad untuk melahirkan sebuah kerajaan yang bersih, berintegriti, adil dan akan membawa pembangunan kepada negara. Jika setelah melalui peristiwa pahit selepas PRU 14 itu pun mereka masih tidak mengambil pengajaran daripadanya, apa lagi yang hendak dikatakan?

Biar apa pun, TS Muhyiddin, selain daripada bersyukur kepada Allah SWT, patut berterima kasih kepada kuman Covid-19 yang telah membantunya mengekalkan kedudukannya dan kerajaannya selama sudah lebih daripada satu tahun, dan tidak tahu berapa lama lagi, mungkin lebih lama daripada tempoh pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan. Silap Tun Dr Mahathir ialah meletak jawatan sedikit awal dan, walaupun seorang doktor, tidak terfikir untuk menggunakan kuman Covid-19 untuk membantu politiknya.

28 05 2021

tunabdulhamid@gmail.com
http://www.tunabdulhamid.my
https://tunabdulhamid.me


 

© all rights reserved
made with by templateszoo