NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tiga jenis peperangan sedang berlaku, Malaysia masih leka



  • Malaysia dilihat masih belum bersedia menghadapi tiga bentuk “peperangan” utama masa kini iaitu fizikal, sistem ilmu dan semantik (media), kata Profesor Sejarah Sosial dan Intelektual di Institusi Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Profesor Datuk Dr Ahmad Murad Merican.
  • “Kita bergantung kepada media luar, maksudnya naratif luar menakluki naratif kita. Kita tidak ‘counter’ atau membalikkan naratif yang datang daripada televisyen, radio dan akhbar luar,” jelasnya dalam konteks kewartawanan.

KUALA LUMPUR – Malaysia dilihat masih belum bersedia menghadapi tiga bentuk “peperangan” utama masa kini iaitu fizikal, sistem ilmu dan semantik (media), kata Profesor Sejarah Sosial dan Intelektual di Institusi Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Profesor Datuk Dr Ahmad Murad Merican.

Profesor Datuk Dr Ahmad Murad berkata, kebergantungan kepada kuasa luar masih ketara dalam ketiga-tiga aspek tersebut.

Menurut beliau, dari sudut fizikal, realiti global menunjukkan negara yang lebih kecil cenderung bergantung kepada kekuatan material seperti senjata dan aset ketenteraan yang dikuasai oleh kuasa besar.

“Dalam peperangan fizikal, ia bergantung kepada bahan material seperti senapang, bom, kereta kebal dan kapal. Mana-mana negara boleh ditakluk oleh kuasa yang lebih besar, dan kita perlu akur dalam hal itu,” katanya sewaktu ditemui media.

Namun, beliau menegaskan cabaran lebih besar adalah dalam aspek bukan fizikal, khususnya pengaruh naratif luar dalam media.

Katanya, Malaysia masih bergantung kepada media antarabangsa sehingga naratif luar lebih dominan berbanding naratif tempatan.

“Kita bergantung kepada media luar, maksudnya naratif luar menakluki naratif kita. Kita tidak ‘counter’ atau membalikkan naratif yang datang daripada televisyen, radio dan akhbar luar,” jelasnya dalam konteks kewartawanan.

Beliau turut menyentuh peranan media sosial sebagai ruang yang mempunyai kekuatan masyarakat, namun menegaskan bahawa institusi kewartawanan arus perdana masih memainkan peranan penting dan perlu diperkukuh.

Menurutnya, usaha lebih tersusun diperlukan untuk menangani naratif yang tidak seimbang, termasuk naratif yang menyokong penindasan dan konflik.

“Perlu ada satu pendekatan yang jelas di Malaysia untuk menangani naratif yang tidak seimbang. Ketika ini, kita belum melihat pergerakan yang benar-benar tersusun,” katanya.

Dalam masa sama, beliau menegaskan bahawa cabaran dalam sistem ilmu juga masih belum ditangani secara menyeluruh.

Katanya, Malaysia masih banyak bergantung kepada sumber dan kerangka pemikiran Barat tanpa usaha mencukupi untuk menyesuaikan atau membangunkannya mengikut konteks tempatan.

“Kita membaca buku dan menggunakan disiplin daripada Barat, tetapi kita tidak ubah suai atau rombak. Dalam sains sosial misalnya, kita masih menggunakan teori dan konsep dari Eropah dan Amerika Syarikat,” ujarnya.

Beliau berkata, walaupun terdapat usaha sebelum ini untuk memperkukuh dan menyesuaikan sistem ilmu tempatan, ia masih belum mencapai hasil yang ketara.

“Tidak semestinya kita menolak semuanya, tetapi usaha yang tuntas untuk memperibumikan dan menasionalkan ilmu itu masih belum berjaya sepenuhnya,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berpandangan bahawa kesiapsiagaan negara dalam menghadapi cabaran semasa memerlukan penilaian semula yang menyeluruh, bukan sahaja dari sudut pertahanan fizikal, tetapi juga kekuatan media dan sistem ilmu.-The Merdeka Times




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo