NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UMDAP, sotong, ceplos: Label yang menghalang usaha penyatuan - KJ



KUALA LUMPUR – Di sebalik tirai politik yang kian memanas, terselit satu realiti pahit tentang bagaimana tutur kata dan label kini menjadi senjata yang menghancurkan ukhwah.

Ahli UMNO, Khairi Jamaluddin Abu Bakar secara terbuka menyentuh titik paling sensitif yang kini menghantui landskap politik negara.

Menurutnya, pelabelan ‘UMDAP’ bukan sekadar kata-kata tetapi ia telah menjadi titik kelemahan paling besar buat parti itu di mata rakyat.

“Kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan telah membawa satu bebanan label yang sukar untuk ditangkis di peringkat akar umbi. Kita terpaksa kerja dengan DAP melalui Pakatan Harapan yang mana sangat-sangat tidak popular dalam kalangan akar umbi terutama penyokong tegar Melayu.

“Di situlah orang terus label UMDAP,” katanya lagi.

Khairi turut menegur budaya politik hari ini yang semakin hilang adab sehingga ke tahap menghina sesama sendiri.

“Label melabel yang dicipta hanya untuk merendahkan pihak lawan akhirnya akan menjadi penghalang kepada sebarang usaha penyatuan.

“Cuba jaga tutur kata kita. Dia punya percakapan politik hari ini sangat menghina. Bila kita sudah hina orang tu, takkanlah kita nak harap dia orang bersama dengan kita, jadi kita jaga label-label ni cukuplah.

“Walaunlah apa, walononlah, ceploslah, sotonglah,” katanya lagi.

Katanya lagi, budaya kebencian dan hasutan yang dihadapi hari ini sebenarnya adalah ‘senjata’ yang pernah mereka gunakan suatu ketika dahulu.




“Hari ini kerajaan kena berdepan dengan pelbagai tomahan, hasutan, komen yang memang menghinalah. Cuba teka siapa yang mulakan budaya tu?

“Jadi, dia rasa senjata dia sendiri hari ini… Kritik okey, tajam pun tak apa tapi janganlah sampai membenci dan menghasut, sebab apa yang awak buat dulu, hari ini kembali pada muka awak,” jelasnya. – MalaysiaGazette











........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo