Prasekolah, tabika dibuka bermula 1 Julai



KUALA LUMPUR - Semua prasekolah dan tabika akan dibuka kembali bermula 1 Julai ini, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, cadangan pembukaan semula institusi terbabit berserta prosedur operasi standard (SOP) berkaitan telah dibentangkan Kementerian Pendidikan (KPM) pada mesyuarat khas hari ini.

Katanya, keputusan itu membabitkan 6,216 prasekolah di bawah KPM, 7,887 prasekolah swasta, 1,781 tabika di bawah Kementerian Perpaduan Negara serta 8,530 tabika kelolaan Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

SOP terperinci mengenai pembukaan semula institusi itu akan diumumkan KPM dalam masa terdekat, katanya pada sidang media Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKP) di sini hari ini.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post