Dua ADUN Sabah umum keluar parti, jadi ADUN bebas sokong PN


KOTA KINABALU, 15 Jun -- Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Pertubuhan Progresif Kinabalu Bersatu (UPKO), parti blok kerajaan negeri, hari ini mengumumkan keluar parti itu berkuat kuasa serta merta.

ADUN Kuala Penyu Datuk Limus Jury dan ADUN Sugut Datuk James Ratib kini menjadi ADUN Bebas yang menyokong Perikatan Nasional (PN) demi pembangunan kawasan mereka.

Pengumuman berkenaan dibuat dalam satu sidang media diadakan di kediaman Limus di Jalan Pintas, Penampang, dekat sini, yang turut dihadiri beberapa penyokong mereka.

Sebelum ini, Limus merupakan Naib Presiden UPKO dan Ketua UPKO Bahagian Beaufort manakala James selaku Ahli Majlis Tertinggi UPKO.

Limus berkata keputusan beliau meninggalkan UPKO adalah kerana telah hilang kepercayaan terhadap pucuk kepimpinan parti ketika ini yang tidak konsisten dalam perjuangan dan matlamat hala tuju parti.

-- BERNAMA
Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post