NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Calligraphy Carnival' Satu Kejayaan Istimewa

0
.
'Calligraphy Carnival' Satu Kejayaan Istimewa
.
Sejak penubuhan Pertubuhan Perpaduan Anak Muda Malaysia pada tahun 2016, inilah kejayaan terbesar kami.
.
Program yang berlangsung semalam di Melawati Mall telah menampilkan tiga tetamu istimewa. Saudara Tai Zee How yang lebih dikenali sebagai Apek Cina di kalangan netizen antara yang menjadi tumpuan. Bagi kategori kaligrafi jawi, Ustaz Zulfikri yang mempunyai pengalaman luas sehingga ke peringkat antarabangsa. Ts Dr Velu Perumal yang merupakan seorang pensyarah berpengalaman di Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Universiti Putra Malaysia bertindak sebagai pembentang dalam kaligrafi Tamil.
.
Para peserta diminta menulis frasa atau ayat yang ditunjukkan oleh para pembentang dan kemudian, tiga pemenang utama dan tiga pememang saguhati dipilih oleh juri profesional. Apa yang menarik, para pemenang adalah daripada kalangan etnik yang berlainan daripada asal kaligrafi yang berkenaan. Peraturan dibuat bagi menggalakkan integrasi kaum dalam suasana yang harmoni. Kami sangat teruja dengan semangat Pn Puspa dan anaknya, Dhivya yang komited mempelajari menulis semua jenis kaligrafi.
.
Program ini telah dirasmikan oleh Ir Khairil Nizam Khiruddin yang merupakan penasihat kepada persatuan kami. Beliau juga adalah Ketua Pemuda, Dewan Pemuda PAS Malaysia. Beliau telah berkongsikan kisah beliau bersekolah dan belajar di peringkat universiti bersama rakan bukan Islam. Beliau menekankan akan kepentingan rakyat Malaysia berbilang kaum menghomati kebudayaan dan agama masing-masing demi keharmonion negara. Ir Khairil Nizam juga berpeluang menulis kaligrafi Cina dan Tamil dan telah menerima hadiah kaligrafi dengan nama beliau dalam ketiga-tiga kaligrafi.
.
Antara tetamu istimewa yang hadir adalah saudara Shahir Adnan, Ketua Pemuda IKATAN Malaysia, saudara Shah Kirit, pendakwah terkenal negara, encik Kong Tuck Wah dan Ustaz Syarhan Humaizi Abdul Halim.
.
Pada sebelah petangnya, program diteruskan dengan pertandingan menulis jawi daripada ayat-ayat yang ditulis dalam tulisan rumi. Apa yang menarik, encik Javin Tan, seorang yang berbangsa Cina dari Balakong antara yang memasuki pertandingan ini. Selain itu, pertandingan mewarna kaligrafi bagi kanak-kanak berumur 4-12 tahun juga diadakan. Kanak-kanak berkenaan telah mewarna kaligrafi yang menulis 'Kami Sayang Malaysia' dalam tiga jenis kaligrafi.
.
Majlis ditutup dengan pengisian daripada Ustaz Kamalulhysham Suhut, seorang penceramah terkenal yang juga merupakan presiden kepada sebuah badan bukan kerajaan, 'Humanitarian Inspired Global Organisation Malaysia' (HIGOM) berkenaan Islam dan Perpaduan.
.
Program ini juga dimeriahkan oleh beberapa kaunter yang dibuka oleh beberapa persatuan. Antaranya adalah daripada Yayasan Restu yang cukup aktif dalam penulisan khat dan PAPISMA student Chapter yang telah membuka kaunter pemeriksaan kesihatan. Nisa' Gombak yang merupakan satu NGO yang aktif dalam penganjuran program wanita muda serta Syabab Care, satu NGO yang cukup sinonim dengan kerja-kerja kemanusiaan juga antara yang hadir menyantuni peserta karnival. Selain itu, perwakilan daripada Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dan Lajnah Kebudayaan, Kesenian dan Rekreasi, Dewan Muslimat PAS Malaysia juga hadir dan membuka kaunter masing-masing.
.
Semoga program sebegini menjadi inspirasi kepada masyarakat di luar sana agar dapat menganjurkan dan terlibat dalam program-program yang memberi fokus kepada pemerkasaan perpaduan dan keharmonian rakyat yang berbilang kaum dan agama ini.
.
Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang telah memberi sokongan kepada kami. Bagi yang ingin menonton rakaman program kami semalam, boleh ke pautan di bawah:

Rakaman 1: https://www.facebook.com/gombaktv/videos/2210406859266551/

Rakaman 2:
https://www.facebook.com/gombaktv/videos/608934349918739/
.
Moga kita dapat berjumpa lagi di lain acara.

Layari: https://www.facebook.com/pertubuhanperpaduananakmudamalaysia/posts/2479941265473154?__tn__=K-R
.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo