NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRK Kimanis: BN kekal, Dr M kata PH kerajaan sepenggal



Oleh : Mohd Shuhaimi Al_Maniri

Saya tidak pasti, kemenangan BN ini kerana rakyat telah muak dengan politik janji manis PH dalam pilihanraya umum 14 yang lalu sehingga sekarang tak mampu ditunaikan oleh pemimpin-pemimpin mereka setelah diberikan mandat sejak Mei, 2018.

Keputusan PRK Kimanis pada 18hb Januari 2020 membolehkan Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Parlimen ini yang ‘hilang’ setelah Anifah mengumumkan keluar UMNO tidak lama selepas kerajaan PH dibentuk dan kekal di Dewan Rakyat sebagai Ahli Parlimen Bebas.

PRK Parlimen Kimanis diadakan selepas Mahkamah Persekutuan pada 2 Dis lepas mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu yang membatalkan kemenangan bekas Menteri Luar, Anifah Aman bagi kerusi itu pada pilihan raya umum (PRU) 14 setelah Karim (calon Warisan) memfailkan petisyen pada 18 Jun 2018 bagi mencabar kemenangan Anifah.

Parlimen Kimanis mempunyai dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Bongawan dan Membakut dengan 29,664 pemilih layak mengundi, termasuk sembilan pengundi awal dan seorang pengundi tidak hadir yang berada di luar negara.

Kemenangan calon BN, Datuk Mohamad Alamin, 47, pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kimanis dengan majoriti 2,029 undi. BN yang diwakili calon UMNO Mohamad Alamin mendapat 12,706 undi menewaskan calon Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Karim Bujang, 66, yang mendapat 10,677 undi dalam persaingan satu lawan satu itu. menewaskan calon Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Karim Bujang, 66, yang mendapat 10,677 undi dalam persaingan satu lawan satu itu.

Menerusi keputusan rasmi yang diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK Kimanis, Jupery Etok di Dewan Datuk Seri Panglima Mohd Dun Banir, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merekodkan peratusan keluar mengundi pada 79.92 peratus dengan 320 undi ditolak pada PRK kimanis kali ini.

Majoriti diperoleh BN kali ini adalah jauh lebih besar berbanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). Ketika itu, calon BN, Datuk Seri Anifah Aman, memenangi kerusi Parlimen Kimanis dengan majoriti 156 undi dalam persaingan tiga penjuru.

Anifah yang juga bekas Menteri Luar, meraih 11,942 undi manakala Karim yang turut bertanding mewakili WARISAN mendapat 11,786 undi. Calon Harapan Rakyat, Jaafar Ismail, sekadar meraih 1,300 undi.

Dalam PRK kali ini, Datuk Karim Bujang, 66, yang mendapat 10,677 undi dalam persaingan satu lawan satu itu berbanding memperolehi 11,786 undi dalam pilihan raya umum ke14. Ini bermakna Karim hilang lebih 1,109 undi berbanding pilihan umum ke14 yang lalu.

Ketika mengulas perkara ini, Mohamed Azmin Ali Timbalan Presiden PKR yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi, berkata tidak timbul soal kemerosotan undi dalam pilihan raya kecil (PRK) Kimanis ini.

“Kita melihat sokongan di Kimanis tidak banyak berubah daripada apa yang berlaku pada pilihan raya yang lalu di mana calon yang sama mewakili Warisan mendapat undi yang hampir sama.

Sebalikya, Azmin berkata Pakatan Harapan memerlukan lebih banyak masa untuk meyakinkan rakyat Sabah mengenai program dan dasar kerajaan PH ini.

Dr M kata PH boleh jadi kerajaan sepenggal

“Saya beritahu mereka, dalam demokrasi kamu perlu sokongan kuat orang ramai.

Tinjauan juga menunjukkan populariti gabungan itu merosot di kalangan orang awam.

“Tetapi sebaliknya, mereka bergaduh sesama sendiri dan pecah belahkan rakyat… Mereka tidak akan menang kecuali mereka ubah cara,” katanya.

“Kita kalah lima pilihan raya kecil dan mereka masih tidak faham,” beliau dipetik berkata kepada pemberita di Langkawi oleh Reuters.

Warisan, sekutu Pakatan Harapan, kalah dalam pilihan raya kecil Kimanis, Sabtu 18hb Januari 2020 lalu.

Parti pemerintah boleh menjadi kerajaan sepenggal jika tidak berubah, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.



No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo