NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pengajaran Dari PRK Kimanis: Jangan Terlebih Yakin, Jangan Terlebih Bijak



Bagaimanakah parti tertentu boleh dikatakan “jatuh nazak” bila calonnya dapat menambah undi yang diperolehinya dalam PRK Kimanis berbanding dalam PRU 14 di 16 PDM?

16 PDM ini ialah:
1. Batu Enam: Bertambah sebanyak 227 undi
2. Simpangan: Bertambah sebanyak 152 undi
3. Sinuka: Bertambah sebanyak 92 undi
4. Mawao: Bertambah sebanyak 91 undi
5. Kabang: Bertambah sebanyak 90 undi
6. Seladan: Bertambah sebanyak 71 undi
7. Kuala Pus: Bertambah sebanyak 69 undi
8. Bandau: Bertambah sebanyak 63 undi
9. Bongawan Estate: Bertambah sebanyak 49 undi
10. Lumat: Bertambah sebanyak 46 undi
11. Kimanis Mandahan: Bertambah sebanyak 39 undi
12. Membakut: Bertambah sebanyak 39 undi
13. Bongawan: Bertambah sebanyak 30 undi
14. Dindong: Bertambah sebanyak 14 undi
15. Kimanis Estate: Bertambah sebanyak 12 undi
16. Gadong: Bertambah sebanyak 4 undi

Bagaimanakah pula parti tertentu yang sudah disuntik “ubat kuat” oleh Datuk Mohd Arifin Arif dan Datuk Seri Lajim Ukin boleh “jatuh sakit” hingga hilang undi di 14 PDM?

14 PDM ini ialah:
1. Batu Enam: Berkurang sebanyak 207 undi
2. Simpangan: Berkurang sebanyak 169 undi
3. Kabang: Berkurang sebanyak 130 undi
4. Bandau: Berkurang sebanyak 125 undi
5. Mawao: Berkurang sebanyak 75 undi
6. Pimping: Berkurang sebanyak 64 undi
7. Membakut: Berkurang sebanyak 64 undi
8. Bongawan: Berkurang sebanyak 60 undi
9. Brunei: Berkurang sebanyak 57 undi
10. Kuala Pus: Berkurang sebanyak 48 undi
11. Sinuka: Berkurang sebanyak 40 undi
12. Kimanis Estate: Berkurang sebanyak 39 undi
13. Bongawan Estate: Berkurang sebanyak 25 undi
14. Lumat: Berkurang sebanyak 16 undi

Saya setuju dengan TSIS bahawa kemenangan calon BN, Datuk Mohamad Alamin, adalah satu kemenangan menyeluruh yang merentasi kaum, usia dan jantina pengundi.

Di dalamnya terkandung satu mesej yang amat besar untuk dihadam oleh pemimpin dan penganalisis politik, iaitu membuat bacaan politik tidaklah semudah disangka.

Paling terkesan pastilah WARISAN yang dilihat kurang memiliki esprit de corps, terlalu mahu mendominasi politik Sabah dan terlalu mahu menonjolkan pemimpinnya sendiri.

Dengan keputusan ini, pastilah politik Sabah akan menjadi lebih terbuka, BN dan MN mendapat lonjakan semangat dan parti-parti lain lebih terdorong untuk menyertai mereka.

Laporan TSIS boleh dibaca di pautan berikut:

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo