Konsep jumlah dan nisbah undi popular parti-parti dan pembahagian kerusi PRU15 Muafakat Nasional.


Oleh: Dr Ishak Ibrahim

Sedang saya menganalisis data2 pru14 dan membuat beberapa model simulasi pembahagian kerusi pru15 nanti, terlintas satu isu iaitu "Weightage" undi popular sesuatu parti walaupun tidak cukup untuk memenangi sesebuah kerusi.

Konsep ini penting untuk dijadikan asas dalam pembincangan bilangan kerusi pru15 untuk parti PAS, Mca dan Mic.



Sebagai contoh, di Melaka, walaupun PAS tidak memenangi sebarang kerusi Dun, tetapi undi popular PAS walaupun sebagai pembangkang, amat tinggi di kawasan majoriti Melayu atau kawasan "Selamat" utk Muafakat Nasional. Jadi pembahagian kerusi Mestilah berdasarkan Nisbah undi popular PAS:BN di kawasan Selamat.

Begitu juga Mca, walaupun bilangan undi yg mampu diberikan agak kecil, sebab sebahagian besar pengundi Cina akan mengundi PH, tetapi jika dicampurkan keseluruhan semua undi yg boleh disumbangkan oleh Mca di semua kerusi Selamat Muafakat Nasional, maka Mca berhak diberi kerusi berdasarkan nisbah undi keseluruhan yang boleh disumbangkan walaupun mungkin terpaksa diberi bertanding di kawasan majoriti Melayu.

Saya tidak dapat kongsikan figure sebenar, namun konsep undi popular ini amat penting dalam pembahagian kerusi pru15 di kawasan Selamat Muafakat Nasional.

Akan menyusul lebih terperinci.

Dr Ishak Ibrahim ialah Penganalisis Politik.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post