Menteri Besar Selangor : Istiadat Angkat Sumpah 19 Jun


SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, sudah memberi perkenan untuk Istiadat Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Selangor yang baharu diadakan selepas Aidilfitri iaitu pada 19 Jun ini.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, dalam satu kenyataan media hari ini, berkata istiadat itu akan diadakan di Istana Alam Shah, Klang.

"Sehubungan dengan Istiadat Pelantikan yang bakal berlangsung ini, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan turut melepaskan jawatan sebagai Datuk Menteri Besar Selangor berkuat kuasa pada tarikh yang sama iaitu 19 Jun 2018," katanya.

Pada 21 Mei lalu, Munir, dalam satu kenyataan, memaklumkan Mohamed Azmin akan melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar sebaik saja baginda berkenan melantik individu baharu ke jawatan berkenaan.

Beliau berkata, Mohamed Azmin akan kekal menjawat jawatan itu buat sementara waktu sehingga tempoh peralihan kuasa dapat dijalankan dengan lancar dan teratur.

Katanya, Mohamed Azmin juga perlu mengemukakan senarai calon Menteri Besar yang baharu untuk penelitian Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum lantikan dilaksanakan.

Pengumuman itu susulan pertemuan Mohamed Azmin dengan Sultan Selangor selama dua jam pada 19 Mei lalu bagi memaklumkan mengenai pelantikannya sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget