NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Selangor FC mohon aksi Piala Sumbangsih ditunda

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor, Shahril Mokhtar berkata JDT juga bersetuju aksi perlawanan itu diubah tarikh. (Gambar Bernama)


SHAH ALAM: Selangor FC telah menghantar permohonan rasmi kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mempertimbangkan cadangan menunda tarikh perlawanan Piala Sumbangsih melibatkan pasukan itu dan Johor Darul Ta’zim (JDT), Jumaat ini.

Aksi pembuka tirai saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim baharu itu dijadual berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC Shahril Mokhtar, berkata permohonan menunda perlawanan dibuat atas alasan ‘faktor keselamatan’.

“Saya boleh sahkan Selangor FC telah buat permohonan secara rasmi sekiranya pihak MFL dan juga JDT bersetuju untuk perlawanan Piala Sumbangsih Jumaat ini kalau dapat diubah (tarikh), bukan dibatalkan, atas dasar keselamatan.

“Saya tidak boleh dedah dan ulas lanjut mengenai alasan (faktor alasan) itu, kami sudah maklumkan secara rasmi kepada MFL, jadi biar mereka teliti,” katanya ketika ditemui selepas melawat pemain sayap Selangor FC Faisal Halim di sebuah hospital swasta.

Terdahulu, MFL memaklumkan aksi Sumbangsih bagi Piala Sultan Haji Ahmad Shah antara JDT dan Selangor FC akan kekal berlangsung Jumaat, selepas timbul khabar angin aksi itu akan ditunda susulan insiden malang yang menimpa Faisal Halim, pada Ahad.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL Stuart Ramalingam, berkata MFL juga tidak menerima permintaan daripada pasukan untuk menunda perlawanan itu.

Tonggak jentera serangan skuad Harimau Malaya berusia 26 tahun itu cedera dipercayai disimbah asid dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah dan disahkan mengalami kelecuran tahap empat, selain pergerakan dan percakapannya ketika ini turut terbatas berikutan insiden itu.

Ia merupakan kejadian malang kedua menimpa pemain negara selepas Akhyar Rashid apabila pemain pinjaman Terengganu FC itu cedera pada kepala dan kaki selepas diserang dua penyamun di kawasan kediamannya di Kuala Terengganu, Khamis lalu.

JDT selaku juara bertahan Liga Super kini mengintai mempertahankan Piala Sultan Haji Ahmad Shah buat kali ketujuh berturut-turut, sementara kali terakhir Selangor FC yang muncul naib juara Liga Super musim lepas, menjuarai perlawanan Piala Sumbangsih adalah pada musim 2010.


Sumber | FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo