NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

AS mahu halang Hamas kutip dana, pindah wang di Malaysia

Setiausaha Rendah Perbendaharaan AS untuk keganasan dan risikan kewangan, Brian Nelson dijangka membincangkan kebimbangan AS dan risiko sekatan yang dihadapi Malaysia. (Gambar fail)


PETALING JAYA: Pegawai kanan Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) berkata Washington sedang berusaha menghalang Malaysia daripada menjadi tempat untuk kumpulan Hamas mengumpul dana dan memindahkan wang.

Dalam laporan Reuters hari ini, Brian Nelson, setiausaha rendah Perbendaharaan AS untuk terorisme dan risikan kewangan, juga berkata Washington melihat kapasiti Iran memindahkan minyak bergantung pada penyedia perkhidmatan yang berpangkalan di Malaysia.

Nelson, yang berkata demikian di Singapura, dijangka melawat Malaysia.

Minggu lalu, Reuters melaporkan lawatan itu ketika Perbendaharaan AS meningkatkan fokus terhadap pembiayaan melalui Asia Tenggara, termasuk menerusi usaha mengumpul dana dan penjualan minyak Iran secara haram.

Agensi berita itu melaporkan terdapat peningkatan wang bergerak ke Iran dan proksinya, termasuk Hamas, melalui sistem kewangan Malaysia. Nelson dijangka membincangkan kebimbangan AS dan risiko sekatan akibat aktiviti sedemikian.

AS menetapkan Hamas sebagai organisasi pengganas asing pada 1997.

Mac lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, Malaysia mempunyai hubungan dengan sayap politik Hamas, bukannya mana-mana kumpulan militan.

Katanya, dasar luar Malaysia konsisten, misalnya pendirian menentang apartheid dan penghapusan etnik.

Serangan berterusan rejim Zionis di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt 2023 menyebabkan lebih 34,600 rakyat Palestin terbunuh sehingga kini.


Sumber | FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo