NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PN ada hak untuk fail petisyen

Abd Ghani Saleh berkata, pihaknya setakat ini belum menerima sebarang laporan mengenai kesalahan pilihan raya dilakukan sepanjang kempen PRK Kuala Kubu Baharu, termasuk dakwaan wujud salah guna kuasa.


HULU SELANGOR: Mana-mana pihak termasuk Perikatan Nasional (PN), boleh mengemukakan petisyen pilihan raya sekiranya tidak berpuas hati dengan keputusan PRK Kuala Kubu Baharu (KKB), termasuk berhubung dakwaan wujud salah laku.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Abd Ghani Saleh berkata petisyen itu harus dikemukakan dalam tempoh 21 hari selepas keputusan PRK Sabtu ini diwartakan.

“Ini terpulang pada kepimpinan parti (untuk fail petisyen), cuma selepas 21 hari keputusan (diwartakan) baru boleh (buat petisyen).

“SPR hanya menunggu dan terima, teruskan dengan Mahkamah Pilihan Raya dan sebagainya,” katanya selepas meninjau proses undia awal di Maktab PDRM Kuala Kubu Baharu hari ini.

Abd Ghani mengulas kenyataan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan bahawa PN akan mengemukakan petisyen pilihan raya sekiranya Pakatan Harapan (PH) memenangi PRK di Kuala Kubu Baharu.

Takiyuddin mendakwa kerajaan perpaduan telah menyalahgunakan kuasa dan jentera sebelum dan ketika kempen PRK berlangsung.

Abdul Ghani berkata SPR setakat ini belum menerima sebarang laporan termasuk dakwaan wujud salah guna kuasa seperti yang didakwa Takiyuddin.

“Setakat ini saya diberitahu tadi oleh ketua polis daerah, hanya ada satu kes sahaja mereka kempen guna gambar Agong. Lain-lain tak ada kes (laporan) menyalahi peraturan, maknanya orang KKB kempen secara baik,”katanya.

Dalam perkembangan lain, Abdul Ghani berkata, SPR setakat ini belum memanggil Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming untuk siasatan berhubung peruntukan RM5.21 juta yang disalurkan kepada Hulu Selangor bulan lepas.

Katanya, isu tersebut akan diserahkan kepada pengerusi SPR baharu yang akan dilantik selepas beliau bersara Khamis ini.

Terdahulu, tindakan kerajaan menyalurkan peruntukan kepada penduduk Hulu Selangor, yang juga akan digunakan untuk projek di Kuala Kubu Baharu, dikritik oleh beberapa pihak, termasuk Ketua PN Selangor Azmin Ali yang menuduh DAP mengamalkan “politik wang kotor”.

Nga menafikan peruntukan itu disalurkan demi PRK dengan berkata, kementeriannya memilih Hulu Selangor kerana ia “tempat bertuah”, selain mempunyai “feng shui yang bagus”.


Sumber | FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo