NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Peratusan undi awal tinggi petanda baik untuk PN – Khairul Azhari

Calon Perikatan Nasional, Khairul Azhari Saut berucap pada Pelancaran Manifesto Perikatan Nasional sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu ketika di Pekan Kuala Kubu Baharu. Foto MOHD ADZLAN, 06 MEI 2024.


KUALA KUBU BAHARU – Perikatan Nasional (PN) yakin peratusan keluar mengundi awal semalam merupakan petanda baik kepada gabungan tersebut menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu. 

Calonnya, Khairul Azhari Saut berkata,  berdasarkan maklumat yang diterima peratusan keluar mengundi di Rejimen Semboyan Divisyen Ke-4 Infantri adalah 100 peratus.

“Kita dapat maklumat semalam 97 peratus untuk kedua-dua pusat di Rejimen Semboyan Divisyen Ke-4 Infantri dan Maktab PDRM, tapi saya dapat maklumat di kem kehadiran pengundi adalah 100 peratus.

“Pada saya, ini petanda agak positif terutama kepada PN,” katanya kepada MalaysiaGazette ketika berkempen di Kuala Kubu Baharu, pagi ini. 

Dalam pada itu, Khairul Azhari berkata, pihaknya mendapati sokongan pengundi kepada gabungan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu semakin meningkat. 

Ia dibuktikan dengan siri kempen yang memasuki hari ke 12 hari ini.

“Sokongan (terhadap PN) semakin meningkat terutamanya kepada saya sebagai calon.

“Ramai yang saya kenal di kawasan ini, insya-Allah saya nampak momentum itu agak memberi keyakinan tinggi kepada saya sampai hari Jumaat,” katanya lagi. 

PRK Kubu Baharu menyaksikan pertandingan empat penjuru melibatkan Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (bebas).

Ia diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, akibat kanser pada 21 Mac lepas.

DUN KKB memiliki sebanyak 40,226 pengundi berdaftar.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi PRK berkenaan pada 11 Mei ini. – MalaysiaGazette







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo