NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Peruntukan kurang, wakil rakyat PN sanggup buat pinjaman bank bantu rakyat setempat



KUANTAN –  Ketua Pembangkang Pahang mendakwa ada wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) di negeri itu terpaksa berhutang dan membuat pinjaman bank untuk membantu rakyat di kawasan masing-masing.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cheka, Datuk Seri Ibrahim Tuan Man berkata, pinjaman itu merupakan alternatif bagi membanyar kos operasi pusat khidmat DUN kerana pembangkang tidak diberikan sebarang peruntukan oleh kerajaan negeri untuk tujuan itu.

”Peruntukan pembangunan di negeri lain ada bagi RM200,000, ada sesetengah negeri bagi RM300,000 kepada pembangkang tapi itu melalui pejabat daerah.

”Macam Perak bagi RM6,000 sebulan kepada pembangkang untuk membayar sewa pusat khidmat dan bayar gaji pekerja,” katanya pada sidang media selepas persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di sini pada hari ini.

Bagaimanapun Tuan Ibrahim tidak menafikan pemberian kerajaan negeri sebanyak RM30,000 setahun dan sumbangan RM5,000 pada bulan puasa kepada wakil rakyat Perikatan Nasional (PN).

”Pahang kita dapat  RM30,000 setahun dan RM5,000 sebagai peruntukan kepada ADUN pembangkang tetapi tidak juga kerana RM5,000 itu diberi pada Ramadan untuk diagihkan kepada masjid.

”Sebaliknya bukan untuk kita tanggung kos untuk sewa, bayar staf sebagainya. Untuk makluman ada ADUN kita berhutang yang terpaksa buat pinjaman bank untuk tanggung kawasan dia.

”Kita bayangkan setiap kali nak bayar sewa bulanan pejabat RM2,000 dan itu belum masuk rakyat yang susah datang jumpa lagi tapi inilah kita terpaksa hadapi,” katanya.

Terdahulu Tuan Ibrahim rasa kecewa kepada pimpinan kerajaan negeri yang didakwa tidak mengagihkan peruntukan sama rata kepada wakil rakyat. – MalaysiaGazette







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo