NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tidak wajar sokong calon pembangkang, bukannya ada peruntukan - Saarani

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad bercakap kepada media selepas hadir ke perjumpaan jentera sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu ketika di Kampung Pasir, Kerling, Hulu Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 08 MEI 2024.


HULU SELANGOR – Para pengundi di Kuala Kubu Baharu dianggap pelik sekiranya memberi kemenangan kepada calon bukan daripada parti kerajaan.

Perkara itu disuarakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Menurut beliau,  semua yang bertanding dalam pilihan raya tidak kira siapa pun mempunyai hasrat mahu menjadi kerajaan.

Katanya, tidak wajar untuk memilih pembangkang atau siapa sahaja calon yang bukan mewakili kerajaan kerana suara wakil rakyat itu nanti tidak akan didengari di Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Peliklah kalau pengundi di Kuala Kubu Baharu ni nak memilih jadi pembangkang, sangat pelik.

“…dia tak akan tukar kerajaan (jika calon pesaing menang), menteri besar tetap Datuk Seri Amirudin, exco tetap sama…jadi, kekalkan wakil kerajaan yang bertanding pada 11 Mei ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah kelompok di Kampung Pasir sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu hari ini.

Hadir sama pada sesi ceramah itu, Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan.

Menceritakan pengalamanannya yang pernah menjadi ketua pembangkang di DUN Perak, Saarani berkata, menjadi wakil rakyat kerajaan berbeza dengan menjadi pembangkang.

Katanya, meskipun wakil rakyat itu membawakan apa sahaja isu dengan cara menjerit selama satu jam di dalam sidang DUN namun suaranya itu nanti tidak akan mendapat perhatian.

“Sebab itu kita nak rakyat (Kuala Kubu Baharu) memilih wakil rakyat kerajaan sebab pertama sudah tentu ada peruntukan, ada perancangan yang dibuat oleh kerajaan negeri yang akan membabitkan kawasan ini.

“Jadi, sebab itu orang sini kena bagi undi kepada calon Kerajaan Perpaduan…kalau menang bermakna wakil rakyat ini akan bercakap bagi pihak kita untuk jumpa menteri besar, untuk berucap dalam sidang DUN Selangor, untuk memohon, untuk merayu bagi pihak rakyat,” ujarnya. – MalaysiaGazette









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo