NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Saarani anggap Ramasamy tidak terima hakikat, emosi tidak dicalonkan

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad beramah mesra bersama jentera sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu ketika di Kampung Pasir, Kerling, Hulu Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 08 MEI 2024


HULU SELANGOR – Para pengundi di Kuala Kubu Baharu diingatkan agar tidak terikut-ikut dengan emosi mana-mana pemimpin politik yang pernah keluar parti kerana kecewa tidak menjadi calon dalam pilihan raya.

Itu pesanan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad supaya pengundi supaya mengabaikan sahaja ucapan-ucapan pemimpin terbabit.

“Janganlah terikut-ikut emosi mereka yang tidak menjadi calon dalam pilihan raya termasuklah sahabat kita daripada Tanjong Karang, bekas ahli Parlimen, termasuklah sahabat kita bekas ahli Parlimen Ketereh…hanya tak jadi calon pilihan raya sahaja dia mengamuk, it is unfair to the party.

Mengenai saranan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy yang mahu supaya pengundi dalam kalangan masyarakat India memboikot PRK Kuala Kubu Baharu, Saarani berkata, buat apa mahu mengikutinya.

“Jadi, pengundi-pengundi dia pun kenal siapa itu P Ramasamy, dia pun tak kenal tapi buat apa nak ikut cakap Ramasamy. Dengar cakap pemimpin tempatan.

“Yang menentukan kita susah atau senang adalah rakyat dalam kawasan Kuala Kubu Baharu ini sendiri. Jadfi, tolong pengundi kita tentukan masa depan kita,” katanya.

Sementara itu, Saarani yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO berkata, Barisan Nasional (BN) Perak akan terus membantu kempen calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao sehingga akhir tempoh berkempen malam Jumaat ini.

Katanya, langkah itu serupa sebagaimana dilakukan oleh PH dalam membantu kempen BN pada PRK Pelangai.

Ujarnya, ia merupakan satu timbal balas oleh BN dalam memastikan kemenangan berpihak kepada calon daripada Kerajaan Perpaduan.

“Samalah, di sini walaupun calon itu bukan daripada BN tapi datang daripada Kerajaan Perpaduan, sotanggungjawab kita daripada BN Perak untuk turut membantu.

“Kita akan jumpa seramai mungkin pengundi untuk menerangkan kepaada mereka pentingnya keluar mengundi kerana setiap undi mereka sangat berharga ,” tambahnya. – MalaysiaGazette









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo