NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Saya hanya penjamin, tidak diisytihar bankrap' - Noorazley

Notis kebankrapan yang tular di media sosial pada Jumaat. (Noorazley)
Notis kebankrapan yang tular di media sosial pada Jumaat. (Noorazley)

SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Melawati, Datuk Noorazley Yahya mengakui beliau hanya sebagai penjamin kepada sebuah syarikat berhubung notis kebankrapan yang tular di media sosial sejak Jumaat.

Noorazley berkata, notis kebankrapan itu diterimanya pada Februari lalu, namun pelik ia seolah-olah sengaja ditularkan terutama menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu pada Sabtu.

"Ini hanyalah notis kebankrapan sahaja, sebaliknya saya tidak diisytiharkan bankrap selaras dengan Akta Insolvensi 1967," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Menurut beliau, isu itu sepatutnya tidak timbul kerana beliau telah membuat bayaran kepada pihak bank.

"Pihak pemiutang meminta penjamin membayar dan bayaran pun telah dibuat, malah saya juga bukanlah individu yang dibankrapkan, sebaliknya sebagai penjamin kepada syarikat," jelas beliau.

Sebelum ini tular notis kebankrapan kepada Noorazley bertarikh 9 Februari lalu di sebuah akhbar tempatan.

Notis itu difailkan oleh Tetuan Sidek, Teoh, Wong & Dennis yang merupakan peguam bagi pihak pemiutang penghakiman.

Sumber | SH

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo