NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

6 ahli Parlimen Bersatu sokong PM akan hilang kerusi – Muhyiddin



KUALA LUMPUR – Enam Ahli Parlimen dari parti Bersatu yang bertindak menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa akan kehilangan kerusi itu berdasarkan pindaan perlembagaan parti itu yang sudah diluluskan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan, nasib enam wakil rakyat itu akan diketahui selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) dalam masa terdekat.

“Pindaan perlembagaan Bersatu menjelaskan, tindakan enam ahli Parlimen itu telah menyebabkan keahlian mereka gugur secara automatik, sekali gus kerusi yang diduduki menjadi kosong dan pilihan raya kecil (PRK) perlu diadakan.

“Perlembagaan parti yang kita pinda dan diluluskan oleh RoS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia) menyatakan kalau hal sebegini berlaku keahlian itu terhenti, maka dia tidak jadi ahli, tergugur begitu sahaja secara automatik. 

“Kalau ikut Perlembagaan Persekutuan dan akta antilompat parti, kerusi itu sudah kosong tapi kita juga akan adakan mesyuarat terhadap enam Ahli Parlimen itu yang telah langgar perlembagaan parti,” katanya seperti dilaporkan media hari ini ketika Konvensyen Bersatu Sabah. 

Muhyiddin berkata, tindakan itu kemudiannya akan dimaklumkan kepada Setiausaha Dewan Rakyat sebelum pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dimaklumkan mengenai kekosongan kerusi bagi memberi laluan kepada PRK diadakan.

“Kita hanya tunggu masa dan akan berlaku tidak lama lagi,” ujarnya.

Enam Ahli Parlimen terbabit ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang). -MalaysiaGazette







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo