AL-FATIHAH: Pak Pandir Sudah Tiada


NYANYI yang pernah popular dengan lagu Yang Remeh Temeh sekitar awal 1990-an, Pak Pandir atau nama sebenar Azmi Ali meninggal dunia di Hospital Kajang, Selangor kira-kira 4.30 pagi tadi.

Allahyarham yang berusia 62 tahun itu dimasukkan ke bahagian kecemasan kerana mengalami masalah tekanan darah rendah, buah pinggang dan paru-paru berair, Selasa lalu.

Malah, Allahyarham sempat berkongsi status keadaan kesihatannya termasuk wad diduduki kepada peminat di laman sosial Facebook bagi memudahkan mereka yang ingin melawatnya di situ.

“Kepada semua peminat, kawan-kawan, keluarga dan sesiapa yang mengenali saya dan tertanya-tanya benarkah saya dimasukkan ke wad sekali lagi, ya! Betul, kerana masalah tekanan darah rendah, buah pinggang, kandungan air di paru-paru.

“Keadaan saya tidak stabil. Saya sekarang berada di Hospital Kajang, katil nombor 24, wad 2, tingkat 1. Doakan yang terbaik untuk saya,” tulisnya awal pagi semalam.

Harian Metro pernah melaporkan penyanyi itu dimasukkan ke hospital sama akibat komplikasi ‘water retention’ dalam badan yang menyebabkan kedua-dua kaki bengkak pada April.

Allahyarham juga pernah mengalami batuk yang agak teruk sejak November tahun lalu dan menjalani pemeriksaan kesihatan kerana bimbang ia berkaitan dengan penyakit tibi.

Selepas menjalani beberapa ujian berkaitan, doktor mengesahkan ia sebenarnya berkaitan dengan kesihatan jantungnya yang mulai bengkak.

Bermula daripada situ juga, kakinya mulai bengkak sikit demi sikit malah Allahyarham sering mengalami masalah semput ketika melakukan aktiviti harian.

Disebabkan masalah kesihatan, Allahyarham tidak sempat mempromosi album terbaru yang sudah siap mengandungi enam buah lagu puisi.

Pak Pandir yang aktif sebagai pemuzik jalanan sekitar Putrajaya dan menetap di Kajang meninggalkan seorang isteri, Rosmi Salmiah dan tujuh anak serta tiga cucu.

Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Surau Annur Kantan Permai, Kajang pada jam 9.30 pagi dan kemudiannya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Kantan. – myMetro Online
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget