NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jepun Wakil Asia Ke Saingan Kalah Mati Piala Dunia



REKOD bersih Jepun berbanding Senegal membolehkan pasukan tunggal dari benua Asia itu melangkah ke saingan kalah mati bersama-sama dengan juara Kumpulan H, Colombia

Biarpun skuad Samurai Blue tewas tipis 1-0 kepada Poland dalam aksi terakhir kumpulan di Volgograd Arena, lewat malam tadi, pasukan tersebut tetap mara untuk aksi 16 pasukan terbaik Piala Dunia 2018 di Rusia.

Terdahulu, Senegal yang sudah pun tewas 1-0 kepada Colombia di Samara Arena dilaporkan berkongsi jumlah mata sama dengan Jepun selain bilangan jaringan gol kedua-dua pasukan itu secara kebetulan juga serupa.

Namun penentuan untuk muncul sebagai naib juara Kumpulan H ditentukan menerusi bilangan kad kuning paling sedikit diperoleh dua negara berkenaan sepanjang kempen pusingan awal.

Sepanjang tiga perlawanan Kumpulan H, Jepun telah kumpul empat kad kuning berbanding Senegal enam sekali gus membolehkan pasukan Asia itu melangkah ke saingan kalah mati bersama pendahulu kumpulan, Colombia.

Dalam perlawanan tersebut gol tunggal Poland dijaringkan oleh Jan Bednarek pada minit ke-59 manakala jaringan Colombia ketika menewaskan Senegal diperoleh menerusi Yerry Mina pada minit ke-74.

Colombia akan berdepan naib juara Kumpulan G iaitu England manakala Jepun akan menentang juara kumpulan tersebut, Belgium yang menewaskan skuad The Three Lions 1-0. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo