NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Palestin: Jepun tak pindah kedutaan ke Baitulmaqdis

 
GLOBAL | Dua minggu sebelum AS memindahkan keduataannya di Tel Aviv ke Baitulmaqdis sebagai langkah mengiktiraf Israel, Jepun mengambil tindakan yang bertentangan.

Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe sebaliknya menghubungi Presiden Palestin, Mahmud Abbas dan memaklumkan bahawa Tokyo tidak akan memindahkan kedutaannya ke Baitulmaqdis sebagai tanda sokongan terhadap rakyat Palestin.

Menurut laporan AFP semalam yang memetik media tempatan, keputusan itu dimaklumkan oleh Abe kepada Mahmud dalam satu pertemuan.

"Kami tidak akan memindahkan kedutaan kami ke Baitulmaqdis," kata Abe dalam satu kenyataan yang dipetik oleh agensi berita rasmi Palestin, Wafa.

AS di bawah teraju Presiden Donald Trump dijadual memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis pada 14 Mei ini.

Keputusan itu merupakan langkah mengiktiraf bahagian timur bandar itu sebagai ibu kota Israel yang menyebabkan kemarahan rakyat Palestin.

Sementara itu, perdana menteri Jepun itu dilapor mengulangi sokongan negaranya terhadap pembentukan negara Palestin yang merdeka dalam rangka penyelesaian dua negara.

"Mahmud menyatakan penghargaannya terhadap sokongan yang diberikan oleh Abe kepada rakyat Palestin dan memaklumkan perdana menteri Jepun itu bahawa rakyat Palestin bersedia untuk bekerjasama bagi memastikan proses keamanan yang diusahakan masyarakat antarabangsa berjaya dicapai.

"Bagaimanapun, ia perlu dilaksanakan mengikut undang-undang antarabangsa dan menjamin pembentukan negara Palestin," kata Mahmud yang dipetik oleh Wafa.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo