NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Video Pang kritik BN ‘bahan’ kempen PRU15 lepas, kata Teo

Tangkap layar video calon DAP bagi PRK Kuala Kubu Baharu, Pang Sock Tao mengkritik Barisan Nasional ketika kempen PRU15.


PETALING JAYA: Video berhubung calon DAP bagi PRK Kuala Kubu Baharu, Pang Sock Tao mengkritik Barisan Nasional (BN) ialah video lama ketika kempen PRU15, kata Teo Nie Ching.

Setiausaha publisiti DAP itu berkata, video berkenaan diambil pada November 2022 ketika kempen PRU15 di Kulai, Johor.

“Itu video lama pada 2022. Ucapan di Kulai semasa dia berkempen bagi calon PH (untuk kerusi Parlimen) Kulai,” katanya dalam kumpulan WhatsApp media.

Teo ialah Ahli Parlimen Kulai dan timbalan menteri komunikasi.

Teo dalam catatan Facebook kemudiannya berkata, ada banyak lagi video pemimpin DAP mengutuk BN dan MCA, begitu juga sebaliknya ketika kempen PRU15.

“Tetapi, apabila kerajaan perpaduan dibentuk, sebagai pemimpin yang matang, kita perlu ‘move forward’ dan terus bekerja untuk berikan yang terbaik bagi pastikan kejayaan kerajaan perpaduan.”

Video Pang, yang juga setiausaha akhbar Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, pada asalnya dimuat naik di akaun TikTok jaguh1119 pada 13 Nov 2022.

Dalam video itu, Pang berkata, rakyat Malaysia “putus harapan terhadap Malaysia” selepas lebih 60 tahun pemerintahan BN.

Beliau turut mempertahankan Nga yang berkata kerajaan persekutuan PH akan memperbaiki keadaan ekonomi Malaysia ke tahap rakyat Singapura akan datang ke sini untuk mencari pekerjaan dan bukan sebaliknya.

Pang berkata, “BN tidak boleh” melakukan ini, tetapi PH mampu mencapainya jika diberikan tempoh lima hingga 10 tahun di Putrajaya.

Video itu muncul semula baru-baru ini dan turut dikongsi Ketua Pemuda MCA, Ling Tian Soon.

Teo meminta Ling “lebih matang sedikit” memandangkan video itu bukan baharu dan ia sengaja disebarkan selepas Pang diumumkan calon PH untuk PRK pada 11 Mei ini.


Sumber | FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo