NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Gerakan tak kecil hati, malah berpendapat sama wajar letak anak tempatan

Pemangku Ketua Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumum sebagai calon Perikatan Nasional untuk PRK Kuala Kubu Baharu. (Gambar Bernama)


PETALING JAYA: Seorang pemimpin Gerakan berkata parti itu “rela” berkompromi untuk memberi laluan kepada Bersatu mewakili Perikatan Nasional (PN) pada PRK Kuala Kubu Baharu atas faktor pemilihan anak tempatan sebagai calon gabungannya.

Pada PRN Ogos lalu, Gerakan bertanding di kerusi itu namun kalah kepada Pakatan Harapan (PH) dan Presiden Dominic Lau minggu lalu mengumumkan hasrat parti berkenaan mewakili PN.

Namun semalam, Pengerusi PN Muhyiddin Yassin mengumumkan Pemangku Ketua Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut sebagai calon komponen itu sambil menjelaskan ada kompromi atau tolak ansur daripada Gerakan dalam keputusan berkenaan.

Bercakap kepada FMT, Naib Presiden Gerakan G Parameswaran berkata sebelum ini ada beberapa nama pemimpin Melayu disenarai pendek antaranya Muniraa Abu Bakar (Gerakan) dan Khairul Azhari memandangkan majoriti pengundi di Kuala Kubu Baharu adalah daripada komuniti itu

Katanya, parti itu turut menyenaraikan Ketua Gerakan Selangor Henry Teoh yang bertanding di kerusi tersebut pada PRN lalu dan tewas kepada Lee Kee Hiong daripada PH.

“Gerakan tiada masalah bila PN letak Khairul Azhari kerana beliau orang tempatan di sana, kita akui ada risiko jika letak Muniraa yang tinggal di Kuala Lumpur.

“Mungkin Parlimen lain ceritanya tetapi DUN agak sensitif, jadi bila kita letak orang tempatan dia tahu lorong mana, rumah siapa dia nak pergi dan bersedia bila-bila masa jika sesuatu berlaku,” katanya.

Menurutnya, pemilihan Khairul Azhari juga mengambil kira pandangan penduduk tempatan termasuk orang Asli di Kuala Kubu Baharu yang mahukan anak jati.

“Kita dah masuk ke kampung-kampung sebelum PRK lagi, termasuk perkampungan Orang Asli di sana, semua kata nak orang tempatan. Jadi calon dah ditentukan, kita terima dan kita mesti bekerja.”

Parameswaran berkata, tiada istilah kecewa dalam Gerakan yang akan terus berkempen dan memastikan kemenangan calon PN.

“Kita tak ada nak ‘muncung’ ke apa…prinsip berparti siapa yang dipilih, kita kena turun (kempen), kita tak boleh boikot,” katanya yang akan mengetuai Gerakan berkempen di kawasan majoriti pengundi India seperti Kerling dan Rasa.

Rabu lalu, PH mengumumkan Pang Sock Tao daripada DAP sebagai calonnya dalam misi mempertahankan kerusi Kuala Kubu Baharu yang kosong susulan kematian Lee Kee Hiong pada 21 Mac lalu akibat barah.

DUN Kuala Kubu Baharu terletak bawah Parlimen Hulu Selangor yang mempunyai 46% pengundi Melayu, Cina (30%), India (18%) dan lain-lain (5%).


Sumber | FMT Malaysia 








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo