NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hujah kedai makan 24 jam jejas ekonomi tidak jelas, kata CAP

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang Mohideen Abdul Kader berkata amalan kedai makan 24 jam menggaji pekerja asing yang murah secara langsung memberi kesan kepada tahap gaji pekerja tempatan.


PETALING JAYA: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berkata hujah seorang Ahli Parlimen bahawa tindakan melarang kedai makan beroperasi 24 jam boleh menjejaskan ekonomi negara kerana ia menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia adalah mengelirukan.

Presidennya Mohideen Abdul Kader berkata kebanyakan kedai makan terbabit menggaji buruh asing yang murah sebagaimana diamalkan pemain industri pembinaan dan pembuatan.

“Amalan sedemikian secara langsung membawa kesan yang menyedihkan pada tahap gaji pekerja kita. Itu sebab pekerja kita mencari pekerjaan di luar negara,” katanya dalam kenyataan.

Mohideen mengulas kenyataan Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng Rabu lalu, bahawa cadangan melarang kedai makan beroperasi 24 jam boleh memberi kesan kepada ekonomi negara kerana ia memainkan peranan penting dengan menyediakan peluang pekerjaan.

Lim juga meminta Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad menolak cadangan itu selepas Kementerian Kesihatan (KKM) berkata ia sedang memperhalusi gesaan CAP.

Mohideen sebelum ini menggesa lesen operasi 24 jam diberikan kepada kedai makan dimansuhkan kerana kajian menunjukkan terdapat kesan negatif akibat tabiat makan lewat malam seperti berat badan bertambah, gangguan tidur dan masalah penghadaman.

Katanya, CAP sekian lama menyeru larangan kedai makan beroperasi 24 jam dengan alasan akses terhad kepada makan lewat malam akan menjadikan rakyat Malaysia lebih sihat.

Katanya, penyelidikan menunjukkan individu yang makan lewat malam melebihi 40% daripada keperluan tenaga harian mereka, menimbulkan faktor risiko ketara bagi obesiti.

Bagaimanapun, cadangan itu ditolak Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) dengan menyifatkan gesaan itu hanya sesuai dijalankan mengikut keperluan, lokasi serta gaya hidup masyarakat bagi memenuhi keperluan semua pihak.


Sumber | FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo